Monday 12 May 2014

PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM J-QAF

Konsep Program  j-Qaf

Program j-QAF adalah usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalaui  penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah. j-QAF  adalah singkatan jawi, al-Quran, Bahasa Arab, dan Fardu Ain. Ia   menggunakan kurikulum, model dan modul tersendiri melalui tenaga guru yang khusus untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada 

Objektif  Program j-Qaf
Setelah projek ini dapat dilaksanakan  dengan baik dan berkesan diharapkan semua murid  yang menganut agama Islam, semasa di sekolah rendah dapat

i           menguasai bacaan dan tulisan jawi
ii           khatam al-Quran
iii          mempelajari bahasa Arab dan
iv         mantap dan menghayati fardhu ain

Kepentingan program  j-Qaf

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha  ke arah memperkasakan Pendidikan Islam (PI) yang sedia ada  supaya semua bidang dalam PI   iwi dan Jawi lebih berkesan iaitu bidang  Tilawah al Quran, Akidah, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan diamalkan dalam kehidupan. 

i.          Kepentingan Jawi
Jawi telah diajar sebagai  komponen Pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 6 bulan pertama di tahun 1. Laporan pemantauan mendapati penguasaan bacaan Jawi  dalam pendidikan Islam semata-mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu Pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan kepada murid  tercicir  supaya semua murid boleh menguasai jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan. 

ii.         Kepentingan al-Quran
Al-Quran telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam  dalam bidang  Asuhan tilawah  al-Quran  pada masa ini. Namun tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilanganan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula  dengan baik dan lancar). Pendidikan Islam pada masa ini hanya mengutamakan kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi hanya menyerahkannya kepada masyarakat .

iii.        Kepentingan Bahasa Arab
Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada  masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahaan. Ia  diajar  di sekolah-sekolah rendah secara  berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya

iv         Kepentingan Fardhu Ain
Ibu bapa masih belum berpuas hati  dengan pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan  Fardhu Ain terutama hal ibadah mendirikan solat.

V          Kepentingan Program  j-Qaf pada keseluruhan
Masa pengajaran PI  Sekolah Rendah  pada masa ini ialah 6 waktu, 5 waktu di SJKT dan 4 waktu di SJKC. Peruntukan waktu ini  tidak membolehkan aktiviti-aktiviti khatam al-Quran, pemulihan dan pengukuhan Jawi dan latihan amali Fardhu Ain yang mencukupi di laksanakan  di sekolah-sekolah.  Manakala   Bahasa Arab di sekolah- sekolah diajar  oleh guru Pendidikan Islam sedia ada. Ini menyukarkan pelaksanaan Bahasa  Arab di semua sekolah  sekiranya guru Bahasa Arab yang hakiki tidak diwujudkan.

Pelaksanaan j-Qaf

j-Qaf telah dilaksanakan mulai tahun 2005 secara berperingkat-peringkat. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia  sentiasa memberi maklumat yang lebih lengkap mengenai cara pelaksanaan  model-model yang terpilih serta persiapan-persiapan khusus bagi pelaksanaan 2005. Panduan modul yang terkandung di dalam buku ini adalah maklumat awal yang berguna untuk persiapan kearah pelaksanaan sebenar. Ia tidak menggambarkan keadaan sebenar pelakasanaan j-Qaf melainkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil keputusan mengekalkan panduan dan modul yang terkandung dalam buku ini.


Dasar & Status Pelaksanaan Program j-QAF
Tujuan Taklimat:
Memaklumkan kepada Penyelia Pendidikan Islam dasar dan status pelaksanaan program j-QAF

Pengenalan:
Program j-QAF merupakan usaha memperkasa Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalm pengajaran & pembelajaran jawi, al-Quran, Bahasa Arab, Fardhu ‘Ain. Ia menggunakan kurikulum, model dan modul tersendiri. Pelaksanaannya mengguna peruntukan waktu sedia ada yang diajar oleh tenaga guru yg dilantik khusus.

Latar Belakang Program j-QAF:
Program j-QAF dilaksana hasil cetusan idea YAB Perdana Menteri ketika melawat KPM pada 30 Dis 2003.Hajat suci beliau diperhalusi di peringkat KPM dalam seminar j-QAF pada 3-5 Mac 2004. Projek rintis dijalankan selama 3 bulan di 36 buah sekolah seluruh negara .Dalam Majlis taklimat KPM kpd YAB Perdana Menteri pada 6 Ogos 2004 berhubung dengan cadangan JK Tan Sri Murad dan laporan Projek Rintas j-QAF bahawa YAB Perdana Menteri bersetuju program ini dilaksana mulai tahun 2005 

Punca Kuasa:
 Arahan YAB Perdana Menteri
”Subseksyen 50.1, (Akta Pendidikan Pengajaran Agama Islam)” – Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh pihak Berkuasa Negeri.  

Syor JK Khas Tan Sri Murad:
1.  KPM hendaklah mengadakan satu kurikulum Pendidikan Islam yang bersepadu dan berasaskan pendekatan Islam Hadhari
2.   Semua pelajar Islam wajib belajar Bahasa Arab di sekolah Rendah dan Menengah serta wajib khatam al-Quran di sekolah rendah
3.   Penggunaan ICT dalam P & P Pendidikan agama hendaklah dieksploitasikan sepenuhnya
4.   Pendidikan agama hendaklah dijadikan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial
5.  Guru-Gur agama hendaklah diberi latihan semula secara khusus dan intensif terutama dalam kaedah P&P serta aplikasi ilmu pengetahuan dan kemahiran
6.  Semua institusi pendidikan di peringkat rendah dan menengah hendaklah bebas drp pengaruh yg tidak wajar 

Objektif:
Semua Murid sekolah rendah akan dapat;
1.       menguasai bacaaan dan tulisan jawi
2.       khatam al-Quran
3.       menguasai asas Bahasa Arab
4.       Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu ’Ain  

Strategi:
1.          Unjuran Sekolah j-QAF     
Tahun
Unjuran
Bilangan Sekolah
2005
1221
1221
2006
1235
2456
2007
1247
3703
2008
827 *(470)
4173
2009
766

2010
762



2.       Unjuran Guru j-QAF;
      Tahun
Unjuran
Bilangan Guru
2005
3663
3615
2006
3705
3613
2007
4962
3800
2008
6236
2442 (13470)
2009
6301
2010
7304
 -

3.       Aktiviti Pemantapan j-QAF:
 Mesyuarat :
         Mesy memperkasa SK dan SAR
         Mesy pasukan petugas khas j-QAF
         Mesy JK Pelaksana j-QAF
         Mesy penyelarasan kurikulum JAPIM – JAKIM
         Mesy mingguan j-QAF
         Mesy JK pemilihan dan
         Penempatan guru-guru pelatih j-QAF
         Mesy JK Pemilihan sekolah

Kursus dan Taklimat:
         Kursus JLU Iqra’ dan kursus pemantapan guru j-QAF
         Taklimat kepada Jemaah Nazir Sekolah
         Taklimat kepada JPN
         Taklimat kepada Guru Besar
         Taklimat kepada Guru pembimbing
         Taklimat kepada Guru Pend Islam
         Taklimat kepada Pensyarah Maktab / Institut Perguruan

Pemantauan;
         Pemantauan bersepadu KPM-SPPIM JPN
         Pemantauan awal tahun persekolahan
         Pemantauan secara berkala / pusat
         Pemantauan secara berterusan negeri, PPD, PPG



Model-Model j-QAF;
1.       Model Kelas Pemulihan Jawi
2.       Model 6 bulan Khatam al-Quran
3.       Model Tasmik Khatam al-Quran
4.       Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi
5.       Model Bestari Solat

Model Kelas Pemulihan Jawi;
   Pengajaran dijalankan oleh guru pemulihan utk memulihkan murid yg keciciran dalam jawi
   Bilangan murid seramai 6 – 10 yg belum mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka dlm ujian pengesanan khas
   urid akan dipulihkan supaya dapat mengenal, menyebut dan menulis huruf tunggal, suku kata terbuka dan tertutup serta membina perkataan mudah  

Model 6 Bulan Khatam al-Quran;
  • Tumpuan P&P kepada penguasaan kemahiran membaca al-Quran pada 6 bulan pertama tahun 1 dan aspek al-Quran pada 6 bulan pertama tahun 2 hingga tahun 6
  • Kaedah P&P secara talaqqi dan Musyafahah (membaca secara bersemuka)
  • Dikendalikan oleh GPI dan 3 orang guru j-QAF. Bimbingan secara 1:1
  • Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran akan terus menggunakan kaedah Iqra’


Model Tasmik Khatam al-Quran;
  • Membimbing dan merekod perkembangan bacaan al-Quran murid secara individu
  • Dijalankan oleh guru pembimbing yg terdiri drp GPI, Guru j-QAF atau guru akademik, yg berkebolehan dalam al-Quran
  • Dijalankan di luar sidang persekolahan
  • Murid yg cemerlang dalam bacaan boleh meneruskan bacaan al-Quran tanpa terikat dgn agihan juzuk yg dicadangkan


Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi;
  • Salah satu drp mata pelajaran bahasa tambahan yg diwajibkan kpd murid islam yg tidak mengambil bahasa tambahan ini
  • Bertujuan menanam minat terhadap bahasa arab dan berupaya berkomunikasi dengan perkataan yg mudah  

Model Bestari Solat;
  • Aktiviti yg dilaksana bagi memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan
  • Dijalankan sebanyak 4 kali setahun dalam bentuk kem
  • Setiap kem mengambil masa selama 10 jam
  • Pengisian kem adalah latihan amali wudhuk, amali solat, solat berjemaah, ujian pra dan pasca program, riadah dan pertandingan   
Penjadualan:Kelas
6 Bulan Pertama
6 Bulan Kedua
Kelas Pemulihan jawi
60 min seminggu (2 waktu X 30 min)
30 min seminggu ( 1 waktu x 30 min)
Model 6 bulan khatam al-Quran
120 min seminggu (4 waktu X 30 minit)
90 min seminggu (3 waktu X 30 min)
Model tasmik Khatam al-Quran
Dilaksanakan di Luar Jadual Waktu
Bahasa Arab Komunikasi
60 min seminggu (2 waktu x 30 min)
60 min seminggu (2 waktu X 30 min)
Kem Bestari Solat
4 kali setahun


Kokurikulum;
  • Majlis khatam al-Quran sekolah peringkat negeri
  • Majlis khatam al-Quran sekolah peringkat kebangsaan
  • Kem literasi al-Quran
  • Kelab jawi dan khat
  • Persatuan bahasa arab
  • Kem bina juara

Pembinaan Bahan;
Pembinaan bahan kurikulum;
  • Sukatan pelajaran pemulihan jawi
  • Sukatan pelajaran khatam al-Quran
  • Sukatan pelajaran bahasa arab komunikasi KBSR
  • Huraian sukatan pemulihan jawi
  • Huraian sukatan pelajaran khatam al-Quran
  • Huraian sukatan bahasa arab komunikasi tahun 1
  • Modul pemulihan jawi tahun 2
  • Modul pemulihan jawi tahun 3
  • Modul bestari solat tahun 2
  • Modul bestari solat tahun 3  
Buku panduan;
  • Buku panduan dasar, pelaksanaan dan pengurusan kurikulum j-QAF
  • Buku panduan pelaksanaan model-model P&P dan kokurikulum j-QAF tahun 1
  • Buku panduan pelaksanaan model-model P&P dan kokurikulum j-QAF tahun 2  
Bahan bantu Mengajar;
Kelas Pemulihan jawi;
  • Permainan belon
  • Keretapi dan kad huruf
  • Permainan senawi
  • Pokok hikmat
  • Rumah merpati
  • Minda ceria
  • Permainan imbang jawi
  • Boling
  • Tenteng
  • CD nasyid
  • Pancing ikan
  • Tol ilmu
  • Kincir ilmu


Model Khatam al-Quran;
  • Buku Iqra jilid 1-6
  • Al-Quran rasm Uthmani bertajwid dan berwarna
  • Buku rekod bacaan al-Quran
  • CD interaktif Iqra’

 Bahasa Arab Komunikasi;
  • Kad imbasan bhs Arab tahun 1
  • Kad imbasan bhs Arab tahun 2
  • CD interaktif bhs Arab Tahun 1
  • Buku bacaan tambahan bhs Arab

Model Bestari Solat;
  • Carta wudhuk
  • Carta solat
  • Carta surah pendek
  • VCD bacaan & Perlakuan solat
  • Debu tayammum

Konsep Makmal j-QAF
  • Ruang pemulihan jawi
  • Ruang khatam al-Quran
  • Bilik interaktif dilengkapi dengan 7 komputer
  • Bilik utility  
Penyelarasan Tindakan;
  • Perjawatan
  • Kurikulum
  • Buku Teks
  • Kokurikulum
  • Dasar & Perancangan
  • Bahan Bantu
  • Kewangan
  • Latihan

Penyelarasan Tindakan Bahagian KPM;
Bil
Bahagian
Peranan / Fungsi
1
Bhg Pendidikan Guru
   Pemilihan calon guru j-QAF
   Pengambilan guru dalam latihan secara LPBS
   Melatih guru-guru di Maktab perguruan
   Menjalankan bimbingan
   Melaksana dan menilai praktikum
   Menjalankan peperiksaan
   Mengiktiraf kelayakan dengan mengeluarkan sijil perguruan / ikhtisas
2
Bhg Sumber Manusia
   Mengenal pasti keperluan norma perjawatan guru j-QAF
   Mewujudkan norma perjawatan guru
   Memohon norma perjawatan guru j-QAF ke agensi pusat JPA
3
Bhg Buku Teks
   Menyediakan buku teks bhs arab
   Mengedarkan buku teks bhs arab ke sekolah
4
Bhg Pembangunan dan Perolehan
   Menyelaras pembelian bhn pembelajaran j-QAF
   Menyelaras pembinaan makmal pembelajaran j-QAF
5
EPRD
    Merancang dasar pelaksanaan program j-QAF
    Menyediakan unjuran sekolah j-QAF
    Menyediakan perancangan makmal pembelajaran j- 
       QAF
6
Jbt Pendidikan Khas
   Merancang pelaksanaan program j-QAF di sekolah   
      pendidikan khas
   Melaksanakan program j-QAF di sekolah pendidikan
      khas
   Memantau pelaksanaan


Isu-Isu;
   Penempatan dan pertukaran guru j-QAF semasa dalam latihan
   Kemudahan asas seperti surau atau kelas tidak mencukupi
   Guru masih dlm latihan dan tidak mendapat pendedahan mencukupi kaedah Iqra’
   Sumber kewangan terhad membiayai Kem Bestari solat
   Pertembungan masa pembelajaran kelas KAFA dengan model tasmik
   Pertambahan pegawai diperlukan bagi memantau pelaksanaan j-QAF kerana perluasan sekolah yg melaksana program j-QAF


Harapan:
         Kursus dan latihan kemahiran diperlukan untuk kemahiran guru j-QAF
         Modul khas kepada murid istimewa perlu diwujudkan
         Makmal pembelajaran j-QAF perlu disegerakan
         Penggunaan ICT di kalangan guru j-QAF dapat dipertingkatkan
         Kurikulum pendidikan Islam perlu disatukan dan diselaraskan oleh KPM



No comments:

Post a Comment