Friday, 8 November 2013

KONSEP SYAHADAH DAN PERKARA YANG MEMBATALKANNYA

Konsep Syahadah 

·         Bahasa : penyaksian. 

·         Istilah: penyaksian tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah 

Rukun-Rukun Syahadah: 

·         Ikrar - Ikrar Allah esa dan Muhammad pesuruh Allah. 

·         Iktikad - Mempercayai atau meyakini Allah tuhan yang esa yang berhak disembah dan Nabi Muhammad itu utusannya yang menyampaikan wahyu dari Allah. 

·         Iktiraf - Mengakui kebenaran keesaan Allah dan mengakui kebenaran kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

·         Amal - Beramal dengan bersungguh-sungguh sebagai memenuhi tuntutan syahadah.

Cara pengucapan syahadah yang betul:

a. Membaca mengikut hukum tajwid 

b. Memahami ertinya dan bukan hanya sekadar tahu. 

c. Mengucapkannya dengan penuh khusyuk. 

d. Memenuhi tuntutan syahadah (amalan) selepas mencucapkannya. 

e. Menjaga diri dari perkara-perkara yang membatalkan syahadah.

Perkara-perkara yang membatalkan syahadah

a. Bertawakal kepada yang selain Allah. 

b. Ingkar nikmat-nikmat Allah (menafikannya). 

c. Melantik orang kafir yang musyrik menjadi pemimpin keatas umat Islam

d. Memberikan sokongan dalam menentang Islam. 

e. Mengkafirkan orang-orang yang mengucap kalimah syahadah 

f. Benci atau menentang perkara-perkara di dalam Islam.

g. Taat kepada yang selain Allah. 

Kepentingan syahadah dalam kehidupan

·         Laluan masuk kedalam agama islam. 

· Iman seseorang hanya sah apabila dia menyatakan syahadah. 

· Ia membezakan antara Muslim dengan kafir.

· Firman Allah dalam surah al-Imran ayat 18, “Allah menyatakan bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, 

·         Sebagai intisari kepada ajaran Islam. 

· Pemahaman seorang Muslim terhadap Islam bergantung kepada pemahaman terhadap kalimah syahadah. 

· La ilaha illa Allah merupakan penerimaan penghambaan kepada Allah dengan melaksanakan perintah Allah s.w.t 

· Muhammad Rasulullah pula bermaksud penerimaan cara penghambaan itu daripada Nabi Muhammad SAW. 

· Surah al-An’am ayat 162, “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam.”

·         Dasar-dasar perubahan. 

· Sewaktu peristiwa hijrah ke Habsyah, Najasyi telah bertanya kepada umat Islam, “ Apa sebenarnya cerita kamu ini dan apa agama baru yang kamu bawa?”

· Lantas Jaafar bin Abi Talib menjawab, “Dahulu kami menyembah berhala, kami makan binatang yang tidak disembelih, kami melakukan maksiat, kami bergaduh sesama sendiri dan kami memutuskan persaudaraan. Selepas itu, datang kepada kami seorang lelaki daripada kaum kami, mengajak kami menyembah Allah yang Maha Esa dan meninggalkan berhala batu yang tidak memberi manfaat itu…”

No comments:

Post a Comment