Monday 12 May 2014

Model-model dalam program j-QAF dan Pelaksanaannya

MODEL PERLUASAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI

 Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab bermaksud pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Arab diperluaskan kepada semua murid di sekolah-sekolah yang melaksanakan Program j-QAF. Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2004: Pelaksanaan Program j-QAF di Sekolah Rendah (KP(85)8591/Jld.XVII(13) bertarikh 30 Disember 2004), “status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid (Islam) hendaklah memilih Bahasa Arab Komunikasi sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi atau Bahasa Tamil Komunikasi”. Murid bukan Islam diberi pilihan sama ada ingin mengambil Bahasa Arab atau pun  tidak.

Matlamat

Pengajaran dan pembelajaran bahasa di peringkat rendah bermatlamat  menanam minat mempelajari Bahasa Arab bagi menguasai kemahiran berbahasa di samping membolehkan murid berkomunikasi dengan mudah.

Objektif

Di akhir pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah murid dapat:

  1. mendengar bunyi huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab dan memahaminya.

  1. menyebut dengan betul huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab.

  1. bertutur dalam bahasa Arab berdasarkan situasi tertentu dan  memahaminya.

  1. membaca dengan betul dan memahami perkataan dan ayat bahasa Arab.

  1. menulis dengan betul huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab dan memahaminya.

  1. menulis petikan berdasarkan situasi tertentu menggunakan ayat-ayat mudah dan memahaminya.
 Strategi Pelaksanaan

 1. Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan masa sedia ada bahasa Arab di sekolah kebangsaan iaitu 60 minit seminggu (30 minit x 2 waktu) seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 Tahun 2002 KP (BS) 8591 Jilid XVII (8) bertarikh 1 Oktober 2002 : Penawaran Mata Pelajaran Bahasa Arab Tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK).

2. Peruntukan masa ini mestilah berada di dalam jadual waktu rasmi persekolahan.

3. Model ini dilaksanakan berpandukan kepada sepuluh unit atau topik yang terkandung dalam Pakej Buku Teks Bahasa Arab Komunikasi Tahun1,2 dan 3 edisi 2004. Penerbitan pakej buku ini terdiri daripada Buku Teks, Buku Latihan dan aktiviti murid serta Buku panduam Guru yang dibina berdasarkan Sukatan pelajaran Bahasa Arab Komunikasi dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Komunikasi Tahun 1, 2 dan 3.

4. Guru Bahasa Arab hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berpandukan agihan aktiviti/ hasil pembelajaran (نتاج التعلم) yang dicadangkan seperti di dalam jadual Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR).

5. Bagi membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru disarankan menggunakan bahan bantu yang dibekalkan ke sekolah-sekolah.

Agihan Tugas

1.  Penolong Pengarah j-QAF Negeri, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Unit Pendidikan Islam / Penyelia Kanan Pendidikan Islam Daerah
bertanggungjawab :
a. memberi taklimat pelaksanaan model  dan
b. memantau pelaksanaan model.

2. Guru Besar bertanggungjawab :
a.  memastikan program dapat dilaksanakan dengan sempurna.
b. meneliti dan mengemukakan laporan pelaksanaan model kepada Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri.

3.  Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab :

a. mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan model.
b. bekerjasama dengan semua pihak di sekolah bagi menjayakan pelaksanaan model.
c. menyediakan dan menyerahkan laporan pelaksanaan model kepada Guru Besar.

4. Guru Bahasa Arab bertanggungjawab :

a. menggunakan Buku Teks, Buku Panduan Guru Bahasa Arab dan bahan bantu mengajar yang disediakan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
b. merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna.
c. mempelbagaikan aktiviti komunikatif untuk menarik minat murid.
d. memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.
e. membuat penilaian dengan menggunakan instrumen yang disediakan.
f. merekodkan hasil penilaian yang dilakukan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.
g. melaporkan perjalanan kelas dan hasil penilaian kepada Ketua Panitia.

Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran

 1. Berdasarkan teori-teori pemerolehan dan pembelajaran bahasa, terdapat pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab boleh dilaksanakan di sekolah. Namun begitu, pendekatan komunikatif dicadangkan untuk dilaksanakan di sekolah kerana sifat dan tujuan bahasa Arab itu sendiri ialah untuk berkomunikasi.

2.  Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dijalankan menggunakan
kaedah-kaedah berikut iaitu :

a. Kaedah Tematik                                                    (الطريقة الموضوعية)
b. Kaedah Ajuk-Hafaz                                          (الطريقة الترديد والمحاكة)
c. Kaedah Semula Jadi / Kaedah Terus                    ).المباشرة (الطريقة
d. Kaedah Latih Tubi                                 ( الطريقة التدريبات المكثفة
e. Kaedah Eklektik                                                  (الطريقة الإنتقائية)
  
Penilaian

 1. Penilaian ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkanmaklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,penilaian perlu dijalankan secara berterusan bermula dari tahun 1 (silarujuk Panduan Pelaksanaan PKSR Bahasa Arab seperti yang terdapat di dalam buku Panduan Pelaksanaan Model-model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum j-QAF Tahun 6).

2. Guru perlu menjalankan 3 penilaian iaitu penilaian sikap, penilaian lisan dan penilaian tulisan secara formatif berdasarkan topik pembelajaran. Walau bagaimanapun penilaian yang perlu dilaporkan kepada Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) untuk tahap dua (Tahun 4 hingga Tahun 6) ialah penilaian sumatif yang akan dibekal ke sekolah-sekolah pada bulan Mei dan Oktober sahaja.

3. Penilaian Bahasa Arab di peringkat sekolah dilaksanakan mengikut format Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR). Penilaian Kendalian Sekolah Rendah mempunyai prinsip-prinsip berikut :

a.         bersifat formatif.
b.         mengesan perkembangan individu secara menyeluruh (intelek, emosi, rohani dan jasmani).
c.         sistematik dan berterusan.
d.         menggunakan pelbagai kaedah (pemerhatian, lisan dan penulisan).
e.         berasaskan kriteria.
f.          dikendalikan oleh guru.
g.         membolehkan tindakan susulan.

KONSEP PROGRAM BESTARI SOLAT

Kem Bestari Solat ialah aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan untuk memastikan murid boleh menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.

Objektif

Kem Bestari Solat diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat:
  • mengetahui kepentingan solat
  • berwuduk dengan sempurna
  • mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu
  • melaksanakan semua perbuatan dalam solat dengan betul
  • menguasai bacaan dan mengaplikasikannya dalam solat dengan betul dan lancar
Langkah-langkah pelaksanaan

Bagi memastikan Kem Bestari Solat berjalan dengan lancar , beberapa langkah perlu diambil:

i. Panitia Pendidikan Islam hendaklah menyediakan kertas kerja dan dibentangkan dalam mesyuarat bagi memutuskan perkara-perkara berikut:
    • Membentuk Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah
    • Menetapkan tempat dan masa untuk mengadakan Kem Bestari Solat
    • Menentukan guru yang layak untuk menjadi fasilitator
    • Menyediakan jadual pelaksanaan aktiviti Kem Bestari Solat
    • Mengagihkan murid-murid yang akan mengikuti Kem Bestari Solat mengikut kumpulan yang ditentukan.
    • Memberi taklimat kepada fasilitator untuk panduan tenaga sebagai pengajar dalam Kem Bestari Solat. 
 ii.   Program ini dilaksanakan dua kali dalam tempoh setahun. 

iii.  Aktiviti ini dilaksanakan dalam bentuk kursus intensif di luar waktu P & P sama
ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.

i.      Setiap kem peringkat sekolah tidak melebihi 60 orang murid dan setiap kumpulan tidak melebihi 10 orang.

ii.            Antara pengisian aktiviti Kem Bestari Solat ini ialah latihan amali wuduk, amali
solat, solat berjemaah, ujian penilaian pra dan pasca program, riadah,
pertandingan bacaan dan amali solat.

iii.           Instrumen penilaian perlu disediakan bagi menentukan tahap kebolehan murid
dalam mendirikan solat .

vii.Menyusun pengisian aktiviti kem .

viii.Mengumpul maklumat murid yang tidak tahu solat selepas tamat Kem Bestari
Solat

ix. Membuat penilaian dan merekodkan pencapaian murid setiap kali aktiviti
dilaksanakan.

x. Melaporkan rekod pencapaian murid kepada guru yang mengajar, ibu bapa,
penjaga, ketua panitia dan guru besar.

xi.  Borang Catatan Pelaksanaan Solat. Borang Catatan Pelaksanaan Solat
diedarkan kepada ibu bapa dan  penjaga
.
·            Ibu bapa / penjaga hendaklah mencatat pelaksanaan amalan solat  murid   di rumah selama dua bulan

·            Borang yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada pihak  sekolah untuk dianalisa.

·            Pihak sekolah akan menyediakan laporan untuk pelaksanaan kem  kedua. Kem Bestari Solat Kedua dilaksanakan setelah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan Kem Bestari Solat Pertama.

Jawatankuasa Pelaksana

Sebelum melaksanakan Kem Bestari Solat, sebuah jawatankuasa pelaksana perlulah ditubuhkan. Jawatankuasa Pelaksana terdiri daripada :

       a.  Penaung
       b.  Penasihat
       c.  Pengerusi
       d.  Setiausaha
       e.  Bendahari

       f.  Ahli Jawatankuasa :
                      i.   Urusetia
                     ii.   Pendaftaran dan Penginapan
                    iii.   Makanan dan Minuman
                    iv.   Keselamatan / Kebajikan / Disiplin
                     v.   Dokumentasi / Penilaian
                     vi.  Riadhah
                    vii.  Kem Komandan
                    viii.  Siaraya
                     ix.  Warden
                      x.  Teknik & Peralatan
                      xi.  Sijil dan Hadiah.

Peruntukan Kewangan
       a.    Kewangan   
                i.    Peruntukan kewangan khusus
                ii.    Sumbangan PIBG
                iii.    Sumbangan swasta dan lain-lain
       b.    Perbelanjaan
                i.    Penyediaan Bahan ( Kertas Kerja, kertas Edaran, Fail )
                ii.    Perbelanjan Runcit
                iii.    Perbelanjaan makan dan minum
                iv.    Hadiah galakan

Lantikan Fasilitator
Fasilitator terdiri daripada :
  i. Guru Pendidikan Islam ( Dalaman / Luaran )
 ii. Guru-Guru Akademik yang berkebolehan
             iii. Ibubapa / Penjaga yang berkebolehan
             iv. Guru-Guru KAFA
v.  Pihak lain yang berkelayakan dan dipersetujui oleh pihak   pengurusan
     sekolah.

9.5.7 Cadangan Jadual Aktiviti

i.      Pembahagian kumpulan berdasarkan ujian pra-kem .
ii.    Memberi taklimat kem berhubung pelaksanaan jadual, senarai aktiviti, etika dan peraturan  kem, keselamatan dan sebagainya.

iii.   Cadangan tajuk Kuliah Maghrib/Subuh : Memilih  tajuk-tajuk yang ringan, mudah dan asas berhubung kepentingan solat dan bersuci, seperti “Solat tiang agama”, “Kedudukan  solat dalam  hidup mukmin”, “Mengapa  wajib bersolat”, “Hubungan bersuci dengan solat”, “Mengapa perlu bersuci”, “Jika anda muslim anda mesti solat” dan tajuk-tajuk lain yang difikirkan sesuai dengan tahap pemikiran murid  bagi sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan soalan apa, mengapa, kenapa, bagaimana  dan di mana.

iv.   LDK (latihan dalam kumpulan) 1 – 6 mengikut tajuk yang disediakan. Fokus kepada latih tubi bacaan dan tunjuk cara solat.
  
PENUTUP

Model Perluasan Bahasa Arab merupakan suatu usaha yang murni ke arah menanamkan minat dan kemahiran berbahasa Arab yang merupakan Bahasa Al Quran yang ditanamkan sejak peringkat sekolah rendah lagi. Manakala Program Kem Bestari Solat perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan kejayaan kesinambungan terhadap amalan fardhu ain di kalangan murid-murid sekolah rendah. Kedua-dua program ini merupakan  program j-QAF yang perlu dilaksanakan oleh para guru yang berkenaan walaupun pada peringkat awal pelaksanaan beberapa cabaran, yang diduga atau yang tidak diduga, telah  dihadapi oleh pihak sekolah. Namun semua guru j-QAF dan guru Pendiidkanj Islam perlu bertangungjawab melaksanakan dan mengatasi segala kerumitan bagi menjamin kejayaan inisiatif besar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Jesteru bagi mencapai hasrat murni ini, kerjasama dan hubungan erat pihak sekolah dan ibu bapa amat penting. Mudah-mudahan dengan program ini dapat  ia menambah rasa tanggungjawab dan minat murid terhadap perintah Allah s.w.t.               

No comments:

Post a Comment