1.
Al-‘Adalah (
keadilan )
·
Meletakkan sesuatu
ditemptnya yang betul.” Contonya seorang ayah membeli songkok bagi anak lelaki
dan kain tudung bagi anak perempuan.
·
“Sesunguhnya Kami telah mengutuskan rasul-rasul Kami
dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka
kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanajan keadilan”( Surah al-Hadid ayat 25
1.
Adil dalam perkataan.
·
“Dan apabila kamu berkata, hendaklah berlaku adil
sekalipun dia adalah kerabat ( mu ), dan tunaikan janji Allah, yang demikian
itu diperintahkan “.( Surah al-An’am : 152 )
2. Adil dalam urusan
peribadi
·
“ Dan jika kamu
takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak ) perempuan
yang yatim ( apabila kamu mengawininya maka kahwinlah wanita-wanita
lain yang kamu senang, dua, tiga atau empat.Kemudian jika kamu takut tidak
dapat berlaku adil (maka kahwinlah ) seorang sahaja. (Surah al-Nisa: 3 )
3.Adil dalam menyelesaikan
perselisihan:
·
“Jika kamu berselisih faham pada sesuatu perkara,
kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan kepada Rasul.” ( Surah an-Nisai :
59 )
4. Adil terhadap
musuh.
·
“Wahai orang-orang
yang beriman , hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran)
kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencian
terhadap suatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil.Berlaku adillah
kerana adil itu dekat kepada taqwa, dan bertaqwalah kepada Allah.”. ( Surah al-Maidah : 8 ).
5.Adil dalam menghukum.
·
“Sesungauhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah
kepada yang berhak menerimannya dan ( menyuruh kamu ) apabila menetapkan hukum
anatara manusia supaya kamu menghukum dengan adil.”( Surah an-Nisai :
58 ).
2). Al-Hikmah ( Bijaksana )
·
hikmat yang
digunakan oleh Rasulullah S.A.W semasa berdakwah ialah budipeketi yang lemah
lembut, menahan kemarahan, mengawal perasaan memberi kemaafan ketika berkuasa
dan meminta fikiran daripada sahabat pada beberapa perkara yang belum
dijelaskan oleh wahyu.
·
“Serulah ke jalan
Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah, kebijaksanaan “(Surah al-Nahl : 125)
3). As-Syaja’ah
( Keberanian)
·
Sanggup menghadapi
suatu cabaran, rintngan atau risiko yang munasabah tanpa rasa takut
·
Berani tidak membuta
tuli : Iaitu berani melakukan sesuatu perkara secara profesional. Contoh sifat
berani tersebut ialah sekiranya seseorang itu dituduh atau difitnah melakukan
kesalahan maka dia tidak takut untuk membela diri dengan bukti dan alasan yang
lojik lagi konkrik. Dia tidak perlu berlawan dengan mengeluarkan kata-kata
kesat.
·
Berani kerana benar: Berani kerana benar adalah nilai atau
sifat berani bertanggungjawab kerana menegakkan satu-satu kebenaran berasaskan
alasan yang lojik dan bukti yang nyata. Kata-kata hikmah yang berbunyi “berkata
benarlah walaupun kebenaran itu menyakitkan”
harus diterima pakai dan menjadi
pegangan kita dalam menegakkan.
·
Berani
bertanggungjawab:Ialah nilai sanggup menerima atau menghadap kritikan,risiko,
atau implikasi atas tindakan atau keputusan yang dibuat. Seseorang yang berani
bertanggungjawab tidak akan menyalahkan orang lain atau ciba berdalih
seandainya tindakan dikenakan ke atasnya. Contoh seorang berani
bertanggungjawab ialah orang yang berani mengakui kesalahannya dan sedia
memohon maaf atas kesalahan itu.
4) ‘Iffah (Menjaga Kehormatan Diri)
·
Contoh sifat 'iffah ditunjukkan oleh Abdurrahman bin Auf
sewaktu beliau menolak dengan lembut, tawaran diberikan harta, rumah atau
isteri dari orang Ansor selepas peristiwa hijrah, dan dalam proses untuk
membantu ekonomi kaum Muhajirin. Dengan sangat halus dia berkata : "...
terima kasih wahai saudaraku atas tawaranmu. Sesungguhnya aku ini pedagang,
maka tunjukkanlah aku di mana pasar".
·
Sikap ini
mencerminkan sikap yang tidak meminta-minta, tidak mahu menyusahkan orang lain,
dan ingin berusaha dengan kekuatan sendiri.
·
Setiap muslim wajib
sentiasa berusaha memelihara kesucian dirinya, menjaga hawa nafsu, lidah dan
juga hatinya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah
S.W.T Firman Allah dalam surah as-Syam
ayat 9 dan 10 bermaksud ;“Berbahagialah
orang yang membersihkan jiwanya, dan rugilah orang yang mengotorinya”
ISU-ISU BERKAITAN DENGAN AKHLAK
Isu sosial
|
Punca
|
Cara Mengatasi
|
Penderaan Anak
|
·
Ibubapa yang mendera
·
Kanak-kanak : mangsa penderaan
·
Masyarakat kurang prihatin
·
Pengaruh Media Massa,elektronik.media cetak
|
·
Kursus Keibubapaan
·
Program kesedaran
·
Amalkan sikap berjiran
·
Menapis bahan-bahan cetak/eletronik
·
Penguatkuasa undang/peraturan sedia ada.
|
Penagihan Dadah
|
·
Kurang didikan agama
·
Pengaruh rakan sebaya
·
Perasaan ingin tahu/ keseronokan
·
Tekanan jiwa/perasaan
|
·
Amal ajaran agama dalam kehidupan
·
Memilih kawan yang baik
·
Mendalami hukum-hukum agama
·
Kuatkuasa undang/peraturan
|
Penyakit AIDS
|
·
Seks rambang / Zina
·
Penagihan dadah
·
Perpindahan darah
·
Pengaruh VCD
·
Homeseks
|
·
Kahwin
·
Amal ajaran agama
·
Pendidikan Seks mengikut hukum agama
·
Kuatkuasa undang-undang
|
Pengguguran/ Pembuangan bayi
|
·
Zina / seks bebas
·
Pergaulan bebas
·
Ingin cuba
·
Rogol
·
Kurang didikan agama
|
·
Amal ajaran agama
·
Bataskan pergaulan lelaki dan wanita
·
Pendidikan/ kursus rumah tangga
|
Masalah Remaja
|
·
Rakan sebaya.
·
Budaya samseng
·
Media Massa
·
VCD lucah
|
·
Didikan agama sejak kecil
·
Memilih rakan .
·
Menapis bahan-bahan media massa.
·
Program
|
Jenayah Seks
|
·
Pakaian menjolok mata
·
Pertimbangan Ekonomi
·
Kebebasan dan keseronokan
·
Wanita di eksploitasi
·
Pergaulan bebas
|
·
Berpakaian menutup aurat
·
Bataskan kebebasan
·
Naikkan taraf wanita
·
Perlindungan undang-undang terhadap wanita
|
Jenayah kolar putih
|
·
Sistem Kapitalis
·
Tamak
·
Salah guna kuasa
·
Khianat
·
Ingin hidup mewah
|
·
Sistem Ekonomi Islam
·
Jujur/Amanah
·
Pekerja yang baik/akhlak tinggi
·
Undang dikuatkuasakan
|
Pencemaran alam sekitar
|
·
Kurang didikan moral
·
Mengguna alam sekitar tanpa kawalan
|
·
Pendidikan alam sekitar
·
Kitaran semula
·
Program bersama masyarakat
·
Denda
|
Rasuah
|
·
Ingin hidup mewah diluar kemampuan
·
Kurang amanah
·
Pilih kasih
|
·
Pendidikan Tauhid/Akidah
·
Kuat kuasa undang-undang
·
Tidak pilih kasih
|
No comments:
Post a Comment