Tuesday 13 May 2014

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PEMBELAJARAN

Asas Ulum Syar’yyah

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN AKIDAH

Pengajaran akidah amat penting kepada pelajar kerana ia merupakan asas kepada pendidikan Islam. Oleh itu guru perlu berusaha menyampaikan isi pengajaran, pendekatan, kaedah dan strategi yang betul supaya pengajaran tersebut lebih menarik dan berkesan. Guru perlu menghayati objektif utama pengajaran akidah sebelum menyampaikan kepada pelajar. Antara objektif  utama pengajaran  akidah ialah:

  1. membentuk akidah Islam yang betul di kalangan pelajar
  2. membekalkan pelajar dengan ilmu akidah yang lengkap dan mendalam
  3. menanamkan keyakinan dan roh keislaman yang jitu ke jiwa pelajar
  4. membentuk pekerti mulia berlandaskan tuntutan akidah
Kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran akidah . Antaranya:

Ø  Soal jawab
Ø  Perbincangan
Ø  Kuliah
Ø  Bercerita
Ø  Sumbangsaran
Ø  Anologi
Ø  Kajian Perpustakaan
Ø  Akhbar dalam  darjah (ADD)
Ø  Projek
Ø  Menulis rencana
Ø  Forum
Ø  Lawatan

a.Kaedah soal jawab


Kaedah soal jawab merupakan kaedah dimana guru mengemukakan soalan , manakala pelajar pula memberi jawapan. Kaedah soal jawab juga  biasanya berdasarkan kepada dialog dan perbincangan untuk mendapatkan jawapan serta fakta yang tidak dapat diragui kebenarannya atau dikritik lagi. Proses pangajaran dan pembelajaran dengan kaedah soal jawab disepadukan dengan kaedah perbincangan kerana ia dapat menambahkan lagi keberkesanan pembelajaran di samping membantu meningkatkan kecerdasan otak, mencongkil bakat dan dapat menghidupkan suasana pembelajaran. Oleh itu guru digalakkan mempraktikkan kaedah ini semasa proses P&P kerana ia merupakan kaedah interaksi dua hala yang melibatkan pelajar dan guru, di samping itu ia turut menyumbang kepada kesan  yang positif dan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada kepada pelajar.

b.Kaedah Perbincangan

Satu kaedah yang melibatkan perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar fikiran, berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan  mencari penyelesaian.

Tujuan  Perbincangan

§    Menggalakkan  perkembangan mental.
§    Memupuk pemikiran kritis, analitis dan kreatif.
§    Menggalakkan perkongsian pendapat.
§    Mengikis sikap angkuh dan mendorong dan menerima pandangan orang lain.
§    Membolehkan  kewujudan idea yang lebih bernas dan berguna.
§    Menggalakkan pemupukan pemikiran yang rasional.
§    Menajamkan kemahiran untuk  mengemukakan  satu-satu pandangan dalam kumpulan.
§    Memupuk semangat kerjasama antara ahli dalam kumpulan.

Perlaksanaan  Sesi Perbincangan

Sebelum 
  • Guru beri penjelasan tentang tugasan dan peraturan perbincangan
  • Agih tugas kepada ahli kumpulan
  • Guru bombing  perlantikan pengerusi dan pencatat
  • Bantu murid tentukan hala aktiviti perbincangan
Semasa
Bantu murid bincang pandangan/idea yang dikemukakan
  • Awasi perbincangan agar tidak terpesong  dari tajuk
  • Bantu murid beri idea
  • Betulkan kesilapan
  • Bari galakan kepada setiap ahli  supaya mengambil bahagian
Selepas
  • Guru boleh tamatkan perbincangan setelah setiap  kumpulan mempunyai bahan  yang mencukupi
  • Hasil perbincangan boleh disusun, disunting dan dicetak  untuk diedarkan  kepada semua  murid
  • Beri  ulasan dan rumusan
Prinsip Perbincangan

  • Tajuk yang sesuai
  • Maklumkan tujuan perbincangan
  • Lantik pengerusi, pencatat dan pelapor
  • Pastikan pelajar tahu cara perbincangan
  • Guru sebagai fasilitator
  • Penglibatan pelajar perlu aktif
  • Pelajar  digalakkan catat idea yg disarankan
  • Adakan rumusan akhir
  • Peruntukkan masa untuk guru buat ulasan
  • Beri pujian dan galakan
Jenis-jenis Perbincangan

§  sesi buzz,
  • sumbangsaran
  • seminar
  • forum
  • Perbahasan

Kaedah Syarahan

Kaedah syarahan merupakan kaedah pengajaran  di mana guru lebih banyak melibatkan diri  dalam memberi penerangan, huraian dan penjelasan kepada pelajar. Ia juga merupakan  satu bentuk  penyampaian atau penerangan mengenai statu isi pengajaran secara lisan oleh guru. Pembelajaran mengenai kaedah ini  merupakan kebergantungan pelajar kepada  guru,  secara tidak langsung ia boleh melahirkan rasa hormat dan sanjungan pelajar terhadap guru.

Tujuan kaedah syarahan untuk :

a)    merangsang pelajar meneruskan pembelajaran
b)    menjelaskan dan membuat rumusan pelajaran
c)    membuat penelitian dan ulangkaji
d)    mengembangkan isi pelajaran
e)    menyampaikan maklumat yang telah dirancang.

Dalam melaksananakan kaedah ini, guru perlu memberi perhatian terhadap kedudukan pelajar dalam kelas supaya  setiap individu dapat melihat guru dan mendengar percakapannya dengan jelas. Guru juga perlu bertutur dengan jelas dan terang serta menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar. Terdapat bebrapa langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk mengaplikasikan kaedah ini supaya ianya lebih berkesan. Antaranya ialah:

a)    Syarahan hendaklah diberi pada masa yang seauai seperti hendak mengenalkan tajuk atau isi pelajaran  baru.
b)    Guru hendaklah menyampaikan syarahan yang ringkas dan bernas
c)    Guru perlu menyampaikan syarahan dengan menggunakan intonasi suara yang sesuai supaya dapat pelajar memahami dengan mudah dan  jelas
d)    Syarahan perlu diikuti dengan ujian bertulis untuk mengukur kefahaman dan tumpuan pelajar
e)    Syarahan juga perlu digabungjalinkan dengan teknik-teknik lain seperti soaljawab,  perbincangan dan sebagainya supaya ianya lebih menarik dan tidak membosankan.

Rasulullah SAW sebagai Rasul, pendidik  dan contoh utama umat Islam sentiasa mengambil contoh dan roh al-Quran  bagi menyampaikan ilmu pengetahuan. Baginda  juga telah telah menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang  sesuai dengan fitrah manusia. Antara kaedah yang  diamalkan baginda termasuklah kaedah syarahan.  Sebagai contoh yang boleh dilihat ketika baginda menyampaikan pengajaran di rumah Arqam bin Abi Arqam,  di Masjid Nabawi dan di tempat-tempat lain. Baginda telah memanggil  orang-orang Quraisy ke Bukit Safa dan menyampaikan syarahan baginda di sana.


KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN IBADAH

Pengajaran ibadah yang berkesan membolehkan pelajar dididik untuk menghayati hukum dan peraturan Islam. Ia juga melatih pelajar menunanikan kewajipan menunaikan ibadah khusus seperti solatt, puasa, zakat, haji, sembelihan dan ibadah lain. Oleh itu, proses pengajaran ibadah secara berkesan memerlukan kaedah dan strategi pengajaran secara betul dan menarik. Antara objektif utama pengajaran ibadah ialah:

  1. Pelajar mengetahui hukum dan peraturan dalam syariat Islam
  2. Pelajar memahami rahsia, keistimewaan, hikmah dan tujuan sesuatu hukum
  3. Pelajar dapat menghayati ibadah khusus yang diperintahkan allah swt
  4. Pelajar dapat menghayati keindahan sistem dan perundangan Islam
  5. Pelajar dapat berpegang dan beramal dengan syariat Islam
Kaedah dan teknik pengajaran ibadah melibatkan aktiviti berbentuk teori dan amali. Guru perlu mempelbagaikan kaedah dan pendekatan supaya pengajaran tersebut menarik dan berkesan.

Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam pengaajaran ibadah antaranya ialah:

Ø  Tunjuk cara atau demonstrasi
Ø  Simulasi
Ø  Amali
Ø  Soal jawab
Ø  Latih tubi
Ø  Kuliah atau penerangan
Ø  Bercerita
Ø  Projek
Ø  Pengurusan Grafik

a.Kaedah Tunjuk Cara

Kaedah ini sangat memerlukan kemahiran guru untuk mendemonstrasikan langkah-langkah aktiviti bersama pelajar. Biasanya ia melibatkan aktiviti penerangan,demonstrasi guru bersama aktiviti pendengaran dan penglihatan, amali serta percubaan pelajar. Kaedah ini menuntut pemerhatian yang lebih dari murid   terhadap sesuatu proses.

Sebenarnya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara langsung dengan isi dan situasi pembelajaran yang akan memberikan mereka pengalaman, pengetahuan dan kemahiran.

Bagi pembelajaran ibadah, kaedah ini sangat praktikal dilakukan kerana ia melibatkan ibadah amali, dengan ini pelajar mampu mempraktikkan ibadah tersebut di luar waktu pengajaran. Antara contoh tajuk memerlukan kaedah tunjuk cara ialah:

  1. Cara menyucikan najis
  2. Jenis solat
  3. Tayammum
  4. Haji
  5. Mandi Wajib
  6. Wudhu
Kaedah ini telah dilakukan oleh malaikat Jibril ke atas nabi Muhammad saw ketika baginda diajar berwudhu’ dan melakukan solat. Tujuan kaedah ini dilaksanakan ialah:
-        Pelajar dapat melihat dengan jelas perkara yang belaku
-        Pelajar dapat melakunkan semula dengan cara yang betul dan sah
-        Memotivasikan pelajar melakukan ibadah di luar waktu sekolah

Langkah-langkah Pengajaran ibadah dengan kaedah Tunjuk Cara
Sebelum Sesi Pengajaran
  • Tentukan objektif dan kandungan tunjuk cara
  • Berikan penerangan tentang tunjuk cara
  • Sediakan peralatan dan bahan bantu mengajar
  • Pastikan susun atur kedudukan pelajar adalah sesuai bagi kaedah tersebut
  • Pastikan keadaan pelajar selesa dan keselamatannya terjamin
Semasa sesi Pengajaran
  • Jalankan kaedah tunjuk cara apabila murid telah bersedia
  • Perhatikan tindak balas pelajar
  • Galakkan penyertaan murid
  • Tarikkan perhatian murid mengenai aspek penting dalam ibadah
  • Demonstrasi itu dapat dilihat seluruh pelajar
  • Libatkan pelajar secara bersama dalam demonstrasi tersebut
Selepas sesi Tunjuk cara
  • Lakukan soal jawab bersama pelajar mengenai tajuk dipelajari
  • Adakan sesi perbincangan untuk mengean tahap kefahaman
  • Berikan mereka aktiviti susulan
b.Kaedah simulasi
Kaedah simulasi ialah melakukan satu situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar
Tujuan
  • Meningkatkan kebolehan pelajar mengaplikasikan konsep tertentu dalam menjalankan latihan menyelesaikan maslah.
  • Menilai pendapat atau pandangan orang lain
  •  Membolehkan mereka berinteraksi sesame sendiri untk menyelesaikan masalah
Jenis simulasi yang biasa dilakukan ialah sosio-drama dan main peranan. Bagi kaedah main peranan ia sangat mudah dilakukan guru untuk mengajar, ia tidak memerlukan skrip. Guru hanya memainkan peranan dan menimbulkan situasi pelajar melakonkannya secara spontan. Antara pengajaran ibadah yangs esuai untuk kaedah ini ialah:
  • Ibadah Haji
  • Sembelihan dan aqiqah
  • Peranan Hakim menjatuhkan hukuman
  • Perkahwinan
  • Jenis-jenis solat
Kaedah ini merujuk kepada  guru mewujudkan satu situasi yang hampir sama  dengan yang sebenarnya bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang sebenarnya, di dalam keadaan terkawal dan selamat. Contohnya masalah disiplin, adab sopan, peraturan-peraturan, persitiwa-peristiwa yang berlaku samada di sekolah, jalanraya, pasaraya dan sebagainya. 

Penggunaan kaedah ini melibatkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakonkan  sesuatu situasi  atau peristiwa secara berpura-pura dalam keadaan yang terkawal. Melalui lakonan  murid-murid dapat menunjukkan cara bagaimana sesuatu masalah  diselesaikan.
 
Secara spesifik kaedah ini membantu / melatih murid-murid menguasai
§  Kemahiran komunikasi dan bersosial
§  Mengubah sikap negatif dan membina sikap positif,
§  Kemahiran berfikiran  secara kritis dan kreatif
§  Perkaitan  isi pelajaran dengan aspek afektif (emosi)

Langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah simulas
i
Sebelum sesi pengajaran
  • Tentukan objektif dan kandungan tunjuk cara
  • Berikan penerangan tentang tunjuk cara
  • Sediakan peralatan dan bahan bantu mengajar
  • Pastikan susun atur kedudukan pelajar adalah sesuai bagi kaedah tersebut
  • Pastikan keadaan pelajar selesa dan keselamatannya terjamin
Semasa Sesi Pengajaran
  • Mulakan dengan set induksi yang menarik untuk merangsang mereka
  • Pilih pelajar secara sukarela dan menunjukkan komitmen yang baik
  • Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian dan peranan mereka dalam simulasi tersebut
  • Murid diminta memahami tugas yang diberikan kepada mereka
  • Berikan tugasan kepada murid lain yang tidak mengambil bahagian
Selepas sesi Pengajaran
  • Lakukan soal jawab bersama pelajar mengenai tajuk dipelajari
  • Adakan sesi perbincangan untuk mengesan tahap kefahaman
  • Beri peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan dan soalan
  • Berikan mereka aktiviti susulan
  • Guru membuat penilaian sama ada objektifnya tercapai atau tidak
c.Kaedah Amali

Menyediakan  bahan pembelaajaran secara langsung melalui proses atau cara melakukan sesuatu.
Ciri-ciri yang terkandung dalam kaedah amali ialah merangsang daya ingatan murid melalui perlakuan dan latihan kemahiran, murid berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran, pengalaman secara langsung terhadap proses dengan bimbingan guru dan ianya sesuai dengan tajuk-tajuk tertentu sahaja.

Langkah-langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah Amali

  • Melengkapkan murid dengan ilmu berkaitan tajuk
  • Melibatkan beberapa orang murid sebagai penunjukcara
  • Murid membuat amali berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan teori
KAEDAH DAN TEKNIK PEMBELAJARAN SIRAH

Kaedah pembelajaran sirah biasanya adalah berorientasikan sejarah. Oleh kerana sejarah berhubung erat dengan fakta maka guru perlu menguasai bebebrapa klemahiran mengajar  supaya ia lebih menarik dan berkesan. Kesan pengajaran sirah terhadap pelajar ialah mereka dapat mengambil pengajaran dan iktibar daripada kisah-kisah yang dipelajari. Antara objektif utama pengajaran sirah ialah:
  1. Menyedarkan pelajar tentang kisah hidup dan perjuangan Nabi saw dalam menegakkan agama Islam
  2. Mengambil iktibar dan pengajaran yang telah berlaku terhadap umat dahulu
  3. Menjadi nabi saw sebagai contoh ikutan yang baik
  4. Menanam semangat cintakan agama
Terdapat beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang biasa digunakan oleh guru untuk pelajaran sirah. Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam pengaajaran sirah antaranya ialah:

Ø  Bercerita
Ø  Projek
Ø  Latih tubi
Ø  Perbincangan kumpulan
Ø  Kuliah atau penerangan
Ø  Simulasi
Ø  Pengurusan grafik
Ø  Forum
Ø  Soal jawab
Ø  Sumbang saran

a.Kaedah Bercerita

Dalam konteks pendidikan kaedah bercerita ialah seorang guru menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran secara bercerita dalam suasana menghiburkan. Bagaimapun, guru perlu mematuhi perinsip bercerita supaya ia sesuai dengan murid yang mendengar cerita tersebut.

Antara prinsip bercerita ialah:
  1. Cerita mestilah mempunyai tema yang sesuai dengan umur, latarbelakang dan pengalaman murid
  2. Mestilah menggunakan bahasa yang sesuai, mudah, tepat dan jelas
  3. Plotnya hendaklah disusun atur dari permulaan hingga kesudahannya
  4. Penyampain menarik, jelas dengan intonasi yang sesuai
  5. Gerak badan dan ekspresi wajah mesti sesuai dengan suasana dan mood cerita seperti riang, sedih atau marah
Ketika sesi pengajaran dijalankan, guru hendaklah bercerita secara ikhlas dan ada unsur dakwah dengan tujuan mendidik murid supaya berakhlak mulia dan bertakwa kepada Allah swt. Justeru itu, cerita yang dipilih hendaklah mempunyai unsur didikan dan pengajaran. Elakkan membawa cerita berunsur khayalan, seks,karut dan khurafat.

Langkah-langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah Bercerita

Bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai, guru perlu terlebih dahulu merangka langkah-langkah bercerita iaitu:

  1. Sebelum sesi bercerita
·         Memilih cerita sesuai dengan tema dan isi pelajaran
·         Wujudkan suasana memberangsangkan dan sesuai dengan isi cerita
·         Menyediakan soalan yang sesuai untuk sesi bercerita
·         Sediakan bahan bantu mengajar yang sesuai
  1. Permulaan Pengajaran
·            Gunakan set induksi yang enai
·            Kemukakan beberapa soalan
·            Tunjukkan gambar, rajah dan peta.
·            Membuat kuiz dan teka teki

  1. Semasa sesi bercerita
·         Gaya dan anada suara yang sesuai
·         Pandang semua pelajar dan adakan kontak mata
·         Gunakan gerak isyarat atau bahasa badan
·         Gunakan soalan apabila pelajar mula bosan
·         Libatkan murid dalam aktiviti bercerita
·         Terapkan nilai-nilai keIslaman dalam cerita

  1. Selepas sesi bercerita
·         Beri peluang murid bertanya soalan
·         Menyoal pelajar tentang pengajaran cerita
·         Melakukan aktiviti sesuai sebagai tugasan susulan

b. Kaedah  Projek

Satu kaedah di mana murid-murid menjalankan sesuatu aktiviti atau  kegiatan dalam situasi yang sebenar.  Ia juga melibatkan penyelidikan atau kajian yang terperinci tentang sesuatu tajuk yang dilakukan oleh murid secara individu atau berkumpulan di dalam atau di luar bilik darjah.  Contohnya projek gotong royong membersihkan kawasan surau sekolah,  membuat buku skrap salasilah keluarga dan lain-lain.

Projek dapat meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah-kaedah pengajaran yang lain  Murid-murid  mendapat pengetahuan yang baharu  dan dapat mennggunakan pengetahuan sedia ada kepada situasi kehidupan seharian, 

Ciri-ciri;
Ø  Garis panduan merangkumi maklumat tentang tujuan, hasil yang akan diperolehi, prosedur-prosedur dan tarikh projek hendaklah disediakan terlebih dahulu
Ø  Peranan utam aguru sebagai pembimbing dan pendorong
Ø  Murid bebas mengemukakan pendapat dan memilih projek


Langkah-langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah Bercerita
Ø  Sediakan senarai tajuk yang sesuai
Ø  Tentukan penyelidikan secara individu atau kumpulan
Ø  Menerangkan dengan jelas cara menjalankaan penyelidikan
Ø  Memastikan murid menyediakan soalan sekiraanya melibatkan temubual atau pemerhatian


KAEDAH DAN TEKNIK PEMBELAJARAN  ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH

Menurut bahasa akhlak bermaksud tindak-tanduk, tingkah laku atau kebiasaan-kebiasaan. Sedangkan menurut istilah, akhlak adalah suatu bentuk (naluri) dalam jiwa seseorang manusia yang dapat melahirkan sesuatu tindakan dan kelakuan dengan mudah dan spontan tanpa fikiran.

Oleh itu,akhlak bermaksud perilaku, sikap, perbuatan, adab dan sopan santun. Akhlak mulia bermaksud seluruh perilaku manusia yang sesuai dengan tuntunan al-Qur’an dan al-Hadith sebagaimana   yang dicontoh dan diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kepada seluruh manusia. Akhlak baginda adalah Al-Qur’an.
         
Kaedah Pengajaran Akhlak
           
Asas pengajaran akhlak adalah berorientasikan ‘qudwah hasanah” atau menunjukkan contoh teladan yang baik daripada guru untuk ditiru oleh murid-murid dalam kehidupan harian. Di samping guru sebagai role model, guru juga perlu menguasai beberapa kaedah, teknik serta kemahiran mengajar supaya pengajaran akhlak menjadi menarik dan lebih berkesan. Kesan daripada pembelajaran akhlak yang menarik, pelajar dapat mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran akhlak  merupakan sesi yang sangat penting yang perlu diambil perhatian oleh guru pendidikan Islam.

Kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran akidah . Antaranya:

Ø  Perbincangan
Ø  Lakonan
Ø  Soal jawab
Ø  Kuliah
Ø  Penerangan
Ø  Tunjuk cara atau demonstrasi
Ø  Latih tubi
Ø  Bercerita
Ø  Sumbang saran
Ø  Simulasi
Ø  Akhbar dalam darjah (ADD)
Ø  Menulis rencana
Ø  Projek

a. Kaedah Perbincangan

Perbincangan sebagai satu kaedah yang melibatkan beberapa aktiviti seperti perbualan, mengeluarkan idea dan pendapat, bertukar-tukar fikiran dan saling berkongsi maklumat mengenai sesuatu topic atau masalah dengan tujuan untuk mencari penyelesaian. Tujuan kaedah ini ialah untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu topic. Secara langsung kaedah ini dapat menarik minat dan merangsang pelajar serta guru dapat membimbing mereka mendapatkan pengetahuan baru. Kaedah perbincangan ini terbahagi kepada dua iitu:
  1. Perbincangan formal
  2. Perbincangan Tidak Formal
Perbincangan Formal

Biasanya dilakukan secara perbahasan, forum, pembentangan kertas kerja dans ebagainya. Ciri-ciri perbincangan formal adalah seperti berikut:

  • Penentuan penglibatan pelajar
Guru perlu menentukan terlebih dahulu pelajar yang mengambil bahagian seperti menentukan nama-nma panel dalam forum yang akan diadakan. Begitu juga dengan tugasan lain semasa forum seperti pengerusi, pencatat dan penjaga masa.

  • Masa yang Mencukupi
Murid perlu diberi masa untuk mencari bahan-bahan seperti sumber surat khabar, majalah, internet dan sebagainya

  • Penglibatan Keseluruhan Pelajar
Guru hendaklah berusaha melibatkan semua pelajar dalam forum supaya mereka boleh saling mengeluarkan hujah dan menyetakan pendapat mereka, semakin ramai penglibatan pelajar pengajaran guru akan lebih berkesan

  • Aktiviti susulan
Setisp sktiviti perbincangan perliikuti dengan aktiviti lain. Dalam pengajaran akhlak, tajuk forum boleh juga dijadikan tajuk karangan atau esei. Dengan cara ini pelajar akan lebih member tumpuan mereka terhadap perkara itu

  • Ulasan guru
Apabila perbincangan telah selesai, guru perlu memberi ulasan dan pandangan. isi perbincangan perlu ditambah  begitu juga dengan aspek ulasan guru.

Perbincangan Tidak Formal

Perbincangan seperti ini tidak memerlukan persiapan rapi sebagaimana situasi formal. Ciri-ciri perbincangan tidak formal ialah:

  • Guru selaku pengerusi
Guru membuka tajuk perbincangan dan member peluang kepada  semua murid memberikan pandangan mereka secara bebas, sebaik-baiknya guru tidak memberikan peluang tersebut kepada beberapa orang murid sahaja dan pastikan murid pasif ikut serta member pandangan

  • Kawalan Kelas
Guru yang tegas dan bijak mengawal situasi amat diperlukan supaya murid tidak berebut dan berlaku pertentangan idea secara serius. Guru perlu menjadikan pebincangan lebih berdisiplin dan teratur.

  • Pembahagian Kumpulan
Selain secara kelas, murid juga boleh dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil untukmembincangkan sesuatu sub topic dan mereka diminta member laporan hasil perbincangan kumpulan tersebut.

Kaedah ini amat sesuai dijalankan dalam sesi pengajaran guru. Dalam bidang akhlak, mereka diajar bagaimana cara menyatakan pendapat dan menerima pandangan orang lain seterusnya memupuk sikap saling menghormati pendapat sendiri dan pendapat orang lain. Mereka juga berpeluang berkerjasama dalam merancang sesuatu sebelum membuat keputusan.

Langkah Pengajaran Akhlak Melalui Perbincangan

  1. Permulaan Pengajaran
·         Guru mengaitkan masalah semasa yang berlaku dalam masyarakat berpunca dari akhlak
·         Guru perlu memastikan sejauh mana pengetahuan pelajar tentang tajuk yang akan dibincangkan tersebut.

  1. Sesi Perbincangan
·         Lantik Pengerusi, pencatat dan pelapor
·         Pastikan pelajar tahu cara perbincangan dijalankan
·         Galakkan pelajar mencatat idea yang disarankan
·         Fokus perbincangan kepada tajuk
·         Kemukakan persoalan perbincangan
·         Minta murid mengemukakan hasil perbincangan
·         Membuat rumusan idea-idea perbincangan

  1. Penutup
·         Guru perlu memberikan aktiviti lanjutan ulangkaji untuk kefahaman murid
·       Guru membuat penilain lanjutan dalam bentuk pemerhatian bagi mempastikan pengajaran akhlak lebih bermakna.

b. Kaedah Lakonan

Kaedah lakonan merupakan kaedah pengajaran berbentuk drama pendek  atau sketsa melibatkan lebih dua orang pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak dan peranan yang diperlukan mengikut skrip atau isi pengajaran. Sebagai contoh dalam pengajaran akhlak, pelajar diminta melakonkan watak Imam Ghazali dengan penyamun semasa beliau mengembara menuntut ilmu pengetahuan. Pelajar terpilih melakonkan watak tersebut dan  murid lain memerhatikannya.

Dalam  kaedah ini, murid-murid menjalankan aktiviti lakonan dan berpeluang merasai sendiri situasi dan masalah. Murid juga digalakkan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dikupulkan semasa sesi lakonan tersebut dijalankan. Pada akhir pelajaran guru dan murid akan memberi ulasan.

Melalui kaedah ini juga pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan seperti kemahiran lisan, membuat nota dan catatan, menulis dan mengarang serta kemahiran membuat keputusan.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam kaedah lakonan ialah:

  1. Peristiwa yang sesuai
  2. Pelakon hendaklah memahami situasi
  3. Penjelasan kepada penonton tentang apa yang akan mereka saksikan nanti
  4. Pelakon yang sesuai
  5. Lakonan secara bebas, tidak perlu terikat dengan skrip Cuma guru perlu membimbing mereka supaya tidak tersasar.
  6. Perbincangan selepas lakonan, membolehkan pelajar benar-benar memahami peristiwa yang mereka pelajari.
Nota: Antara kaedah lain yang boleh dilakukan oleh guru semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran akhlak ialah;
  
  1. Uswah Hasanah
  2. Seminar
  3. Perbahasan
  4. Sumbangsaran
  5. Forum
  6. Syarahan,kuliah atau khutbah
  7. Lawatan
KAEDAH DAN TEKNIK PEMBELAJARAN JAWI

Guru yang mengajar pelajaran jawi hendaklah mementingkan keberkesanan    pelajaran ini sama pentingnya dengan pengajaran pelajaran yang lain lain. Guru perlu berusaha untuk memperolehi pengetahuan asas tentang cara mengajar jawi di samping mempunyai sikap sedia mengajar dan melaksanakan pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai dan menarik. Program jawi yang dirancang dengan baik mengandungi ciri-ciri kepelbagaian kaedah dan cara pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Jawi

a.Kaedah 

Huruf                                                                                                                                                                                                                                                        
Satu kaedah yang memberi penekanan kepada murid-murid mengenal nama dan bunyi huruf.

Aktiviti yang boleh dijalankan:

Ø  Menunjukkan huruf alif, ba, ta dan sebagainya dengan bahan bantu seperti manila kad atau flash kad
Ø  Guru memperkenalkan dan menyebut huruf tersebut
Ø  Murid-murid diminta menyebut huruf tersebut berulang-ulang secara individu, kumpulan, berpasangan atau secara kelas
Ø  Guru memperkenalkan huruf vocal dan menggabungkannya dengan huruf-huruf tersebut iaitu ba,bi,bu dan sebagainya.
Ø  Kemudian bunyi-bunyi itu disambung menjadi suku kata, perkataan dan rangkaikata
-          Guru hendaklah melakukan aktiviti secara latih tubi
-          Guru meminta murid menulis menulis perkataan-perkataan yang dibentuk.

b.Kaedah Mengeja

Iaitu satu kaedah di mana murid dikehendaki menyebut huruf dan mengeja serta membina suku kata tersebut. Selain itu, murid juga boleh mengeja terus sesuatu perkataan.

Aktiviti yang dicadangkan:

Ø  Guru menunjukkan huruf-huruf seperti ba, alif, jim, wau.
Ø  Guru meminta murid mengeja atau membunyikan huruf tersebut secara individu, kumpulan dan kelas
Ø  Guru menggabungkan suku kata yang dieja supaya menjadi perkataan dan meminta murid mengejanya seperti  ba + ju = baju
Ø  Guru meiminta menulis perkataan yang dibentuk
Ø  Murid juga boleh mengeja terus dengan menyebut ba, alif, jim, wau = baju
c.Kaedah Bunyi

Iaitu kaedah membunyikan suku kata dan menyambungkannya dengan suku kata yang lain.

Aktiviti yang dicadangkan ialah;

Ø  Guru menunjukkan suku kata pertama dan meminta murid membunyikannya suku kata tersebut tanpa mengeja
Ø  Murid diminta membunyikan suku kata tersebut berulang kali secara individu, berpasangan, kumpulan atau kelas.
Ø  Guru menunjukkan suku kata kedua dan meminta murid membunyikan suku kata tersebut
Ø  Guru mencantumkan suku kata pertama dengan suku kata kedua dan meminta murid membunyikan kedua-dua suku kata tersebut dan membentuk perkataan

Kaedah ini lebih berkesan sekiranya perkataan-perkataan yang dibentuk peringkat permulaan pengajaran terdiri dari suku kata yangs ama bunyinya kemudian diikuti dengan perkataan yang berlainan bunyi semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Contoh perkataan yang sama bunyi ialah; Baba, bubu, titi, cucu.

Dari perkataan yang sama bunyi itu kemudian dibentuk pula perkataan yang berlainan bunyi dari suku kata yang telah dipelajari, contohnya;

 ti+ba=tiba, cu+ti = cuti, cu+ba = cuba, bu+cu = bucu.

Melalui cara ini, murid dapat membentuk perkataan walaupun tanpa mengeja terlebih dahulu. Di samping itu, murid juga dapat menguasai kemahiran membaca atau membunyikan perkataan dengan cepat.
   
 d.Kaedah Pandang Sebut

Kaedah merupakan satu kaedah yang bergantung erat kepada bahan bantu atau gambar kerana kaedah ini hanya dapat dilaksanakan  dengan membunyikan perkataan atau rangkaikata melalaui gambar atau membunyikan ayat melalaui gambar yang ada cerita.

Cadangan aktiviti:

Ø  Guru menunjukkan gambar-gambar bagi perkataan yang akan diajar
Ø  Guru meminta murid menbyebut gambar-gambar tersebut
Ø  Guru menunjukkkan perkataan bagi gambar-gambar tersebut dan meminta murid menyebutnya
Ø  Guru meminta murid mengecam perkataan-perkataan dan menyebutnya berulangkali
Ø  Murid diminta menyebut perkataan berserta gambar

e.Kaedah bermain

Bermain sambil belajar merupakan satu  kaedah atau teknik yang baik untuk melatih  murid sebagai seorang manusia dan  menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis.  Kanak-kanak akan akan memperolehi pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka.

Di antara permainan yang biasanya digunakan dalam bilik darjah ialah teka silangkata, teka-teki, sahibba, domino, kad-kad bergambar, kad perkataan, membentuk perkataan dari kad-kad huruf, menyambung titik-titik, cantuman gambar, kad nombor, dam ular dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment