Friday, 8 November 2013

HIJRAH DAN KEPIMPINAN RASULULLAH DI MADINAH

  • Hijrah : Penghijrahan Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah untuk menegakkan ajaran Islam.
  • Nabi saw berhijrah ketika berumur 53 tahun dan telah menyampaikan dakwah di Makkah selama 13 tahun.
Isyarat Awal Hijrah

  • Gambaran awal Nabi saw terpaksa berhijrah telah diutarakan oleh Waraqah bin Naufal sewaktu Baginda saw mula-mula menerima wahyu daripada Allah swt.
Sebab hijrah
  • Penindasan/penentangan orang-orang kafir Quraisy terhadap orang-orang Islam di Makkah
  • Jemputan oleh penduduk Madinah (puak Aus dan Khazraj) yang beragama Islam agar Nabi saw menjadi pemimpin mereka. Mereka kemudiannya digelar golongan Ansar.
  • Ajaran dan undang-undang Islam tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya (syumul) di Makkah terutama di bidang ekonomi, sosial dan pemerintahan secara Islam.
  • Perintah daripada Allah.
Tindakan pemutus terhadap rasulullah

  • Dihalau keluar dari Tanah Arab
  • Dikurung dalam penjara besi.
  • Dibunuh oleh setiap pemuda-pemuda perkasa dari pelbagai qabilah.
  • Pendapat satu dan dua ditolak oleh “orang tua”. Pendapat ketiga yang dikemukakan oleh Abu Jahal adalah dipersetujui.
  • Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. (al-Anfaal : 30 )
Bi’thah Rasulullah hingga hijrah ke Madinah

Hijrah ke Habsyah

  • Terdapat 2 peristiwa penting iaitu Hijrah ke Habsyah dan Hijrah ke Madinah.
  • Nabi Muhammad hanya melibatkan diri dalam hijrah ke Madinah.
  • Kerana itu jugalah peristiwa Hijrah tersebut digelarkan Hijratul-Rasul dan disambut oleh umat Islam pada setiap tahun sehingga kini. 
  • Dalam perjanjian Hijrah ke Habsyah, hanya sebahagian daripada pengikut Nabi yang terlibat.
  • Hijrah ke Habsyah lebih bersifat sementara dan bertujuan mencari perlindungan.
  • Kebanyakan daripada mereka kembali ke Arab apabila mendengar berita pengislaman Saidina Umat al-Khattab.
  • Ada yang kembali semula selepas mendengar berita Hijrah ke Madinah
  • Pada tahun ke-5 kerasulan, sebahagian daripada umat Islam telah berhijrah ke Habsyah untuk mencari perlindungan di sana. 
  • Nabi Muhammad sendiri menyarankan agar berhijrah ke Habsyah kerana ia dianggap sebagai Bumi Kebenaran dan penganiayaan tidak berlaku di sana. 
  • Terdapat 2 rombongan umat Islam berhijrah ke sana.
  • Rombongan ini telah mendapat perlindungan di Habsyah walaupun Maharaja Najashy menganut agama Nasrani. 
  • Kejadian ini telah memberikan perangsang dan menguatkan azam Nabi Muhammad untuk terus berjuang menyebarkan Islam.
Orang Berpengaruh Di Mekah Memeluk Islam

Pengislaman Umar

  • Umar Bin al-Khattab adalah antara sahabat Nabi yang agak lewat menerima Islam.
  • Ketika orang Islam berhijrah ke Habsyah mereka menerima berita bahawa beliau telah memeluk Islam. 
  • Sebelum menerima Islam, Umar ialah seorang penentang kuat Nabi tetapi selepas menerima Islam, beliau menjadi sahabat Nabi yang kuat. 
  • Pengislaman beliau sangat besar ertinya terhadap perkembangan Islam. Nabi sendiri pernah berdoa supaya Allah membuka hati Umar untuk menerima Islam. 
  • Sebelum Islam, Umar mempunyai penyokong yang ramai. Dengan islamnya Umar, kedudukan Islam menjadi kuat dan orang Islam berani melakukan ibadat secara terbuka. 
  • Pengislaman Umar juga merupakan satu tamparan yang hebat kepada musyirikin Mekah kerana sebelum ini Umar bersungguh-sungguh menunjukkan penentangannya terhadap Islam.
Pengislaman Hamzah
  • Hamzah ialah seorang pemuda gagah Quraisy. 
  • Beliau ialah bapa saudara Nabi. 
  • Beliau tidak menyahut seruan Islam tetapi tidak terlibat dalam gerakan menentang Islam. 
  • Pengislamannya mungkin berlaku secara spontan.
  • Hal ini kerana pada suatu hari semasa beliau balik dari berburu, beliau terlihat orang yang sedang menghina Nabi.
  • Sebagai tokoh Bani Hasyim, beliau memarahi orang itu dan menyatakan pengislamannya. 
  • Beliau merupakan panglima Quraisy yang ulung dan disegani.
  • Pengislamannya memantapkan lagi perjuangan Islam.
Orang Quraisy Memulau Bani Hasyim Dan Bani Abd Mutalib

  • Orang musyirikin telah melakukan pemulauan ke atas Nabi, orang Islam dan Bani Hasyim sebagai salah satu cara untuk menyekat perkembangan Islam. 
  • Pada mulanya, pemulauan ini hendak dilakukan selama 10 tahun tetapi setelah 3 tahun berlangsung, ia telah ditamatkan.
  • Pemulauan ini telah menyebabkan umat Islam menghadapi penderitaan yang teruk.
  • Pada tahun akhir pemulauan, 2 orang penyokong kuat Nabi iaitu Siti Khadijah dan Abu Talib meninggal dunia. 
  • Walaupun orang Islam menghadapi penderitaan tetapi peristiwa ini tetap memberi kesan positif terhadap perkembangan Islam.
  • Penderitaan yang dialami telah melahirkan rasa simpati masyarakat umum terhadap Nabi sehingga ada antara mereka yang mendesak orang musyirikin untuk menamatkan pemulauan itu. 
  • Peristiwa ini tidak melemahkan semangat perjuangan orang Islam, malah orang-orang kaya di antara mereka telah mengorbankan kekayaan mereka bagi membantu saudara lain. 
  • Hal ini menyebabkan hubungan antara mereka bertambah rapat. 
  • Kegagalan orang musyirikin meneruskan rancangan ini telah menjatuhkan imej mereka pada pandangan kabilah-kabilah lain.
Dakwah Islamiah

Dakwah di Taif

  • Selepas tamatnya pemulauan, Nabi dengan ditemani oleh Zaid Bin Harithah telah pergi ke Taif untuk berdakwah kepada Bani Thaqif. 
  • Pemergian Nabi disebabkan beliau kecewa dengan sikap penduduk Mekah di samping Abu Talib dan Khadijah. 
  • Di Taif, sekali lagi Nabi dikecewakan. Mereka bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah yang disampaikan, malah telah mengupah kanak-kanak melontar Nabi dengan batu sehingga Nabi cedera. 
  • Ternyata dakwah di Taif gagal kerana Bani Thaqif mempunyai hubungan rapat dengan puak Quraisy. 
  • Sungguhpun Nabi kecewa, tetapi semangat untuk terus berdakwah tetap kukuh. 
  • Dari segi jangka panjang, dakwah ke Taif tidak gagal kerana sekurang-kurangnya Nabi telah berjaya mengislamkan seorang penganut Kristian, iaitu Addas. 
  • Peristiwa ini telah membuka jalan kepada pengislaman penduduk Taif pada 9 Hijrah. 
  • Kegagalan dakwah di Taif juga dianggap sebagai Muqaddinah (permulaan) kepada peristiwa Israk dan Mikraj. 
  • Peristiwa ini menggembirakan Nabi dan menambahkan keyakinan untuk terus berdakwah.
Israk dan Mikraj
  • baca sendiri, panjang sangat



No comments:

Post a Comment