Tuesday 13 May 2014

Panduan Pengelolaan Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Bagi Semua Bidang

PERANCANGAN PENGAJARAN

Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu tempoh yang telah ditetapkan. Tujuan utama penyediaan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.



Ø  Ilmu Pengetahuan: yang berkaitan dengan mata pelajaran
Ø  Kemahiran                 : penentuan objektif, pemeringkatan dan pemilihan
                 isi pelajaran, cara penyampaian dan lain-lain.
Ø  SIKAP                             : Perubahan tingkahlaku
Ø  NILAI                                : Nilai murni

Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif.

Menurut Atan (1982), seorang guru perlu mengetahui secara mendalam apa yang hendak  disampaikan kepada pelajar kerana pengetahuan dan kemahiran guru akan menimbulkan rasa percaya dalam dirinya, seterusnya menambahkan kepercayaan pelajar terhadap guru. Guru mesti mengetahui isi kandungan yang mereka hendak sampaikan untuk pelajarnya dan tahu cara untuk memindahkan ilmu tersebut kepada para pelajarnya dalam bentuk yang boleh diterima oleh pelajar (Kauchak dan Eggen, 1998).

Rancangan Pengajaran  Harian

Rancangan mengajar  untuk  satu-satu masa/ setiap hari. Berdasarkan rancangan mingguan, guru perlu menyediakan rancangan pengajaran harian. Ia merupakan susunan perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan guru, dengan bantuan bahan dan peralatan yang sesuai, dalam proses penyampaian sesuatu unit pelajaran.


Ringkasnya, rancangan pengajaran harian merupakan rancangan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh guru dan murid dalam satu atau dua waktu pengajaran. Dalam penulisan persediaan mengajar, guru perlu menggunakan strategi tertentu untuk mencapai objektif pengajaran. Segala aktiviti guru murid yang dicadangkan hendaklah dinyatakan dalam bentuk yang mudah dicerap. 

Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu memikirkan perkara berikut:
•   Apakah perkara yang perlu dipelajari murid?
•   Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai murid?
• Apakah kaedah pengajaran yang paling sesuai digunakan supaya objektif  tercapai dengan berkesan?
•  Bagaimanakah cara terbaik menilai pengajaran dan pembelajaran?

 Setiap persediaan mengajar perlu mengandungi tiga komponen utama:

i.   Objektif
ii.   Isi pelajaran
iii.  Aktiviti murid dan guru.

FORMAT UMUM RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran                                              :

Tahun / Kelas                                               :

Tarikh                                                             :

Masa                                                              :

Bilangan Pelajar                                          :

Bidang                                                                       :

Tajuk                                                              :

Kemahiran                                                    :

Pengetahuan Sedia Ada                           :

Hasil pembelajaran                                     :

                        Aras 1 :

                        Aras 2 :

                        Aras 3:

Kemahiran berfikir                                       :

Penerapan Nilai                                           :

Gabungjalin                                                  :

Penyerapan / rentasan                               :

Bahan Bantu Mengajar                              :


Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Muqaddimah
(1 minit)
Doa
Syahadatain
Murid
Guru




Set Induksi
(3-5 minit)
Isi
Soalan
Tajuk
Guru
Murid
Guru





Langkah 1
(5-7 minit)

Isi
Soalan

Guru


GJ
Penyeraran
Nilai
BBM

Langkah 2
(10 -15 minit)
Isi
Gabungjalin
Penyerapan
Soalan

Guru
Murid

GJ
Penyeraran
Nilai
BBM

Langkah 3
(12-15 minit)
Soalan
Murid
Guru
KB
GJ
Penyerapan
Nilai
BBM

Penutup
(5 minit)
Isi
Kerja lanjutan
Guru
Murid






Catatan Refleksi
  
PELAKSANAAN  PENGAJARAN

Setiap proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan tiga peringkat, iaitu; pengenalan, penyampaian dan penutup. Tumpuan utama dalam setiap peringkat ini adalah mengarah kepada pencapaian objektif yang dirancang.

Set Induksi

Set induksi berperanan sebagai montaj dalam sesuatu persembahan. Manarik atau tidaknya sesuatu pengajaran bergantung kepada cara guru menggunakan (kira-kira) 5 minit pertama pengajarannya. Bahagian set induksi  memainkan peranan penting untuk menarik dan mengekalkan minat murid, seterusnya mengambil bahagian secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebelum menyampaikan konsep atau fakta, guru perlu melibatkan fikiran atau menarik minat murid terlebih dahulu. Pengajaran berbentuk stereotaip, di mana guru terus menulis tajuk dan mengajar apabila masuk ke dalam bilik darjah, biasanya membosankan kerana murid masih belum bersedia untuk mengikuti pelajaran. Pelbagai pendekatan digunakan oleh guru untuk melibatkan fikiran dan menarik minat murid terhadap tajuk  yang akan diajar. Misalnya, memulakan pengajaran dengan membuat cerita ringkas atau membincang isu semasa yang berkaitan.

Penyampaian

Penyampaian merangkumi segala langkah yang perlu diambil atau dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran. Penyampaian merupakan pengajaran sebenar. Penyampaian yang berkesan melibatkan usaha guru mengaplikasikan segala kemahirannya, melalui peralatan, kaedah, strategi dan pendekatan tertentu untuk menyampaikan bahan pengajaran. Semasa proses ini guru perlu melibatkan murid secara aktif, membimbing dan menilai pembelajaran mereka, selaras dengan objektif pengajaran.

Penutup Pengajaran

Pada peringkat akhir sesuatu pengajaran, guru perlu memberi pengukuhan terhadap pembelajaran murid, di samping mendapatkan maklumbalas mengenai prestasi murid ke arah pencapaian objektif yang dirancang. Segala konsep, prinsip, fakta atau kemahiran penting yang telah dibincang hendaklah dinyatakan kembali.

Terdapat dua jenis penutup pengajaran iaitu:

Penutup Kognitif
Merumus dan mengulang segala fakta penting. Aktiviti yang dicadangkan ialah: pemetaan konsep, melukis gambarajah dan sebagainya.
Penutup Sosial
Menimbulkan perasaan pencapaian murid-murid. Aktiviti yang dicadangkan ialah peneguhan positif, mewujudkan perasaan ingin tahu dan sebagainya.

PENILAIAN

Penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.

Tujuan Penilaian

Penilaian dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru.

Penilaian dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dan membantu guru memperkukuhkan kekuatan murid.

Refleksi Kendiri
Refleksi adalah suatu usaha secara sedar dan rasional mencari penyelesaian kepada suatu masalah. Proses refleksi mengarahkan pemikiran yang positif bagi menjana amalan pengajaran guru yang berkesan.  Refleksi didefinisikan sebagai inkuiri yang sistematik pada amalan pengajaran sendiri bagi membaiki amalan pengajaran serta meningkatkan kefahaman mengenai sesuatu perkara.

Refleksi dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai penilaian kendiri atau muhasabah berkenaan pengajaran guru.

RUMUSAN

Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam yang berkesan merupakan isu yang sangat penting dan mencabar kepada semua guru Pendidikan Islam. Istilah “berkesan” dan “menarik” adalah sesuatu yang amat sukar didefinasikan secara tepat kerana kedua-duanya bersifat “relatif” dan berbeza mengikut keadaan dan presepsi seseorang (Kamarul Azmi Jasmi & Ab.Halim Tamuri,2007)

Terdapat beberapa kriteria dalam menentukan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid yang boleh diterima dan diakui bersama, antaranya;

5.4.1   Tercapainya objektif pembelajaran
       a.  Objektif pembelajaran sesuai dengan tajuk dan isi pelajaran.
       b.  Objektif pembelajaran tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.
       c. Objektif yang dipilih hendaklah mudah,  sesuai, realistik,  jelas,  tepat dan disusun mengikut urutan.

5.4.2   Penyampaian isi secara sistematik dan lancar
       a.  Isi pelajaran disampaikan secara tersusun bermula dari konsep yang asas.
       b.  Mengemukakan contoh-contoh yang sesuai dengan isi pelajaran.
       c. Penyampaian isi pelajaran merangkumi tiga peringkat iaitu peringkat permulaan, peringkat perkembangan dan peringkat penutup.
           
5.4.3   Menggunakan bahasa yang berkesan
       a.  Menggunakan bahasa persuratan.
       b.  Bertutur dengan lancar dan fasih.
       c.  Memberi arahan yang jelas dan dapat didengari oleh murid

 5.4.4   Penggunaan bahan bantu mengajar

a. Menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu guru menyampaikan isi pelajaran secara berkesan.
b. Menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu murid memahami penyampaian guru.
c.  Menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi terkini

5.4.5.Pengajaran dan Pembelajaran interaktif

     Proses P&P akan menjadi lebih menarik jika ada P&P interaktif dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran interaktif ini boleh dibahagikan kepada beberapa suasana:

      a. Interaktif antara guru dengan murid
      b. Interaktif guru dengan bahan pengajaran
      c. Interaktif murid dengan bahan pengajaran
      d. Interaktif murid dengan murid

5.4.6. Penguasaan  Ilmu
Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2007) guru perlu menguasai ilmu kerana dengan ilmu yang luas dan mendalam sahaja mereka dapat menghuraikan sesuatu topik pengajaran dengan baik dan mantap. Pendidikan Islam akan menjadi menarik dan relevan kepada pelajar sekiranya guru boleh mengaitkan apa yang dipelajari dengan realiti dengan isu semasa yang berlaku. Relevannya ilmu wahyu dengan kehidupan seharian menjadikan Pendidikan Islam itu sesuai sepanjang zaman.

PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

       (1)  PERANCANGAN
       (2)  PELAKSANAAN
       (3)  AMALAN REFLEKSI
       (4)  SIKAP & SAHSIAH

No comments:

Post a Comment