Wednesday 13 May 2015

PENYUSUAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Setelah dilahirkan, Rasulullah s.a.w telah menyusu dari ibunya selama tiga hari, kemudian baginda telah disusui pula oleh hamba kepada Abu Lahab iaitu Thuwabatul Islamiyyah selama beberapa hari. Abu Jahal gembira dengan keadaan itu dan telah memerdekakannya. Selepas daripada itu baginda s.a.w telah disusui pula oleh HalimatusSa’diah selama empat tahun. Kisah penyusuan yang paling masyhur ialah kisah penyusuan Rasulullah s.a.w dengan ibu susuannya Halimatus Sa’diah.

Secara ringkasnya, saya memberikan sedikit sinopsis untuk anda memahami kisah penyusuan baginda dengan Halimatus Sa’diah. Sememangnya menjadi budaya orang Arab bangsawan akan menyerahkan anak-anak mereka kepada orang-orang kampung untuk disusui bila mereka melahirkan anak. Golongan bangsawan Arab menghantar anak-anak mereka ke kampung-kampung adalah bertujuan:
  •  Memberi biah yang segar di kampung.
  • Melatih mereka dengan bahasa Arab yang fasih.
  • Mengajar anak-anak dengan sifat keberanian.

Puak Bani Saad termasuklah Halimatus Sa’diah telah datang mencari anak kecil untuk disusui, akhirnya beliau mendapat seorang anak yatim yang bernama Muhammad. Semasa membawa Nabi s.a.w pulang ke rumahnya, beliau mendapati payudaranya yang sebelah kanan penuh berisi susu, sedangkan sebelum ini, ia memang tiada susu. Semenjak Nabi Muhammad s.a.w tinggal bersamanya banyak berlaku perkara-perkara yang luar biasa, diantaranya ialah kambing ternakannya membiak dengan banyaknya dan juga peristiwa dada Nabi s.a.w dibedah.

No comments:

Post a Comment