Wednesday, 13 May 2015

PEKERJAAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Semasa Kecil Membantu Bapa Saudara

Semasa Muhammad b. Abdullah berumur enam tahun, ibunya Siti Aminah meninggal dunia. Oleh itu, Nabi Muhammad dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib ketua Mekah. Walaupun, Abdul Muttalib ketua Mekah, tetapi hidupnya miskin kerana hartanya dihabiskan memberi khidmat dan melayan tetamutetamuKaabah.

Daripada itu, boleh dikatakan sejak kecil Nabi Muhammad belajar kehidupan fakir miskin dan menjadi anak muda yang tahan lasak serta berhemah tinggi. Nabi Muhammad juga menjadi orang yang benarbenar tahu bagaimana kehidupan fakir miskin.Nabi Muhammad sentiasa menemani datuknya Abdul Muttalib dalam majlis-majlisnya. Selama dua tahun Nabi Muhammad menghadiri semua majlis Abdul Mutalib yang sentiasa menerima kunjungan demi kunjungan daripada semua pembesar Arab. Ini merupakan suatu  persediaan Allah kepada junjungan besar S.A.W belajar cara bersosial.

Selepas Nabi Muhammad berumur lapan tahun, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Nabi Muhammad dibela pula oleh bapasaudaranya AbuTalibyang juga ketua Mekah, menggantikan ayahnya Abdul Muttalib. Abu Talib, disebabkan beliaumempunyai tangggungan anak yang ramai, kehidupannya lebih miskin kalau dibandingkan dengan kehidupan ayahnya.Ramai anak-anak beliau yang bekerja untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh ayah mereka, termasuklah juga junjungan S.A.W yang bekerja dengan sepupu Baginda,mengembala kambing. Baginda tidaklah dibesarkan dalam kehidupan yang mewah, tetapi dalam kehidupan yang susah, Baginda terpaksa berdikari sejak daripada Baginda kecil lagi. Ini menjadikan Baginda seorang yang berhemah tinggi serta tidak mengharapkan pertolongan dan bantuan orang lain.

Tugasan Baginda menyebabkan Baginda sentiasa berada diluar kota Mekah,di padang pasir untuk menjaga kambing-kambing peliharaan Baginda. Kadang-kadang berhari-hari dan bermalam-malam Nabi Muhammad tidak balik ke Mekah. Hidup dipadang pasir berseorangan jauh dari pada kesibukan dan hiruk-pikuk orang ramai adalah juga suatu proses pendidikan kepada Baginda S.A.W. Baginda   akan belajar mengasihi haiwan atau binatang-binatang ternakan.

Selain daripada itu, kebanyakan masa Baginda berseorangan, ini memberi peluang kepada Baginda untuk memerhati serta memikirkan tentang kebesaran pencipta dengan memerhatikan kejadian matahari, bulan, bintang, pertukaran siang dan malam serta segala disekelilingnya. Dalam masa yang sama, dapat menilai diri sendiri.Ini menjadikan Baginda seorang yang banyak berfikir serta bijak dan peka dalam menilai diri serta perubahan sekeliling. Jika Baginda berada di kota atau di bandar Mekah kesibukan kehidupan  dan hiruk pikuk bising di bandar tidak memberi ruang kepada Baginda untuk memerhati serta memikirkan kejadian alam, apatah lagi untuk menilai diri sendiri.

Semasa Dewasa: Berniaga/ Usahawan

Bapa saudara Baginda, AbuTalib dalam masa yang sama sibuk berniaga. Ketika Baginda berumur 12 tahun, AbuTalib telah bercadang untuk keluar berniaga ke Syam.  Apabila Nabi Muhammad S.A.W mengetahui rancangan bapa saudara Baginda, Baginda meminta keizinan untuk bersama-sama menyertai misi perdagangan bapa saudara Baginda. Memahami keinginan Baginda, Abu Talib akhirnya membenarkan Baginda samasama menyertai misi dagang teresbut. Inilah merupakan kali pertama Rasullullah keluar dari pada kota Mekah. Sebelum  sampai ke Syam, rombongan dagang tersebut telah berhenti rehat berhampiran gereja, iaitu rumah ibadat Kristian. Ketika itu, ketua paderi gereja tersebut iaitu, Buhaira telah memerhati rombongan tersebut daripada jauh. Beliau merasa amat pelik,ini kerana sepanjang perjalanan,rombongan tersebut sentiasa diliputi awan.      

Buhaira yang merasa kehairanan, betul-betul ingin berkenalan dengan ahli-ahli rombongan tersebut dan mengetahui rahsia di sebalik kejadian awan yang sentiasa memayungi mereka. Lantas, beliau mengarahkan orang-orangnya menyediakan makanan yang banyak dan menjemput semua ahli rombongan makan ditempatnya. Beliau juga berpesan semua ahli rombongan dijemput tanpa ada pengecualian seorangpun. Semua ahli rombongan telah menyertai jamuan makan Buhaira kecuali Rasullulah, ini memandangkan Bagindalah yang paling muda, maka Baginda ditinggalkan untuk menjaga barangbarang mereka. Buhaira telah memerhati satu persatu setiap ahli rombongan, tiada seorangpun yang menarik perhatian beliau,lantas beliau menanyakan kepada ketua rombongan tentang kedatangan kesemua ahli rombongan. Kemudian mereka teringat tentang seorang budak muda yang ditinggalkan untuk menjaga barangbarang mereka. Buhaira meminta supaya dijemput sama budak tersebut untuk samasama menyertai jamuantersebut.

Memang benar, apabila Buhaira  berjumpa sahaja dengan Rasulullah, beliau merasai keistimewaan yang terdapat pada diri Baginda. Apabila beliau berbual dengan Nabi Muhammad, Buhaira ada bertanyakan beberapa soalan kepada Baginda, oleh kerana kebiasaan orang Arab untuk bersumpah dengan al-Latta dan al-Uzza, Buhaira menggunakan sumpah ini apabila bertanya Rasulullah sekalipun beliau sendiri tidak beriman dengan al-Latta dan al-Uzza.Buhaira  berkata, “Demi al-Latta dan al-Uzza, aku ingin bertanya kepadaka mu”. JawabBaginda, “Minta maaf pendeta, kamu jangan tanya aku dengan nama al-Latta dan al-Uzza, demi Tuhan tidak ada yang paling aku benci lebih daripada al-Latta dan al-Uzza.” Muhammad tidak pernah menyembah atau sujud kepada berhala sejak kecil walaupun itulah suasana kehidupan keluarga dan kaumnya ketika itu.

Buhaira berkata,“Kalau begitu,aku bertanya kepada kamu dengan nama Allah.”

Baginda menjawab“Ya,tanyalah aku dengan nama Allah”.

Banyak soalan yang telah ditanya oleh Buhaira, kesemuanya membenarkan apa yang disangka-sangka oleh Buhaira. Akhir sekali Buhaira meminta melihat belakang Nabi Muhammad. Sahlah sangkaannya, Buhaira dapat melihat Khatamun Nubuwwah iaitu tanda lahir Allah mengutuskan nabi dan rasul untuk manusia yang ada di belakang Muhamamad.

Selepas itu Buhaira bertanya kepada Abu talib,“Apa ikatan kamu dengan anak ini?

Abu Talib mengatakan,“Ini adalah anak saya”. Buhaira berkata,“Tidak sepatutnya ayahnya masih hidup”.

Abu Talib berkata, “Ya benar! Ayahnya sudah meninggal dunia, ini anak saudaraku”.

Di situ Buhaira menasihatkan AbuTalib supaya membawa Nabi Muhammad bin Abdulah segera pulang ke Mekah, ini kerana dibimbangi jika Baginda dibawa ke Syam, orang-orang Yahudi akan menemui Baginda dan akan membunuhnya. Disebabkan misi perdagangannya belum selesai, Abu Talib telah mengupah orang untuk membawa kembali Rasullulah ke Mekah dan dia meneruskan perjalanan hingga ke Syam tanpa membawa bersama Rasullulah. 

No comments:

Post a Comment