Sejarah Perkembangan
Ulum Al Quran
Ulum Al Quran
Ilmu ulum Al Quran telah bermula sejak turunnya wahyu pertama lagi. Hal ini boleh dilihat melalui penurunan, sebab-sebab
penurunan, pembacaan, cara pengumpulan dan sebagainya yang mana semua perkara
ini termasuk dalam perbahasan ilmu ulum Al quran. Perkembangan ilmu ulum al quran semakin
diperlukan dan semakin meluas kerana islam semakin berkembang, merentasi
pelbagai budaya dan bahasa dan disamping menghadapi pelbagai permasalahan baru
akibat pertambahan umat islam bukan arab yang telah memeluk islam.
Pada zaman nabi, nabi Muhammad telah menerima wahyu
daripada Allah melalui malaikat jibril dan segera menghafaznya mengikut apa
yang diwahyukan oleh Allah. Kemudian,
baginda segera menyampaikannya kepada para sahabat lalu memerintahkan sahabat
menulis wahyu tersebut pada tempat-tempat tertentu supaya tidak hilang. Nabi Muhammad pernah melarang sahabat menulis
selain wahyu daripada Allah atau ayat daripada al quran itu sendiri. Hal ini dikhuatiri bercampur dengan al quran dan
susah dibezakan di kemudian hari nanti.
Para sahabat telah
memahami al quran dengan baik, namun sekiranya mereka mengalami masalah, mereka
terus murujuk terus kepada rasulullah untuk menjelaskan persoalan mereka. Kekurangan kemudahan alat-alat penulisan
menyebabkan ilmu ini tidak berkembang disamping kurangnya umat islam yang pandai
menulis. Penurunan al quran secara
beransur ansur telah mempengaruhi perkembangan ilmu ini kerana tidak mungkin
dapat dibahaskan ilmu ini sedangkan al quran atau wahyu itu sendiri belum
selesai diturunkan atau diterima oleh
rasulullah. Setelah wahyu selesai
diturunkan dan rasulullah wafat, umat islam mula menghadapi pelbagai masalah
baru, maka bermulalah ulumul quran sebagai suatu perbahasan ilmu yang penting.
Pada zaman
sahabat, islam telah diterajui oleh khulafa ar-rasyidin, antara sebab
mengapa para sahabat mengasaskan dan mengembangkan ilmu ini ialah:
1. Jajahan
wilayah islam semakin meluas dengan bertambahnya orang bukan arab yang memeluk islam yang sukar
memahami bahasa arab.
2. Minat
umat islam yang mendalam terhadap ilmu hasil daripada saranan al quran itu
sendiri agar umat islam mengembangkan ilmu pengetahuan.
3. Terdapat
banyak rahsia al quran yang belum tersimpul dan tersembunyi.
4. Kesungguhan
umat islam serta wujudnya rasa tanggungjawab dengan meninggalkan warisan ilmu kepada
generasi akan datang.
5. Wujudnya
perbezaan dan perselisihan pendapat ulama mengenai al quran dalam semua aspek.
Peperangan yang berlaku menyebabkan ramai
huffaz telah syahid, maka usaha mengumpul al quran telah dimulakan pada zaman
khalifah Abu Bakar. Sewaktu zaman
Khalifah Umar al-Khattab, islam telah berkembang dengan pesat. Masalah telah timbul apabila umat islam
dibeberapa wilayah telah membaca al quran berbeza dengan cara
masing-masing. Hal ini dikhuatiri para
sahabat. Oleh yang demikian, semasa
pemerintahan khalifah Uthman Bin Affan, para sahabat telah menyusun al quran
seperti yang ada sekarang iaiti mashaf uthmani.
Sewaktu
di zaman pemerintahan Saidina Ali pula, beliau telah menemui masalah apabila
mendengar seorang yang bukan arab membaca ayat 3 dalam surah at-Taubah salah
menyebut barisnya sehingga mengubah maknanya.
Jadi, Saidina Ali telah memerintahkan Abu Aswad ad-Duali untuk
membariskan al quran dan memberi titik kesemua huruf-huruf dalam al quran seperti
yang ada pada zaman sekarang.
No comments:
Post a Comment