Saturday 27 April 2013

Keistimewaan Ulum Al Quran



Keistimewaan Ulum Al Quran

Skop atau perbahasan yang terdapat dalam ilmu ulum Al Quran telah menjadikan ulum Al Quran ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Sebagai contoh, Ilmu Tafsir dan Takwil. Ilmu ini merupakan ilmu yang mula-mula dibincangkan yang mana sejarah kemunculannya dapat dikesan bermula pada abad ke-2 Hijrah. Selepas kemunculan ilmu ini, maka selepas itu lahir pula ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan Al-Quran. Ulama yang muncul dan bertindak mengkaji serta menyusun ilmu Tafsir berasaskan riwayat daripada sahabat ialah :

1. Syu’bah Ibn Al-Hajjaj yang meninggal pada tahun 160 Hijrah.
2. Sufyan bin Uyainah yang meninggal pada tahun 198 Hijrah.
3. Waqi’ Al-Jarrah yang meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah.
4. Ibn Jarir Al-Tabari yang meninggal dunia pada tahun 310 Hijrah. Kitab karangan Ibn Jarir Al-Tabari ini merupakan salah sebuah kitab yang unggul dan terkenal dan berkekalan sebagai rujukan penting hingga kini. 

            Pada peringkat awal perkembangan dan penulisan ilmu Tafsir berlangsung pada abad ke-3  Hijrah, bentuk Tafsir yang muncul dapat dibahagikan kepada dua bentuk: (a) Al-Tafsir Bi Al-Ma’thur atau Al-Tafsir Bi Al-Manqul. (b) Al-Tafsir Bi Al-Ra’yi atau Al-Tafsir Bi Al Ma’qul :

            Selain itu, Ilmu I’rab Al Quran pula memiliki keistimewaanya tersendiri. Sejarah awal yang dapat dikesan serta orang yang memainkan peranan sebagai pelopor dan meletakkan batu asas terhadap perkembangan ilmu yang berkaitan dengan I’rab Al-Quran ialah Saidina Ali bin Abu Talib. Saidina Ali telah menyarankan dan menyuruh Abu Aswad Al-Du’ali yang meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah supaya membuat kaedah-kaedah bahasa Arab demi menjaga kesucian dan ketinggian bahasa Al Quran. Namun begitu, pada masa itu sehingga penghujung abad ke-4 Hijrah masih belum wujud kitab lengkap dan tersusun yang dihasilkan berkaitan dengan I’rab Al-Quran.

            Walaubagaimanapun, pada abad ke-5 Hijrah telah muncul kitab yang disusun berkaitan dengan I’rab Al-Quran. Antara tokoh terlibat dan kitab yang dihasilkan ialah yang pertama Abu Amar Al-Dani. Beliau telah Berjaya menghasilkan kitab yang berkaitan denganI’rab berjudul: Al-Taisir Bi Al-Qira’at Al-Sab’I dan kitab Al-Muhkam Fi Al-Nuqat.yang kedua pula ialah Ali bin Ibrahim Ibn Sa’id Al-Khaufi. Beliau telah menyusun semula kitab I’rab Al-Quran.

            Dalam Ilmu Qiraat, orang pertama yang telah menyusun kitab berkaitan ‘Ilmu Qira’at ialah Abu ‘Ubaid Al-Qasim IbnSalam. Sejarah awal tentang kitab Nasikh dan Mansukh yang dapat dikesan ialah bermula abad ke-3 Hijrah. Tokoh ulama yang telah bertanggungjawab menyusun kitab berkaitan dengan‘Ilmu Nasikh Dan Mansukh ialah Abu ‘Ubaid Al-Qasim Ibn Salam. Ilmu sebab Nuzul telah bermula pada abad ke-3 Hijrah. Orang yang menjadi pelopor kepada penyusunan dan pembukuan kitab berkaitan dengan ilmu Asbab Al-Nuzul ialah Ali Ibn Al-Madini yang meninggal dunia pada tahun 34 Hijrah.

            Ilmu Makki dan Madani pula telah dibincangkan secara khusus bermula abad ke-3 Hijrah. Penyusunan ilmu ini dipelopori oleh Muhammad Ibn Ayyub Al-Darris yang meninggal dunia pada tahun 294Hijrah. Ilmu Fada’il Al Quran merupakan Ilmu yang membincangkan tentang kelebihan Al-Quran. Antara tokoh utama yang membincangkan ilmu ini ialah pertama Abu ‘Ubaid Al-Qasim Ibn Salam, dan yang kedua Abu Bakar Muhammad Ibn Al-Qasim Al-Anbari yang telah meninggal dunia pada tahun328 Hijrah. Beliau merupakan penyusun kitab ‘Aja’ib Al-Quran. Apa yang menjadikan Ilmu Nuzul Al Quran begitu istimewa ialah ilmu ini membincangkan tentang cara-cara dan bentuk serta peringkat penurunan Al-Quran kepada Nabi. Ilmu ini telah dipelopori dan dibahaskan oleh Abu Bakar Muhammad Ibn Al-Qasim Al-Anbari di dalam kitabnya ‘Aja’ib Al-Quran. Antara lain beliau juga telah membincangkan di dalam kitabnya itu tentang penurunan Al-Quran dengan Tujuh Huruf, Penulisan Mashaf, Bilangan Surah, Ayat serta Kalimah dan sebagainya.

            Dalam Ilmu Gharib Al Quran, Ilmu ini telah dibincangkan secara langsung dan ulama pertama yang menyusun kitab berkaitan dengan Gharib Al-Quran ialah Abu Bakar Al-Sijistani dalam kitabnya Gharib Al-Quran. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 330 Hijrah. Ilmu Amthal Al-Quran pula membicarakan tentang perumpamaan serta perbandingan yang terdapat di dalam Al-Quran. Antara tokoh ulama terkemuka yang membicarakan tentang ilmu ini ialah Al-Mawardi yang meninggal dunia pada tahun 450 Hijrah.

            Ulama yang telah menjadi pelopor dan menyusun kitab pertama berkaitan Ilmu Majaz Al-Quran adalah Ibn Abd Al-Salam yang telah menyusun kitab Majaz Al-Quran. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 665Hijrah. Ilmu Ayat Muhkamat dan Mutasyabihat telah muncul secara khusus pada akhir abad ke-7 Hijrah. Ilmu ini membahaskan tentang ayat-ayat Muhkam dan ayat-ayat Mutasyabih yang terdapat dalam Al-Quran serta perbezaan antara kedua-duanya menurut gaya bahasa Arab.

            Ilmu Jidal Al-Quran pula telah muncul pada akhir kurun ke-7 Hijrah. Ilmu ini membincangkan tentang hujah dan dalil yang telah digunakan di dalam Al-Quran dalam menetapkan sesuatu menurut gaya bahasa Arab. Ulama yang menjadi pelopor dan penyusun kepada ilmu ini ialah Najmuddin Al-Tufi yang telah meninggal dunia pada tahun 716 Hijrah. Mengenai Ilmu Aqsam Al-Quran, ia telah muncul secara lansung pada penghujung kurun ke-7 Hijrah. Ilmu ini membicarakan tentang jenis-jenis sumpah Allah yang terdapat di dalam Al-Quran. Pelopor kepada ilmu ini yang telah menyusun kitab berkaitan dengan Aqsam Al-Quran ialah Ibn Al-Qayyim yang meninggal dunia pada tahun 752 Hijrah.


Friday 26 April 2013

Bentuk bacaan yang diharuskan dan bentuk bacaan yang ditegah semasa membaca al quran



Bentuk bacaan yang diharuskan dan
bentuk bacaan yang ditegah semasa membaca al quran




Islam menggalakkan umatnya sentiasa membaca al quran bagi mendapat keredhaan daripada Allah dan mengambil ibroh bagi setiap ayat al quran yang dibaca, justeru itu, islam telah menggariskan panduan mengenai bentuk-bentuk bacaan yang diharuskan semasa membaca al quran,antaranya ialah dengan membaca al quran dengan perlahan (tartil) dan tidak cepat agar dapat menghayati ayat al quran yang dibaca. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Siapa sahaja yang membaca al-Quran (khatam) kurang dari tiga hari, bererti dia tidak memahami.” (Hadis Riwayat: Ahmad dan penyusun Kitab Sunan). Sebahagian kelompok daripada generasi pertama membenci pengkhataman al-Quran sehari semalam berdasarkan hadis di ini. Rasulullah memerintahkan Abdullah Ibnu Umar untuk mengkhatamkan al-Quran setiap satu minggu (tujuh hari) (Muttafaq Alaih). Ini dilakukan Abdullah bin Mas’ud, Uthman bin Affan, Zaid bin Tsabit. Mereka mengkhatamkan al-Quran sekali dalam seminggu.                             

            Selain itu, membaca al-Quran secara khusyuk dengan menangis kerana sentuhan pengaruh ayat yang dibaca yang menyentuh jiwa dan perasaan juga dibolehkan. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang engkau baca.” (Hadis Riwayat: Al-Bazzar). Allah s.w.t juga menjelaskan sebahagian daripada sifat hamba-Nya yang soleh dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.” (Surah Al-Isra’: Ayat 109). Rasulullah bersabda: “Pada akhir zaman atau pada umat ini, akan lahir segolongan manusia yang membaca Al-Quran, namun Al-Quran itu tidak sampai menerusi tengkuk mereka atau leher mereka.” Hadis ini menujukkan bahawa kita hendaklah memahami ayat al quran yang dibaca sehingga membuat hati kita tersentuh dengan ayat al quran yang dibaca.                                                               

            Malah, kita juga diharuskan mengelokkan bacaan ketika membaca al quran, sebagaimana sabda Rasulullah, زينوا القرآن بأصوا تكم yang bermaksud: “Hiasilah al-Quran dengan suaramu.” (Hadis Riwayat: Ahmad, Ibnu Majah & Al-Hakim). Dalam hadis lain dijelaskan: “Tidak termasuk umatku orang yang tidak melagukan al-Quran.” (Hadis Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim) . Maksud hadis ini ialah membaca al-Quran dengan susunan bacaan yang jelas dan terang makhraj hurufnya, panjang pendeknya bacaan, tidak sampai keluar daripada ketentuan kaedah Tajwid.

            Selanjutnya, membaca al-Quran dimulai dengan isti’adzah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bila kamu akan membaca al-Quran, maka mintalah perlindungan kepada Allah daripada (godaan-godaan) syaitan yang terkutuk.” (Surah An-Nahl: Ayat 98). Apabila ayat yang dibaca dimulai dari awal surah, selepas isti’adzah bolehlah terus membaca Basmalah dan apabila tidak di awal surah cukuplah sekadar membaca isti’adzah. Khusus untuk surat At-Taubah, walaupun dibaca mulai awal surat tidak perlu membaca Basmalah. Cukup sekadar dengan membaca isti’adzah sahaja.                                        
            Disamping itu juga, membaca al-Quran dengan berusaha mengetahui ertinya dan memahami intipati daripada ayat yang dibaca dengan beberapa kandungan ilmu yang ada di dalamnya. Firman Allah bermaksud: “Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran, ataukah hati mereka terkunci?” (Surah Muhammad: Ayat 24). Ayat ini menyeru kita agar menumpukan hati dan pemikiran terhadap makna-makna yang terkandung dalam ayat-ayat yang dibaca. Allah Subhanuwata’ala juga telah berfirman: “Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu yang penuh berkat supaya kamu memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran. (Surah Sad: 29)                                               

            Malah, kita juga harus membaca al-Quran dengan tidak mengganggu orang sedang solat, dan tidak perlu membacanya dengan suara yang terlalu keras atau di tempat yang banyak orang. Sebaliknya, bacalah dengan suara atau dalam hati secara khusyuk. Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang yang terang-terangan (di tempat orang banyak) membaca al-Quran, sama dengan orang yang terang-terangan dalam sedekah.” (Hadis Riwayat Tirmidzi, Nasa’i, dan Ahmad). Dalam hadis lain dijelaskan: “Ingatlah bahawa setiap hari dari kamu munajat kepada Rabbnya, maka janganlah salah satu daripada kamu mengganggu yang lain, dan salah satu daripada kamu tidak boleh mengangkat suara atas yang lain di dalam membaca (al-Qur'an).” (Hadis Riwayat: Abu Dawud, Nasa'i, Baihaqi dan Hakim)

            Pada masa yang sama, membaca dengan saling bergantian juga adalah diharuskan. Membaca al-Quran, boleh dilakukan secara bergantian dan yang mendengarnya haruslah dengan khusyuk dan tenang. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah berkumpul suatu kaum di dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan saling mempelajarinya kecuali akan turun atas mereka ketenangan dan mereka diliputi oleh rahmat (Allah), malaikat menyertai mereka, dan Allah membanggakan mereka di kalangan (malaikat) yang ada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat: Abu Dawud).                                                            
            Perkara harus yang boleh kita lakukan juga ialah dengan membaca Al-Quran dengan suara yang jelas (jahr) kerana ia lebih diutamakan. Pembacaan yang jelas dan boleh didengari akan membangkitkan semangat orang yang mendengar, di samping memudahkan para pendengar untuk memikir, memperhati dan merenungkan ayat-ayat Allah. Walaubagaimana pun jika suara yang jelas (jahr) itu dikhuatiri menimbulkan rasa riyak atau mengganggu orang lain seperti mengganggu orang yang sedang solat, maka membaca Al-Quran dengan suara yang rendah lebih diutamakan.Rasulullah bersabda (yang bermaksud): “Allah tidak mendengar sesuatu selain suara Nabi yang membaca Al-Quran dengan suara yang jelas (jahar).”                                                                      

            Selain daripada itu juga, kita diharuskan membaca Al-Quran dengan hati yang tawaduk, menjauhkan diri daripada bersifat sombong dan mengelakkan diri daripada berasa lebih baik daripada orang lain. Rasulullah bersabda:
يخرج فيكم قوم يحقرون صلاتكم مع صلاتهم وصيامكم مع صيامهم وعملكم مع عملهم ويقرؤن القرأن لا يجاور حناجرهم يمرقون من الدين كما يمرق السهم من الرمية“. Maksudnya: Akan muncul di antara kalian, sekelompok orang yang memandang rendah solat kalian bersama solat mereka, puasa kalian bersama puasa mereka dan amal kalian bersama amal mereka. Mereka membaca Al-Quran, tetapi Al Quran itu tidak sampai menerusi tengkuk mereka, mereka keluar dari Islam seperti keluarnya anak panah dari busurnya.”

            Membaca ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan adalah harus semasa membaca al quran. Sebagai contoh, seorang imam hendaklah membaca surah mengikut tertib seperti yang ada didalam al quran seperti membaca surah al insan dalam rakaat yang pertama dan membaca surah al ikhlas dalam rakaat yang kedua.

Apabila islam telah menggariskan bacaan-bacaan yang telah diharuskan semasa membaca al quran, jadi pasti ada juga bentuk-bentuk bacaan yang ditegah semasa kita membaca al quran. Jadual dibawah menunjukkan perkara-perkara yang ditegah semasa membaca al quran.



Bentuk bacaan yang ditegah
Huraian
Tatrib
Iaitu membaca dengan merengek-rengek suara dan memanjangkan bukan pada tempatnya.
Tamtit
Iaitu bacaan dengan melebih-lebihkan harakah pada hukum mad.
Tarkis
Iaitu bacaan dengan melenggokkan nada suara sehingga melebihkan harakat huruf mad bertujuan menyelesaikan rentak.
Tahzin
Bacaan dengan nada yang amat sedih yang menjejaskan tajwid dan membaca dengan sifat riyak.
Tarid
Bacaan yang menggentarkan suara keterlaluan seperti orang kesejukan atau ditimpa sakit.
Membaca bersama alat muzik
Membaca al quran bersama iringan alat muzik seperti gitar, piano dan sebagainya

Thursday 25 April 2013

SEJARAH AKIDAH


SEJARAH AKIDAH



  • Akidah ialah iman atau kepercayaan kepada Allah yang diikat oleh ucapan dua kalimah syahadah
  • Ia merupakan inti dasar kepada kewujudan tamadun islam. 
  • Seseorang yang berakidah islam harus faham bahawa dengan menyebut dua kalimah syahadah tadi telah menyebabkan dirinya terikat dengan tanggungjawab serta komitmen yang tinggi terhadap Allah.
  • Penanaman aqidah yang teguh telah menyebabkan seseorang itu sanggup mempertahankan kebenaran dan menumpaskan kebatilan walaupun terpaksa mengorbankan nyawa dan harta benda demi mempertahankan aqidah erta membuktikan ketakwaan kepada Allah S.W.T.

SEJARAH PERKEMBANGAN AQIDAH

1. Aqidah zaman nabi dan Sahabat
2. Aqidah akhir zaman sahabat
3. Aqidah zaman Umaiyyah 





AQIDAH ZAMAN NABI DAN SAHABAT

  • sahabat pada zaman rasulullah menerima terus segala ajaran yang dibawa oleh rasulullah tanpa banyak persoalan.
  • Mereka terus menemui rasulullah sekiranya ada persoalan dan tidak faham
  • Rasulullah juga menjelaskan perkara yang menimbulkan kemusykilan sahabat.
  • Persoalan aqidah khasnya perkara yang berkaitan dengan sifat 20 atau tidak timbul.
  • Hal ini kerana para sahabat dapat memahami ayat Al-Quran atau sifat Allah sebagaimana didalam Al-Quran dan hadis.
  • Para sahabat memahami kandungan Al-Quran dan hadis yang berkaitan dengan aqidah dan sifat-sifat Allah khasnya tanpa mempersoalkan makna disebaliknya.
  • kepercayaan umat islam zaman nabi sangat kukuh dan teguh, contohnya : dengan beberapa ayat daripada Al-Quran seperti dalam Surah Al-Ikhlas
  • Para sahabat pada masa itu disinari oleh cahaya hidayat dan Al-Quran,
  • Ada diantara mereka memiliki tabiat suka berfikir dan mendorong sesetengah sahabat untuk memikirkan zat Allah.
  • Rasulullah menegah mereka berbuat demikian, sebagaimana sabda yang diriwayatkan daripada Abu Nu’aim
  • nabi telah menegah dan melarang daripada berbantah dalam masalah Qadar.
  • pada masa itu tidak timbul permasalahan aqidah,hal ini kerana ketika wahyu sedang diturunkan, mereka hidup ketika zaman rasulullah
  • Semua para sahabat beriman dan menerima sepenuhnya persoalan yang berkaitan sifat-sifat Allah seperti dalam Al-Quran dan Hadis.
  • Para sahabat tidak berselisih dalam perkara berkaitan dengan al-Sifat,al-Asma’al-Husna dan al-Af’al.
  • Sahabat tidak mengemukakan persoalan berkaitan Qada’dan qadar, sifat Allah dan zatNya atau ayat-ayat mutasyabihat.
  • Para sahabat hanyalah bertanya berkaitan dengan hukum hakam, ibadat dan cara melakukannya dengan sempurna.
Sebagai rumusannya, zaman nabi segala kemusykilan dan masalah terus dirujuk kepada nabi dan nabi dapat menjelaskannya dengan wahyu dan petunjuk wahyu atau dengan ijtihad baginda. Secara umumnya, pada zaman nabi tidak ada sebarang masalah dalam ilmu tauhid dan sahabat juga tidak ada sebarang perselisihan dan mereka dapat merujuk terus kepada nabi dan sumbernya bersih.


AKIDAH AKHIR ZAMAN SAHABAT


  • tidak ada perselisihan faham dalam aqidah kerana mereka sibuk menghadapi peperangan dalam usaha mempertahankan kesatuan islam
  • Mereka memahami al-Quran tanpa ada ta’wil
  • Mereka mengikuti al-quran dan menjauhi apa yang ditegah
  • Mereka juga mensifatkan Allah dengan apa yang Allah sifatkan sendiri
  • mereka mensucikan Allah daripada sebarang sifat yang tidak layak bagi kemuliaan dan keagungan Allah.
  • mereka beriman dengannya mengikut dengan menyerahkan penta’wilan kepada Allah sendiri.
  • sahabat menerima apa sahaja perkara berkaitan dengan Usul atau aqidah daripada rasulullah
  • sahabat tidak gemar membahaskan perkara yang berkaitan dengan aqidah.
  • Hal ini kerana persoalan aqidah boleh menimbulkan perselisihan dan perpecahan dikalangan umat islam.
  • Untuk itu, para sahabat lebih mengutamakan dan memberi penekanan dalam perkara yang berkaitan dengan hukum amali sahaja.
  • Untuk itu, juga dalam perkara amali seandainya mereka tidak jelas atau berselisih, mereka akan merujuk kepada al-Quran dan hadis untuk mencari keputusan yang tepat dan untuk mencari penyelesaiannya.
  • Sekiranya ada yang tidak dapat diselesaikan berdasarkan nas al-Quran dan hadis, para sahabat akan mengkiaskan dengan perkara yang berlaku pada zaman nabi

    Sebagai rumusannya, pada zaman awal khulafa’ al-Rasyidin juga masih belum timbul perkara yang berkaitan dengan ilmu tauhid.Oleh kerana islam semakin berkembang, ulama telah memecahkan dan membuat pengkajian khusus terhadap ilmu Tauhid atau ilmu Aqidah yang terpisah daripada ilmu lain dengan sendirinya. 
  • Pada masa zaman pemerintahan khalifah yang ketiga, lantaran berlaku pertelingkahan dan kekacauan politik yang berakhir dengan terbunuhnya Uthman.
     
  • Maka umat isslam menjadi terpecah kepada beberapa fahaman dan puak. Masing-masing golongan dan fahaman itu ingin mempertahankan fahaman mereka dan pendirian mereka.
     
  • Justeru itu, terbukalah ruang untuk mentakwilkan terhadap nas al-Quran dan hadis, serta timbullah periwayatan hadis palsu.
  • Pada zaman akhir sahabat telah lahir golongan yang telah cuba menta’wilkan ayat-ayat al-quran
  • mereka cuba menimbulkan persoalan syubahat dan telah mentasybihkan dan mentajsimkan Allah. Golongan tersebut adalah golongan sabi’iyyah.
  •  Golongan yang menentang mentajsimkan Allah itu bermula dengan Ja’d Ibn darham dan selepasnya diikuti pula oleh Jaham Ibn Safwan dan seterusnya aliran dan penentangan tersebut diteruskan pula oleh golongan Muktazilah.

      AKIDAH ZAMAN BANI UMAIYYAH

  • Setelah negara jajahan takluk islam mulai meluas telah terbuka luas untuk umat islam memikirkan perkara yang berkaitan aqidah.
  • jiwa orang yang baru memeluk islam masih dipengaruhi oleh unsur agama mereka sebelumnya,
     
  • Untuk itu lahir segolongan umat islam yang mulai memperkatakan masalah qadar, antara mereka ialah :

     
  • a. Ma’bad al-Juhani, beliau mengambil fahamannya itu daripada seorang Iraq yang beragama nasrani yang murtad selepas memeluk islam. Ma’bad telah dibunuh kerana  memberontak pada tahun 80 Hijrah.
  • b. Ghailan al-Dimasyqi.
    Nama beliau ialah Abu Marwan Ghailan Ibn Muslim. beliau mengikuti fahaman Ma’bad dalam masalah qadar.
  • c. Ja’d Ibn Dirham
    Beliau merupakan seorang guru kepada Marwan Ibn Muhammad. Beliau berfahaman qadar dan merupakan orang yang mula-mula mengatakan al-Quran itu makhluk. Dia dibunuh oleh Khalid Ibn Abdullah al-Qasri. 
  • Selepas daripada kemunculan 3 tokoh diatas lahir pula golongan yang menafikan Qudrat dan Iradat manusia. Golongan ini dipelopori oleh Jaham Ibn Safwan
     
  • Beliau bertemu dengan Ja’d dan kemudiannya menganut beberapa pendapat Ja’d. Selepas itu beliau bersama-sama dengan harith Ibn Syuraij telah melancarkan pemberontakan terhadap Bani Umaiyyah di Khurasan lalu beliau dapat ditawan dan dibunuh. 
  • Golongan atau puak ini dikenali dengan golongan Jabariah/puak jahmiyah, iaitu pengikut Jaham Ibn Safwan. Antara lain juga, mereka dikenali dengan puak Mu’aththilah kerana mereka menafikan Sifat-Sifat Allah.
  • Jaham juga berpendapat bahawa Allah itu tidak bersifat kecuali dengan sifat Khaliq, Qadir dan Fa’il sahaja.
  • segala perbuatan manusia itu tidak ada kuasa melakukan sesuatu, apa sahaja yang dilakukan oleh manusia adalah dari Allah.
  • Jaham berpendapat bahawa tidak harus sama sekali disifatkan Allah dengan sifat yang boleh disifatkan kepada manusia atau makhluk kerana hal tersebut boleh menyebabkan Allah itu sama atau menyerupai makhluk –Nya.
  • Untuk itu Jaham menafikan Allah bersifat dengan sifat ‘Alim, Murid dan Hayy.
  • Apa yang boleh disifatkan kepada Allah ialah Qadir, Maujud, Fa’il, Khaliq, Muhyi dan Mumit.
  • Kerana semua sifat tersebut berkaitan dengan sifat kemudiannya dikembangkan oleh golongan Muktazilah.
  • Mereka yang mengatakan al quran itu qadim dan menafikan sifat allah menggunakan method kefahaman akal.
  • Pada penghujung abad pertama hijrah tersebar pula fahaman dan puak serta aliran Khawarij.
  • Mereka ini telah mengkafirkan orang yang mengerjaka dosa besar.
  • Pendapat tersebut telah disanggah oleh Hassan al- Iaitu orang yang melakukan dosa besar adalah fasiq dan tidak kafir
  • Wasil Ibn ata (ank murid Hassan) berpendapat orang yang melakukan dosa besar berada diantara dua martabat diikuti pula oleh ‘Amru Ibn ‘Ubaid.
  • Lantaran mereka telah mengasingkan diri daripada majlis gurunya, mereka dikenali sebagai Muktazilah.

Sebagai rumusannya, pada zaman inilah dikatakan mulanya bermula untuk menyusun kitab berkaitan dengan ilmu Kalam atau Tauhid. Namun kitab itu tidak ada yang sampai ke tangan kita sekarang.