Wednesday 22 May 2013

ULAMA DALAM BIDANG ILMU TAFSIR



ULAMA DALAM BIDANG ILMU TAFSIR

1. Imam At Tabari (225-310H/839M-923M)

Beliau ialah Abu Jaafar Muhammad bin Jarir At Tabari, tetapi beliau terkenal dengan nama At Tabari atau Ibn Jarir At Tabari. Beliau dilahirkan pada 225H/ 839M di Amul, Tabaristan, Iran tetapi beliau lebih banyak menghabiskan masanya di Kota Baghdad. Ketika menulis kitab tafsirnya, Jami’eu Al Bayan Fi Tafsir Al Quran atau dikenali sebagai Tafsir At Tabari, beliau telah menggunakan kaedah menafsiran Tafsir Bi Al Ma’sur iaitu penafsiran Al Quran dengan Al Quran, dengan hadith dan ijtihad para sahabat. Kitab itu mengandungi penemuan hukum akidah dan fiqh yang disimpulkan daripada Al Quran. Karya sejarah beliau yang terkenal ialah Tarikh Ar Rusul Wa Al Muluk atau dikenali dengan nama Tarikh At Tabari. Kitab itu dianggap sebagai kitab sejarah Islam yang paling lengkap. Dalam kitab itu dimuatkan maklumat yang tidak pernah ditulis oleh sejarawan sebelumnya. Isi kitab itu terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama mengandungi sejarah Arab, Parsi dan Rom sebelum Islam, manakala bahagian kedua mengandungi sejarah pasca-Islam. Imam At Tabari meninggal dunia ketika berusia 85 tahun di Baghdad pada 310H/923 M.

2. Imam Ibn Kathir (701-774H)

Beliau ialah Abu Al Fida’ Imaduddin Ismail bin Umar bin Kathir Al Qurasyi Al Bushrawi Ad Dimasyqi, lebih dikenal dengan nama Ibn Kathir. Beliau lahir pada tahun 701H di sebuah desa Kota Bashra di Syam. Kitab beliau dalam bidang tafsir ialah Tafsir Al Qur’an Al ‘Azim yang lebih dikenali sebagai Tafsir Ibn Kathir. Kitab tersebut menjadi kitab tafsir yang terbaik di samping kitab Tafsir At Tabari. Para ulama mengatakan bahawa Tafsir Ibn Kathir adalah sebaik-baik kitab tafsir kerana memiliki pelbagai keistimewaan, beliau menggunakan kaedah Tafsir Bi Al Ma’sur iaitu menafsiran Al Qur’an dengan Al Qur’an, menafsirkan Al Qur’an dengan As Sunnah, kemudian dengan perkataan para shahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’ein, kemudian dengan kaedah-kaedah tatabahasa Arab. Selain tafsir, beliau juga menulis kitab-kitab lain yang sangat bermutu di antaranya adalah Al Bidayah Wa An Nihayah, Jami’eu Al Masanid, Ikhtisar ‘Ulum Al Hadith, Risalah Fi Al Jihad dan banyak lagi. Ibn Kathir meninggal dunia pada tahun 774H di Damsyiq dan dikuburkan di sebelah makam gurunya, Syeikhul Islam Ibn Taimiyah.

3. Imam Al Qurtubi (871H/1214-1273M)[1]

Beliau ialah Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Abu Bakr bin Farh Al Ansari Al Khazraji Al Andalusi Al Qurtubi, seorang ahli tafsir dari Cordova, Andalusia.  Kitab tafsirnya yang terkenal ialah Al Jami’ei Li Ahkam Al Qur’an yang dikenali sebagai Tafsir Imam Al Qurtubi. Keistimewaan kitab ini kerana di dalamnya diulas tentang hukum-hakam yang terkandung dalam sesuatu ayat Al Qur’an secara panjang lebar, dibawa hadith-hadith yang ditakhrij oleh beliau dan diungkapkan pula para perawinya. Dalam kaedah metodologi penulisan kitab tafsir, Imam Al Qurtubi banyak merujuk kitab-kitab tafsir yang dikarang sebelumnya dan menggunakan kaedah tafsir bil ma’tsur, qira’at, lughah, nahu, balaghah, fiqh, kajian hukum dan sebagainya. Beliau wafat pada malam Isnin, 9 Syawal tahun 871H, dimakamkan di Al Muniya terletak di sebelah timur Sungai Nil2]. Semoga Allah merahmati roh beliau, amin.


4. Imam Zamaksyari (467-538H)

Beliau ialan Abu Al Qasim Mahmud bin Umar bin Muhammad bin Ahmad bin Umar Al Khawarizmi Az Zamakhsyari, dilahirkan pada hari Rabu 27 Rejab 467H di Zamakhsyar, suatu tempat di Khawarizmi terletak di wilayah Turkistan, Rusia. Imam Az Zamakhsyari hidup dalam keadaan membujang sebatang kara dan dikatakan faktor-faktor beliau berada dalam keadaan demikian ialah kerana dilanda kemelut kemiskinan, ketidakstabilan hidupn dan beliau adalah seorang yang cacat jasmani. Ditambah pula dengan kesibukannya mencari ilmu dan kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan serta terlibat dalam penulisan menyebabkan beliau tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal perkahwinan. Dalam persoalan fiqh, beliau berpegang kepada Mazhab Hanafi, tetapi dalam persoalan akidah, beliau bermazhab Mu’tazilah bermatian-matian membela mazhab tersebut. Imam Adz Dzahabi pernah berkata dalam kitabnya Al Mizan[3] bahawa Az Zamakhsyari adalah seorang yang layak diambil hadith, tetapi dia seorang penyeru kepada aliran Mu’tazilah, semoga Allah melindungi kita, oleh itu berhati-hati terhadap kitab Kasyaf karyanya. Sebagai seorang penulis, Az Zamakhsyari meninggalkan beberapa karya dalam beberapa bidang ilmu, di antaranya ialah Tafsir Al Kasyaf, Diwan Al Adab, Rabi’ Al Abrar, Asas Al Balaghah, A’jab Al‘Ajab Fi Syarh Lamiyat Al‘Arab, Al Anmudzaj Fi Al Nahwi, An Nashaih As Shighar, Al Fa’iq Fi Garib Al Hadith, Maqamaat Al Zamakhsyari dan Nawabi’ Al Kalam Fi Al Lughah[4]. Kitab tafsir beliau terkenal ialah Tafsir Al Kasyaf ‘An Haqa’iqit Tanzil Wa ‘Unuyil Aqawil Fi Wujuhit Ta’wil atau dikenali sebagai Tafsir Az Zamakhsyari. Kitab tafsir beliau adalah salah satu kitab tafsir yang menggunakan kaedah Tafsir Bi Al Ra’yi yang terkenal, yang dalam pembaHassannya menggunakan pendekatan bahasa dan sastera. Penafsirannya terkadang ditinjau dari sudut mufradat dengan merujuk kepada ucapan-ucapan syair arab, nahu dan balaghah. Beliau wafat pada 538H, di Jurjaniyah Khawarizm setelah kembali dari Mekah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau, amin.







Monday 20 May 2013

QISAS

QISAS

  •  Bahasa : persamaan atau mengikut. Seseorang yang telah melakukan jenayah tertentu akan diikuti dengan hukuman yang sama seperti dengan apa yang telah dia lakukan terhadap mangsanya.
  • Istilah : suatu pembalasan yang dijatuhkan dan dikenakan ke atas pelaku yang hukumannya sama seperti apa yang telah pelaku tersebut lakukan ke atas mangsanya. Contohnya membunuh dengan sengaja atau mencederakan anggota badan.
  • Syarak : hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak individu.
  • يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالأُنثَى بِالأُنثَى...
  • Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu menjalankan hukuman qisas dalam perkara orang yang mati dibunuh iaitu : orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba dan perempuan dengan perempuan.. 

Syarat wajib Qisas
Syarat terhadap pembunuh
  • Membunuh dengan niat sengaja
  • Seorang yang waras
  • Baligh
  • Atas kerelaan sendiri dan bukan kerana paksaan
  • Pembunuhan secara langsung
  • Pembunuh bukanlah ayah kepada mangsa
  • Martabatnya lebih rendah berbanding dengan mangsa
 
Syarat terhadap mangsa
  • Bukan daripada golongan yang mempunyai hak ke atas pembunuh
  • Mangsa bukan milik pembunuh
  • Mangsa adalah yang terpelihara darahnya
  • Setaraf, misalnya pembunuh beragama islam dan mangsa juga beragama islam
Syarat pelaksaan qisas
Menurut Imam Syafie syarat pelaksanaan qisas bagi jenayah pembunuhan adalah seperti berikut:

1) Orang yang hendak dijatuhkan hukuman qisas adalah mukallaf dan berakal. Kanak kanak dan orang gila tidak dikenakan qisas

2) Pembunuh bukan terdiri daripada bapa, ibu, datuk dan ke atas
 
3) Mangsa bunuh adalah terpelihara darahnya dengan sebab Islam

4) Persamaan taraf antara pembunuh dan mangsa bunuh dari sudut agama kedua duanya Islam) dan kebebasan diri kedua duanya merdeka)

 
Diat
  • Istilah umum : sebagai hukuman lain daripada hukuman qisas, sekiranya berlaku situasi yang mana terdapatnya halangan untuk melaksanakan qisas.
  • Istilah yang lain : merupakan sejumlah bayaran kepada mangsa atau waris mangsa dan dalam sesetengah keadaan diat akan dilaksanakan sekiranya ahli waris memaafkan pembunuh tersebut atau pun sekiranya pembunuh atau penjenayah meninggal dunia sebelum dilaksanakan qisas ke atasnya. Selain itu, diat juga dikenakan ke atas orang menyebabkan kecederaan ke atas orang lain.
  • Sengaja
  • Imam Syafie dan jumhur ulama : diat diwajibkan ke atas pembunuh ketika gugur hukum qisas terhadapnya, sama ada dengan kerelaan atau tidak.
  • Imam Hanafi : diat tidak wajib ke atas pembunuh kecuali dengan kerelaan dan kemahuannya. Berdasarkan pendapat Imam Hanafi, jika waris si mati memaafkan kesalahan pembunuh, dan dia diampunkan daripada qisas tetapi dituntut membayar diat, maka dia tidak wajib membayarnya jika dia tidak bersetuju.
  • Dalam kes pembunuhan secara sengaja ini, jika pihak waris telah memaafkan kesalahan penjenayah, maka tidak boleh dilaksanakan qisas ke atasnya. Sebagai alternatif, waris kepada penjenayah haruslah membayar diat kepada waris mangsa dengan kadar diat berat, 100 ekor unta. Ini adalah sebagi ganti rugi kepada pelepasan penjenayah daripada dikenakan hukum qisas kerana telah dimaafkan oleh waris mangsa :
  1. 30 ekor unta berusia 3 tahun
  2. 30 ekor unta berusia 4 tahun
  3. 40 ekor unta bunting
  • Separuh sengaja dan tidak sengaja
  • Menurut Imam Syafie : pembayarannya hanyalah boleh dibayar dengan unta sahaja, iaitu 100 ekor unta yang berat untuk pembunuhan separuh sengaja. Wajib dibayar selama 3 tahun secara beransur-ansur iaitu 1/3 setiap tahun.
  • 30 ekor unta berusia 3 tahun masuk tahun keempat
  • 30 ekor unta berusia 4 tahun masuk tahun kelima
  • 40 ekor unta yang bunting
  • Secara tidak sengaja pula, ialah dengan membayar diat 100 ekor unta yang lebih ringan :
  • 20 ekor unta betina berusia 1 tahun masuk tahun kedua
  • 20 ekor unta betina berusia 2 tahun masuk tahun ketiga
  • 20 ekor unta betina berusia 3 tahun masuk tahun keempat
  • 20 ekor unta jantan berusia 2 tahun masuk tahun ketiga
  • Imam Malik dan Imam Hanafi : boleh dilakukan sama ada dengan emas, perak atau unta.
  • Diat terhadap perempuan
  • Ulama dan fuqaha berpendapat diat ke atas pembunuh perempuan adalah separuh daripada  diat ke atas pembunuh perempuan.


RIBA

RIBA

*      Bahasa : Ziyadah (tambahan) dan lebihan.
*      Istilah : Pengambilan tambahan dari harga pokok atau modal secara bathil.
*      Syarak : Akad menukarkan satu barang dengan barang lain yang tidak sama banyak dalam pandangan syarak atau ditangguhkan penerimaan kedua-dua atau salah satu daripada kedua-dua barang itu.
*      Transaksi yang dicirikan dengan suatu pernyataan “Beri saya kelonggaran (dalam pelunasan) dan saya akan tambahkan (jumlah pengembaliannya)”.
*      Penjualan dengan penambahan yang terlarang.
*      Penjualan dengan penundaan pembayaran yang terlarang.
*      Penjualan yang dicampuraduk dengan hutang.
*      Penjualan emas dan barang dagangan untuk emas.
*      Pengurangan jumlah sebagai balasan atas penyelesaian yang cepat.
*      Penjualan produk  yang belum sepenuhnya diterima.
*      Penjualan yang dicampuraduk dengan pertukaran wang.
Dalil
*        Riba hukumnya HARAM dan merupakan dosa besar yang sangat dikecam dan dikutuk Allah SWT dan RasulNya SAW. Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 275:
*     Maksudnya: Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.



JENIS RIBA

1. Riba Fadl (Bayaran Tambahan)

*     Takrif: Jual beli barangan berunsur riba dengan barangan yang sama dan disertakan bayaran tambahan oleh satu pihak.
*         Contoh:
*         Menjual barangan yang berharga RM100 dengan harga RM110
*         Menukar 100 gram emas dengan 110 gram emas, atau dikurangkan atau dilebihkan.
*         Hukum: Haram
*     Urusniaga seperti ini adalah haram berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
*         “ Jangan kamu menjual emas dengan emas kecuali sama dengan sama dan jangan melebihkan yang satu atas yang lain. Jangan kamu menjual perak dengan perak kecuali sama dengan sama dan jangan kamu melebihkan yang satu atas yang lain.”
*     Dalam hadis lain:
*     Dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah SAW bersabda:
*          “Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, garam dengan garam, perlu sama berat dan tangan dengan tangan. Barangsiapa yang menambah atau meminta tambahan dia telah melakukan riba, orang yang mengambil dan orang yang memberi adalah sama.” (HR Muslim)

2. Riba Qardhi

*     Takrif: Meminjamkan sesuatu dengan syarat ada keuntungan atau tambahan dari orang yang meminjam.
*         Contoh:
*          Si A meminjamkan wang kepada Si B sebanyak RM500 dan B meminta  A mengembalikan wang itu sebanyak RM550.
*         #Tambahan lima puluh ringgit adalah riba qardhi.

3. Riba Nasi’ah (Bayaran Bertangguh)

*     Takrif: jual beli barangan berunsur riba dengan barangan berunsur riba yang lain secara bertangguh dan keduanya mempunyai illah yang sama.
*         Contoh:         
*         Menjual segantang gandum dan dibayar dengan segantang gandum atau segantang barli atau dua gantang barli.
*         Penjual menjual 10 gram emas dan dibayar dengan 10 gram emas atau perak atau dengan nilai tambahan atau dikurangkan.
*         # Dalam tempoh sehari atau lebih kemudian barulah pembayaran dibuat.
*         Hukum: Haram kerana pembayaran tunai berbeza dengan pembayaran bertangguh.
*     Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Abu Sa’id r.a yang bermaksud:
*     “ Jangan kamu menjual barangan yang tiada dengan barangan yang ada.”
*     Dalam hadis lain yang bermaksud:
*     “ Jika barang-barang ini berbeza, juallah mengikut kehendak kamu selagi ia dilakukan tangan dengan tangan (bayaran tunai).

4. Riba Yad Tangan

*     Takrif: Jual beli barangan berunsur riba dengan barangan berunsur riba yang lain dan kedunya mempunyai illah yang sama tanpa disyaratkan tempoh tertentu ketika kontrak tersebut.
*         Contoh:
*         Orang yang membeli kereta, sebelum ia menerima motor tersebut, si penjual tidak boleh menjual kereta tersebut kepada sesiapapun sebab barang yang dibeli dan belum diterima masih dalam ikatan jual-beli yang pertama.
*         Hukum: Haram
*         Hadis daripada Umar r.a:
*         “…kecuali secara ambil dengan ambil.”
*         Berdasarkan hadis ini, jelas menunjukkan penyerahan dan penerimaan wajib dilakukan dalam majlis yang sama.
Hikmah
      Amalan riba riba boleh menyebabkan kemudaratan atau keruntuhan akhlak dan sikap seseorang individu muslim.
      Amalan riba adalah satu amalan yang boleh menyebabkan satu pihak yang lain akan tertindas.
      Amalan riba akan melebarkan jurang antara golongan yang berada dengan golongan yang kurang mampu atau miskin.
      Riba merupakan satu penindasan terhadap orang-orang miskin.
      Amalan riba juga akan menyuburkan sikap malas bekerja dan kurang dinamik.
      Dengan adanya riba, masyarakat hanya akan menjalankan jual beli yang membolehkan mereka mengaut keuntungan dengan cara yang mudah.


Amalan Riba Pada Masa Kini
      Walaupun pengharaman riba telah diharamkan didalam islam,namun masih ramai yang melibatkan diri mereka dengan riba sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.Antara contoh amalan riba pada masa kini ialah:
1) RIBA DALAM PINJAMAN BANK KONVENSIONAL
      Apabila seorang pelanggan datang ke sebuah Bank Konvensional atau sebarang Institusi Kewangan yang tidak menawarkan produk Islam; lalu ingin membuat pinjaman untuk :-
      a- Membeli kereta ( Car Loan )
      b- Membeli rumah ( Home Loan )
      c- Mendapatkan modal syarikat (Term Loan atau Overdraft )
      d- Membeli mesin dan alatan untuk syarikat ( Hire Purchase Loan )
      e- Membuat pinjaman peribadi ( Personal Loan )
      Dalam proses pinjam meminjam di atas, proses pinjam meminjam antara kedua-dua pihak akan dibuat. Sebagai contoh di Bank Konvensional hari ini : atas permintaan si pelanggan B untuk membeli kereta, rumah, mendapatkan modal syarikat atau peribadi, Bank A memberi pinjaman RM 100,000 kepada pelanggan B, bagaimanapun sebagai imbalan balik kepada pihak Bank, mereka akan menetapkan bunga, faedah atau interest sebanyak 8 % (sebagai contoh) daripada jumlah pinjaman itu (RM 8,000) di bawah nama ‘interest' bagi membolehkan pelanggan mendapat wang yang diperlukan.
2)Riba dalam Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving account).
      Manakala dalam Akaun Simpanan Konvensional (Ordinary Savings Account) pula. Ini kerana bank akan memberikan kadar faedah tetap sekitar 0.1-0.2 %. Dalam keadaan ini, Bank pula dikira meminjam wang dari pelanggan untuk digunakan bagi tujuan pelaburan kecil-kecilan, dan si pelanggan di anggap seolah-olah telah menawarkan pulangan tetap atas pinjaman (simpanan) yang diberikan oleh pelanggan kepada Bank itu,