Friday 8 November 2013

KHULAFA AL RASYIDIN DAN KEPIMPINANNYA

Sumbangan dan Jasa Khulafa’ Ar-Rasyidin

Pentadbiran

  • Khalifah Umar Al-Khattab telah mengemaskini pentadbiran Majlis Syura
  • Menyusun semula hukum kanun tanah Negara
  • Menubuhkan jabatan baru spt jabatan ketenteraan dan jabatan tanah untuk melicinkan pentadbiran.

Pendidikan

  • Masjid merupakan institusi pendidikan yg penting.
  • Kuttab ia;lah tempat belajar di kawasan masjid  dan tempat kanak-kanak belajar membaca,menulis,mengira dan menghafaz Al-Quran.

Ekonomi

  • Khalifah Umar bin Al-Khattab telah menubuhkan Baitulmal untuk menyimpan harta kerajaan dan membangunkan beberapa buah Bandar baru.
  • Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab sehingga awal pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan,sumber ekonomi yg utama ialah zakat, fai, usyur, jizyah, ghanimah & sebagainya.
  • Dewan Al-Kharaj ditubuhkan bagi mengemaskini kewangan Negara.
  • Undang-undang Tanah Negara juga diperkenalkan bagi menghindarkan pembaziran tanah.


Ketenteraan

  • Abu Bakar telah membebaskan negeri-negeri yang berada di bawah cengkaman Rom dan Parsi.
  • Umar telah telah menubuhkan pasukan polis dan tentera laut untuk menjaga keamanan Negara.
  • Umar juga membahagi pentadbiran Negara kepada beberapa wilayah.
  • Uthman memperkuat pasukan tentera darat dan laut bagi menjaga keselamatan Negara dan perluasan kuasa Islam.

Kemasyarakatan

  • Khalifah Abu Bakar As-Siddiq telah menghapuskan golongan murtad, nabi palsu, dan golongan yang enggan membayar zakat.
  • Khalifah Uthman bin Affan menggunakan harta dan kekayaannya untuk kesejateraan Negara.
  • Uthman juga mengumpul dan membukukan Al-Quran iaitu “Rasmi Uthmani”.
  • Khalifah Ali bin Abi Talib Menerima jawatan khalifah semasa keadaan Negara tidak aman.
  • Masyarakat Islam pada zaman khulafa’ Ar-Rasyidin hidup dlm keaadan aman dan harmoni.Semua golongan diberi hak dan kebebasan yg sama rata dlm Negara.
  • Pemerintah khulafa’ Ar-Rasyidin sentiasa menjaga kebajikan rakyat sama ada yang beragama Islam ataupun tidak.
  • Contohnya,Khalifah Umar memansuhkan cukai jizyah seorang Yahudi tua yang miskin,

Hubungan diplomatik

  • Wilayah-wilayah Islam semakin luas kesan daripada kejayaan tentera Islam menakhluk beberapa buah Negara seperti Iraq,Syria, dan Palestin.
  • Pengaruh Islam semakin tersebar apabila Khalifah Abu Bakar berjaya memerangi orang murtad dan nabi palsu dlm kalangan kabilah-kabilah Arab sekitar Mekah & Madinah.
  • Wilayah-wilayah Islam semakin meluas pada zaman pemerintahan Khalifah Umar dan Uthman.





.




















No comments:

Post a Comment