Wednesday, 13 May 2015

PEMELIHARAAN NABI OLEH BAPA SAUDARA

Keperibadian Abu Talib

Abu Talib memelihara Nabi bersama-sama anaknya. Beliau bersungguh-sungguh menunaikan janjinya untuk memelihara dan menjaga Nabi seperti yang diharapkan oleh Abdul Mutalib. Walaupun Abu Talib mempunyai ramai anak, namun beliau tetap menyayangi dan bertanggunggjawab ke atas anak saudaranya itu. Abu Talib memang sudah terkenal sebagai seorang manusia yang baik hati dan penuh bertanggungjawab terhadap kaum keluarganya. Walaupun beliau bukanlah seorang yang kaya dan mewah. Dengan sebab itulah Abdul Muttalib menyerahkan Nabi kepada beliau. Sikap kasih-sayang Abu Talib terhadap Nabi tidak ubah seperti kasih-sayang Abdul Muttalib terhadap Nabi. Ketika bersamanya Nabi tidak pernah berkecil hati terhadap Abu Talib, malahan Baginda sentiasa membantunya dalam urusan di rumah dan di luar rumah.

Pengalaman yang Diperolehi Nabi semasa Bersama Beliau

Di antara pengalaman yang diperolehi Nabi semasa tinggal bersama bapa saudara Baginda ialah:

  1. Baginda telah berkerja sebagai pengembala kambing untuk mendapatkan upah. Daripada upah itu Baginda dapat juga meringankan beban yang di tanggung oleh Abu Talib.
  2. Pergi ke negeri Syam untuk menguruskan perniagaannya di sana. Usia Baginda pada ketika itu 12 tahun.
  3. Pemergian Baginda ke Syam telah memberikan pengajaran dan pengalaman yang cukup banyak kepada Baginda. Selain berpeluang melihat tempat-tempat menarik di sana, Baginda juga berpeluang mengenali masyarakat luar dan mengikuti berita-berita orang Rom. Di samping itu, Baginda juga dapat meninjau sejauh mana kebenarannya agama Nasrani dan agama-agama lain yang dianuti oleh penduduk Syam.
  4. Baginda juga melakukan perniagaan di Makkah dan di pasar-pasar yang berdekatan seperti Ukaz, Majannah dan Dhu al-Majaz. Di sana Baginda berkesempatan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pidato, syair dan sajak daripada pemidato-pemidato dan penyair-penyair Arab, Yahudi dan juga Nasrani.
Keadaan Nabi di Pelihara oleh Bapa Saudara Baginda

Semasa berada di bawah pemeliharaan bapa saudara, Baginda telah di asuh dan di jaga dengan baik. Perubahan positif telah banyak berlaku dalam pelbagai segi ke atas diri Baginda samaada kecerdasan akal, perkembangan jasmani, mempunyai sakhsiah yang unggul dan kekuatan kerohaniah.

1. Kecerdasan Akal
Baginda telah menyaksikan peristiwa perjanjian al-Fudul yang dimenterikan di rumah Abdullah bin Jad’an. Di dalam perjanjian tersebut mereka berjanji memberi pertolongan kepada orang yang lemah dan dizalimi di Makkah serta berusaha untuk membasmikan kezaliman di Makkah. Nabi sungguh kagum dengan perjanjian ini walaupun berlaku di zaman jahiliah. Ini membuktikan Nabi mempunyai kecerdasan akal untuk memilih kebenaran walaupun masih remaja.

2. Perkembangan Jasmani
Dalam lengkongan usia 14 atau 15 tahun, Nabi telah menyertai peperangan di antara Quraisy dengan Qais. Baginda menyertai peperangan tersebut dengan memungut anak-anak panah musuh untuk bapa saudaranya. Pengalaman ini mentarbiyyahkan Nabi dengan sifat kepahlawanan dan kesabaran di medan perang.

3. Kekuatan Rohaniyyah
Dapat dilihat ketika Baginda menghadapi ujian, di mana Nabi menjadi orang yang paling tahan menghadapinya, samaada ujian tekanan atau ujian kemewahan. Ketika menghadapi musuh dan segala ancaman, Bagindalah orang yang paling berani dan tahan cabaran. Ketika Islam memperolehi kemenangan terdapat banyak kemewahan dan kekayaan. Namun dengan kekuatan roh menjadikan Baginda tidak bergelumang dan cenderung serta tidak dapat dipengaruhi oleh sesiapapun supaya tunduk kepada kebendaan. Hati Baginda hanya bergantung kepada Allah.

4. Sakhsiah yang Unggul
Semasa Nabi mula memasuki gerbang kedewasaan dan keremajaan. Baginda mula bertungkus-lumus dan menyingsing lengan mencari rezeki halal, seharian menternak kambing. Nabi pernah menceritakan: “Dahulu pernah aku menternak kambing penduduk Makkah dengan upahnya beberapa karat sahaja”

Allah telah mengawal dan mengawasi zaman keremajaan Nabi. Oleh itu Baginda tidak pernah menyeleweng seperti pemuda-pemuda lain dan berhubung dengan hal ini Baginda sendiri menceritakan kepada kita mafrumnya: “Aku tidak pernah teringat hendak melakukan seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian besar orang-orang jahiliyyah, kecuali dua kali tetapi dielak dan dijauhkan oleh Allah. Lepas itu aku tak ingat-ingat lagi hinggalah aku diutuskan”.

Kesan Pengalaman Nabi Bersama Bapa Saudaranya.

  1. Baginda memahami erti keperitan dan ujian dalam kehidupan.
  2. Mempunyai sifat yang mulia, akhlak yang baik, bencikan kemungkaran, berani dan menerima segala kebaikan.
  3. Mempunyai daya juang dan jati diri yang utuh.
  4. Baginda lebih suka hidup berdikari berbanding dengan mengharapkan bantuan orang lain.
  5. Baginda berminat dalam bidang perniagaan dan menternak kambing.
  6. Baginda berminat untuk menambah ilmu pengetahuan terutama pidato, syair dan sajak.



No comments:

Post a Comment