Pengalaman Nabi Bersama Datuk
Apabila Baginda dikembalikan ke Makkah, datuknya yang sangat tua memeliharanya dengan baik dan memberikan perhatian serta kasih sayang terhadapnya. Orang tua itu mempunyai sebuah kerusi panjang bagi dirinya yang terletak di bawah lindungan Kaabah dan semua anaknya kerap datang ke situ serta duduk di atas tanah sekelilingnya sebagai tanda hormat. Tetapi apabila Nabi datang, datuknya mendudukannya di atas kerusi panjang itu bersamanya dan meletakkannya di atas bahu serta menunjukkan tanda cinta dan sayang kepada cucunya. Sehingga tiada seorang pun yang berani mencadangkan kepada orang tua itu agar meletakkan Nabi di bawah bersama bapa saudaranya.
Peristiwa Kematian Datuk Nabi
Selepas ibunya dikebumikan, Nabi pun kembali dengan perasaan yang sangat sedih bersama hambanya Ummu Aiman ke Makkah. Tidak lama kemudian, datuknya yang telah terlalu tua dan sangat mengasihi serta memberi perhatian yang besar terhadapnya pun meninggal dunia ketika Baginda berusia lapan tahun. Nabi berasa begitu sedih sehingga Baginda mengikuti keranda datuknya yang sedang di usung sambil menangis di sepanjang jalan. Kematian Abdul Mutalib merupakan satu pukulan ke atas Bani Hashim kerana tiada seorang pun dari anak-anak lelakinya yang dapat mengantikan tempat beliau. Tidak ada seorang Quraisy pun yang dapat menandingi sifat-sifatnya dari segi pemikiran, keperibadian, keadilan dan kekuatan. Di samping itu, tiada seorang pun yang mendapat kedudukan yang begitu tinggi dan dimuliakan oleh bangsa Arab. Sebelum kematiannya, Abdul Mutalib telah mengamanahkan anaknya Abu Talib supaya menjaga Nabi dengan baik.
Kesan Kematian Datuk ke atas Diri Nabi
Nabi menerima ujian Allah dengan sabar dan yakin apa yang berlaku ke atas dirinya mempunyai hikmah. Walaupun Nabi sayang kepada datuknya, kesedihan Baginda tidak berpanjangan. Bahkan Baginda tabah menghadapi dugaan yang besar itu. Di samping itu, Baginda menjadikan peristiwa tersebut sebagai cabaran untuk meneruskan kehidupan selepas itu.
1. Bersifat Sabar
Walaupun Nabi berasa begitu sedih sekali dengan peristiwa kematian datuknya sehingga Baginda mengikuti keranda datuknya yang sedang di usung sambil menangis sepanjang jalan. Namun, Baginda tetap bersabar dan tidak bersedih sepanjang masa.
2. Bersifat Tabah
Ketabahan Nabi ketika berhadapan ujian dan dugaan dalam usia begitu muda. Apabila Baginda telah kehilangan tempat bergantung dan tidak dapat di bayangkan pilu serta sedihnya hati Nabi pada waktu itu.Kesedihan terhadap kehilangan bapanya masih belum hilang di hati, ibunya pula yang meninggal. Selepas itu, datuk yang begitu menyayangi Baginda pula meninggal
3. Menjadikan Peristiwa itu Sebagai Cabaran.
Kematian datuk yang dikasihi dan menjadi tempat Nabi berteduh telah menjadi cabaran kepada kehidupan Baginda. Namun begitu, Nabi telah menjadikan peristiwa kematian datuknya sebagai satu cabaran bagi meneruskan kehidupan.
Pengajaran dari Peristiwa yang Mendukacitakan Nabi
Menurut Al-Buti di dalam kitabnya Fiqh Al Sirah: Bahawa peristiwa-peristiwa kewafatan ayahanda, kemudian bonda dan berikutnya datuknya bukanlah secara kebetulan semata-mata, tetapi mengandungi hikmah-hikmah yang besar yang di takdirkan oleh Allah yang maha mengetahui. Di sana tidak ada alasan bagi orang-orang yang mahu mengambil kesempatan bagi memperkecilkan Islam dan Nabi, kalau-kalau mereka boleh menuduh dan mempunyai alasan kononnya dakwah dan sifat-sifat yang dimilikinya adalah pengaruh dari ayah, ibu dan datuknya yang menjadi bangsawan Arab ketika itu. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku sesudah orang-orang tuanya meninggal dunia secara bertalu-talu. Kemudian ia dipelihara dalam kalangan Bani Sa’ad. Tiada gangguan manusia dalam mentarbiyyahkan Nabi, tetapi di tarbiyyahkan oleh Tuhan yang maha suci dari segala kecurangan dan kelemahan. Dalam suasana yang jauh dari perasaan tamakkan pangkat dan harta dunia atau kepentingan duniawi yang lain.
Menyayangi Datuk dan Nenek
Nabi menunjukkan contoh bagaimana baginda melayan orang-orang tua dengan baik dan menghormati mereka.
Allah berfirman:
ôÙÏÿ÷z$#ur $yJßgs9 yy$uZy_ ÉeA%!$# z`ÏB ÏpyJôm§9$# @è%ur Éb>§ $yJßg÷Hxqö$# $yJx. ÎT$u/u #ZÉó|¹ ÇËÍÈ
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah “Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sewaktu kecil”
(Al-Isra’ -24)
Di antara adab dengan orang tua ialah:
1. Memberi salam kepada yang beragama Islam dan ucap selamat kepada bukan Islam.
2. Membantu mereka dalam kesusahan.
3. Gunakan perkataan yang baik ketika berbual.
4. Berdiri menghormati kehadiran mereka.
5. Tidak meninggikan suara terhadap mereka.
6. Tidak melunjurkan kaki di hadapan mereka.
7. Tidak mencela perbuatan mereka.
8. Sentiasa mengembira dan menyenangkan mereka.
9. Tidak menganggu ketika mereka sedang tidur.
10. Memuliakan mereka.
11. Memilih masa yang sesuai untuk berbual atau memberi teguran.
No comments:
Post a Comment