Friday, 8 November 2013

HIJRAH RASULULLAH S.A.W. DAN KAITANNYA DENGAN KEPIMPINAN DAKWAH DAN KEHIDUPAN

Pengertian hijrah

  • Bahasa : berpindah.
  • Istilah : Perpindahan Rasulullah dan sahabat baginda dari Kota Makkah ke Yathrib (Madinah) pada tahun 622 Masihi, iaitu 13 tahun selepas baginda diutus menjadi Rasul.
  • Muhajirin - Orang Islam yang berpindah dari Makkah ke Yathrib
  • Ansar - Orang Islam yang menerima kedatangan saudara-saudara Islam Makkah
Kepentingan hijrah dan kaitannya dengan kepimpinan dakwah dan kehidupan

*sudah diupload

Strategi Rasululullah bagi Membentuk Masa Depan Islam Di Madinah

Pembinaan Masjid :

  • Peristiwa hijrah telah menyebabkan penyebaran agama Islam semakin meluas terutamanya dengan terbinanya Masjid Quba dan Masjid Madinah yang menjadi tempat ibadat dan penyebaran agama Islam.
  • Kaum Ansar di Madinah menyambut Muhajirin dari Mekah dan buat pertama kali, kegiatan dakwah dapat dilakukan secara terbuka.
  • Kaum Ansar banyak berkorban untuk mengembangkan agama Islam.
  • Setelah tiba ke Madinah Nabi Muhammad s.a.w. telah membina masjid-masjid yang bukan sahaja menjadi tempat ibadat dan penyebaran agama Islam tetapi juga digunakan untuk menyebarkan pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam
Pembentukan Ummah :

  • Sebagai langkah pertama terhadap penyatuan masyarakat Islam di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. mempersaudarakan kaum Ansar dengan kaum Muhajirin.
  • Semangat Asabiyah telah digantikan dengan semangat ummah mengikut akidah Islam.
  • Hubungan persaudaraan mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial dan ekonomi.
  • Kedua-dua golongan bergaul dan bekerjasama untuk kebaikan agama Islam dan negara.
Mewujudkan Piagam Madinah :

  • Baginda seterusnya mewujudkan sebuah piagam untuk dijadikan panduan untuk membentukkan sebuah negara Islam yang berdaulat.
  • Piagam Madinah bukan sahaja membentukan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin tetapi juga perpaduan antara orang Islam dengan orang bukan Islam terutamanya orang Yahudi.
  • Kaum Yahudi diberikan kebebasan mengamalkan ibadat mengikut agama mereka selama mereka mematuhi undang-undang Islam dan peraturan yang diterima umum.
  • Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup secara aman damai dan bebas menjalankan aktiviti masing-masing.
  • Keselamatan penduduk Madinah terjamin dan mereka bertanggungjawab mempertahankan negara Madinah daripada serangan musuh.
  • Penduduk Madinah juga mengiktiraf Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin agama dan ketua negara.
  • Dengan pengiktirafan itu Nabi telah menjadi pemimpin yang berwibawa dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara Islam Madinah.
Mengasaskan Pentadbiran Negara Melalui Cara  Musyawarah :

  • Baginda berjaya mengasaskan sistem musyawarah dalam segala hal-hal politik.
  • Dalam hubungan dengan kaum Yahudi semasa Perang Badar, Nabi Muhammad s.a.w. tidak menunjukkan permusuhannya terhadap kaum Yahudi tetapi terus mengadakan perundingannya dengan mereka.
  • Hanya setelah perundingan gagal barulah mereka disingkirkan secara terhormat dari Madinah.
  • Baginda juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin serta antara Aus dan Khazrai.
  • Konsep musyawarah terbayang dalam hubungan politik antarabangsa.
Mewujudkan Tentera Islam di Madinah :

  • Baginda juga adalah seorang pemimpin tentera Islam yang menyertai beberapa ekspedisi ketenteraan untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman dan serangan musuh.
  • Dalam mempertahankan kedaulatan negara Islam Madinah, Baginda merupakan seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam bidang ketenteraan.
Mengadakan Hubungan Luar :

  • Baginda adalah seorang diplomat yang mengambil inisiatif untuk menghantar perwakilan ke luar seperti Mesir, Byzantine, dan Parsi.
Menyusun semula struktur ekonomi Madinah :

  • Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu sehingga meliputi segenap bidang.
  • Golongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian.
  • Nabi menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan.
C) kepimpinan rasulullah s.a.w dalam pembangunan ummah


Peristiwa penting perjanjian hudaibiah


  • Termeterai pada tahun 628 M bersamaan 6 Hijrah

    Apakah peristiwa-peristiwa penting yang membawa kepada termeterai Perjanjian Hudaibiyah?
  • Orang Islam bercadang menziarahi kota Makkah.
  • Hasrat murni orang Islam ini dipersetujui oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang juga ingin mengerjakan umrah.
  • Orang Islam Madinah telah disekat oleh orang Arab Quraisy Makkah di Hudaibiyah, kerana merasakan maruah mereka tercabar dan bimbang dengan kekuatan orang Islam.
  • Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Uthman bin Affan ke Makkah untuk menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka.
  • Orang Islam mendengar khabar angin tentang kematian Uthman telah berikrar dan bersumpah setia "Baiah al-Ridwan".
  • Orang Quraisy menemui Nabi dan baginda menghantar Suhail bin Amru untuk berunding, setelah kata sepakat dicapai, termeterailah Perjanjian Hudaibiyah.


    Apakah kandungan Perjanjian Hudaibiyah?
  •  Bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun.
  • Kabilah Arab lain bebas memihak samada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah.
  • Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.
  • Orang Islam Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula.
  • Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya iaitu 7 Hijrah.


    Jelaskan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah ke atas penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  • Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya, iaitu pada, tahun 629 
  •  Memberikan kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki Makkah.
  • Orang Islam bebas beribadat di Kaabah pada bila-bila masa.
  • Membolehkan Nabi Muhammad s.a.w. merangka program dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab secara aman.
  • Bilangan penganut Islam bertambah kerana Suku Arab bebas menganut sebarang agama tanpa halangan.
  • Isi perjanjian ketiga dan keempat kelihatan menguntungkan orang Arab Quraisy tetapi dari segi jangka panjang Islam memperoleh keuntungan dengan pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy Khalid bin al-Walid, Amru bin al-As dan Uthman bin Talhah.
  • Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin yang unggul dan dikagumi kerana memeterai perjanjian secara menyeluruh, terperinci dan berwawasan.
  • Persetujuan orang Arab Quraisy menandatangani perjanjian ini menunjukkan pengiktirafan kerajaan Islam di Madinah.
  • Menjadi perintis ke arah pembukaan semula kota Makkah.

Kandungan Piagam Madinah

Pembentukan Ummah

  • Ummah bebas dari (pengaruh dan kekuasaan)
Hak Asasi Manusia

  • Kaum Muhajirin dari Quraisy tetap mempunyai hak mereka
Perpaduan Seagama

  • tidak lalai dari tanggungjawab memberi sumbangan bagi orang-orang yang berhutang
  • Tidak boleh membuat perjanjian dengan melainkan dengan persetujuan terlebih dahulu.
  • harus menentang setiap orang yang berbuat kesalahan, melanggar ketertiban, penipuan, permusuhan atau kekacauan
  • Tidak boleh membunuh seorang beriman hanya kerana seorang itu tidak beriman.
  • Tidak boleh seorang yang beriman membantu seorang yang kafir untuk melawan seorang yang beriman lainnya.
  • melindungi nasib orang-orang yang lemah.
  • Segenap orang-orang yang beriman harus jamin-menjamin sesama mereka daripada (gangguan) manusia lainnya.
Persatuan Seluruh Warganegara

  • Yahudi berhak mendapatkan bantuan dan perlindungan, tidak boleh dikurangi haknya dan tidak boleh diasingkan dari pergaulan umum.
  • Segenap orang-orang yang beriman harus memberikan pembelaan atas tiap-tiap darah yang tertumpah di jalan Allah.
  • Barangsiapa yang membunuh akan seorang yang beriman dengan cukup bukti atas perbuatannya harus dihukum bunuh atasnya, kecuali kalau wali (keluarga yang berhak) dari si terbunuh bersedia dan rela menerima ganti kerugian (diyat).
  • Apabila timbul perbezaan pendapat di antara kamu di dalam suatu soal, maka kembalilah kepada (hukum) Allah dan (keputusan) Muhammad SAW.
Golongan Minoriti

  • Kaum Yahudi bebas memeluk agama mereka, sebagai kaum Muslimin bebas memeluk agama mereka.
  • Kebebasan ini berlaku juga terhadap pengikut-pengikut/sekutu-sekutu mereka, dan diri mereka sendiri.
  • Kecuali orang yang berbuat kejahatan, yang menimpa diri orang yang bersangkutan dan keluarganya.
Tugas Warganegara

  •  (Yahudi dan Muslimin) menentang setiap musuh negara yang memerangi setiap piagam ini
  • Di antara mereka harus terdapat saling nasihat-menasihati dan berbuat kebajikan, dan menjauhi segala dosa
  • Pertolongan, pembelaan, dan bantuan harus diberikan kepada orang/golongan yang teraniaya
Melindungi Negara

  • Masyarakat tidak boleh diganggu ketenteramannya,
  • Tidak seorang pun tetangga wanita boleh diganggu ketenteraman atau kehormatannya, melainkan setiap kunjungan harus dengan izin suaminya
Pimpinan Negara

  • Tidak boleh terjadi suatu peristiwa di antara peserta piagam ini pertengkaran, melainkan diselesaikan menurut (hukum ) Allah dan (kebijaksanaan) Muhammad SAW
  • Di kalangan warga negara sudah terikat janji pertahanan bersama untuk menentang setiap yang menyerangap kota Yatrib
Politik Perdamaian

  • Apabila mereka diajak kepada perdamaian, mereka tetap sedia untuk berdamai dan membuat perjanjian damai

No comments:

Post a Comment