Wednesday, 13 May 2015

APLIKASI STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IBADAH TAHUN 1-6

Strategi ialah
  • Kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran.
  • Lebih mengambil kira objektif jangka panjang.
  • Mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya.

Tajuk : Pengertian Ibadah Dan Jenisnya

Aplikasi Kaedah Simulasi
1)     Guru memberi penerangan ringkas tentang tajuk dan aktiviti lakonan yang akan dijalankan.
2)  Guru membahagikan murid  kepada 4 kumpulan dan mereka dikehendaki duduk dalam kumpulan masing-masing.
3)   Setiap kumpulan diberi kad potongan yang mengandungi tajuk lakonan yang perlu mereka lakonkan. Sebagai contoh : murid berbincang dalam kumpulan masing-masing dan bersedia mempersembahkan lakonan mereka di hadapan kelas.
5)    Kumpulan 1 dan kumpulan 2 mempersembahkan lakonan mereka manakala murid-murid  lain menumpukan perhatian.
6)      Guru menerangkan aktiviti lakonan tersebut merupakan jenis-jenis ibadat.
7)      Aktiviti diteruskan dengan persembahan kumpulan 3 dan kumpulan 4.
8)      Guru mengulas aktiviti tersebut merupakan perintah dan larangan Allah.
9)  Guru bersoal jawab dengan murid dan memastikan murid  dapat membezakan antara  perintah dan larangan Allah.
10)  Guru membuat kesimpulan berdasarkan tajuk.

Aplikasi Kaedah Sumbang Saran

1)  Guru menulis tajuk sumbang saran “ Ibadah Umum dan Ibadah Khusus” di papan tulis.
2)  Murid diminta menyatakan pendapat masing-masing.
3)  Murid-murid lain mendengar pendapat yang dikemukakan dengan penuh perhatian.
4)  Guru mengulas dan memberi penerangan secara terperinci.
5)  Guru meneruskan aktiviti sumbang saran dengan tajuk kedua iaitu “ Perintah dan Larangan Allah”.
6)  Murid-murid diberi peluang menyatakan pendapat masing-masing.
7)  Guru memberi penerangan dan membuat kesimpulan tentang tajuk.

Tajuk : Istinjak

Aplikasi Kaedah Penerangan/ Soal Jawab
1)    Guru mempamerkan kad yang mengandungi pengertian bersuci.
2)    Murid membaca kad yang dipaparkan di hadapan kelas.
3)    Kemudian guru menerangkan faedah menjaga kebersihan kepada murid.
4)    Guru bersoal jawab dengan murid mengenai perkara tersebut.
5)    Murid diminta menyatakan pengertian bersuci dan faedah bersuci secara berkumpulan.
6)    Guru membetulkan jawapan murid jika terdapat kesalahan.

Aplikasi Kaedah Sumbang Saran
1)    Guru membawa alat-alat istinjak seperti batu, air paip, tisu dan daun kering ke kelas.
2)    Guru menunjukkan alat-alat tersebut kepada murid di hadapan kelas.
3)    Guru meminta pendapat murid untuk menyatakan apa kegunaan alat-alat tersebut.
4)    Murid menyatakan pendapat mereka berdasarkan pengetahuan sedia ada yang mereka ketahui.
5)    Guru menjelaskan kepada murid kegunaan batu, air paip, tisu dan daun kering iaitu penggunaannya dalam beristinjak.
6)    Guru meminta murid untuk mengenalpasti alat-alat lain yang boleh digunakan untuk beristinjak selain batu, air paip, tisu dan daun kering.
7)    Murid menyatakan pendapat mereka mengenai alat-alat istinjak yang lain.
8)    Guru membetulkan kesalahan murid dan memberikan peneguhan positif.

Tajuk : Bersuci Dengan Hadas Kecil

Aplikasi Kaedah Tunjuk Cara
1)    Setelah guru memberikan penjelasan kepada murid mengenai cara-cara berwudu’/ mengambil air sembahyang berdasarkan carta gambar , guru menunjukkan cara berwudu’ dengan betul kepada murid.
2)    Murid memerhatikan perlakuan guru.
3)    Kemudian, guru meminta beberapa orang murid secara rawak untuk mengulangi perlakuan guru mengambil air sembahyang dengan betul.
4)    Murid menunjukkan cara mengambil air sembahyang secara bergilir-gilir di hadapan kelas.
5)    Murid-murid lain memerhatikan perlakuan rakan mereka.
6)    Guru membetulkan kesilapan murid sekiranya terdapat kesalahan.

Aplikasi Kaedah Amali/ Demontrasi
1)    Guru membawa murid ke surau.
2)    Guru menerangkan gambar/ carta gambar cara berwudu’ satu persatu.
3)    Kemudian, guru menunjukkan terlebih dahulu cara-cara berwudu’ secara  jelas dan tertib.
4)    Murid memerhatikan perlakuan guru.
5)    Guru meminta murid mengulangi perlakuan guru.
6)    Guru membetulkan kesilapan murid sekiranya terdapat kesalahan.
7)    Guru memberi peneguhan positif kepada murid
8)    Guru bertanya kepada murid cara-cara berwudu’ dengan betul.
9)    Guru mengedarkan lembaran kerja tentang cara-cara berwudu.
10) Guru membawa pulang murid ke kelas.

Tajuk : Perlakuan Solat

Aplikasi Kaedah Perbandingan
1)    Guru memberi penerangan berkenaan nama solat lima waktu, bilangan rakaat serta lafaz niat solat.
2)    Murid memberi sepenuh perhatian ke atas penerangan guru.
3)     Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan.
4)    Guru memberi 3 kad potongan yang mengandungi nama solat, bilangan rakaat dan lafaz niat yang berlainan kepada setiap kumpulan.
5)    Wakil setiap kumpulan dikehendaki ke hadapan dan menampal kad potongan mengikut kategori yang telah disediakan oleh guru.
6)    Murid lain diberi peluang untuk memperbetulkan jawapan yang salah.
7)    Guru membuat penilaian dan memberi kesimpulan.

Aplikasi Kaedah Tunjukcara
1)    Guru membawa murid ke surau untuk melakukan amali rukun fi’li dalam solat.
2)    Guru menerangkan kepada murid rukun-rukun fi’li dalam solat menggunakan carta gambar yang disediakan.
3)    Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.
4)    Guru menunjukkan cara melakukan rukun-rukun fi’li dalam solat.
5)    Murid memerhati dan cuba mengingati perlakuan yang guru tunjukkan.
6)    Guru menyuruh murid melakukan perlakuan rukun-rkun fi’li sperti yang ditunjukkan oleh guru.
7)    Murid melakukan perlakuan rukun fi’li dengan betul dan tertib.
8)    Guru memperbetulkan perlakuan murid yang salah.
9)    Murid yang salah dikehendaki mengulangi perlakuan rukun fi’li dengan betul.
10) Guru membuat kesimpulan.

Tajuk : Bersuci Dari Najis

Aplikasi Kaedah Penerangan/ Soal Jawab
1)    Guru menunjukkan kepada murid contoh gambar jenis-jenis najis.
2)    Guru bertanya kepada murid apakah yang mereka lihat pada gambar yang dipaparkan.
3)    Guru menerangkan jenis-jenis najis kepada murid.
4)    Murid mendengar dengan teliti penerangan yang diberikan oleh guru.
5)    Guru bertanya kepada murid apakah maksud najis mukhaffafah, mutawassitah, dan mughallazah secara individu.
6)    Guru membetulkan jawapan yang diberikan murid.
7)    Guru membahagikan  murid-murid kepada 3 kumpulan.
8)    Kumpulan satu dikehendaki berbincang dan memberikan maksud najis mukhaffafah.
9)    Kumpulan dua dikehendaki berbincang dan memberikan maksud najis mutawassitah.
10) Kumpulan tiga dikehendaki berbincang dan memberikan maksud najis mughallazah.

Aplikasi Kaedah Permainan

1)    Guru menunjukkan gambar jenis-jenis najis pada kad imbasan di papan putih.
2)    Guru meminta murid membezakan jenis najis.
3)    Guru meletakkan gambar jenis najis secara rawak.
4)    Guru memanggil murid secara individu untuk mengenalpasti jenis najis dengan betul.
5)    Guru membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan.
6)    Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan contoh jenis-jenis najis sebanyak mungkin.
7)    Kumpulan yang dapat menyenaraikan jenis najis yang paling banyak dikira sebagai pemenang.

Aplikasi Kaedah Tunjukcara/ Demontrasi
1)    Guru membawa murid ke surau.
2)    Guru mengambil sehelai kain sarung dan mengandaikan kain tersebut telah terkena najis mukhaffafah.
3)    Guru menunjukan cara membersihkan najis dengan betul.
4)    Guru meminta beberapa orang murid menunjukkan kembali cara menyucikan najis mukhaffafah secara individu.
5)    Guru membawa murid kembali ke kelas.

Tajuk : Syarat Sah Dan Syarat Wajib Solat

Aplikasi Kaedah Penerangan/ Soal Jawab
1)    Guru memaparkan kad imbasan rukun-rukun solat di papan putih
2)    Guru menerangkan kepada murid erti rukun-rukun solat dan perlakuannya dihadapan kelas
3)    Murid mendengar dengan teliti penerangan daripada guru
4)    guru menjelaskan rukun-rukun solat mengikut tertib
5)    Guru bertanya kepada murid mengenai perlakuan rukun-rukun solat
6)    Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru
7)    Guru mengulangi penerangan perlakuan rukun-rukun solat seperti yang dilihat di dalam kad imbasan
8)    Guru memberikan lembaran kerja kepada murid
9)    Guru membimbing murid melakukan lembaran kerja yang diberikan

Aplikasi Kaedah Amali
1)    Guru membawa kumpulan murid ke surau
2)    Guru menerangkan gambar/carta yang dibawa satu persatu
3)    Guru menerangkan aspek-aspek penting dalam tajuk berkenaan
4)    Guru menunjukkan terlebih dahulu perlakuan rukun-rukun solat secara tertib
5)    Murid memerhatikan satu persatu perlakuan guru
6)    Guru menyuruh murid mengulangi perlakuan guru
7)    Murid mengikut perlakuan guru
8)    Guru membetulkan  dan menegur perlakuan murid yang salah
9)    Guru mengulangi isi-isi penting dan bertanya kepada murid
10) Guru membawa pulang kumpulan murid ke kelas dalam keadaan berdisiplin dan selamat

Tajuk : Rukun Solat

Aplikasi Kaedah Soal Jawab/ Penerangan
1)    Guru mengeluarkan carta gambar mengenai syarat-syarat sah solat dan menampalnya di hadapan kelas.
2)    Guru memberi penerangan berkenaan dengan syarat-syarat sah solat berdasarkan carta gambar tersebut.
3)    Murid mendengar penerangan guru dengan tekun.
4)    Murid dilarang sama sekali bercakap semasa guru memberi penerangan.
5)    Guru kemudiannya bersoal jawab dengan murid berkenaan dengan tajuk ini.
6)    Murid diminta untuk membentuk lima kumpulan. Setiap kumpulan diberi satu potongan kad gambar berkenaan syarat-syarat sah solat.
7)    Guru meminta wakil setiap kumpulan supaya menampal potongan kad gambar masing-masing ditempat yang betul di papan gulung.
8)    Guru membetulkan kesalahan murid dan memberikan peneguhan positif kepada murid.

Aplikasi Kaedah Tunjukcara/ Lakonan
1)    Guru membawa murid ke surau sekolah.
2)    Guru menerangkan syarat sah solat yang pertama adalah suci daripada najis pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat.
3)    Guru menunjukkan kepada murid pakaian dan tempat solat, iaitu surau dalam keadaan bersih tanpa sebarang kekotoran daripada najis.
4)    Kemudian, guru menerangkan syarat yang kedua iaitu suci daripada sebarang hadas sama ada hadas kecil atau besar.
5)    Guru menerangkan syarat ketiga sah solat iaitu menutup aurat.
6)    Guru menunjukkan kepada murid cara-cara menutup aurat yang betul bagi murid lelaki dan perempuan.
7)    Selepas itu, guru menghadap ke arah kiblat iaitu syarat sah solat yang keempat.
8)    Syarat sah solat yang terakhir ialah yakin masuk waktu dan guru menunjukkan kepada murid waktu-waktu solat fardhu yang betul.
9)    Guru meminta murid supaya memahami perkara-perkara yang ditunjukkan guru dan melakukannya sendiri di rumah ketika hendak mendirikan solat.
10) Guru membawa murid kembali ke kelas.


No comments:

Post a Comment