1. Kebebasan akal daripada paksaan dan taklid
· Mengajak manusia berfikir dahulu untuk memahami konsep akidah.
Firman Allah swt: فاعلم أنه لاإله إلا الله
· Menyeru manusia tidak mengikuti sesuatu kepercayaan tanpa mengkaji dan berfikir. “Allah SWT berfirman,
· وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا ( Al-Isra 36)
· “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabkan
2. Menggunakan akal untuk berfikir dan mengkaji menerusi alam nyata.
· Mendorong akal mengkaji berpandukan pancaindera.
· لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
· sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (at tin 4)
· Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. (az zumar 21)
· Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? - Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.(an nur 43)
3. Mendedahkan akidah yang batil dan menetapkan kebatilannya
· Mendedahkan akidah yang batil seperti animisme, yahudi dan kristian, kemudian mendedahkan penyelewengannya.
· Contoh AL-Quran mendedahkan akidah triniti kristian yang batil. firman Allah: dan jangan kamu mengatakan tuhan itu ada tiga.
· Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah.(al fussilat 37)
· Dan mereka (yang kafir) mengambil benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, yang tidak dapat mencipta sesuatupun, bahkan benda-benda itu diciptakan (oleh penyembah-penyembahnya dari bahan-bahan di bumi) dan benda-benda itu pula tidak berkuasa mendatangkan sesuatu bahaya atau sesuatu faedah untuk dirinya sendiri; dan tidak berkuasa mematikan atau menghidupkan atau pun membangkitkan hidup semula makhluk-makhluk yang telah mati (al furqan 3)
4. Membentangkan akidah yang benar dan menetapkan kebenarannya
· Telah dinyatakan oleh Allah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Dia, dan Malaikat-Malaikat serta orang yang berpengetahuan pun naik saksi (bahawa Allah keadaan-Nya) berdiri dengan adil, tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Perkasa lagi Bijaksana.(ali imran 18)
· Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab- kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya. (an nisa 136)
· Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata.(al an’am 59)
Metodologi lain
· Menerapkan akidah menerusi kisah2 dan teladan yang baik Contoh nabi Ibrahim dengan keberaniannya menghapuskan berhala dizamannya serta dialog menentang berhala dengan bapanya.
· Menerapkan konsep keimanan dan cara menyuburkan iman dan kepercayaan kepada Allah Melalui penghayatan dan amalan ibadat serta jauh daripada amalan2 khurafat.Menerapkan konsep keikhlasan dan ketulusan beribadah dan beriman.
· Al-Quran mengarahkan manusia berfikir secara logik terhadap segala ciptaan. Di mana segala ciptaan yang dicipta oleh Allah mempunyai kepentingan dan kegunaannya yang tersendiri.
· Mengarahkan manusia mengkaji terhadap alam ciptaan Allah yang luas. kejadian langit ini akan membuatkan manusia berfikir bahawa sepertimana bumi, matahari juga beredar pada orbitnya dan tentulah ada yang mengatur perjalanan ini, iaitu Allah. ini akan menghadirkan keinsafan betapa ciptaan Allah itu sangat teratur seterusnya menjadikan iman bertambah teguh.
· Mengarahkan manusia mengkaji ciptaan-ciptaan Allah yang unik yang terdapat di bumi. Sebagai contohnya. Antara keistimewaan unta yang menjadikannya unik adalah kebolehannya untuk terus kekal bertenaga dan kuat walaupun setelah sebulan tidak meneguk air.
· Mengarahkan manusia mengkaji keajaiban yang terdapat dalam diri manusia sendiri,ianya mampu meneguhkan keimanan seseorang individu terhadap Allah.
· Menyebutkan tentang ciptaan Allah dan kejadian alam yang bertepatan dengan kejadian sains. Di mana pemerhatian akal terhadap semua ini mampu meneguhkan keimanan seseorang terhadap Allah.
· Menjelaskan tentang kejadian alam yang member kemaslahatan kepada manusia. Contohnya biri-biri dicipta oleh Allah dengan keadaan fizikalnya yang mempunyai bulu yang tebal supaya manusia boleh mengambil bulunya untuk dijadikan baju sejuk bagi menghangatkan badan.
terima kasih,nota yang bermanfaat dan membantu
ReplyDelete