Wednesday 13 May 2015

PERISTIWA HAJARUL ASWAD

Dalam tempoh itu juga banjir besar telah melanda Kota Mekah sehingga menyebabkan Kaabah hampir runtuh. Kabilah-kabilah Arabberpakat membina semula Kaabah,masing-masing menyumbang duit dalam usaha membaik pulih Kaabah. Selepas dana terkumpul, timbul masalah baru, iaitu mereka tidak mempunyai kepakaran untukmembina semula Kaabah, memandang pembinaan Kaabah daripada batu bata. Rumah orang Arab Mekah pada masa itu, daripada tanah,mereka tidak mempunyai kepakaran membina rumah daripada batu bata.

Akhirnya mereka menemui orang boleh membantu mereka membina binaan daripada batu,selesai daripada pembinaan timbul pula masalah yang baru iaitu, meletakkan Hajarul Aswad ketempatnya kembali. Masing-masing puak berebut untuk meletakkanya. Pada meletakkan peluang untuk meletakkan Hajarul Aswad di tempatnya merupakan satu kemuliaan yang besar, masing-masing ingin memiliki kemuliaan tersebut. Peperangan antara empat suku Arab Mekah, iaitu; Bani Quraisy, Bani Auf, Bani Abdul Dar dan Bani Makhzum, hampir tercetus hasil daripada perebutan tersebut.  Akhirnya mereka memutuskan untuk mencari hakim bagi meredakan perebutan tersebut. Hakim memutuskan orang yang pertama kali masuk ke Masjidil haram, dialah yang akan memutuskan siapayang paling layak meletakkan kembali Hajarul Aswad itu ke tempatnya.

Masing-masing menunggu dengan penuh debaran siapakah gerangan yang pertama kali memasuki Masjidil Haram. Apabila melihat Nabi Muhammad  bin Abdullah merupakan orang yang pertama memasuki Masjidil Haram, masing-masing menarik nafas lega. Ini kerana Rasullullah disenangi oleh semua pihak, Baginda dikenali sebagai al-Amin (amanah, orang yang paling dipercayai). Kesemua pihak bersetuju dengan perlantikan Rasullullah orang yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan pertelingkahan mereka.

Rasullullah dengan kebijaksanaan Baginda menyelesaikan pertelingkahan dengan dengan penuh aman damai dan memuaskan hati semua pihak. Rasullullah membuka serbannya, kemudian meletakkan Hajarul Aswad di tengah-tengah serban dan kesemua ketua suku mengangkat serban ini bersama-sama dari penjuru masing-masing. Apabila sampai ke penjuru Kaabah,Rasullullah meletakkan Hajarul Aswad ketempatnya yang asal. Kebijaksanaan dalam pengadilan dalam peristiwa Hajarul Aswad telah berjaya menyelamatkan kaum Quraisy daripada peperangan saudara antara mereka.
Rumusan bagi tajuk-tajuk sirah tahun tiga:

• Rasullullah telah mula hidup berdikari sejak Baginda kecil lagi; iaitu semasa Baginda tinggal bersamasama bapa saudaranya Abu Talib, Baginda telah memelihara kambing.

• Rasullullah telah mengikut bapa saudaranya berdagang ke Syam semasa umur Baginda dua belas tahun.

• Semasa muda Rasullullah juga telah keluar berdagang membawa barangan Siti Khadijah ke Syam.

• Perkahwinan Rasullullah dengan Siti Khadijah semasa Baginda berumur dua puluh lima tahun, manakala umur Siti Khadijah pula empat puluh tahun.
• Peristiwa Hajarul Aswad membuktikan keunggulan peribadi Rasullullah yang amanah,jujur,adil serta bijaksana,dan telah mendapat pengiktirafan kaumnya.

No comments:

Post a Comment