Friday, 8 November 2013

TAUHID ULUHIYYAH, RUBUBIYYAH DAN ASMA' WA SIFAT

BERIMAN KEPADA ALLAH

Al Quran

“Wahai orang yang beriman; berimanlah kamu kepada Allah, Rasul-Nya, kitab yang diturunkan kepada Rasul-Nya (QS. An Nisaa’ (4): 136

“Dan Tuhan itu, Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan selain.” (QS. Al Baqarah (2): 163.)

“Kepunyaan-Nya lah segala sesuatu yang ada di langit dan di bumi. (QS. Al Baqarah (2): 255.)
“Dialah Allah, Tuhan Yang Tunggal, yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui perkara yang tersembunyi (gaib) dan yang terang” (QS. Al Hasyr (59): 22-24 )

Dialah Allah, yang tiada beranak dan tidak diperanakkan dan tidak seorang pun atau sesuatu yang sebanding dengan Dia.” (QS. Al Ikhlash (112): 1-4)

“Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.” (QS. Thaha (20): 14)

“Sesungguhnya (agama tauhid) ini adalah agama kalian semua, agama yang satu dan Aku Tuhan kalian, maka bartakwalah kepada-Ku.” (QS. Al Mukminun (23): 52)

“Sesungguhnya (agama tauhid) ini adalah agama kalian semua agama yang satu dan Aku Tuhan kalian, maka sembahlah Aku.” (QS. Al Anbiya (21): 92)

“Sekiranya ada di langit dan di bumi Tuhan-Tuhan selain Allah, tentulah keduanya telah rusak, binasa. (QS. Al Anbiya’ (21): 22)

Hadis

Rasulullah bersabda: “Iman itu adalah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, dan Hari Akhir, serta beriman kepada qadar yang baik mahupun buruk.”

“Manusia yang paling bahagia memperoleh syafaat-Ku di hari kiamat, ialah: orang yang mengucapkan kalimat La ilaha illallah.” (HR. Muslim).

“Barangsiapa mati tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, pasti masuk syurga. (HR. Muslim)


Tauhid - Mengesakan Allah pada sifat Rububiyyah, Uluhiyyah dan Nama-nama serta sifat-Nya

Tauhid Rububiyyah

  • Beriman bahawa Allah sahaja memiliki, mencipta, mentadbir alam dan seluruh makhluk.
  • contoh = memberi nikmat, memuliakan menghinakan, sihat, sakit, hidup, mati.
Golongan manusia yang ingkar akan tauhid Rububiyyah :
  • Golongan Atheis, teori Darwin, Sosialisme, Komunisme dan sebagainya.
  • Golongan Majusi (dua pencipta) dan Nasrani (konsep triniti : 3 tuhan).

Fitrah mengakui Rububiyyah Allah

“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah.” (Az-Zukhruf: 87)

“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta langit dan bumi? Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui.”(Az-Zukhruf: 9)

“Berkata rasul-rasul mereka: Apakah terdapat keraguan terhadap Allah, Pencipta langit dan bumi.” (Ibrahim: 10)

“Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka) pada hal hati mereka meyakini (kebenaran)nya.”(An-Naml: 14)

“Dan apabila mereka dilambung ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan keikhlasan kepada-Nya, maka ketika Allah menyelamatkan mereka lalu sebahagian daripada mereka tetap berada di jalan yang lurus. Dan tiada yang mengingkari ayat-ayat Kami selain golongan yang tidak setia lagi ingkar.” (Luqman: 32)

Tauhid Uluhiyyah

  • Beriman bahawa hanya Allah tuhan yang berhak disembah. Tidak syirik kepada Allah
  • Contoh : ibadah khusus = solat, zakat haji, puasa. ibadah umum seperti gotong royong,menuntut ilmu, berniaga
“Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada tuhan melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku.” (Al-Anbiya’: 25)

“Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu seorang rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah dan jauhilah Taghut.” (An-Nahl: 36)

“Dan sesungguhnya Aku telah utuskan Nuh (nabi) kepada kaumnya, lalu dia berkata (menyeru): Wahai kaumku, hendaklah kamu menyembah Allah, (kerana) sesekali tiada tuhan melainkan Dia.” (Al-Mu’minun: 23)

“Dan (Kami telah mengutuskan) kepada kaum ‘Ad saudara mereka Hud (nabi): Hai kaumku sembahlah Allah, sesekali tiada tuhan bagi kamu selain dari-Nya.” (Al ‘Araf: 65)

Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat
  • Beriman bahawa allah mempunyai segala sifat-sifat kesempurnaan dan bersih dari sifat kekurangan.
  • Contoh = nama dan sifat-sifat allah
Kesan-kesan Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma' wa Sifat

1. Seseorang yang mengiktiqad ketiga-tiga tauhid ini akan menghambakan dirinya hanya kepada Allah dan mematuhi undang-undang dan tidak menghambakan diri kepada selain Allah swt kerana menghambakan diri kepada selain Allah merupakan perbuatan syirik.

2. Seseorang yang mengiktiqad ketiga-tiga tauhid ini akan mencintai Allah lebih daripada segala sesuatu termasuk dirinya sendiri. Bukan bermakna seseorang itu mesti menjauhkan cinta kepada manusia seperti ibu bapa, anak-anak dan harta benda tetapi cinta kepada Allah mengatasi cintanya kepada semua yang ada di dunia.

3. Seseorang yang mengiktiqad ketiga-tiga tauhid ini tidak akan meminta pertolongan kepada selain Allah kerana selain Allah swt tidak dapat memberi manfaat atau mudharat kepadanya. Seseorang hamba akan menumpukan doa-doanya, harapannya dan sebagainya hanya kepada Allah kerana dialah yang mampu dan kuasa untuk semua itu.

4. Seseorang yang mengiktiqad ketiga-tiga tauhid ini tidak akan takut kepada selain Allah kerana selain Allah adalah makhluk dan tidak berkuasa mendatangkan kebaikan atau keburukan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment