· Rasm dari segi
bahasa bermaksud kesan atau bekas.
· Dari segi
istilah pula ialah menggambarkan lafaz dengan huruf-huruf hijaiyah
· Jadi ilmu rasm
ialah ilmu yang membincangkan cara-cara sebutan untuk memelihara pengucapan huruf asalnya.
|
|
Rasm Uthmani
·
Rasm Uthmani merupakan satu ilmu untuk mengetahui perbezaan antara mashaf-mashaf Rasm Uthmani dengan Rasm Qiyasi.
· Dikenali juga dengan sebagai Rasm
Istilahi kerana disandarkan kepada
para Sahabat r.a yang
mengumpulkan kembali mashaf
·
Dikenali juga dengan Rasm Tauqifi
kerana kebanyakkan ulama’
berpandangan bahawa rasm tersebut
merupakan kaedah yang diajar oleh
Rasulullah s.a.w kepada Sahabat-
sahabat Baginda
|
Rasm Imlai
· Rasm Imlai
merupakan penulisan al-
Quran berdasarkan cara sebutan
perkataan
·
Dikenali juga dengan Rasm Qiasi
kerana penulisan berdasarkan
sebutan.
|
SEJARAH RASM UTHMANI
Penulisan dan Pengumpulan AI-Quran pada
Zaman Rasulullah s.a.w
- Penulisan al-Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. di mana sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. menerima wahyu, Baginda mengarahkan penulis penulis wahyu mencatatkan ayat-ayat al-Quran yang diterimanya.
- Antara penulis wahyu Baginda Rasulullah s.a.w. ialah Khulafa' al-Rasyidin yang empat serta sahabat Baginda yang lain seperti Zaid bin Thabit, Ubai bin Ka'ab, Thabit bin Qais r.a. dan lain-lain.
- Para penulis wahyu telah mencatatkan ayat-ayat al-Quran tersebut pada pelepah pelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain-lain bahan tulisan.
Penulisan AI-Quran pada Zaman Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a.
- Peperangan al-Yamamah yang berlaku pada tahun 11 Hijrah telah menyebabkan ramai tentera Islam yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid.
- 700 orang yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid dalam peperangan tersebut." Peristiwa berkenaan telah mendorong Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. beberapa kali mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. supaya diadakan usaha pengumpulan al-Quran kerana dibimbangi al-Quran akan terhapus dengan sebab ramai Qurra' yang gugur syahid.
- Akhirnya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengarahkan Saiyidina Zaid bin Thabit r.a. menyalin al-Quran yang telah ditulis dan dihafaz pada zaman Rasulullah s.a.w. dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat yang lain.
- Melalui usaha tersebut maka terkumpullah al-Quran yang pertama dalam bentuk lembaran suhuf.
- Setelah Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. wafat, suhuf tersebut telah disimpan di rumah Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a.
- Apabila Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. wafat, lembaran suhuf itu telah disimpan pula oleh Ummul Mukminin Saiyidatina Hafsah binti Umar al-Khattab r.a.
Penulisan Al-Quran pada Zaman Saiyidina Uthman bin Affan r.a,
- Pada masa pemerintahan Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan r.a. Islam telah berkembang dengan luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah termasuk Armenia, Arzabeijan dan Khurasan.
- Umat Islam di wilayah-wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca al-Quran menurut kaedah-kaedah bacaan Rasulullah s.a.w. melalui riwayat bacaan para sahabat yang masyhur antaranya:
- Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit dan Saiyidina Umar bin al- Khattab r.a
- Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada Saiyidina Uthman bin Affan dan Abu Darda' r.a.
- Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan dari Saiyidina Umar bin al-Khattab, Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit, Saiyidina Uthman bin Affan, Saiyidina Ali bin Abi Talib dan Abu Musa al-Asha' ari r.a
- Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas'ud, Saiyidina Ali bin Abi Talib, Saiyidina Uthman bin Affan, Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit r.a. Pada tahun 25 Hijrah, satu perbalahan yang hebat telah berlaku di kalangan muslimin mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan al Quran.
- Huzaifah telah mencadangkan menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi perbalahan dan perselisihan tersebut.
- Khalifah Uthman bin Affan r.a. telah membentuk satu Jawatankuasa Penulisan Al- Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a. dan dibantu oleh Abdullah bin Zubair, Said bin al-' As dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam r.a.
- Lembaran-lembaran suhuf al-Quran yang diambil dari simpanan Saiyidatina Hafsah binti Umar r.a. untuk dijadikan mushaf.
- Ketika ahli-ahli Jawatankuasa ini menjalankan tugas, Saiyidina Uthman bin Affan memberi nasihat dan meletakkan panduan bahawa asas rujukan di dalam penulisan al-Quran ini hendaklah berdasarkan bacaan para Qurra'.
- Jika terdapat perbezaan pada bacaan mereka, maka hendaklah ditulis mengikut bahasa orang-orang Quraisy kerana al- Quran itu diturunkan menurut bahasa Quraisy.
- Menurut pendapat yang muktamad, Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin sebanyak enam mushaf al-Quran. Sebuah mushaf untuk kegunaan Saiyidina Uthman bin Affan r.a. sendiri yang dinamakan "Mushaf al-Imam" dan mushaf yang lain dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan Madinah.
- Mushaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di wilayahwilayah berkenaan, bahkan dihantar bersama-samanya seorang imam (qari) yang adil dan mutqin" di dalam bacaan al-Quran untuk mengajar penduduk berkenaan.
- Mereka terdiri daripada: i. Abdullah bin al-Saaib r.a. ke Mekah. ii. AI-Mughirah bin Abi Syahab r.a. ke Syam.iii. Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami r.a. ke Kufah. iv. Amru bin Qais r.a. ke Basrah. v. Zaid bin Thabit r.a. di Madinah.
- Selepas itu, Saiyidina Uthman bin Affan r.a. memerintahkan supaya semua lembaran al-Quran yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan. Walau bagaimanapun, perbezaan bacaan ( وججه القراءات ) yang ada hingga sekarang ini tidaklah berlawanan dengan apa yang terdapat di dalam mushaf yang ditulis pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. kerana bacaan itu telah diterima dari Baginda Rasulullah s.a.w. secara mutawatir.
Usaha-usaha pengumpulan al-Quran yang dilakukan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan
telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat Islam terutamanya dari
segi:
1. Dapat menyelamatkan umat Islam dari
perpecahan.
2. Dapat menyelesaikan perselisihan kaum
muslimin tentang penulisan al-Quran.
3. Dapat menyatukan bentuk mushaf yang
seragam melalui ejaan dan tulisan.
4. Dapat menyatukan wajah-wajah qiraat
melalui satu mushaf. v. Dapat menyelaraskan susunan surah-surah menurut
tertib seperti yang ada sekarang ini.
Zaman
|
Sebab
|
Sumber
|
Pihak yang
terlibat
|
Bentuk proses pengumpulan
|
Cara pengumpulan
|
Tujuan
|
Nabi
|
Arahan Nabi
|
Nabi
|
Nabi
|
Mengikut masa turun
|
Hafaz dan catat
|
Tunai kewajipan
|
Abu Bakar
|
Syahid huffaz
|
Catatan di rumah nabi & hafazan
sahabat
|
Zaid bin Thabit, Umar
|
Mengikut turutan ayat tanpa surah
|
Catatan dalam
satu mushaf
|
Untuk disimpan
|
Uthman
|
berbeza bacaan
|
Mushaf zaman
Abu Bakar
|
4 ahli jawatan kuasa
|
Mengikut
turutan ayat dan surah
|
Salin kepada beberapa salinan
|
Disebar ke
wilayah Islam
|
KELEBIHAN RASM UTHMANI
i. Mengikut sunah Rasulullah s.a.w.
ii. Mengikut tulisan Al-Quran yang Imla'i
iii. Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar dari maksud yang sebenar
iv. Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenis bacaan)
v. Sebagai hujah kepada bahasa Al-Quran yang fasih
vi. Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat
vii. Bertepatan dengan riwayat bacaab mutuwatir
viii. Satu satu dari mukjizat Al-Quran
vix. Salah satu dari rukun bacaan Al-Quran al-Karim
x. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas
xi. Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat)
xii. Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf
Kaedah Rasm
1. Hazaf (buang)
رسم عثماني
|
رسم املائي
|
العلمين
|
العالمين
|
الصِّرط
|
الصراط
|
صدقين
|
صادقين
|
Jadual 1. Membuang huruf Alif (ا)
رسم عثماني
|
رسم املائي
|
يلوون
|
يلوون
|
داوود
|
داوود
|
يدع الإنسان
|
يدعو الإنسان
|
Jadual 2. Dengan membuang huruf Wau (و)
رسم عثماني
|
رسم املائي
|
النبيـــن
|
النبيين
|
ابرهــم
|
ابراهيم
|
Jadual 3. Membuang huruf Ya (ي)
2. Ziadah (tambah)
رسم عثماني
|
رسم املائي
|
أبنــؤا
|
أبناء
|
واتقوا الله
|
واتقو الله
|
أنبــؤا
|
أنباء
|
مائة صابرة
|
مئة صابرة
|
Jadual 1. Menambah huruf Alif (ا)
رسم عثماني
|
رسم املائي
|
سأوْريكم دار
|
سأريكم دار
|
اوْلوا الأرحام
|
الوا الأرحا
|
أوْلئك
|
ألئك
|
Jadual 2. Menambah huruf Wau (و)
رسم عثماني
|
رسم املائي
|
أفإيـن
|
افائن
|
نبإىْ
|
نباء
|
من ورآىِْ
|
من ورآء
|
Jadual 3. Menambah huruf Ya (ي)
3. Hamzah
رسم عثماني
|
رسم املائي
|
أمر
|
امر
|
أزوج
|
ازواج
|
أبوب
|
ابواب
|
Jadual 1. Penulisan Hamzah (ء) di awal kalimah
رسم عثماني
|
رسم املائي
|
قرءَانا
|
قرآنا
|
القرءان
|
القرآن
|
يـادم
|
يا ادم
|
Jadual 2. Penulisan Hamzah (ء) di tengah kalimah
4. Badal (ganti)
رسم عثماني
|
رسم املائي
|
الصلوة
|
الصلاة
|
الزكوة
|
الزكاة
|
الحيوة
|
الحياة
|
Jadual 1. Menggantikan Alif (ا) dengan Wau (و)
رسم عثماني
|
رسم املائي
|
فتى
|
فتا
|
القرى
|
القرا
|
Jadual 2. Menggantikan Alif (ا) dengan Ya (ي)
رسم عثماني
|
رسم املائي
|
لنسفعا بالناصية
|
لنسفعن بالناصية
|
فتعسا لهَّم
|
فتعسن لهم
|
Jadual 3. Menggantikan Nun (ن) dengan Alif (ا)
رسم عثماني
|
رسم املائي
|
رحمت
|
رحمة
|
مرضات
|
مرضاة
|
نعمت
|
نعمة
|
Jadual 4. Menggantikan (ة) dengan (ت)
--
No comments:
Post a Comment