Wednesday, 13 May 2015

KEWAFATAN BAPA DAN IBU NABI

Peristiwa Kewafatan Bapa Nabi

Riwayat Abdullah tidak banyak di catat dalam sejarah. Namun begitu, kisah menarik mengenainya ialah ketika beliau masih kanak-kanak, beliau hampir dikorbankan untuk berhala. Tuhan telah menyelamatkannya apabila bapanya Abd Mutalib menggantikannya dengan 100 ekor untuk mengelakkan kejadian itu berlaku. Abdullah terkenal sebagai seorang ahli perniagaan. Beliau sering berulang-alik dari Makkah ke Syam untuk menguruskan perniagaannya.

Selepas beberapa bulan berkahwin beliau meneruskan perniagaannya ke Syam. Sekembalinya dari Syam beliau jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia di Yathrib (Madinah), pada ketika itu isterinya sedang mengandungkan Nabi selama kira-kira dua bulan. Abdullah meninggal dunia ketika berusia 25 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Madinah juga. Beliau meninggalkan sedikit harta untuk bekalan anaknya yang akan lahir itu iaitu lima ekor unta, beberapa ekor kambing dan seorang pembantu rumah yang bernama Ummu Aiman. Jika diukur daripada harta yang ditinggalkan itu, jelaslah bahawa Abdullah bukanlah seorang yang terlalu kaya atau seorang yang terlalu miskin tetapi keadaannya sederhana sahaja.

Peristiwa Kewafatan Ibu Nabi

Setelah beberapa tahun yang penuh dengan keberkatan dan kesan baik di dalam jiwa bersama-sama dengan keluarga Halimahtus-Sa’diah, maka Nabi pulang kepangkuan bondanya. Suatu ketika Aminah berhajat untuk menziarahi pusara suaminya yang meninggal di Yathrib. Di kalangan keluarganya Bani an-Najar dengan diiringi oleh khadamnya Ummu Aiman menuju ke tempat yang jauhnya 500 km perjalanan dengan kenderaan di masa itu. Sudah tentu pengembaraan itu merupakan perjalanan yang jauh kepada seorang perempuan dan anaknya. Setelah sebulan berada di sana, mereka pun berangkat pulang ke Makkah. Dalam perjalanan pulang Aminah telah jatuh sakit lalu meninggal dunia di satu tempat bernama Abwa’, maka tinggallah Nabi menjadi yatim piatu dan pulang ke Makkah bersama-sama Ummu Aiman.

Kesan Kewafatan Bapa dan Ibu

Kesan dari peristiwa ini, Nabi telah hidup tanpa sokongan ibu dan bapa. Baginda hanya bangkit memikul tanggungjawab dengan bantuan seluruhnya dari Allah. Nabi juga telah menjadi seorang yang tabah menghadapi ujian, disayangi dan dihargai oleh anggota keluarga yang lain serta pandai hidup berdikari.

1. Disayangi dan Dihargai

Perasaan kasih sayang Abdul Muttalib terhadap cucunya semakin mendalam. Layanan istimewa telah diberikan kepada Nabi. Kemana saja dia pergi Nabi dibawa bersamanya. Sehinggalah di dalam majlis perjumpaan di kalangan pembesar Quraisy pun dia membawa cucunya bersama. Ketika duduk berhampiran kaabah bersama-sama pembesar Quraisy Abdul Muttalib membenarkan Nabi berada di atas hamparannya. Keadaan inilah menyebabkan Baginda merasa terhibur dan perasaan sedih serta hibanya beransur pulih. Kesemuanya ini adalah nikmat yang dikurniakan Allah kepada Baginda, Seperti firman: Bukankah Dia mendapatimu seorang yang yatim, lalu Dia melindunginya.(Surah al-dhuha : 6)

2. Ketinggian Peribadi

Kewafatan bapa dan ibu Nabi menyebabkan Baginda mendapat tarbiyyah ilahi secara terus. Oleh itu, Nabi sentiasa dipelihara oleh Allah dari segi ketinggian peribadi dan akhlak sehingga Baginda tidak boleh ditembusi sedikit pun oleh telatah orang-orang muda di zamannya. Ketinggian maruah dan kemurniaan akhlaknya telah menjadi buah mulut penduduk Makkah. Mereka mengelarnya dengan gelaran Al-Amin yang bermaksud orang yang sangat dipercayai.

3. Hidup Berdikari

Nabi menghadapi alam remajanya dengan tarbiyyah meletakkan diri Baginda tidak bergantung kepada orang lain. Di mana Nabi pernah memelihara kambing untuk nafkah hidup.

Menghargai Jasa Ibu Bapa

Di dalam al-Quran terdapat suruhan supaya seseorang berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapanya yang telah tua, tetapi berbakti terhadap ibu lebih diberi keutamaan.

Di antara adab dan hak terhadap ibu bapa ialah:
  1. Mentaati ibu dan bapa dalam semua hal kecuali perintah melakukan maksiat.
  2. Berbicara dengan keduanya dengan sopan dan lemah lembut.
  3. Bangun menghormati keduanya apabila mereka datang.
  4. Mencium tangan keduanya setiap pagi dan petang.
  5. Memelihara nama, kehormatan serta harta benda mereka.
  6. Memuliakan mereka dan memberi apa yang mereka pinta.
  7. Berbincang dengan mereka dalam segala pekerjaan dan urusan.
  8. Memperbanyakkan doa dan memohon ampun untuk mereka.
  9. Sentiasa berusaha mengembira dan menyenangkan mereka.
  10. Tidak mengangkat suara dihadapan mereka.
  11. Tidak memotong percakapan mereka.
  12. Tidak keluar rumah tanpa keizinan mereka.
  13. Tidak memeranjatkan mereka jika mereka sedang tidur.
  14. Tidak melebihkan isteri dan anak dari mereka berdua.
  15. Tidak mencela mereka jika mereka melakukan sesuatu yang tidak memuaskan.
  16. Tidak tertawa di dalam majlis mereka jika tidak ada sebab yang menarik untuk ketawa.
  17. Tidak memakan makanan yang ada disisi mereka.
  18. Tidak memakan makanan dalam satu hidangan mendahului mereka.
  19. Tidak berbaring atau tidur sedangkan mereka masih lagi duduk kecuali mereka mengizinkannya.
  20. Tidak melunjurkan kaki dihadapan mereka.
  21. Tidak berjalan mendahului mereka.
  22. Menyahut panggilan mereka serta merta apabila mereka memanggil.
  23. Memuliakan sahabat mereka khususnya sesudah mereka mati. Doanya seperti dalam al-Quran
@è%ur Éb>§ $yJßg÷Hxqö$# $yJx. ÎT$u­/u #ZŽÉó|¹ ÇËÍÈ
“Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara kamu dengan penuh kasih sayang pada waktu kecil.” (Al-Isra - 24)

Anak-anak Yatim di dalam Islam

Mengenai anak-anak yatim pula, Islam memerintahkan bahawa seseorang penjaga hendaklah memperlakukan anak yatim di bawah jagaan mereka seperti anak mereka sendiri. Anak-anak yatim perlu di bimbing dan di beri nasihat yang baik dan benar. Sekiranya mereka mempunyai wang, wang itu hendaklah dipergunakan untuk mereka dengan cara yang terbaik dan tidak membelanjakannya secara boros sebelum mereka meningkat dewasa. Sekiranya penjaganya miskin dia dibenarkan mengambil sedikit upah dari kekayaan anak yatim itu untuk mengendalikannya. Tetapi sekiranya penjaga itu bukan orang miskin, dia mesti menahan diri dari mengambil harta anak yatim tersebut. Anak yatim itu mestilah diberikan hartanya setelah dia dewasa dan dapat mengendalikan urusan hidupnya sendiri.

No comments:

Post a Comment