Tuesday 29 April 2014

KECENDERUNGAN MEMUSAT

Kecenderungan memusat merujuk kepada satu nilai purata sesuatu set skor. Kecenderungan memusat dapat menerangkan atau memerihalkan tentang keseluruhan set data. Hal ini kerana ukuran tersebut mempunyai nilai yang membahagikan sekumpulan data kepada dua bahagian iaitu sebahagiannya lebih besar dan sebahagiannya lebih kecil.  Terdapat tiga jenis ukuran kecenderungan memusat iaitu Min, Mod dan Median. Kegunaan utama ukuran kecenderungan memusat ialah untuk memberi gambaran terhadap kumpulan data, membuat perbandingan antara dua kumpulan data, memberi gambaran secara menyeluruh terhadap sesuatu kumpulan data melalui persampelan dan memberi konsep Matematik terhadap pertalian antara kumpulan yang berbeza.

            Min atau dikenali sebagai Min Arimetri merupakan satu set data yang hasil tambah nilai semua cerapan dibahagi dengan bilangan cerapan itu.  Biasanya juga di kenali sebagai purata.  Terbahagi kepada dua iaitu Min Data Mentah atau Data tak Terkumpul dan Min Data Terkumpul atau Jadual Kekerapan.  Min data terkumpul ialah taburan kekerapan terkumpul yang cerapan x mempunyai kekerapan f untuk setiap kelas.  Kaedah mengkod min ialah merupakan suatu teknik yang digunakan untuk pengiraan statistik bagi data yang nilai cerapannya terlalu besar dan terlalu kecil.  Ia melibatkan penambahan, pengurangan dan pendaraban atau pembahagian.

            Mod merupakan fakta atau nilai yang paling kerap berulang bagi sekumpulan data.  Dalam erti kata lain, jika cerapan x berulang paling banyak kali dalam satu set data, maka cerapan x ialah mod bagi set data tersebut.  Contohnya, bagi set data { 0, 0, 1, 2, 2, 2, 3, 4, 5 }, modnya ialah 2 kerana cerapan ini paling kerap berulang.  Semua set data yang bernombor mempunyai mod dan median, namun bukan semua set data ini mempunyai mod.  Misalnya, set data yang setiap unsurnya berulang sekali sahaja tidak mempunyai mod langsung.  Mod merupakan satu sukatan yang sangat berguna dalam kes-kes tertentu.  Contohnya, jika set data yang diberi melibatkan bilangan cerapan yang banyak dan mengalami kesuntukan masa untuk mengira min dan mediannya, maka mod adalah sesuai digunakan sebagai perwakilan set data itu.  Selain daripada itu, mod merupakan perwakilan penting bagi data yang tidak bernombor seperti warna, gred dan sebagainya.

            Median ialah nilai yang berada di tengah-tengah selepas semua data disusun mengikut tertib menaik atau menurun dan menerangkan nilai yang terletak ditengah-tengah cerapan.  50% nilai-nilai data adalah kurang daripada median dan 50% nilai-nilai data adalah lebih daripada median. Jika bilangannya ganjil, wujud data ditengah-tengah nilai yang nilainya merupakan median.  Akan tetapi, jika bilangan data genap, tidak wujud pada data di tengah-tengah.  Oleh itu, median dalam kes ini ialah purata dua data di tengah-tengah.

         Penggunaan Median Kelas Terkumpul adalah penting kerana lazimnya, apabila saiz data besar, penghitungan median secara langsung menggunakan kaedah seperti dalam takrif adalah sukar.  Oleh yang demikian, pengkelasan data kepada kumpulan kecil adalah wajar supaya penghitungan menjadi ringkas serta mudah.

No comments:

Post a Comment