Wednesday, 13 May 2015

PERKAHWINAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Siti Khadijah binti Khuwailid adalah seorang wanita kaya daripada keturunan suku Abdul Uzza bin Qusai bin Kilab di Mekah ketika itu. Kekayaan Siti Khadijah adalah menyamai perniagaan semua orang Quraisy yang lain. Kejujuran dan keperibadian mulia Rasullulah telah menarik hati Siti Khadijah untuk menawarkan Baginda menguruskan perniagaan beliau ke Syam. Rasullulah telah menerima tawaran tersebut dan telah bertolak ke Syam dengan ditemani salah seorang pekerja Siti Khadijah iaitu Maisarah.Benarlah  kata orang, jika ingin mengenali peribadi sebenar seseorang itu, dengan musafir bersama-sama.

Sepanjang perjalanan Maisarah telah merasai keunggulan akhlak Rasullulah. Sifat penyayang,serta berlemah lembut dengan setiap orang yang ditemui sepanjang pergaulan Baginda dengan mereka telah betulbetul menarik perhatian Maisarah. Maisarah juga telah melihat kejadian yang lebih pelik sepanjang perjalanan, iaitu awan sentiasa menaungi mereka dari pada panas terik matahari.

Dalam perjalanan ke Syam itu, rombongan yang bersama dengan Rasullulah, telah berhenti rehat berdekatan dengan rumah ibadat paderi Buhaira yang ditemui Baginda sebelum ini, semasa Baginda menyertai misi dagang dahulu bersamasamaAbu Talib, bapa saudara Baginda. Tapi ketika ini, Buhaira telah meninggal dunia.Paderi lain yang telah menggantikan Buhaira, paderi itu juga meyedari perkara yang sama, iaitu awan sentiasa mengiringi perjalanan Rasullulah dan Maisarah. Rasullulah juga tidak berhenti di tempat biasa yang rombongan dagang biasanya berhenti rehat, tetapi Baginda berhenti rehat  di tempat lain, iatu disebatang pokok yang berdekatan. Apabila Baginda bernaung di bawahnya, paderi tersebut telah melihat dahan dan ranting-ranting pokok bergerak menaungi Rasullulah daripada cahaya matahari.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya kepada paderi tersebut, siapakah gerangan mereka ini, lalu paderi telah datang untuk bertemu dengan Maisarah dan pelbagai soalan telah ditanya pada Maisarah. Paderi tersebut kemudiannya menunjukkan kepada Maisarah pokok yang menjadi tempat Nabi Muhammad berteduh.

Paderi kemudiannya berkata, “Hanya seorang nabi sahaja yang berteduh di bawah pokok ini”.

Maisarah menjadi bertambah pelik mendengar hal ini. Bahkan di sepanjang perjalanan dan sepanjang mereka berada di Syam, pelbagai perkara ajaib yang disaksikan oleh Maisarah. Akhlak Baginda,kasih sayang Baginda, kemampuan Baginda berhadapan dengan semua lapisan semua orang, belas kasihannya kepada orang miskin dan kejujurannya menyebabkan semua orang datang kepadanya.

Hasil daripada pergaulan yang mesra, jujur dalam tutur kata, prihatin dengan keperluan pelanggan menyebabkan misi perniagaan Siti Khadijah kali ini yang diterajui oleh Rasullulah telahmencapai objektif dan berjaya meraih keuntungan yang berlipat kali ganda mengatasi rombongan dagang lain. Misi kali mencatatkan keuntungan tertinggi berbanding dengan misi perniagaan yang dihantar sebelumnya.

Kita telah lihat Rasulullah telah dilatih oleh Allah untuk menghadapi situasi yang pelbagai, antaranya; pergaulan dengan orang miskin, dengan pembesar iaitu semasa Baginda bersama dengan datuk Baginda, Abdul Muttalib, situasi dalam peperangan , semasa Baginda tinggal bersamasama dengan Abu Talib yang merupakan ketua Quraisy ketika itu, menggembala kambing, cabaran hidup berdikari, interaksi dengan hamba atau pekerja bawahan, dan alam sekitar iaitu semasa perjalanan Baginda bersama-sama Maisarah, dan seterusnya mengendalikan harta atau perniagaan. Ini merupakan antara persediaan Allah untuk memantapkan lagi keperibadian Baginda untukmemikul tanggungjawab suci di kemudian hari sebagai seorang rasul,utusan Allah.

Hasil daripada perniagaan kali ini, menjadikan Siti Khadijah sangat senag hati dengan Rasullulah.Ini ditambah pula dengan cerita-cerita yang dibawakan oleh Maisarah tentang ketinggian akhlak serta kebijaksanaan Rasullulah dalam menguruskan perniagaan. Pengalaman-pengalaman semasa perjalanan mereka juga diceritakan Maisarah kepada Siti Khadijah. Ini menambahkan lagi kekaguman beliau kepada Rasullulah. Kekaguman ini, menarik hati  Siti Khadijah untuk menjadi isteri kepada Rasullulah. Rasulullah ketika itu masih lagi bujang dan umur Baginda dua puluh lima tahun, sementara umur Siti Khadijah adalah empat puluh tahun, seorang janda yang sudah kematian dua orang suami sebelum ini.

Siti Khadijah adalah seorang wanita mulia, baik hati,cantik,kaya dan daripada golongan bangsawan. Segala keistimewaan terdapat pada beliau, ini menarik ramai pembesar Mekah berminat untuk memperisterikan beliau, tetapi beliau menolaknya.Tetapi kekaguman beliau dengan keunggulan peribadi Rasullulah telah membuka hati Siti Khadijah untuk berkahwin. Beliau kemudiannya menghantar wakil kepada Rasullullah untuk menyampaikan hasrat beliau.

Akhirnya berkahwinlah Siti Khadijah dengan Rasullulah. Abu Talib yang menguruskan perkahwinan bagi pihak Rasullulah dan mengetuai majlis akad nikah. Tempoh perkahwinan Rasullullah dengan Siti Khadijah sehingga Siti Khadijah kembali ke rahmatullah berlangsung adalah selama dua puluh lima tahun. Dalam tempoh perkahwinan ini, Rasullulah hanya beristerikan Siti Khadijah. Hanya selepas kematian Siti Khadijah dan umur Baginda ketika itu lima puluh tahun barulah Rasullullah berkahwin dengan isteri-isteri Baginda yang lain.

Hasil perkahwinan Baginda dengan Siti Khadijah, Baginda dianugerahi dua orang anak lelaki, Qasim dan Abdullah dan empat orang perempuan. Anak lelaki ketiga Baginda dilahirkan oleh Mariah Qibtiah. Kesemuanya meninggal semasa mereka kecil lagi. Manakala, anak-anak perempuan pula adalah Ruqayah, Zainab, Ummu Kalthum dan Fatimah. Kesemuanya mereka hidup sampai ke zaman Islam.

Siti Khadijah adalah seorang isteri yang sangat banyak berkorban kepada Rasullulah dan perjuangan suci Islam. Dengan harta dan kedudukan yang dipunyai beliau, beliau banyak membantu ke arah perjuangan suci suaminya dalam menyebarkan ajaran suci Islam. Selepas mengahwini Siti Khadijah, Rasullulah terus menguruskan perniagaan istei Baginda, tetapi Baginda tidak lagi keluar menggembara mengetuai misi dagang, Baginda hanya menguruskannya dari Kota Mekah sahaja.

No comments:

Post a Comment