Tuesday 29 April 2014

FREKUENSI TABURAN TERKUMPUL

Data yang diperolehi semasa menjalankan tinjauan biasanya tidak tersusun dan susah untuk dikaji. Untuk tujuan kajian dan laporan, semua data harus disusun dan dikumpulkan dalam kelas yang tertentu. Contohnya, mengikut jantina, umur, pendapatan, bilangan ahli dalam keluarga, keuntungan dan sebagainya. Hasil mengagihkan data kepada kelas yang berlainan dalam bentuk jadual dinamakan penjadualan. Oleh itu, frekuensi taburan terkumpul adalah satu jadual yang menyusun data-data ke dalam beberapa kelas, iaitu ke dalam kumpulan nilai yang menjelaskan satu ciri data.  Penjadualan membantu menyusun dan mengemas data supaya maklumat lebih mudah untuk difahami.  Penjadualan data merupakan bagaimana pengumpulan maklumat dapat dicantum menjadi satu bahan yang boleh diguna pakai.  Dalam penjadualan ini, terdapat ciri-ciri penjadualan yang baik iaitu:
a)         Sempadan kelas
b)         Bilangan kelas
c)         Lebar kelas
d)         Selang kelas            
e)         Julat

            Sempadan kelas adalah satu nilai yang menyambung dua kelas yang berurutan.  Ia amat penting untuk pengiraan statistik seperti pengiraan nilai median, nilai mod, nilai-nilai sukuan dan untuk membina gambar rajah, histogram dan gambar rajah ogif.  Sempadan kelas dinilai sebagai setengah daripada jumlah had atas suatu kelas dan had bawah kelas selepasnya.  Sebagai contoh untuk kelas 21- 30 dan 31-40, sempadan kelas ialah 1/2 (30+31) = 30.5. 

            Bilangan kelas merupakan satu cara membentuk data dengan mengumpulkanya dalam beberapa kelas yang sama saiz.  Sebahagian ahli statistik berpendapat bahawa bilangan kelas yang sesuai bagi sesuatu kumpulan data bergantung pada bilangan cerapan dalam kumpulan data yang dikumpulkan.  Rumus bagi menganggar bilangan kelas ialah: k = 1 + (3.3) log n
Dengan n sebagai bilangan cerapan. Rumus ini merupakan anggaran dan ada kalanya bilangan kelas yang dinilai dengan rumus masih tidak dapat menampung semua cerapan yang ada.
           
            Lebar kelas ialah jarak di antara sempadan atas dengan sempadan bawah suatu kelas. Nilai lebar kelas dibulatkan kepada integer yang hampir mengikut sistem nombor nyata biasa dan kadang kala bentuk data perlu di ambil kira iaitu sama ada data mempunyai nilai yang besar atau kecil. Lebar kelas (L) selalunya diukur dengan rumus:  L =   julat
                                     Bilangan kelas

            Data terkumpul selang kelas ialah data yang dikumpul dalam satu jadual kekerapan yang berselang kelas. Kelas seperti 21-30, 31-40 dinamakan sebagai selang kelas.  Nombor 21 dan 31 ialah had bawah kelas. Kelas atau selangnya mempunyai maksud yang sama.  Untuk keseragaman, tetapkan nilai cerapan yang terkecil sebagai had bawah selang kelas pertama. 

            Julat bagi data tak terkumpul merupakan beza antara nilai cerapan terbesar dengan nilai cerapan terkecil.  Julat bagi data terkumpul ialah beza antara sempadan atas kelas terakhir dengan sempadan bawah kelas pertama.

       Kekerapan melonggok “kurang daripada” bagi sesuatu kelas merupakan jumlah kekerapan bagi kelas-kelas sebelumnya.  Kekerapan melonggok “lebih daripada” bagi sesuatu kelas merupakan jumlah kekerapan bagi kelas-kelas selepasnya.

            Data kuantitatif dalam bentuk terkumpul boleh dipamerkan dengan histogram, poligon kekerapan dan ogif. Histogram ialah penyajian data dengan menggunakan carta palang bagi taburan kekerapan data kuantitatif. Untuk melakar histogram perlu diketahui bilangan kelas, lebar kelas, selang kelas, sempadan kelas serta kekerapan atau kekerapan realitif sesuatu kelas.


KECENDERUNGAN MEMUSAT

Kecenderungan memusat merujuk kepada satu nilai purata sesuatu set skor. Kecenderungan memusat dapat menerangkan atau memerihalkan tentang keseluruhan set data. Hal ini kerana ukuran tersebut mempunyai nilai yang membahagikan sekumpulan data kepada dua bahagian iaitu sebahagiannya lebih besar dan sebahagiannya lebih kecil.  Terdapat tiga jenis ukuran kecenderungan memusat iaitu Min, Mod dan Median. Kegunaan utama ukuran kecenderungan memusat ialah untuk memberi gambaran terhadap kumpulan data, membuat perbandingan antara dua kumpulan data, memberi gambaran secara menyeluruh terhadap sesuatu kumpulan data melalui persampelan dan memberi konsep Matematik terhadap pertalian antara kumpulan yang berbeza.

            Min atau dikenali sebagai Min Arimetri merupakan satu set data yang hasil tambah nilai semua cerapan dibahagi dengan bilangan cerapan itu.  Biasanya juga di kenali sebagai purata.  Terbahagi kepada dua iaitu Min Data Mentah atau Data tak Terkumpul dan Min Data Terkumpul atau Jadual Kekerapan.  Min data terkumpul ialah taburan kekerapan terkumpul yang cerapan x mempunyai kekerapan f untuk setiap kelas.  Kaedah mengkod min ialah merupakan suatu teknik yang digunakan untuk pengiraan statistik bagi data yang nilai cerapannya terlalu besar dan terlalu kecil.  Ia melibatkan penambahan, pengurangan dan pendaraban atau pembahagian.

            Mod merupakan fakta atau nilai yang paling kerap berulang bagi sekumpulan data.  Dalam erti kata lain, jika cerapan x berulang paling banyak kali dalam satu set data, maka cerapan x ialah mod bagi set data tersebut.  Contohnya, bagi set data { 0, 0, 1, 2, 2, 2, 3, 4, 5 }, modnya ialah 2 kerana cerapan ini paling kerap berulang.  Semua set data yang bernombor mempunyai mod dan median, namun bukan semua set data ini mempunyai mod.  Misalnya, set data yang setiap unsurnya berulang sekali sahaja tidak mempunyai mod langsung.  Mod merupakan satu sukatan yang sangat berguna dalam kes-kes tertentu.  Contohnya, jika set data yang diberi melibatkan bilangan cerapan yang banyak dan mengalami kesuntukan masa untuk mengira min dan mediannya, maka mod adalah sesuai digunakan sebagai perwakilan set data itu.  Selain daripada itu, mod merupakan perwakilan penting bagi data yang tidak bernombor seperti warna, gred dan sebagainya.

            Median ialah nilai yang berada di tengah-tengah selepas semua data disusun mengikut tertib menaik atau menurun dan menerangkan nilai yang terletak ditengah-tengah cerapan.  50% nilai-nilai data adalah kurang daripada median dan 50% nilai-nilai data adalah lebih daripada median. Jika bilangannya ganjil, wujud data ditengah-tengah nilai yang nilainya merupakan median.  Akan tetapi, jika bilangan data genap, tidak wujud pada data di tengah-tengah.  Oleh itu, median dalam kes ini ialah purata dua data di tengah-tengah.

         Penggunaan Median Kelas Terkumpul adalah penting kerana lazimnya, apabila saiz data besar, penghitungan median secara langsung menggunakan kaedah seperti dalam takrif adalah sukar.  Oleh yang demikian, pengkelasan data kepada kumpulan kecil adalah wajar supaya penghitungan menjadi ringkas serta mudah.

PERWAKILAN VISUAL DATA

Data mentah biasanya dalam bentuk yang berselerak, tidak teratur, dan tidak dapat menunjukkan apa-apa ciri dan sifat. Oleh itu, data perlu dikumpul dan perlu dibentangkan dalam bentuk-bentuk yang lebih bermakna supaya dapat difahami. Contoh-contoh persembahan data yang biasa digunakan ialah jadual kekerapan, Histogram, Poligon Kekerapan, Ogif, Carta Pai, Graf, Carta Palang, Carta Palang Berganda dan Carta Palang Berkomponen.

            Jadual Kekerapan merupakan kaedah yang yang senang untuk membentangkan data mentah. Dua faktor yang perlu dipertimbangkan semasa membina suatu jadual kekerapan ialah bilangan kelas yang perlu digunakan dan selang bagi setiap kelas.

        Histogram adalah graf yang paling mudah dan sesuai digunakan di dalam penganalisaan data graf histogram.  Untuk membina graf histogram kita perlu menentukan bahawa setiap kelas adalah bersambungan di antara satu sama lain. Situasi ini dapat dilakukan dengan mewujudkan sempadan kelas bagi setiap kelas. Contohnya, 34.5 - 44.5, 44.5 - 54.5, 54.5 – 64.5, 64.5 – 74.5, 74.5 – 84.5 dan seterusnya.  Kelas yang dinyatakan tadi mempunyai selang yang sama iaitu 10. Keadaan ini diperlukan untuk memudahkan pembinaan graf atau histogram dan seterusnya  membuat penganalisaan terhadap graf tersebut.

            Poligon Kekerapan menggambarkan bentuk populasi sesuatu data.  Melalui gambar rajah poligon kekerapan, kita dapat mengenal pasti sama ada data yang dikumpul mempunyai bentuk yang pencong ke kanan, pencong ke kiri atau simetri. Setiap bentuk ini memberikan maklumat yang tertentu tentang populasi data yang dikumpul. Poligon kekerapan dapat dibina dengan menyambungkan titik-titik tengah di atas setiap palang histogram dengan satu garis lurus.
            Di samping taburan kekerapan atau gambar rajah histogram atau polygon, terdapat kaedah yang boleh mempersembahkan data dan membuat pengiraan statistik iaitu Ogif.  Ogif juga dikenali sebagai taburan kekerapan melonggok yang mana ia memerlukan kekerapan melonggok sebelum kelok ogif tersebut dapat dibina.  Ogif dibina dengan menggunakan dua pendekatan iaitu, pendekatan ogif ke atas dan pendekatan ogif ke bawah.

            Walau bagaimanapun, bagi data yang lain dan dengan bentuk yang lebih menarik, Graf boleh menjelaskan beberapa faktor penting terutamanya kepada golongan pembaca tertentu.  Graf mudah yang menekankan aspek-aspek yang diminati adalah lebih berkesan.  Terdapat pelbagai kaedah perwakilan visual yang dipanggil graf antaranya graf turus, graf garis, graf bulatan dan kelok Lorenz.

            Graf Turus/Graf Bar dikenali sebagai graf carta.  Ia mempunyai bentuk seperti dalam rajah.  Panjang atau tingginya satu-satu turus menunjukkan ukuran, dalam unit tertentu, bagi objek atau kumpulan berkenaan.

            Graf Garis merupakan Kaedah yang berguna terutama apabila perhubungan antara dua ukuran satu-satu objek dipamerkan.  Paksi tegak dan paksi mengufuk perlu ditetapkan terlebih dahulu.  masing-masing mewakili ukuran-ukuran objek tersebut.

            Carta Pai merupakan satu bulatan yang dibahagikan kepada sektor yang luasnya adalah menurut kadar kekerapan kelasnya dalam ukuran sudut atau peratusan.  Untuk membina carta pai, darabkan 360 dengan kekerapan relatif setiap kategori bagi mendapat saiz sudut setiap sektor.

Maksud Statistik

Statistik adalah satu seni dan sains untuk mengumpul, memproses, menganalisis, menginterpretasi, mempersembahkan data untuk tujuan membantu di dalam membuat keputusan yang lebih berkesan. Statistik juga adalah kumpulan data yang oleh memberikan gambaran tentang sesuatu keadaan.

            Menurut Kamus Pelajar (Edisi Ke-2), statistik ialah keterangan tentang sesuatu yang ditunjukkan dengan angka;catatan angka-angka perangkaan dan ilmu pengetahuan tentang sesuatu penyelidikannya atau kesimpulannya berdasarkan bukti dalam bentuk angka-angka atau bilangan.

            Manakala menurut Kamus Dewan (Edisi Ke-4) pula, statistik dapat didefinisikan sebagai catatan angka-angka atau bilangan, butir-butir (keterangan) yang ditunjukkan dengan angka, perangkaan dan cabang pengetahuan yang berkaitan dengan sesuatu yang didasarkan kepada bukti-bukti dalam bentuk angka atau bilangan.

            Berdasarkan definisi yang diberikan di atas, matlamat akhir statistik ialah untuk membuat keputusan yang lebih berkesan. Ini membawa maksud bahawa organisasi atau organisasi-organisasi akan menggunakan data yang telah diproses, semata-mata ingin mencapai matlamat iaitu untuk mendapatkan atau membolehkan mereka membuat keputusan yang terbaik.  Selain itu juga, dengan statistik kita boleh meramalkan keadaan yang akan datang berdasarkan data masa lalu.

Sunday 13 April 2014

KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA KERANJANG

KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA KERANJANG
KAMPUNG PULAU BANGGI 2014


DENGAN KERJASAMA :
GURU-GURU SK PULAU BANGGI

BERTEMPAT DI :
PADANG SK PULAU BANGGI

TARIKH :
15 & 16 OGOS 2014






“ Kampung Pulau Banggi Boleh



KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA KERANJANG
KAMPUNG PULAU BANGGI 2014


1.0         PENGENALAN

Kejohanan Bola Keranjang Kampung Pulau Banggi merupakan anjuran dari unit permainan Bola keranjang yang diadakan setiap tahun. Kejohanan Bola Keranjang ini dikendalikan sepenuhnya oleh guru- guru penasihat unit permainan bola keranjang dengan kerjasama penduduk Kampung Pulau Banggi. Karnival Bola keranjang ini akan berlangsung pada 15- 16 OGOS 2014 iaitu pada hari sabtu dan ahad.

2.0         OBJEKTIF

2.1         Mengeratkan silaturrahim antara penduduk Kampung Pulau Banggi dan guru- guru.
2.2         Melahirkan semangat kesukanan dan memberi kecergasan fizikal.
2.3         Mencungkil bakat dan kebolehan sedia ada serta melahirkan atlit-atlit muda.
2.4         Melahirkan penduduk kampung yang berkebolehan dalam setiap bidang, bukan hanya bertumpu kepada satu bidang sahaja.

3.0         TEMA

Kampung Pulau Banggi Boleh

Tema ini dipilih kerana dalam melaksanakan aktiviti kesukanan khususnya permainan, mestilah sesuatu permainan itu dijalankan secara bersungguh-sungguh dan memperolehi hasil yang terbaik atau gemilang.


4.0         TEMPAT

Padang Sekolah Kebangsaan Pulau Banggi


5.0         TARIKH

15- 16 OGOS 2014, Sabtu dan Ahad.
  
6.0         TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA

Setiap jawatankuasa mempunyai tugas-tugas masing-masing. Tugas AJK adalah seperti berikut:

TUGAS
BIDANG TUGAS
Pengerusi
Ø  Mengetuai Jawatankuasa Pengelola.
Ø  Bertanggungjawab ke atas keseluruhan pengelola
Ø  Memberi nasihat/ cadangan yang konstruktif untuk melicinkan pengelolaan.
Setiausaha
Ø  Menguruskan surat menyurat
Ø  Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
Ø  Menyimpan segala maklumat dan rekod untuk rujukan.
Ø  Memastikan segala perancang berjalan mengikut jadual.
Ø  Menghantar surat ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pengelolaan pertandingan.
Bendahari
Ø  Membuat anggaran perbelanjaan.
Ø  Merancang dan mengawal perbelanjaan.
Ø  Menyimpan segala resit pembelian.
Ø  Menyediakan penyata kewangan selepas sesuatu pertandinagn selesai dikendalikan.
Ø  Mengeluarkan baucer, resit (bagi kutipan yuran masuk) dan lain-lain yang berkaitan dengan penerimaan dan perbelanjaan.

 PENGERUSI JAWATANKUASA KECIL

TUGAS
BIDANG TUGAS
Pertandingan
Ø  Menyediakan peraturan pertandingan: borang pendaftaran dan jadual pertandingan.
Ø  Menentukan tarikh tutup pertandingan.
Ø  Menyediaka senarai nama/pasukan yang akan bertanding.
Ø  Mengadakan mesyuarat pengurus pasukan sehari sebelum pertandingan.
Ø  Membuat jadual untuk latihan sebelum pertandingan.
Teknikal dan Peralatan
Ø  Menyediakan peralatan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam peraturan pertandingan.
Ø  Memastikan Peralatan yang diperluakan masih berfungsi.
Ø  Menentukan padang, gelanggang, pentas semuanya spesifikasi sesuai dan selamat digunakan.
Ø  Menyenaraikan segala peralatan yang diperlukan oleh semua jawatankuasa.
Ø  Meyediakan peralatan mengikut kehendak jawatankuasa.
Ø  Memastikan peralatan selamat digunakan.
Ø  Menyimpan semua peralatan setelah selesai pertandingan.
Hadiah dan Cenderamata
Ø  Membuat anggaran pembelian hadiah.
Ø  Menentukan jenis-jenis hadiah yang akan diberikan dan mendapatkan persetujuan daripada JK Pengelola.
Ø  Membeli dan membungkus hadiah (jika perlu)
Ø  mencari penaja untuk hadiah (jika perlu)
Ø  Membantu dalam upacara penyampaian hadiah.
Protokol
Ø  Merancang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan dan mendapat persetujuan daripada JK Pengelola.
Ø  Menentukan tetamu khas yang akan menyempurnakan majlis.
Ø  Menyediakan anggaran perbelanjaan.
Ø  Menghubungi pihak-pihak berkenaan untuk membantu seperti juruacara dan lain-lain.
Ø  Mengadakan raptai.
Jamuan
Ø  Merancang menu yang diperlukan sepanjang pertandingan untuk AJK, pegawai, peserta dan lain-lain.
Ø  Memesan makanan/minuman serta memastikan makanan/minuman sampai pada masa yang ditetapkan serta cukup untuk semua.
Ø  Mengedarkan minuman untuk tetamu dan pegawai semasa pertandingan.
Ø  Merancang dan mengadakan jamuan mengikut persetujuan AJK Pengelola – menetapakn tarikh, tempat, masa, menu, tetamu dan peserta.
Siaraya/publisiti
Ø  Menyenaraikan jumlah pembesar suara, hailer yang diperlukan.
Ø  Memasang dan memastikan semuanya berfungsi.
Kebajikan dan Keselamatan
Ø  Melantik pegawai/ sukarelawan untuk memastikan keselamatan pertandingan di tempat pertandingan.
Ø  Memastikan ada doktor/ pegawai perubatan/ ahli SJAM(yang diperlukan ) semasa pertandingan.
Ø  Menyediakan air batu dan ubatan yang sesuai dan mencukupi.
Ø  Menyediakan tempat untuk rawatan.
Urusetia
Ø  Membantu dalam mengendalikan tugasan semua jawatankuasa kecil.
Ø  Menyediakan papan notis dan memaparkan segala maklumat terkini.
Ø  Memastikan segala makluman sampai kepada peserta/ pasukan dengan bantuan pegawai perhubungan.
Pengadil
Ø  Mengadili setiap perlawanan dengan adil dan saksama
Ø  Mengisi boring pengadilan dan menandatanganinya selepas setiap perlawanan diadakan.





7.0                  PERATURAN PERTANDINGAN
KEJOHANAN BOLA KERANJANG KAMPUNG PULAU BANGGI

1.                  PERATURAN AM

1.1         Selain daripada Peraturan Pertandingan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa (           FIBA) yang terkini.

1.2      Sekiranya terdapat percanggahan diantara terjemahan Undang-undang Permainan dan Undang-undang Permainan FIBA, maka adalah diputuskan bahawa Undang-undang Permainan Bola Keranjang Malaysia (MABA) serta peraturan-peraturan AM MSSS yang sedang dikuatkuasakan akan dipatuhi.

1.3         Sekiranya timbul perkara yang tidak sesuai oleh kedua Undang-undang Permainan, maka keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola, kecuali dari aspek teknikal.

2.                  PENYERTAAN

2.1         Kejohanan ini akan diadakan pada 15- 16 OGOS 2013 di padang  SK Kampung Pulau Banggi
 2.2         Ianya terbuka kepada semua penduduk Kampung Pulau Banggi
2.3         Setiap pasukan dikenakan bayaran Wang Penyertaan sebanyak RM10
2.4         Pengesahan penyertaan dengan bayaran Wang Penyertaan, Borang Penyertaan dan Borang Pendaftaran hendaklah dikemukan kepada Jawatankuasa Pengelola Sebelum 5 Ogos 2013.

3.                  PENDAFTARAN

3.1         Setiap pasukan boleh mendaftar dua (2) pasukan sahaja yang terdiri daripada sembilan (9) orang pemain.

4.                  SISTEM PERTANDINGAN

4.1         Perlawanan akan dibahagikan kepada empat (4) kumpulan A, B, C dan D. Setiap Kumpulan mempunyai tiga (3) pasukan.

4.2         Pemenang pertama dan kedua dari setiap kumpulan layak memasuki peringkat Kedua.

4.3         Di pusingan Kedua pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

4.4         Pemberian Mata

4.4.1 Bagi pertandingan yang dijalankan secara Liga, pemenang akan mendapat 2 mata, kalah 1 mata dan menarik diri 0 mata.

4.5         Menentukan Kemenangan

4.5.1     Kemenangan bagi pertandingan secara LIGA, ditentukan daripada jumlah mata yang terbanyak tetapi jika berlaku seri pada jumlah mata, maka keputusan akan ditenyukan seperti berikut:-

a.      Keputusan permainan antara dua pasukan yang terlibat akan menentukan kedudukan mereka.
b.      Jika jumlah mata yang diperolehi dan yang di jaring oleh pihak lawan adalah sama antara dua pasukan, maka pemenang akan ditentukan oleh purata jaringan.
     Jika lebih dari dua pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang       akan ditentukan seperti berikut:
a.      Pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak akan dikira menang (cuma mengambil keputusan antara pasukan yang sama mata).
b.      Jika masih seri, pasukan yang mempunyai purata jaringan yang tertinggi akan dikira menang (cuma mengambil keputusan antara pasukan yang sama mata).
c.       Jika masih seri, kedudukan akan ditentukan dengan mengambil kira purata jaringan dari keputusan semua permainan yang dimain dalam kumpulan. Jika ada apa keraguan, rujuk peraturan FIBA.
d.      Jika masih seri, cabutan undi akan dibuat.

5.                  TEMPOH PERLAWANAN

5.1         Permainan dibahagikan kepada 4 waktu yang mengandungi masa 10 minit
5.2         Setiap waktu dengan masa 2 minit rehat antaranya (4 x 10minit)
5.3         10 minit rehat antara waktu 2 & 3 sebagai separuh masa perlawanan.

6.                  PAKAIAN

6.1         Pakaian bermain mestilah sesuai dengan permainan bola   keranjang.


7.                  MENARIK DIRI

Pasukan tidak dibenarkan menarik diri.

8.                  KELEWATAN

Sepuluh (15) minit akan diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas sepuluh (15) minit sesuatu pasukan itu tidak dapat hadir, maka pihak lawan akan diberi kemenangan percuma dengan 2 mata dan skor bilangan mata perlawanan 20-0

9.                  PENANGGUHAN

9.1         Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau diputuskan dengan serta merta.

9.2     Jawatankuasa Pertandingan dan teknikal akan menetapkan semula tarikh dan perlawanan yang tertangguh itu.

10.              PENGADIL

Jawatankuasa Pengadil adalah daripada guru penasihat sukan bola keranjang SK Pulau Banggi

BANTAHAN DAN RAYUAN

10.1      Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus Pasukan secara kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan tidak lewat daripada tiga puluh (30) minit selepas sesuatu perlawanan itu tamat.

10.2      Setiap bantahan atau rayuan hendaklah disertakan dengan wang tunai sebanyak RM10

10.3      Wang pertaruhan ini akan luput jika bantahan atau rayuan didapati tidak wajar.

11.              JURI RAYUAN

11.1      Juri Rayuan terdiri daripada tiga (3) orang, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan dua (2) orang Pengurus pasukan yang tidak terlibat dalam bantahan.

11.2      Keputusan juri dan penganjur adalah muktamad.

12.              GANTI RUGI

Segala usaha akan diambil oleh Jawatankuasa Pengelola untuk menjaga Keselamatan diri dan harta benda peserta. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan kepada peserta atau kehilangan harta benda di kejohanan ini.

8.0       JAWATANKUASA INDUK


JAWATANKUASA INDUK
KEJOHANAN BOLA KERANJANG KAMPUNG PULAU BANGGI

Penaung
Tuan Salleh bin Daud
Ketua Penasihat
En. Osman bin Desa
Penasihat
Puan Normar binti Ali
Pengerusi
Syaida binti Mohd Hasyim
Setiausaha
Jamilah binti Zakaria
Bendahari
Norherliana Binti Abdul Rahim
  

AHLI JAWATANKUASA KEJOHANAN:

                       
 Pertandingan                      : Maisarah binti Ismail
  Noraslina binti Sali
              
Teknikal dan Peralatan      : Noor Azura binti Mustapha  
                                                  Azian binti Maja
                                                 
Hadiah dan Cenderamata : Ily Nadiah Abdul Rahman
             Siti Rohana binti Hamid

Jamuan                                 : Siti Rohani Mat Lazim                                                                 Rabiatul Adawiyah binti Mahadi

Kebajikan dan keselamatan          : Siti Munirah binti Othman Keselamatan                 Rosmarina binti Misrul

Siaraya/ publisiti                              : Norhasnita binti Hassan
                                                              Siti Ruhani binti Othman

Protokol                                             : Nurul Zawani Mohd Zaki
                                                              Zainur Ely Zainuddin

Urusetia                                             : Siti Aznita binti Che Hussin

Pengadil                                            : Pn. Zaiton Bt. Zainal
  Pn. Siti Nahdatul Shima Bt. Syed Husin


9.0                               TENTATIF MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
        KEJOHANAN BOLA KERANJANG KAMPUNG PULAU BANGGI

6.00-6.05 PETANG :            UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS
6.05-6.10 PETANG :            UCAPAN PENGERUSI KEJOHANAN
6.10-6.20 PETANG :            UCAPAN PERASMIAN PENUTUP
                                               ( Oleh En. Baharom Bin Othman)                                               
6.20-6.30 PETANG :            PENYAMPAIAN HADIAH
6.30 PETANG          :            BERSURAI


10.0    ANGGARAN PERBELANJAAN


PENDAPATAN


Sumbangan PIBG                                                                                                   RM 200.00    
Ko- kurikulum                                                                                                           RM 150.00
Yuran Penyertaan (12 X RM10)                                                                             RM  120.00                                                                          


JUMLAH PENDAPATAN                                                                          RM470.00



PERBELANJAAN

Medal                                                                                                            RM 150.00
Hamper                                                                                                         RM 100.00
Hadiah VIP                                                                                                   RM   30.00
Publisiti                                                                                                         RM   50.00
Persiapan Padang                                                                                      RM   20.00
Jamuan Peserta dan minuman Peserta                                                   RM 100.00
Pengurusan                                                                                                  RM  20.00



JUMLAH PERBELANJAAN                                                                     RM 470.00

11.0PENUTUP

Semoga Kejohanan ini dapat memenuhi matlamat dan objekti seperti yang dikehendaki iaitu dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara penduduk Kampung Pulau Banggi dan guru- guru SK Pulau Banggi serta dapat melahirkan semangat kesukanan dan memberi kecergasan fizikal.

‘Kampung Pulau Banggi Boleh’

Yang menjalankan tugas,



(JAMILAH BINTI ZAKARIA)
Setiausaha,
Kejohanan Bola keranjang Kampung Pulau Banggi 2014
















LAMPIRAN

BORANG PENYERTAAN
KEJOHANAN BOLA KERANJANG KAMPUNG PULAU BANGGI 2014


Nama Pasukan

:
Nama Pengurus

:
Yuran
:



BIL
NAMA PEMAIN
NO SURAT BERANAK
POSISI
1.



2.



3.



4.



5.



6.



7.



8.



9.







TANDATANGAN PENGURUS:



...................................................
(                                                  )
JADUAL PERLAWANAN
KEJOHANAN BOLA KERANJANG KAMPUNG PULAU BANGGI 2013

KUMPULAN A                                                         KUMPULAN B

A1
6 USAHA- KUMP 1

B1
6 JAYA- KUMP 2
A2
6 CEMERLANG- KUMP 1

B2
6 BAKTI- KUMP 1
A3
6 TEKUN- KUMP 2

B3
6 USAHA- KUMP 2


KUMPULAN C                                                         KUMPULAN D

C1
6 MAJU- KUMP 2

D1
6 CEMERLANG- KUMP 2
C2
6 JAYA- KUMP 1

D2
6 MAJU- KUMP 1
C3
6 BAKTI- KUMP 2

D3
6 TEKUN- KUMP 1



SUKU AKHIR

JOHAN A X NAIB JOHAN C
JOHAN 1
JOHAN C X NAIB JOHAN A
JOHAN 2
JOHAN B X NAIB JOHAN D
JOHAN 3
JOHAN D X NAIB JOHAN B
JOHAN 4



SEMI FINAL

JOHAN 1 X JOHAN 4
JOHAN X
JOHAN 2 X JOHAN 3
JOHAN Y


PENENTUAN TEMPAT KE-3 DAN KE-4

NAIB JOHAN X lawan NAIB JOHAN Y


PENENTUAN TEMPAT PERTAMA DAN KE-2

JOHAN X lawan JOHAN Y


JADUAL PERLAWANAN
KEJOHANAN BOLA KERANJANG KAMPUNG PULAU BANGGI 2014

15 OGOS (SABTU),  3.00-6.30 PTG

BIL
KUMPULAN
MASA
PADANG
PERLAWANAN
1.
2.
A
C
3.30-3.45
3.30-3.45
A
B
A1 X A2
C1 X C2
3.
4.
B
D
4.00-4.15
4.00-4.15
A
B
B1 X B2
D1 X D2
5.
6.
A
C
4.30-4.45
4.30-4.45
A
B
A1 X A3
C1 X C3
7.
8.
B
D
5.00-5.15
5.00-5.15
A
B
B1 X B3
D1 X D3
9.
10.
A
C
5.50-5.45
5.50-5.45
A
B
A2 X A3
C2 X C3
11.
12.
B
D
6.00-6.15
6.00-6.15
A
B
B2 X B3
D2 X D3

16 OGOS (AHAD),  3.00-6.30 PTG

BIL
KUMPULAN
MASA
PADANG
PERLAWANAN
13.
14.

3.30-3.45
3.30-3.45
A
B
JA X NJC
JC X NJA
15.
16.

4.00-4.15
4.00-4.15
A
B
JB X NJD
JD X NJB
17.
18.

4.30-4.55
4.30-4.55
A
B
J1 X J2
J2 X J3
19.

5.00-5.25
A

Penentuan Tempat ke-3 dan ke-4
20.

5.30-5.55
A
Penentuan Johan dan N. Johan
BORANG PERTANDINGAN
KEJOHANAN BOLA KERANJANG KAMPUNG PULAU BANGGI 2014

Bil Pasukan

:
Perlawanan

:
Masa

:
Tempat

:
Pengadil

:

:



Keputusan Perlawanan:

Pasukan:
Pasukan:







Tandatangan Pengurus;                                                    Tandatangan Pengurus;



................................................                                                ..........................................
(                                                )                                              (                                        )




Tandatangan Pengadil;


.................................................

(                                                )