SEJARAH AKIDAH
- Akidah ialah iman atau kepercayaan kepada Allah yang diikat oleh ucapan dua kalimah syahadah.
- Ia merupakan inti dasar kepada kewujudan tamadun islam.
- Seseorang yang berakidah islam harus faham bahawa dengan menyebut dua kalimah syahadah tadi telah menyebabkan dirinya terikat dengan tanggungjawab serta komitmen yang tinggi terhadap Allah.
- Penanaman aqidah yang teguh telah menyebabkan
seseorang itu sanggup mempertahankan kebenaran dan menumpaskan kebatilan
walaupun terpaksa mengorbankan nyawa dan harta benda demi mempertahankan
aqidah erta membuktikan ketakwaan kepada Allah S.W.T.
SEJARAH PERKEMBANGAN AQIDAH
1. Aqidah zaman nabi dan Sahabat
2. Aqidah akhir zaman sahabat
3. Aqidah zaman Umaiyyah
1. Aqidah zaman nabi dan Sahabat
2. Aqidah akhir zaman sahabat
3. Aqidah zaman Umaiyyah
AQIDAH ZAMAN NABI DAN SAHABAT
- sahabat pada zaman rasulullah menerima terus segala ajaran yang dibawa oleh rasulullah tanpa banyak persoalan.
- Mereka terus menemui rasulullah sekiranya ada persoalan dan tidak faham
- Rasulullah juga menjelaskan perkara yang menimbulkan kemusykilan sahabat.
- Persoalan aqidah khasnya perkara yang berkaitan dengan sifat 20 atau tidak timbul.
- Hal ini kerana para sahabat dapat memahami ayat Al-Quran atau sifat Allah sebagaimana didalam Al-Quran dan hadis.
- Para sahabat memahami kandungan Al-Quran dan hadis yang berkaitan dengan aqidah dan sifat-sifat Allah khasnya tanpa mempersoalkan makna disebaliknya.
- kepercayaan umat islam zaman nabi sangat kukuh dan teguh, contohnya : dengan beberapa ayat daripada Al-Quran seperti dalam Surah Al-Ikhlas
- Para sahabat pada masa itu disinari oleh cahaya hidayat dan Al-Quran,
- Ada diantara mereka memiliki tabiat suka berfikir dan mendorong sesetengah sahabat untuk memikirkan zat Allah.
- Rasulullah menegah mereka berbuat demikian, sebagaimana sabda yang diriwayatkan daripada Abu Nu’aim
- nabi telah menegah dan melarang daripada berbantah dalam masalah Qadar.
- pada masa itu tidak timbul permasalahan aqidah,hal ini kerana ketika wahyu sedang diturunkan, mereka hidup ketika zaman rasulullah
- Semua para sahabat beriman dan menerima sepenuhnya persoalan yang berkaitan sifat-sifat Allah seperti dalam Al-Quran dan Hadis.
- Para sahabat tidak berselisih dalam perkara berkaitan dengan al-Sifat,al-Asma’al-Husna dan al-Af’al.
- Sahabat tidak mengemukakan persoalan berkaitan Qada’dan qadar, sifat Allah dan zatNya atau ayat-ayat mutasyabihat.
- Para sahabat hanyalah bertanya berkaitan dengan hukum hakam, ibadat dan cara melakukannya dengan sempurna.
Sebagai rumusannya, zaman nabi segala
kemusykilan dan masalah terus dirujuk kepada nabi dan nabi dapat
menjelaskannya dengan wahyu dan petunjuk wahyu atau dengan ijtihad baginda.
Secara umumnya, pada zaman nabi tidak ada sebarang masalah dalam ilmu tauhid
dan sahabat juga tidak ada sebarang perselisihan dan mereka dapat merujuk
terus kepada nabi dan sumbernya bersih.
AKIDAH AKHIR ZAMAN SAHABAT
AKIDAH AKHIR ZAMAN SAHABAT
- tidak ada perselisihan faham dalam aqidah kerana mereka sibuk menghadapi peperangan dalam usaha mempertahankan kesatuan islam
- Mereka memahami al-Quran tanpa ada ta’wil
- Mereka mengikuti al-quran dan menjauhi apa yang ditegah
- Mereka juga mensifatkan Allah dengan apa yang Allah sifatkan sendiri
- mereka mensucikan Allah daripada sebarang sifat yang tidak layak bagi kemuliaan dan keagungan Allah.
- mereka beriman dengannya mengikut dengan menyerahkan penta’wilan kepada Allah sendiri.
- sahabat menerima apa sahaja perkara berkaitan dengan Usul atau aqidah daripada rasulullah
- sahabat tidak gemar membahaskan perkara yang berkaitan dengan aqidah.
- Hal ini kerana persoalan aqidah boleh menimbulkan perselisihan dan perpecahan dikalangan umat islam.
- Untuk itu, para sahabat lebih mengutamakan dan memberi penekanan dalam perkara yang berkaitan dengan hukum amali sahaja.
- Untuk itu, juga dalam perkara amali seandainya mereka tidak jelas atau berselisih, mereka akan merujuk kepada al-Quran dan hadis untuk mencari keputusan yang tepat dan untuk mencari penyelesaiannya.
- Sekiranya ada yang tidak dapat diselesaikan
berdasarkan nas al-Quran dan hadis, para sahabat akan mengkiaskan
dengan perkara yang berlaku pada zaman nabi
Sebagai rumusannya, pada zaman awal khulafa’ al-Rasyidin juga masih belum timbul perkara yang berkaitan dengan ilmu tauhid.Oleh kerana islam semakin berkembang, ulama telah memecahkan dan membuat pengkajian khusus terhadap ilmu Tauhid atau ilmu Aqidah yang terpisah daripada ilmu lain dengan sendirinya. - Pada masa zaman pemerintahan khalifah yang
ketiga, lantaran berlaku pertelingkahan dan kekacauan politik yang
berakhir dengan terbunuhnya Uthman.
- Maka umat isslam menjadi terpecah kepada
beberapa fahaman dan puak. Masing-masing golongan dan fahaman itu ingin mempertahankan
fahaman mereka dan pendirian mereka.
- Justeru itu, terbukalah ruang untuk mentakwilkan terhadap nas al-Quran dan hadis, serta timbullah periwayatan hadis palsu.
- Pada zaman akhir sahabat telah lahir golongan yang telah cuba menta’wilkan ayat-ayat al-quran
- mereka cuba menimbulkan persoalan syubahat dan telah mentasybihkan dan mentajsimkan Allah. Golongan tersebut adalah golongan sabi’iyyah.
- Golongan yang menentang mentajsimkan Allah itu bermula dengan Ja’d Ibn darham dan selepasnya diikuti pula oleh Jaham Ibn Safwan dan seterusnya aliran dan penentangan tersebut diteruskan pula oleh golongan Muktazilah.
AKIDAH
ZAMAN BANI UMAIYYAH
- Setelah negara jajahan takluk islam mulai meluas telah terbuka luas untuk umat islam memikirkan perkara yang berkaitan aqidah.
- jiwa orang yang baru memeluk islam masih
dipengaruhi oleh unsur agama mereka sebelumnya,
- Untuk itu lahir segolongan umat islam yang
mulai memperkatakan masalah qadar, antara mereka ialah :
- a. Ma’bad al-Juhani, beliau mengambil fahamannya itu daripada seorang Iraq yang beragama nasrani yang murtad selepas memeluk islam. Ma’bad telah dibunuh kerana memberontak pada tahun 80 Hijrah.
- b. Ghailan al-Dimasyqi.
Nama beliau ialah Abu Marwan Ghailan Ibn Muslim. beliau mengikuti fahaman Ma’bad dalam masalah qadar. - c. Ja’d Ibn Dirham
Beliau merupakan seorang guru kepada Marwan Ibn Muhammad. Beliau berfahaman qadar dan merupakan orang yang mula-mula mengatakan al-Quran itu makhluk. Dia dibunuh oleh Khalid Ibn Abdullah al-Qasri.
- Selepas daripada kemunculan 3 tokoh diatas lahir
pula golongan yang menafikan Qudrat dan Iradat manusia. Golongan ini
dipelopori oleh Jaham Ibn Safwan.
- Beliau bertemu dengan Ja’d dan kemudiannya menganut beberapa pendapat Ja’d. Selepas itu beliau bersama-sama dengan harith Ibn Syuraij telah melancarkan pemberontakan terhadap Bani Umaiyyah di Khurasan lalu beliau dapat ditawan dan dibunuh.
- Golongan atau puak ini dikenali dengan golongan Jabariah/puak jahmiyah, iaitu pengikut Jaham Ibn Safwan. Antara lain juga, mereka dikenali dengan puak Mu’aththilah kerana mereka menafikan Sifat-Sifat Allah.
- Jaham juga berpendapat bahawa Allah itu tidak bersifat kecuali dengan sifat Khaliq, Qadir dan Fa’il sahaja.
- segala perbuatan manusia itu tidak ada kuasa melakukan sesuatu, apa sahaja yang dilakukan oleh manusia adalah dari Allah.
- Jaham berpendapat bahawa tidak harus sama sekali disifatkan Allah dengan sifat yang boleh disifatkan kepada manusia atau makhluk kerana hal tersebut boleh menyebabkan Allah itu sama atau menyerupai makhluk –Nya.
- Untuk itu Jaham menafikan Allah bersifat dengan sifat ‘Alim, Murid dan Hayy.
- Apa yang boleh disifatkan kepada Allah ialah Qadir, Maujud, Fa’il, Khaliq, Muhyi dan Mumit.
- Kerana semua sifat tersebut berkaitan dengan sifat kemudiannya dikembangkan oleh golongan Muktazilah.
- Mereka yang mengatakan al quran itu qadim dan menafikan sifat allah menggunakan method kefahaman akal.
- Pada penghujung abad pertama hijrah tersebar pula fahaman dan puak serta aliran Khawarij.
- Mereka ini telah mengkafirkan orang yang mengerjaka dosa besar.
- Pendapat tersebut telah disanggah oleh Hassan al- Iaitu orang yang melakukan dosa besar adalah fasiq dan tidak kafir
- Wasil Ibn ata (ank murid Hassan) berpendapat orang yang melakukan dosa besar berada diantara dua martabat diikuti pula oleh ‘Amru Ibn ‘Ubaid.
- Lantaran mereka telah mengasingkan diri daripada majlis gurunya, mereka dikenali sebagai Muktazilah.
Sebagai rumusannya, pada zaman inilah
dikatakan mulanya bermula untuk menyusun kitab berkaitan dengan ilmu Kalam atau
Tauhid. Namun kitab itu tidak ada yang sampai ke tangan kita sekarang.
No comments:
Post a Comment