Sunday 10 November 2013

KEPIMPINAN KHALIFAH UMAR ABD AL-AZIZ


KHALIFAH UMAR ABD AL-AZIZ (61-101 H/ 681-720 M)
  • Nama penuhnya ialah Abu Hafs, Umar ibn Abd al-Aziz ibn Marwan ibn al-Hakam al-Umawiy al-Qurashiy.
  • Dia ialah seorang daripada khalifah kerajaan Bani Umayyah di Syam.
  • Datuk sebelah ibunya ialah Umar ibn al-Khattab.
  • Umar ibn Abd al-Aziz lahir di Madinah al-Munawwarah. Semasa bapanya dilantik sebagai pemerintah di Mesir, dia turut dibawa bersama dan menghafal al-Quran di sana. Kemudian bapanya telah menghantarnya ke Madinah semula untuk mempelajari ilmu agama dan mendalami ilmu sastera.

Keberkesanan Pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz

Politik
  • Bentuk atau corak pemerintahan baginda adalah berdasarkan kepada al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.
  • Antara reformasi beliau ialah, beliau telah mengembalikan semula demokrasi al-syura mengikut Islam. Demokrasi ini telah lama hilang dan tidak dipraktikan pada masa khalifah umaiyyah kecuali di zaman Umar bin Abdul Aziz sahaja.
  • Menyusun semula nama-nama para gabenor, qadhi-qadhi dan para pegawai kerajaan yang lain.
  • Melantik qadhi-qadhi disetiap wilayah, nama pemimpin tentera, pemungut cukai, ketua polis, ketua pos, dan pelbagai jabatan lagi yang berkaitan dengan pelaksanaan pentadbiran umat.
  • Khalifah Umar Abdul Aziz bertindak tegas kepada sesiapa sahaja dari para pembesarnya atau gabenornya samada gabenor yang telah dilantik oleh khalifah-khalifah Umaiyyah yang lalu atau kepada mereka yang dilantik oleh beliau sendiri.
  • Khalifah Umar bin Abdul Aziz sangat berhati-hati semasa melantik para pegawainya. Beliau tidak taksub kepada mana-mana pihak, malah apa yang menjadi ukuran beliau ialah kelebihan yang ada pada seseorang walaupun bukan dari keluarganya, bukan sahabatnya atau bukan bangsa arab.
  • Didalam pentadbiran negara juga, beliau akan memecat dan tidak melantik kepada mereka yang kurang berpengetahuan dalam bidang agama Islam.
  • Dalam usaha menjalankan reformasinya, beliau telah mengembalikan semula gereja yang telah diambil oleh khalifah-khalifah Umaiyyah yang lalu daripada orang-orang nasrani. Tujuan pengambilan itu adalah untuk diubahsuaikan bagi pembinaan masjid. Ini kerana beliau berpendapat bahawa tindakan khalifah-khalifah yang lalu adalah diluar dari kehendak Islam yang sebenarnya. Langkah seperti ini, membawa kesan yang positif terhadap orang-orang nasrani untuk mereka berfikir, membuat kajian tentang akidah Islam dan seterusnya mungkin membawa mereka menerima Islam.
  • Polisi luar khalifah Umar terhadap negara-negara asing, khususnya negara-negara bukan Islam, polisi beliau adalah berdasarkan kepada daulah islamiah.

Ekonomi.
  • Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga memerintahkan para gabenornya supaya menghapuskan bayaran jizyah kepada setiap orang yang memeluk Islam.
  • Beliau menjual setiap yang dimilikinya seperti kebun-kebun, kenderaan-kenderaan, barang-barang mewah, kuda-kuda, pakaian-pakaian, minyak atar, perabot-perabot dan banyak lagi barang-barang lain sehingga sampai nilainya sebanyak dua puluh tiga ribu dinar. Kesemua harta-harta itu diserahkan kepada Baitulmal.

Sosial.
  • Antara sumbangan Umar ibn Abd al-Aziz sepanjang tempoh perkhidmatannya di Hijaz ialah menggali telaga-telaga, membaiki jalan, memerintah dengan penuh keadilan tanpa penentangan daripada para pembangkang politik Bani Umayyah dan gabenor-gabenornya.
  • Beliau sangat mengambil berat dalam soal pengembangan agama Islam serta penyebaran ilmu agama Islam seperti Fiqh, Tauhid, pengajian al-Quran dan sebagainya.
  • Beliau menjadikan masjid sebagai pusat memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan.
  • Beliau pernah mengumpul ahli bijak pandai dalam pelbagai bidang untuk menterjemahkan buku-buku asing seperti buku dari Greek, Parsi dan sebagainya kedalam bahasa arab.

Reformasi Pentadbiran
  • Setelah menduduki takhta pemerintahan, Umar ibn Abd al-Aziz segera melaksanakan projek kemudahan asas dan melucutkan beberapa orang penguasa yang tidak mampu memberi khidmat yang baik kepada rakyat.
  • Beliau juga menghapuskan jizyah terhadap kafir zimmi yang memeluk Islam serta mengarahkan supaya diserahkan kembali hak mereka.
  • Umar ibn Abd al-Aziz juga menghapuskan segala cukai yang berlebihan dan meminta agar semua gabenor mengambil kira pandangannya dalam melaksanakan sesuatu hukuman. 

Menghilangkan Amalan Nepotisme.
  • Nepotisme ialah perbuatan dalam pemerintahan yang mementingkan atau melebihkan sanak saudara atau kawan-kawan sendiri. Beliau tidak segan menurunkan kaum kerabatnya sendiri sekiranya memang tidak mampu menegakkan keadilan.
  • Umar bin Abdul Aziz segera memecat gabenor-gabenor yang zalim dan amil-amil yang kejam. Dipecatnya Usamah bin Zaid, yang sebelum ini menjawat sebagai pegawai zakat di Mesir. 
  • Usamah adalah seorang yang zalim dan banyak tindakannya yang melampaui batas.
  • Umar bin Abdul Aziz juga telah memecat Yazid bin Abu Muslim yang sebelum ini menjadi gabenor di Afrika Utara dan Salih bin Abdurrahman gabenor Iraq serta Hur bin Abdul Rahman al-Saqafi gabenor Andalus.

Mengembalikan harta yang tidak sah ke dalam Baitulmal.
  • Pertama kali yang ditunjukkan kepada masyarakat tentang perubahan radikal yang dicontohkan ialah sebaik sahaja beliau diangkat menjadi khalifah beliau menolak kuda-kuda hias yang segak dan belum pernah digunakan
  • Beliau memilih keldainya dan menyuruh kuda-kuda tersebut dimasukkan ke dalam Baitulmal
  • Beliau tidak mahu tinggal di istana sebaliknya tinggal dirumahnya yang usang. 
  • Begitu juga semua tenda-tenda permaidani-permaidani dan tempat-tempat alas kaki yang biasanya disediakan untuk khalifah-khalifah yang baru semuanya itu dijualnya dan wangnya dimasukkan ke dalam Baitulmal.

Mengubah Strategi Dakwah
  • Beliau mengubah cara berdakwah dari kekerasan peperangan kepada dakwah secara berhikmah.
  • Beliau menyebarkan agama Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan menempuh cara damai dalam berdakwah tersebut yang mana hal itu tidak dilakukan oleh khalifah-khalifah sebelumnya

Menghidupkan Amalan Syura (mesyuarat).
  • Syura adalah salah satu sistem dalam perlembagaan Islam yang unggul mengalahkan sistem apa pun dalam bentuk pemerintahan didunia ini. 
  • Umar bin Abdul Aziz menyakini bahawa syura adalah satu kemestian yang mesti ditegakkan dalam kerajaannya. 
  • Dengannya pemerintahan akan tegak, kebenaran akan terangkat dan keadilan menjadi kuat dan dapat dirasakan oleh seluruh lapisan masyarakat.
  • Syura tidak akan tegak berdiri tanpa adanya penghormatan kepada pendapat-pendapat yang datang daripada pihak lain walaupun budak kecil sekalipun. 
  • Syura benar-benar hidup dizamannya menggantikan sistem pemaksaan yang bersifat diktator oleh khalifah-khalifah sebelumnya. 
  • Rakyatnya tidak takut untuk mengemukakan pendapatnya jika benar ataupun menyanggah keputusan-keputusannya jika tidak sesuai dengan al-Quran mahupun al-Hadis.



No comments:

Post a Comment