Wednesday 13 May 2015

MUKJIZAT AL-QURAN

Al-Quran adalah mukjizat terbesar yang diturunkan Allah s.w.t. kepada nabi Muhammad s.aw untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia. Seterusnya, kita akan selami makna dan mukjizat al-Quran.

Makna al-Quran

Manna’ al-Qattan (2000) menjelaskan bahawa kalimah al-Qur’an dalam bahasa Arab berasal daripada kata kerja qara’a yang bermaksud mengumpul dan menghimpunkan sesuatu. Adapun perkataan al-Qira’ah pula memberi maksud menghimpunkan huruf-huruf dan perkataan-perkataan tertentu dalam bacaan.

Al-Qur’an sama seperti al-Qira’ah yang merupakan kata terbitan daripada qara’a – qira’atan – qur’anan. Kitab al-Quran al-Karim ini dinamakan sedemikian lantaran ia menghimpunkan segala ilmu-ilmu. Imam al-Zarkasyi (1994) pula menjelaskan definisi al-Quran yang lebih ringkas iaitu: “Kalam Allah yang diturunkan sebagai mukzijat dan dikira ibadat dengan pembacaannya”. Subhi al-Saleh (2000) pula menerangkan bahawa kitab suci ini mempunyai beberapa nama yang lain selain daripada al-Quran, iaitu: al-Furqan, al-Zikr, al-Tanzil dan al-Kitab. Setelah anda membaca dan menyelusuri secara ringkas riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dinyatakan di atas.
AKTIVITI 6.1
Mukjizat al-Quran

Aboebakar Atjeh (1980) menerangkan bahawa Al-Quran al-Karim merupakan mukjizat yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Ia merupakan mukjizat yang terbesar dan yang termulia, yang ditinggalkan untuk umatnya sebagai panduan hidup kita. Ia merupakan kitab luar biasa yang memberikan undang-undang dan pedoman hidup yang tidak dapat diciptakan oleh manusia. Keadilannya yang abadi untuk segala bangsa dan nusa, bagi setiap zaman dan masa. Rajah 6.3 menunjukkan imej bulan terbelah adalah bukti kekal mukjizat al-Quran al-Karim. Al-Quran sama ada bahasa atau isi kandungannya, merupakan mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. kerana ketidakmampuan manusia untuk mendatangkan yang seumpamanya membuktikan bahawa kitab.

Al-Quran adalah daripada Allah s.w.t. Tegasnya, mukjizat al-Quran dapatlah dirumuskan berdasarkan perkara-perkara berikut di bawah ini:

  • a)    Keindahan bahasa dan sasteranya serta logik penggunaan kata-katanya.
  • b)    Keharmonian segala prinsip dan teori yang dibawanya.
  • c)    Kesahihan berita-berita silam termasuk kisah umat terdahulu.
  • d)    Kebenaran segala ramalannya termasuk berita-berita yang akan datang.
  • e)    Pembuktian sains tentang kebenaran segala teorinya.
  • f)     Kemukjizatan dalam bidang perundangan dan panduan hidup yang sempurna yang menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment