Wednesday, 24 April 2013

Definisi ulum al quran



Definisi Ulum Al Quran

Ilmu : Ahli Usuluddin mengistilahkan ilmu sebagai suatu sifat yang dengan memilikinya manusia dapat mencapai ketinggian dalam hidupnya.  Ahli Bahasa pula memberi pendapat bahawa ilmu ialah satu pengetahuan yang dengannya manusia dapat mengetahui sesuatu di alam ini.  Ahli Agama pula mendefinisikan ilmu sebagai kemampuan manusia dalam usaha mengenal Allah dalam membuktikan kewujudan-Nya dan meyakinkannya di dalam hati.

            Ulum : perkataan ulum  (علوم)  merupakan lafaz jamak daripada perkataan ‘ilm  (علم).  Al Quran : Pengertian al-Quran pula ditakrifkan sebagai Kalamullah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibril dalam bahasa arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya dikira sebagai ibadah, bermula dari surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Nas.  Jadual 1.1 di bawah merupakan huraian bagi definisi Al Quran.

Definisi
Huraian Definisi
Kalamullah
Kalam (kata-kata) yang turun daripada Allah S.W.T
Yang Bermukjizat
Mempunyai mukjizat yang tersendiri (kelebihan dan kekuatan)
Yang Diturunkan
Dikeluarkan daripada Luh Mahfuz atau baitul Izzah dan seumpama dengannya.
Kepada Nabi Muhammad
Khusus kepada Nabi akhir zaman (Muhammad s.a.w)
Melalui Malaikat Jibril
Sebagai perantaraan antara Allah dan Rasulullah.
Dalam Bahasa Arab
Khusus dalam bahasa Arab sahaja.
Secara Mutawatir
Diturunkan secara berperingkat-peringkat berdasarkan keadaan dan suasana.
Membaca Setiap Huruf Adalah Ibadah
Sesiapa yang membaca Al-Quran di berikan pahala ibadah. Hanya Kalamullah yang boleh dibaca di dalam solat.


Jadual 1.1
Ulum Al-Quran : Satu gagasan ilmu yang mengkaji tentang Al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya seperti sejarah penurunan, penulisan dan pengumpulan, asbab nuzul, Al-Makki Wal-Madani, Nasikh Mansukh, peringkat-peringkatnya, kemukjizatannya,perumpamaan-perumpamaan, tertib surah dan sebagainya.

Perbahasan yang berkaitan dengan Ulum al-Quran secara umumnya meliputi bidang-bidang berikut iaitu :

1. Ilmu Tafsir dan Ta’wil
2. Ilmu I’rab al-Quran
3. Ilmu Qira’at
4. Ilmu Nasakh dan Mansukh
5. Ilmu Sebab Nuzul
6. Ilmu Makki dan Madani
7. Ilmu Fada’il al-Quran
8. Ilmu Nuzul al-Quran
9. Ilmu Gharib al-Quran
10. Ilmu Amthal al-Quran
11. Ilmu Majaz al-Quran
12. Ilmu Abat Muhkamat dan Mutasyabihat
13. Ilmu Jadal al-Quran
14. Ilmu Aqsam al-Quran


            Menurut  Zarqani ulum al quran bemaksud “ilmu yang berkenaan dengan Ilmu-ilmu yang mempelajari tentang Al-Quran itu sendiri, sama ada dari segi penurunannya, pengumpulannya, pembukuannya, pembacaannya, pentafsirannya, I’jaznya, nasikh dan mansukhnya dan semua perkara yang berkaitan dengan Al-Quran”.

            Imam Al-Suyuti pula menegaskan bahawa ulum al quran ialah “Suatu bidang dan ruang lingkup ilmu yang membicarakan tentang al-Quran dari segi penurunannya , sanadnya, adabnya, maknanya, lafaznya dan lain-lain yang berkaitan dengannya”.

            Kesimpulannya, ulum al quran merupakan tarkib idhafi (تركيب اضافي) yang boleh diertikan sebagai “sekumpulan ilmu yang berkaitan dengan al quran”. Perkataan ilmu menjadi jamak kepada perkataan ulum kerana ilmu yang berkaitan dengan al quran meliputi banyak skop.  Contohnya ilmu tafsir, ilmu qiraat, ilmu Rasm Uthmani, ilmu ikjaz, ilmu asbab nuzul, ilmu nasikh mansukh dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment