- Sirah
berasal daripada perkataan سار , يسير سيرة yang bermaksud perjalanan.
- Istilah
: Satu pengajian yang bukan sekadar mengkaji
peristiwa-peristiwa sejarah, melihat kebaikan dan kelemahannya. Sebaliknya
ia mengkaji peribadi Nabi saw dalam bentuk realiti hidup baginda setelah
memahami dasar, asas-asas Islam dan hukum-hukumnya.
- Berbeza dengan pengajian sejarah, ia merupakan satu pengajian yang mengkaji peristiwa-peristiwa sejarah, mengkaji kekurangan dan kebaikan yang terdapat dalamnya.
Perbezaan sirah dan
sejarah
- Sirah : Mengkaji peribadi nabi dalam bentuk realiti hidup baginda setelah memahami dasar, asas-asas islam dan hukum-hukumnya.
- Sejarah : Mengkaji peristiwa sejarah, kekurangan dan kebaikan yang terdapat didalamnya.
Objektif Pengajian Sirah
- Memahami peribadi Nabi saw yang meliputi kehidupan hariannya untuk mengukuhkan kefahaman bahawa Nabi saw bukan sahaja seorang yang yang hebat dalam kalangan kaumnya, malahan baginda juga mendapat bimbingan daripada Allah sebelum kerasulannya.
- Orang ramai (manusia seluruhnya) akan mendapati contoh teragong dalam kehidupan mereka.
- Untuk memahami al-Quran dan menjiwai roh dan tujuannya, kerana terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan peristiwa yang dilalui oleh Nabi saw.
- Memahami Islam dengan tepat sama ada yang berkaitan dengan aqidah, perundangan dan akhlak.
- Menjadi contoh dan teladan kepada para pendakwah Islamiah dan para guru dalam proses dakwah dan tarbiah.
Sumber
Pengajian Sirah
- Al-Quran : Sandaran utama dalam memahami ciri-ciri umum mengenai kehidupan Nabi saw
- Hadis : Kitab-kitab yang ditulis para Muhaddithin yang terkenal kebenaran dan amanah mereka.
- Syair zaman kenabian : Terdapat ramai kalangan orang-orang Mukmin yang menjadi penyair mempertahankan Nabi saw daripada cercaan penyair Musyrikin.
- Buku-buku sirah : Terdapat banyak buku-buku sirah yang ditulis oleh para penulis Islam yang terkenal dengan amanah dan kebenarannya. Antara mereka ialah Sirah Ibn Hisyam, al-Bidayah wa al-Nihayah oleh Ibn Kathir.
Keistimewaan Pengajian
Sirah
- ü Merupakan sirah yang paling sahih mengenai sejarah Nabi saw. Sirah tersebut diriwayatkan dengan kaedah ilmiah yang paling kuat lagi tepat. Ia langsung tidak meninggalkan sebarang keraguan mengenai peristiwa-peristiwa terkemuka.
- ü Kehidupan Nabi saw begitu jelas sekali dalam setiap peringkat. Bermula dengan perkahwinan bapanya dan ibunya sehingga ke zaman kewafatan Nabi saw. Segala-galanya diceritakan dengan begitu jelas.
- ü Sirah Nabi saw diceritakan sebagai seorang manusia dimuliakan oleh Allah swt dengan penganugerahan risalah dakwah. Ia tidak keluar daripada batasan seorang manusia dan tidak juga diselaputi dengan dongengan-dongengan melampau serta tidak juga dikaitkan dengan unsur ketuhanan pada diri Nabi saw.
- ü Sirah Nabi saw meliputi semua aspek kemanusiaan. Ia menceritakan kehidupan Nabi semasa kecil sebelum dibangkitkan dengan risalahNya, Nabi sebagai pendakwah, sebagai ketua negara,sebagai suami,bapa dan sebagainya.
- ü Sirah Nabi saw satu-satunya sumber benar dan tepat yang menceritakan tentang bukti kenabian dan kerasulannya.
Antara kandungan Pengajian Sirah
a)
Daripada kelahiran sehingga kebangkitan
i.
Keturunan, kelahiran dan penyusuan.
ii.
Kunjungan pertama ke negeri Syam dalam mencari rezki
iii.
Perniagaan dengan harta Khadijah
iv.
Penyertaan dalam pembinaan Kaabah
v.
Berkhalwah dalam Gua Hira’
vi.
Penerimaan Wahyu
b)
Daripada kebangkitan sehingga Hijrah
i.
Peringkat-peringkat dakwah
ii.
Dakwah secara sembunyi
iii.
Dakwah secara terbuka
iv.
Penderitaan
v.
Penghijrahan pertama
vi.
Rombongan pertama berjumpa Nabi saw
vii.
Tahun dukacita
viii.
Hijrah al-Rasul ke Taif
ix.
Al-Isra dan Mikraj
x.
Bay ‘ah Aqabah Pertama
xi.
Bay ‘ah Aqabah Kedua
xii.
Hijrah ke Madinah
xiii.
Mendatangi rumah Abu Ayyub
c)
Asas pembinaan masyarakat baru
i.
Pembinaan masjid
ii.
Persaudaraan sesama Islam
iii.
Penulisan perjanjian
d)
Peringkat peperangan
i.
Peperangan
pertama yang dihadiri Nabi saw
ii.
Peperangan
Badar Bani Qaynuqa’ dan jenayah pertama terhadap orang Islam
iii.
Peperangan Ahud
iv.
Yawm
al-Raji‘ dan Bi’r al-Ma ‘unah
v.
Bani al-Nadhir
vi.
Peperangan Bani
al-Mustalaq
vii.
Peperangan al-Ahzab (al-Khandaq)
viii.
Peperangan Bani
Qurayzah
e)
Pembukaan Kota Mekah
i.
Perjanjian Hudaybiyyah
ii.
Bay ‘ah al-Ridhwan
iii.
Peperangan Khaybar
iv.
Kepulangan Jaafar bin Abu Talib dari Habasyah
v.
Umarah Qadha’
vi.
Peperangan Mu’tah
vii.
Pembukaan Kota Mekah
viii.
Peperangan Hunaian
ix.
Peperangan Tabuk
x.
Abu Bakar menunaikan haji bersama orang ramai
xi.
Masjid Dhirar
xii.
Rombongan Thaqif memeluk Islam
xiii.
Beberapa golongan memeluk Islam
xiv.
Berita Keislaman ‘Adiy ibn Hatim
xv.
Utusan Nabi saw kepada orang ramai untuk mengajar Islam
xvi.
Usamah bin Zayd diutuskan ke al-Balqa’
xvii.
Rintihan dan Kewafatan Nabi saw.
No comments:
Post a Comment