Tuesday 13 May 2014

ANALISIS STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

STRATEGI

Strategi pengajaran ialah   kepandaian guru  membuat perancangan dan pelaksanaannya    terhadap  semua  aspek pengajaran dan  pembelajaran. Ini  termasuklah pemilihan dan pelaksanaan kaedah, teknik, akitiviti, bahan dan masa yang digunakan .  

Jenis Strategi

Antara jenis-jenis strategi yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam  ialah :
  • Strategi berpusatkan guru
  • Strategi berpusatkan murid
  • Strategi berpusatkan bahan

Strategi berpusatkan guru

Strategi ini melibatkan guru yang memainkan peranan yang utama. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru mengurus dan mengawal kelas, memberi penerangan, manakala murid hanya bertindak sebagai pendengar.

Terdapat beberapa ciri di dalam strategi ini, iaitu;
1. Komunikasi antara guru dan murid adalah sehala.
2. Kepimpinan guru adalah bersifat autokratik.

Strategi ini lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru dan penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan berbanding penyebaran nilai murni dan perkembangan emosi. Selain itu, perkara yang diutamakan ialah pencapaian murid dalam keputusan peperiksaan dan ujian serta teknik pengajaran guru ditumpukan kepada penyampaian fakta secara menghafaz. Oleh yang demikian, murid tidak dapat membuat interpretasi sendiri dan mereka menjadi kurang pasif serta sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk.

Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut;
  • Demontrasi.
  • Syarahan/ Kuliah.
  • Bercerita.
  • Penerangan.
Strategi berpusatkan murid

Murid memainkan peranan penting dan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid digalakkan untuk bergiat aktif dalam proses P&P dan guru hanya sebagai pemimpin untuk membimbing murid dalam menjalankan aktiviti sama ada secara berkumpulan atau individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih banyak masa diperlukan bagi aktiviti pembelajaran murid. Isi kandungan yang disampaikan perlulah sesuai dengan aras kebolehan dan kontektual murid. Aktiviti-aktiviti perlulah melibatkan murid secara aktif.
   
Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut;
  • Kumpulan.
  • Inkuiri penemuan.
  • Perbincangan.
  • Penyelesaian masalah.
  • Bermain.
  • Simulasi.
  • Sumbangsaran.
  • Projek.
  • Main peranan.
  • Penyoalan.
Perkembangan murid adalah seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Selain itu, ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan untuk mengesan kelemahan murid. Penyampaian guru pula ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid memahami maklumat yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan sendiri. Di bawah strategi ini, murid dapat melibatkan diri secara aktif serta menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

Strategi berpusatkan bahan

Strategi ini menjadikan guru sebagai fasilitator yang menekankan kepada penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) seperti slaid, video, gambar, kaset, radio, model, komputer dan sebagainya. Dalam strategi ini, guru menggunakan BBM tersebut ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ia bertujuan supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan penyampaian maklumat dapat dilakukan secara berkesan. Murid-murid juga dapat belajar dengan bersemangat sekiranya guru pandai menggunakan BBM yang sesuai.
BBM memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini guru dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, menarik dan berkesan. Murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakan serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran secara individu datau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Bahan-bahan yang digunakan perlulah memenuhi ciri-ciri seperti berikut;

  • Ketepatan
  • Kejelasan
  • Keluasan
  • Kepelbagaian
Strategi yang dirancang perlulah:
  • Dapat meningkatkan keberkesanan  pengajaran dan pembelajaran
  • Bersifat fleksible -- mengikut situasi dan keadaan murid pelbagai aras kebolehan
  • Berpusatkan  murid.
  • Memberi penekanan kepada pengajaran yang bermakna, kreatif dan inovatif.
  • Menggalakkan Inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah.
  • Pengajaran  secara kumpulan dan individu digalakkan
Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut;
  • Audio-visual.
  • Pengajaran terancang.
  • Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran.
  • Modul.
  • Penggunaan buku teks dan rujukan.

PENDEKATAN
                             
Pendekatan merujuk kepada cara guru mengurus isi pelajaran supaya  objektif jangka panjang dapat dicapai . Ia adalah satu bingkai yang besar di dalamnya mengandungi strategi,  kaedah dan teknik.

Dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam anda boleh menggunakan apa jua jenis pendekatan asalkan ia  mengandungii  ciri-ciri berikut  :
§     Memberi ilmu - kognitif
§       Menanam kepercayaan dan pegangan kepada akidah Islamiah- afektif
§       Membina kemahiran dan amalan  - psikomotor
§       Memupuk dan menanam penghayatan – afektif
§       Membentuk pandangan, sikap dan akhlak – afektif
§       Mewujudkan hubungan mesra di antara guru  dengan murid
§       Menyepadukan faktor dan nilai
§       Merentas kurikulum
§       Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai
§       Memotivasikan  murid dalam pembelajaran

Jenis-jenis Pendekatan

Berikut adalah jenis pendekatan yang sering  digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam.

 Pendekatan Bersepadu 

Dalam pendekatan ini,  guru melaksanakan semua unsur-unsur yang terdapat di dalam kurikulum secara bercantum atau bersatu. Semua ilmu diajar dengan cara saling berkaitan di antara satu  sama lain.  Di bawah rancangan  KBSR konsep kesepaduan diamalkan mengggunakan strategi penggabungjalinan dan penyerapan. Ianya bertujuan untuk menjalin dan mengadunkan  unsur-unsur ilmu, nilai, kemahiran belajar dan penggunaan bahasa yang baik.

Pendekatan Induktif

Pendekatan ini menggunakan cara pengajaran dengan memperlihatkan bahagian-bahagian kecil (khusus) sampai  kepada   perkara-perkara besar atau umum. Contohnya : Guru  akan meminta  murid- murid menyenaraikan jenis air yang mereka tahu. Kemudian meminta mereka untuk mengkategorikannya  pula mengikut jenis-jenis  yang asli dengan yang tidak. Contoh air milo dengan air paip.   Kemudian kita membimbing murid mengaitkan air yang asli dengan air mutlak dan  hukumnya. 

Ciri-ciri pendekatan induktif:
1.    Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan
2.    Mengutamakan pengaantaraan deria untuk mendapatkan pengetahuan
3. Kekerapan ulangan diperlukan dalam pelbagai konteks bagi menguasai sesuatu kemahiran
4.    Menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit
5.    Murid-murid berpeluang sepenuhnya belajar di bawah bimbingan guru
6.    Mengutamakan penglibatan murid secara aktif dan aspek lisan
7.    Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.

Pendekatan deduktif

Cara pengajaran yang menggunakan pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan induktif. Pendekatan ini bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang berkaitan contoh hukum halal, haram, rukhsah, azimah   dan kemudiannya murid-murid dikehendaki memberikan contoh atau huraian daripada rumus atau teori yang dikatakan.

Ciri-ciri pendekatan deduktif:
1.            Mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi
2.            Menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu
3.            Memulakan penyusunan isi daripada keseluruhan yang lebih kompleks
4.            Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal daripada menghafal


Pendekatan Eklektik

Pendekatan eklektik ialah cara pengajaran dengan menggunakan kedua-dua pendekatan (induktif dan deduktif) secara serentak. Ia merupakan gabungan pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajran boleh bermula menggunakan pendekatan induktif iaitu dengan mencari contoh ataupun huraian, kemudiannya diikuti dengan pembinaan konsep dan seterusnya membuat huraian atau contoh yang berkaitan. Pendekatan eklektik ini amat sesuai digunakan dalam situasi pelajar yang mempunyai  ragam  belajar yang  berbeza.

Pendekatan Pemusatan Murid 

Guru dan murid bersama-sama memainkan peranan dalam proses pengajaran–pembelajaran.  Murid aktif menyertai aktiviti pembelajaran.  Komunikasi berbentuk dua hala .  Guru menyoal dan murid menjawab dan sebaliknya. Suasana kepimpinan bersifat demokratik.  Dalam pendekatan ini, pencapaian  objektif pembelajaran murid diutamakan.

Pendekatan Tematik

Pengajaran tematik bermaksud suatu pengajaran yang disampaikan melalui ideayang besar. Contoh tema-tema seperti solat, perkara –perkara yang berkaitan dengan bersuci dan lain-lain. satu-satu tema kemudian dipecahkan kepada komponan-komponan yang kecil dalamm setiap komponan terdapat lagi topik kecil yang boleh dibincangkan.Dalam pendekatan ini guru mengenal pasti tema-tema yang hendak dijadikan idea utama pengajaran bagi suatu jangka masa. Tema-tema yang dipilih perlulah sesuai dengan peringkat umur pelajar. Daripada tema yang dipilih, guru perlu menyenaraikan beberapa tajuk kecil yang berkaitan dengan tema tersebut.

Qudwah hasanah

Guru menjadi model kepada murid.  Tugas guru bukan sahaja sekadar mengajar dan mendidik bakal-bakal pemimpin negara malah mereka juga merupakan model bagi para pelajarnya (role model). Pelajar akan mencontohi sikap guru yang ditonjolkan, jika baik maka baiklah jadinya begitu juga bagi keadaan sebaliknya (Najib, 2005). Sikap guru memainkan peranan yang sangat penting bagi menghasilkan kesan pengajaran kepada pelajar. Oleh itu guru perlulah sentiasa mempamerkan perilaku yang baik.


No comments:

Post a Comment