Tuesday 29 April 2014

Maksud Statistik

Statistik adalah satu seni dan sains untuk mengumpul, memproses, menganalisis, menginterpretasi, mempersembahkan data untuk tujuan membantu di dalam membuat keputusan yang lebih berkesan. Statistik juga adalah kumpulan data yang oleh memberikan gambaran tentang sesuatu keadaan.

            Menurut Kamus Pelajar (Edisi Ke-2), statistik ialah keterangan tentang sesuatu yang ditunjukkan dengan angka;catatan angka-angka perangkaan dan ilmu pengetahuan tentang sesuatu penyelidikannya atau kesimpulannya berdasarkan bukti dalam bentuk angka-angka atau bilangan.

            Manakala menurut Kamus Dewan (Edisi Ke-4) pula, statistik dapat didefinisikan sebagai catatan angka-angka atau bilangan, butir-butir (keterangan) yang ditunjukkan dengan angka, perangkaan dan cabang pengetahuan yang berkaitan dengan sesuatu yang didasarkan kepada bukti-bukti dalam bentuk angka atau bilangan.

            Berdasarkan definisi yang diberikan di atas, matlamat akhir statistik ialah untuk membuat keputusan yang lebih berkesan. Ini membawa maksud bahawa organisasi atau organisasi-organisasi akan menggunakan data yang telah diproses, semata-mata ingin mencapai matlamat iaitu untuk mendapatkan atau membolehkan mereka membuat keputusan yang terbaik.  Selain itu juga, dengan statistik kita boleh meramalkan keadaan yang akan datang berdasarkan data masa lalu.

No comments:

Post a Comment