Monday 12 May 2014

Perkembangan Pendidikan Islam pada Zaman Rasulullah s.a.w dan Zaman Khulafa’ al-Rasyidin

Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam  

Zaman Rasulullah SAW

Pendidikan Islam pada zaman Rasulullah SAW. memperlihatkan tahap-tahap kemajuan, pemikiran yang berubah sikap, pandangan hidup dan perlakuan manusia.  Pendidikan tersebut memperlihatkan satu garis pemisah antara natijah pendidikan Islam yang berteraskan tauhid dengan pendidikan jahiliah arab yang berasaskan pemikiran logik dan matlamat keduniaan semata-mata.

pendidikan yang berlangsung pada zaman Rasulullah SAW. adalah berkisar di sekitar pembentukan individu mukmin dalam rangka pembentukan masyarakat Islam dan bukan seperti pemikiran pendidikan yang berlangsung dalam falsafah pendidikan moden yang ada sekarang.

Ibn Khaldun meriwayatkan sebelum kedatangan Islam penduduk Semananjung Tanah Arab adalah buta huruf, hanya sebilangan kecil sahaja di antara mereka yang tahu membaca dan menulis.  Menurutnya orang yang belajar menulis di Hirah ialah Sufyan bin Umaiyyah dan mempelajarinya dari Aslam bin Sidrah,  Menurut sejarah orang yang mula-mula mengajar menulis dan membaca sebagai satu mata pencarian di Tanah Arab ialah seorang yang berasal dari Wadi al-Qura.  Ia telah berusaha memberi pelajaran kepada beberapa orang penduduk negeri itu.  Semenjak dari itulah tersebarnya kemahiran tulis menulis dan membaca di Semananjung Tanah Arab, bagaimanapun proses perkembangan tersebut berlaku secara lambat, sehinggalah kedatangan Islam.

Kedatangan agama Islam membawa perubahan besar terhadap bidang ilmu pengetahuan dan pendidikan terutama mengenai pelajaran tulis menulis dan membaca.  Situasi demikian adalah menurut inspirasi al-Quran sebagai wahyu Allah yang mula-mula kepada RasulNya.  Perintah membaca seperti dalam wahyu pertama   اقراء perintah Allah supaya menulis dan membaca adalah untuk melepaskan diri mereka daripada kongkongan kejahilan dan kemunduran dalam semua bentuk kehidupan.  Menerusi pembacaan atau pemilikan ilmu manusia dapat melibatkan diri dengan pelbagai proses kemajuan dan kematangan seperti proses pengenalan (cognition) ingatan (memory) pengamatan (perception) pengucapan (verbalization) pemikiran (reasoning) daya kreatif (creatibity) dan sebagainya untuk mencapai kesempurnaan dan kebahagiaan.

Pembacaan juga dapat menyingkap tabir kejahilan, yang sentiasa menghalang manusia bagi mengenal Tuhan yang sebenar.  Dengan membaca manusia sudah didorong kepada rasa ingin tahu atau ingin memahami hakikat kejadian yang sebenar.   Berkeyakinan terhadap Tuhan yang Maha Esa Pencipta Alam, dapat mengenali dan menginsafi diri sendiri.  Menerusi pembacaan atau berilmu merupakan alat yang unik bagi mencapai tahap iman yang sebenar yang boleh mendorong kepada melaksanakan tanggungjawab untuk mencapai kebahagian hakiki di dunia dan di akhirat.   Bagi menyelaras dan memantapkan penyebaran Islam yang berasaskan aqidah, syariah dan akhlak Rasulullah SAW. dipertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam kepada umatnya.   Baginda bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam kepada umatnya.  Sebagai langkah pertama baginda memperkenalkan pembacaan al-Quran dan asas-asas di samping pelajaran tulis menulis dan membaca sebagai alat utama bagi mencapai ilmu pengetahuan.  Al-Quran sebagai sumber pertama dikuatkan lagi dengan penafsiran yang dilakukan sendiri oleh baginda Rasulullah SAW. yang berupa percakapan, perbuatan dan pengakuan. 

Tahap pendidikan di peringkat awal kebangkitan berlaku semasa di Makah bermula dengan pengajaran al-Quran khusus kepada kaum keluarga baginda.  Hasil daripada usaha ini Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abi Talib dan Zaid bin Harithah telah memeluk agama Islam dan meyakini ketauhidan Allah.  

Di kalangan sahabat baginda yang menerima terus pengajaran daripada baginda Rasulullah SAW. ialah Saidina Abu Bakar al-Siddiq.  Melalui perantaraan Abu Bakar, Islam mula berkembang dengan penerimaan aqidah tauhid oleh Uthman bin Affan, Zubair bin al-Awwam, saad bin Abi Waqqas, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidullah, Abu Ubaidah bin Jarrah, Arqam bin Abi al-Arqam, Fatimah binti al-Khattab, Said bin Zaid al-Adawi dan lain-lain.  Pertambahan penganut Islam telah mewujudkan suatu bentuk pendidikan yang mula tersusun.  Rumah baginda menjadi pusat pendidikan pertama dan selepas itu rumah Arqam bin Abi Arqam.  Rasulullah menyampaikan setiap wahyu yang diterimanya kepada para sahabat dan kaum muslimin tanpa disembunyikan, seperti firman Allah SWT;.

$pkšr'¯»tƒ ãAqߧ9$# õ÷Ïk=t/ !$tB tAÌRé& šøs9Î) `ÏB y7Îi/¢ ( bÎ)ur óO©9 ö@yèøÿs? $yJsù |Møó¯=t/ ¼çmtGs9$yÍ 4

“Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada engkau daripada Tuhan engkau, kiranya engkau tidak melakukan demikian, maka tidaklah engkau menyampaikan risalahNya”.
( al-Maidah :67)

Strategi pembelajaran yang dilakukan ketika itu dengan mendengar kuliah daripada Rasulullah SAW. sendiri secara talaqqi dan musyafahah.   Pembelajaran berlaku secara hafazan iatu menghafaz ayat-ayat al-Quran yang dibacakan dan melalui tunjuk cara.  Seterusnya baginda menyuruh umat Islam atau para sahabat mempraktik, mengamal dan menghayati isi pelajaran tersebut. Sebagai seorang rasul dan guru telah mendidik, melatih dan memandu pengikut-pengikutnya dengan penuh mesra dan perasaan kasih sayang.  Beliau mendidik dan memandu mereka bukan sahaja dari segi pengetahuan (kognitif) malah dari segi sikap, peribadi dan tingkahlaku dengan memperlihatkan contoh-contoh dan tauladan yang dilakukannya sendiri.

Selepas turun surah al-Hijr (rujuk ayat 94);

Ayat tersebut memerintahkan Rasulullah SAW. menyebarkan Islam secara terang-terangan, bermula dari sini pendidikan Islam dilakukan secara umum kepada seluruh lapisan masyarakat.  Pusat pendidikan Islam terbuka luas meliputi lorong-lorong, pasar, kawasan perumahan dan disekitar Kaabah.  Kurikulum pendidikan pada tahap ini lebih tertumpu kepada pembentukan aqidah tauhid, kerana itu isi pelajaran yang disampai oleh baginda tertumpu kepada penolakan adat istidat, kepercayaan dan cara beribadat kaum jahiliah yang mensyirikkan Allah SWT.  Pada tahap ini juga perkembangan pendidikan Islam tersebar ke Habsyah, Jaafar bin Abi talib menerangkan kepada Raja Habsyah iaitu Najasyi berkaitan dengan Islam dan membaca al-Quran di hadapannya.   

Pendidikan Islam di Madinah

Perpindahan Rasulullah SAW. ke Madinah pada tahun 622 Masihi, membawa perubahan dan pengertian yang besar terhadap penyibaran dan kestabilan agama Islam.  Kurikulum pendidikan peringkat ini bertukar kepada memenuhi tuntutan perundangan dan perhubungan antarabangsa.  Institusi pendidikan Islam memilih masjid sebagai tempat menyampai ilmu, sistem halaqah bermula di Masjid dan dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.  Fungsi masjid mengikut termenologi Islam adalah sebagai markas bagi segala aktiviti agama dan masyarakat, khususnya dalam hal-hal yang berhubung dengan aktiviti ibadat, pelajaran dan pendidikan.  Al-Abrasyi menyatakan Rasulullah SAW. menjadikan masjid Nabawi sebagai tempat belajar mengenai urusan dunia dan agama disamping beribadat.  Situasi masjid lebih bebas dan sesuai sebagai tempat belajar.   Rasulullah SAW. telah mendirikan sebuah surau yang bersambung dengan masjid tersebut, dikenali sebagai al-suffah.  Merupakan sebagai sebuah sekolah yang membimbing pelajarnya dengan lebih sistematik.    Matapelajarannya termasuklah al-Quran. Asas agama (Aqidah, syariah, akhlak) khat, sejarah, bahasa.  Kurikulum yang diberi merangkumi pendidikan rohani dan jasmani yang menjadi keperluan kepada individu dan masyarakat.

Struktur pendidikan Islam telah disusun oleh Rasulullah dalam beberapa bentuk :

i.          Pendidikan umum di jalankan oleh Rasulullah SAW.  atau para sahabat daripada      
Khulafa al-Rashidun.  Perlaksanaannya dilakukan dengan penyampaian pidato selepas sembahyang fardu atu selepas sembahyang jumaat.  Kurikulum nya merangkumi bidang aqidah, syariat, muamalat dan lain-lain.  Bidang lain seperti menunggang kuda, bermain pedang, berenang, bergusti dan lumba lari. 

ii.        Pendidikan khusus:   pengajaran yang berbentuk khusus ialah pengajaran yang diberikan oleh baginda kepada orang-orang yang tertentu tanpa mengira tempat atau masa.  Sahabat-sahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar as-Siddiq, Abu Hurairah dan lain-lain adalah di antar orang yang sering mendapat pendidikan khusus berupa tunjuk ajar secara langsung.

iii.     Pendidikan Institusi:  Merupakan intisari Pendidikan Islam pada peringkat Madinah. Pendidikan bentuk ini banyak melahirkan cendiakawan Islam pada masa selanjutnya.

Pendidikan Islam Pada Zaman Khulafa Al-Rasyidin


Modul ini akan membincangkan sejarah pendidikan Islam pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rashidin (11H/623M – 40H/661M) yang diperintah oleh empat orang sahabat Rasulullah SAW. bertindak sebagai Uli al-Amr memelihara kesetabilan dan keselamatan negara bahkan memberi penekanan yang begitu intensif terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Para sahabat telah menumpukan perhatian mendidik disamping pada masa yang sama mentadbir negara.

 Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab (634-644 Masihi) seluruh Semenanjung Tanah Arab, Parsi, Sham dan Mesir serta beberapa wilayah Islam yang ditakluki, tidak terdapat sebuah kampong pun di daerah tersebut melainkan dibangunkan masjid sebagai tempat ibadat di samping menjadi pusat pelajaran dan pendidikan Islam.

Pusat pentadbiran Khulafa’ al-Rashidin masih lagi dibuat di Madinah sebagai lanjutan pusat pentadbiran Nabi SAW. Pada zaman ini para sahabat nabi seperti Abdullah bin Umar, Zaid bin Thabit dan lain-lain masih aktif menyambung perjuangan Rasulullah SAW dalam bidang keilmuan Islam khasnya Fekah dan Tauhid.  Bersumberkan al-Quran dan ajaran sunnah Nabawi, para sahabat meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran kepada kaum muslimin.
Tahun-tahun pemerintahan khulafa’ al-Rashidin dipenuhi dengan pelbagai cabaran seperti masalah arridah, ancaman Quraisy Makkah, Rom, Parsi, Yahudi dan kaum Nasrani, bahkan juga ancaman dari dalam yang dibuat oleh kaum munafikin. Semua masalah itu dapat diatasi bahkan proses pendidikan Islam semakin berkembang luas ke serata alam dalam pelbagai bidang serta lahir pula tokoh-tokoh ilmu yang terbilang pada zamannya.

Para sahabat yang terdiri daripada Sayidina Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali adalah orang yang mewarisi risalah Rasulullah SAW. Mereka bukan sahaja menyambung usaha-usaha yang telah diatur oleh Rasulullah SAW bahkan melangkau lebih jauh lagi ekoran pertambahan umat Islam dan keluasan wilayah Islam.

Sebagai contoh di zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (11H – 13H) di samping memelihara keutuhan negara dari berlakunya kehancuran, akibat tindakan liar orang-orang munafik dan musuh-musuh Islam, beliau amat memberi perhatian berat terhadap perkembangan ilmu pengetahuan.  Beliau bukan sahaja menggalak umat Islam supaya mempelajari dan menghayati al-Quran dan al-Sunnah bahkan bertindak mengumpul dan menulis semula ayat-ayat al-Quran di dalam sebuah Mashaf. Dengan alasan kitab suci al-Quran dapat diedarkan ke seluruh wilayah Islam yang terletak jauh dari wilayah pentadbiran kerajaan Islam Madinah.

Manakala khalifah Umar al-Khattab memberi perhatian yang sama terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam.  Ahli-ahli sejarah menyatakan, seluruh Semenanjung Tanah Arab, Farsi, Sham dan Mesir menjadi wilayah kerajaan Islam pada masa pemerintahannya.  Dikatakan tidak terdapat sebuah desa pun yang tidak didirikan masjid dan surau sebagai tempat ibadat di samping menjadi pusat pelajaran dan pendidikan Islam.  Beliau memberi penekanan yang serious terhadap ilmu pengetahuan yang bersifat spiritual atau rohani kepada seluruh rakyat, di samping menekankan ilmu pengetahuan yang berbentuk fizikal atau jasmani seperti berenang, menunggang kuda memanah, matematik dan kemahiran berfikir (mantik).  Galakan tersebut dapat dilihat melalui perutusannya kepada gabenor-gabenor wilayah, anataranya dengan menyebut:  Ajarlah anak-anak kamu berenang, menunggang kuda dan riwayat-riwayat yang baik dan syair-syair yang indah.

Begitu juga berlaku pada masa khalifah Uthman Ibn Affan, beliau menegaskan mengenai pembukuan al-Quran dan penulisanNya, beliau telah melantik sahabat-sahabat untuk menulis dan membukukan al-Quran.   Dengan usaha beliau itu, dapat menyelamatkan pembacaan al-Quran mengikut Rasm Uthmani. 

No comments:

Post a Comment