Sunday 10 November 2013

KEPIMPINAN KHALIFAH HARUN AL RASYID DAN PEMBANGUNAN ILMU

  • Nama sebenar beliau ialah Harun ar-Rasyid bin Muhammad al-Mahdi.
  • Dilahirkan di Ar-Rayy pada bulan Zulhijjah tahun 145 H bersamaan 756 M. 
  • Telah menggantikan saudaranya iaitu al-Hadi sebagai khalifah Baghdad yang kelima dalam pemerintahan Abbasiyah.  
  • Sejak dari awal lagi, beliau  dikenali sebagai  seorang yang pintar dan sukakan ilmu pengetahuan.  Tidak hairanlah jika beliau dilihat sebagai seorang yang mempunyai keperibadian yang tinggi serta banyak pengalaman sama ada dalam bidang politik, ketenteraan mahupun dalam bidang pentadbiran awam.
  • Peranan beliau yang paling besar ialah sebagai penaung kepada semua kegiatan ilmu.
  • Baitul Hikmah merupakan hasil usahanya yang paling besar dalam dunia penyebaran ilmu pengetahuan di Kota Baghdad.
PEMERINTAHAN
  • Khalifah Harun ar-Rasyid sendiri begitu cekap dalam menguruskan pentadbiran negara. 
  • Beliau telah dapat  membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di dalam negaranya dengan pelbagai rintangan dan dugaan. 
  • Beliau begitu mengambil berat terhadap kredibiliti tentera-tenteranya dan juga memberi perlindungan serta keselamatan untuk kesejahteraan rakyatnya.

    Ekonomi
  • Banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau dalam membangunkan ekonomi dengan melakukan aktiviti perdagangan, perniagaan dan membawa pedagang-pedagang asing untuk berniaga di Kota Baghdad. 
  • Disebabkan usaha inilah, ramai pedagang-pedagang asing yang datang membawa barangan mereka untuk diniagakan di Kota Baghdad.
    Hubungan diplomatik
  • Beliau juga mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing, antaranya kerajaan Byzantium, Peranchis dan keluarga al-Barmaki. 
  • Perhubungan ini bertujuan untuk pendamaian antara kedua-dua belah pihak melalui pembayaran ufti antara Kota Bahgdad dengan kerajaan Byzantium. 

PERKEMBANGAN ILMU

  • Khalifah harun ar-Rasyid dikenali sebagai tokoh negarawan terulung kerana usaha beliau dalam penyebaran ilmu pengetahuan. 
  • Oleh kerana itulah, beliau membuka Baitul Hikmah iaitu institusi kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu pengetahuan. 
  • Disamping itu juga, seseorang khalifah harus tahu untuk membangunkan dan memajukan negara agar menjadi sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi, politik mahupun sosial. 
  • Ilmu pengetahuan sangat penting yang seharusnya ada dalam diri seorang khalifah.   Beliau juga mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam mentadbir Kota Baghdad selama 23 tahun.
    Kemajuan Intelektual
  • Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun ar-Rasyid juga adalah salah satu sumbangan yang besar diberikan oleh baginda. 
  • Terdapat buku-buku yang berupa terjemahan ilmu dari luar ataupun disusun oleh intelektual Islam tergolong dalam kemajuan intelektual. 
  • Beliau dianggap sebagai penaung bagi semua kegiatan ilmu pengetahuan kerana beliau sering kali menganjurkan majlis forum, syarahan dan perbahasan, yang mana akan dihadiri oleh orang ramai dan golongan intelektual di masjid

    Baitul hikmah
  • Satu lagi sumbangan Khalifah ar-Rasyid yang sangat besar kepada kerajaan Abbasiyah ialah dengan tertubuhnya Baitul Hikmah.
  • Sikap prihatin beliau dalam bidang ilmu pengetahuan mendorong beliau untuk menubuhkan institusi itu sebagai satu tempat penyebaran ilmu pengetahuan. 
  • Semua kegiatan keilmuan ini merupakan satu usaha yang cemerlang dilakukan oleh beliau ketika mentadbir kerajaan Abbasiyah. 
  • Baitul Hikmah ini juga menggabungkan pelbagai fungsi antaranya ialah sebagai tempat penyimpanan buku-buku, pengumpulan buku, perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan.  Ia juga merupakan lambang pendidikan yang terpenting dan telah dapat menandingi kemasyhuran Perpustakaan Iskandariah. 
  • Pembinaan Baitulhikmah  yang merupakan sebuah institusi keilmuan yang ditubuhkan oleh khalifah Harun al- Rashid turut berkembang secara meluas dan mencapai kegemilangannya pada zaman pemerintahan Khalifah al- Makmun.
  • Hasilnya, aktiviti penterjemahan dijalankan dengan pesat dan menjadi lebih sistematik.
  • Penterjemahan karya falsafah dan sains, khususnya daripada bahasa Yunani menjadi kegiatan utama.
  • Menjadi pusat pengajian yang menjadi tumpuan para ilmuwan dalam pelbagai bidang.
  • Keberkesanan pemerintahannya dalam bidang penulisan pula  boleh dilihat melalui tiga tahap.
  • Tahap yang pertama ialah mencatat segala percakapan atau idea. Beliau mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w. ke dalam sebuah buku.
  • Tahap yang kedua pula mengarang. Terdapat golongan  ulama yang terlibat dalam penulisan pada zaman pemerintahannya. Ramai ulama menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir, sejarah, dan sebagainya seperti Imam Malik  menyusun buku al- Muwatta’, Ibn Ishaq  menyusun sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w., Abu Hanifah  menyusun fikah dan pendapat ijtihad.
  • Tahap ketiga pula ialah penterjemahan. Penterjemahan pada masa itu mula dibuat daripada bahasa Sanskrit, Suriani, dan Yunani kepada Bahasa Arab. Dua perkara penting berkaitan dengan penterjemahan ialah, di samping menterjemah, orang Islam mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Huraian dan penambahbaikan dibuat terhadap karya dengan memuatkan keterangan dan ulasan. Selain itu,Orang Islam berperanan penting dalam berbakti kepada kebudayaan dunia kerana mereka berjaya memelihara warisan ilmu daripada lenyap semasa masyarakat Eropah dilanda Zaman Gelap.
  • Penubuhan pusat pengajian tinggi dapat mempertingkatkan kegiatan penyelidikan.
  • Hasil kajian sarjana Islam tersebar ke Eropah dan sejumlah hasil kajian diterjemahkan ke dalam bahasa asing.
  • Perkembangan ini membawa kepada kebangkitan Eropah.
  • Perkembangan tamadun Islam di Kota Baghdad dan Cordova memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan keilmuan di Eropah dan perkembangan keilmuan di Eropah melahirkan zaman pemulihan budaya atau Renaissance. 
  • Penulisan karya dalam pelbagai bidang oleh para ilmuan Islam telah mempertingkatkan pengetahuan manusia sezaman dan meninggalkan warisan yang amat ternilai kepada generasi kemudian.
  • Kegigihan masyarakat Islam menimba ilmu daripada pelbagai sumber asing banyak memberi faedah kepada orang Islam sendiri.
  • Para ilmuan Islam telah memperbaiki dan meningkatkan mutu karya sehingga berlakunya percambahan dan perkembangan ilmu pengetahuan. Hasilnya, pada zaman pemerintahannya itu sudah terdapat sekitar 800 orang doktor.


No comments:

Post a Comment