Tuesday 13 May 2014

PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN DALAM SEMUA BIDANG PENDIDIKAN ISLAM.

Definisi isi pelajaran

Isi pelajaran ialah kandungan isi pelajaran yang terdapat di dalam sukatan pelajaran dan dihuraikan di dalam huraian sukatan pelajaran.  Kedua-dua dokumen penting ini hendaklah dirujuk oleh guru-guru dengan teliti kerana ia merupakan kurikulum pelajaran yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia  berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, seimbang dari segi fizikal, mental, spritual, emosi dan keperluan negara bagi membina generasi yang berilmu, beriman daan beramal.
Isi kandungan pelajaran ini juga diperjelaskan lagi melalui Buku Panduan Guru supaya guru dapat mnyampaikan pelajaran bertepatan dengan kehendak sukatan dan huraian sukatan pelajaran. Setrusnya Isi kandungan pelajaran ini dimantapkan lagi melalui buku teks dan buku kerja. Guru berperanan melaksanakan tanggungjawab untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran tersebut.

Cara menyusun isi pelajaran

Isi Pelajaran hendaklah disusun bersesuaian dengan;

ü  Objektif pelajaran
ü  Sukatan pelajaran mengikut tajuk
ü  Peruntukan masa
ü  Urutan bagi mencapai objektif
ü  Minat dan kebolehan murid
ü  Kefahaman murid
ü  Aras yang ditancang 

Kriteria-kriteria  pemilihan isi pelajaran

Prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran  dalam Pendidikan Islam

Guru perlu mematuhi prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran dalam merancang pengajaran dan pembelajaran supaya mudah difahami oleh murid serta mencapai objektif yang dirancang. Prinsip-prinsip tersebut ialah  mudah kepada susah, perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui, maujud kepada mujarrad, khusus kepada umum dan dekat kepada jauh.

mudah kepada susah

Mengajar konsep yang mudah terlebih dahulu sebelum berpindah kepada konsep yang lebih susah.
Contoh 1: Bidang Asuhan Tilawah al-Quran
Menyebut potongan kalimah dengan makhraj yang betul kepada membaca ayat dengan fasih dan bertajwid.
Contoh 2:Bidang Ulum Syar’yyah: Ibadah
Pengenalan pengertian najis, kemudian jenis-jenis najis.
  
Perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui

Memanipulasikan pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu baharu. Ini bermakna pengetahuan yang lepas bagi seseorang murid berperanan sebagai asas yang  membolehkan pengatahuan yang baharu bergantung kepadanya. Oleh itu, jika guru ingin pengetahuan baharu diterima oleh murid, guru perlu mempastikan pengetahuan lepas murid mempunyai kaitan rapat dengan pengetahuan yang baharu.

Contoh 1: Bidang Ulum Syr’yyah: Ibadah.
Murid telah pun tahu  apakah erti wudhu’  atau cara  berwudhu’(meniru perbuatan ibu bapa mereka), seterusnya guru memperkenalkan anggota wudhu’ yang wajib dan sunat serta sempadan setiap anggota wudhu’ tersebut dan cara mengambil wudhu’ yang betul.

maujud kepada mujarrad

Menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokuskan kepada benda yang maujud. Sesuatu benda yang wujud yang boleh dipegang , dilihat dan dirasa kepada sesuatu yang abstrak yang merangsang pemikiran untuk mengetahuinya dengan bukti yang wujud di sekitar murid. Isi pengetahuan yang dikembangkan hendaklah berasaskan pengetahuan sedia ada murid.

Contoh: Bidang Ulum Syr’yyah: Akidah.
Guru mengajar bahawa Allah SWT itu wujud dan tanda wujudnya Allah ialah dengan wujudnya alam ini. Pengetahuan murid yang sedia ada ialah meraka tahu bahawa setiap benda ada penciptanya begitu juga dengan alam ini kerana ianya tidak akan terjadi dengan sendirinya. Penggunaan prinsip ini ia dapat mencapai objektif dan pengajaran dapat berjalan dengan berkesan dan baik.


Dari khusus kepada umum

Memberi beberapa contoh untuk dibuat generalisasi.
Perkembangan isi pelajaran yang berkesan hendaklah di susun dari sesuatu yang khusus kepada umum. Guru hendaklah memilih isi pelajaran yang tersusun dari ciri-ciri khusus isi pelajaran.

Contoh: Bidang Ulum Syr’yyah: Ibadah.
Guru mengajar tentang hadas kecil atau hadas besar, guru hendaklah menjelaskan dulu tentang ciri-ciri khusus hadas kecil atau hadas besar sebelum membuat satu pengertian umum tentang ciri yang telah diterangkan. Prinsip ini akan merangsang murid untuk mengetahui perkembangan isi.

 Dari dekat kepada jauh

Memberi contoh-contoh yang hampir dengan murid untuk menjelaskan perkara-perkara  yang hampir sama dengan perkara yang diberi.

Contoh: Bidang Adab dan Akhlak Islamiah.
Adab terhadap ibu bapa dikaaitkan dengan adab kepada pemimpin
  
RUMUSAN

Pemahaman terhadap prinsip-prinsip isi pelajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam akan memperkembanghkan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan lebih tersusun.  Dengan ini perkembangan isi pelajaran secara berperingkat-peringkat adalah perlu diambil kira dalam memahamkan sesuatu isi pelajaran supaya dapat dikekalkan dalam ingatan dan penghayatan murid secara berterusan. 

No comments:

Post a Comment