Monday 12 May 2014

Pengenalan Buku Teks dan Buku Panduan Guru dan kaitan dengan sukatan pelajaran

Konsep  Buku Teks

Buku teks Pendidikan Islam terbaru  dibina berdasarkan  semakan  semula KBSR .  Ianya telah melalui proses  pemerakuan yang  tertentu di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia.  Isi  kandungannya memenuhi dan menepati kehendak sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran

Ciri-ciri semakan kepada buku teks ialah untuk menampilkan buku teks sebagai agen perubahan yang berkemampuan  untuk  membantu memberikan  prospek baru  dalam penerokaan, penguasaan kemahiran baru dan terkini, progresif, dinamik dan  seimbang yang dapat dinikmati oleh anak dididik kita.  Seterusnya dapat membantu dalam  menyediakan guna tenaga negara dan peningkatan  kualiti pendidikan.

Buku teks merupakan satu wadah  penulisan  yang mengandungi fakta, pengetahuan dan maklumat lain yang diperlukan untuk membentuk minda pelajar.  Ianya tidak hanya berfokus kepada  aspek peperiksaan sahaja tetapi lebih dari itu.  Penggunaaan bahasa yang ringkas dan padat, di samping ilustrasi yang menarik diharap dapat  merangsang minda  pelajar menghayati matlamat  dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Kandungan Buku Teks :
  • Buku teks telah digubal oleh panel  penulisan yang telah dilantik.
  • Buku Teks mengandungi dua jilid iaitu jilid satu untuk ‘ Asuhan Tilawah  Al Quran’ dan ‘Pelajaran Jawi’ dan jilid dua “Bidang Asas Ulum Syariyyah” dan “Adab dan Akhlak Islamiah’
  • Setiap tajuk pelajaran telah disediakan dengan isi pelajaran yang lengkap.
  • Bagi setiap isi pelajaran telah ditentukan hasil pembelajaran dan aras pembelajaran seperti yang telah ditetapkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran.
  •  Isi kandungan buku teks dilengkapkan dengan grafik-grafik yang menarik perhatian murid-murid .
  • Di akhir setiap topik dicadangkan aktiviti susulan dan latihan untuk penilaian.
  • Setiap tajuk juga disediakan dengan aktiviti gerak minda, penghayatan dan info islam

Keberkesanan Buku Teks :

1.    Buku teks boleh membantu murid-murid membuat persediaan belajar.
2.    Membangkitkan minat murid untuk membaca dengan ilustrasi yang menarik.
3.    Buku teks juga sebagai bahan rujukan murid-murid di sekolah dan di rumah ketika membuat ulangkaji.
4.    Buku teks juga menjadi panduan awal kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
5.    Buku teks juga memberikan kemudahan kepada guru untuk membuat aktiviti dan latihan.


Rumusan

Buku teks  sangat membantu anda dalam merancang  aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ilustrasinya yang menarik dan aktiviti berpusatkan murid akan menjadikan sesi pengajaran  dan pembelajaran di kelas anda ‘hidup dan menyeronokkan, ia perlu  dijadikan sebagai sumber  rujukan utama murid.  Kita hendaklah menanamkan kepada pelajar  mengenai kepentingan  mengguna dan memelihara buku teks.  Pendekatan Buku Teks Semakan Semula diharapkan menjadi rujukan terkini pelajar.  Isu pelajar  sering mendapatkan sumber dari buku tambahan luar lebih dari buku teks seharusnya dapat diatasi.


Buku Panduan Guru

         Kementerian Pendidikan telah menyediakan bahan asas  seperti Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran.  Buku ini disediakan secara  berasingan bagi setiap bidang  di mana ianya mencadangkan  butur-butir terperinci bagi membantu guru  merancang  pengajaran dan pembelajaran .

 Fungsi Buku Panduan Guru

·         Wujud pembelajaran yang berkesan dan suasana  bilik darjah yang mengembirakan .
·         Penglibatan murid secara aktif
·         Strategi pengajaran  yang merangsangkan perbincangan dan penerokaan
·         Suasana pembelajaran  koperatif di mana murid berpeluang melihat  diri mereka  sebagai murid yang berkebolehan
·         Kemahiran Berfikir
·         Pengajaran Berasaskan kajian Masa Depan (KMD)
·         Pembelajaran secara konstruktivisme
·         Pembelajaran secara kontekstual
·         Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

Keberkesanan Penggunaan Buku Panduan Guru

1.    Membantu guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dalam bilik darjah.

2.    Sebagai garis panduan yang terarah bagi guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

3.    Buku Panduan Guru juga menyediakan contoh-contoh aktiviti dan latihan yang sesuai yang boleh membantu guru di dalam kelas.


Rumusan


Buku Panduan Guru ialah antara strategi Kementerian Pendidikan bagi memastikan kurikulum dilaksanakan  dengan  cara yang terbaik dan terkini.  Melalui buku ini pembelajaran akan menjadi lebih ceria dan menyeronokkan.  Setiap  pendidik  perlu menjadikan  Buku  Panduan Guru ini sebagai panduan utama dalam pengajaran dan pembelajaran mereka

No comments:

Post a Comment