Friday, 15 May 2015

NOTA PIM 3053 PENDIDIKAN IBADAH SEKOLAH RENDAH


1.            Pengenalan Konsep Ibadah dalam Islam

·                     Definisi Konsep Ibadah
·                     Ibadah dan Adat
·                     Kesan Ibadah


·                     Konsep
·                     Pelaksanaan
·                     Kesan


·                     Cerakin Tajuk
·                     Perincian Isi Kandungan


·                     Tahun 1
·                     Tahun 2
·                     Tahun 3
·                     Tahun 4
·                     Tahun 5
·                     Tahun 6

5.            Penyediaan Rancangan Pengajaran Ibadah Tahun 1-6

·                     Semester
·                     Mingguan
·                     Harian

6.            Pengajaran Ibadah

·                     Individu
·                     Berpasangan

Thursday, 14 May 2015

NOTA PIM 3063 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH



·            Definisi
·            Kepentingan Sirah dalam Islam


·            Konsep
·            Pelaksanaan
·            Kesan

3.      Analisis dan Huraian Isi Kandungan Sirah dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 1-6

·            Cerakin Tajuk


·            TANDA-TANDA KENABIAN NABIMUHAMMAD S.A.W
·            SALASILAH KETURUNAN NABI MUHAMMAD S.A.W
·            PENYUSUAN NABI MUHAMMAD S.A.W
·            NABI DIDIDIK DALAM MASYARAKAT DESA
·            KEWAFATANBAPA DAN IBU NABI
·            KEMATIAN DATUK NABI
·            PEMELIHARAAN NABI OLEH BAPA SAUDARA
·            PEKERJAAN NABI MUHAMMAD S.A.W
·            PERKAHWINAN NABI MUHAMMAD S.A.W
·            PERISTIWA HAJARUL ASWAD
·            PERISTIWA DIGUA HIRA’
·            MUKJIZAT AL-QURAN
·            PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ
·            HIJRAH KE MADINAH
·            PIAGAM MADINAH
·            PERJANJIAN HUDAIBIYAH
·            PEMBUKAAN KOTA MEKAH
·            PEMBINAAN MASJID QUBA
·            PERSAUDARAAN MUHAJIRIN DAN ANSAR
·            PEMBENTUKAN NEGARA MADINAH
·            PERKEMBANGAN ISLAM DI ZAMAN NABI S.A.W

·            HAJI PERPISAHAN DAN KEWAFATAN NABI

·            Perincian Isi Kandungan


·            Tahun 1
·            Tahun 2
·            Tahun 3
·            Tahun 4
·            Tahun 5
·            Tahun 6

5.      Penyediaan Rancangan Pengajaran Sirah Tahun 1-6

·            Semester
·            Mingguan
·            Harian

6.      Pengajaran Sirah

·            Individu

·            Berpasangan

Kaedah Pengajaran Sirah Sekolah Rendah

Kaedah Pengajaran Sirah Sekolah Rendah

Kaedah merujuk kepada satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik.  Dalam menerangkan sesuatu prosedur pengajaran dan pembelajaran guru boleh menggunakan kaedah yang sesuai terutama kaedah-kaedah yang dapat  memenuhi keperluan murid.

 Dalam mengendalikan apa sahaja kaedah / teknik prinsip-prinsip berikut boleh dijadikan panduan:
a.    Melibatkan pelajar secara aktif
b.    Menggalakkan pengalaman secara langsung
c.    Menekankan amalan dan penghayatan
d.    Mengambil kira kebolehan dan keupayaan pelajar
e.    Menyampaikan pengetahuan dan pengalaman secara
      bersepadu

Panduan   menggunakan  kaedah yang berbeza
a.    Mesti sesuai dengan murid
b.    Guru benar-benar faham kaedah yang akan digunakan.
c.    Pastikan kaedah itu  membantu pencapaian objektif P & P
d.    Dapat merangsangkan murid berfikir dan interaktif
e.    Memandu murid uuntuk mencapai kejayaan

Kaedah pengajaran sirah biasanya adalah berorientasikan sejarah. Oleh kerana itu guru perlu menguasai beberapa kemahiran mengajar supaya pengajaran tersebut menarik dan berkesan. Kesan daripada pengajaran sirah kepada pelajar ialah pelajar dapat mengambil pengajaran dan iktibar daripada kisah-kisah yang mereka pelajari.  Antara objektif pengajaran sirah ialah:

  1. Menyedarkan pelajar tentang perjalanan hidup dan perjuangan Rasulullah SAW menegakkan agama Islam
  2. Mengambil pelbagai pengajaran dan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku ke atas umat yang terdahulu
  3. Menjadikan Rsulullah SAW sebagi contoh ikutan yang terbaik
  4. Menanamkan semangat dan cintakan Islam

Terdapat beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang biasa digunakan oleh guru untuk pengajaran sirah. Antara kaedah-kaedah yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam
1.          Soal jawab
2.          Projek
3.          Lawatan
4.          Main peranan
5.          Sumbangsaran
6.          Simulasi
7.          Bercerita
8.          Kuiz
9.          Dialog
10.        Bermain
11.        Penerangan/Syarahan/Kuliah
12.        Perbincangan

A.  Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita ialah suatu teknik pengajaran di mana guru menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran dengan cara bercerita yang menarik dan menghiburkan. Oleh kerana itu, setiap guru seharusnya dapat menguasai prinsip-prinsip bercerita supaya ianya dapat disesuaikan orang yang mendengar cerita tersebut.

i. Prinsip Kaedah Bercerita
Antara prinsip-prinsip bercerita ialah:
  1. cerita mestilah mempunyai tema yang sesuai dengan umur, latarbelakang dan pengalaman murid.
  2. Cerita mestilah menggunakan bahasa yang sesuai. Bahasa perlulah mudah, tepat dan jelas serta tidak mempunyai perkataan yang mengelirukan.
  3. Plot cerita hendak tersusun teratur serta mempunyai permulaan dan kesudahannya.
  4. Penyampaiannya haruslah menarik dengan suara yang jelas serta intonasi yang sesuai.
  5. Gerak badan dan ekpresi mata perlulah berdasarkan kepada suasana dan mood cerita seperti riang, sedih atau marah.

Dalam Pendidikan Islam, guru yang hendak bercerita mestilah ikhlas dan bercerita semata-mata kerana Allah untuk mendidik pendengar supaya berakhlak mulia dan bertakwa kepada Allah. Oleh itu, cerita-cerita yang dipilih adalah cerita yang boleh memberi didikan dan pengajaran. Islam tidak bersetuju dengan cerita-cerita yang berunsur khayalan, seks, karut dan khurafat.

ii. Langkah-langkah Pengajaran Sirah Menggunakan Kaedah Bercerita

Bagi memastikan objektif pengajaran tercapai dengan menggunakan kaedah bercerita, guru terlebih dahlu perlu merangka langkah-langkah pengajaran. Antaranya:

a) Sebelum Sesi Bercerita
  • Memilih cerita yang sesuai dengan tema dan isi pengajaran
  • Wujudkan suasana yang memberansangkan dan sesuai dengan cerita
  • Menyediakan soalan-solan yang sesuai untuk sesi bercerita
  • Sediakan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai

b) Permulaan Pengajaran
Menarik perhatian pelajar dengan menggunakan beberapa teknik. Antaranya:
  • Gunakan set induksi yang menarik
  • Mengemukan beberapa soalan
  • Menunjukkan gambar, rajah dan peta
  • Membuat kuiz dan teka-teki

c) Semasa Sesi Bercerita
Ketika guru bercerita perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
  • Gaya dan nada suara yang sesuai
  • Pandang semua pelajar dan adakan kontak mata
  • Gunakan gerak isyarat atau bahasa badan
  • Gunakan soalan sekiranya pelajar mulai bosan
  • Libatkan murid dalam aktiviti berceria
  • Terapkan nilai-nilai murni dalam cerita

d) Selepas Sesi Bercerita
  • Beri peluang kepada pelajar bertanya dan mengemukakan soalan
  • Menyoal pelajar mengenai pengajaran daripada cerita yang telah disampaikan
  • Melakukan aktiviti yang sesuai sebagai tugasan susulan

 B.  Kaedah Perbincangan

Perbincangan merupakan satu kaedah yang melibatkan perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar fikiran dan berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan untuk mencari penyelesaian. Tujuan kaedah ini adalah untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu topik. Ia secara langsung dapat merangsang minat pelajar dan membimbing mereka mendapatkan pengetahuan yang baru.

i. Pembahagian Kaedah Perbincangan
Kaedah ini terbahagi kepada dua iaitu:
  1. Perbincangan Formal
  2. Perbincangan Tidak Formal

a) Perbincangan Formal
Perbincangan Formal dijalankan secara perbahasan, forum pembentangan kertas kerja dan sebagainya. Ciri-ciri perbincangan formal adalah seperti berikut:

• Penentuan Penglibatan Pelajar
Guru perlu menentukan terlebih dahulu pelajar yang akan mengambil bahgian. Misalnya, jika guru ingin mengadakan forum, terlebih dahulu ditentukan pelajar yang akan menjadi ahli panel. Begitu juga dengan tugas-tugas lain seperti pengerusi,pencatat dan penjaga masa.

• Masa yang Mencukupi
Pelajar diberi masa yang mencukupi untuk mencari bahan yang akan disampaikan. Bahan boleh didapati daripada berbagai sumber seperti majalah, surat khabar, internet dan sebagainya.

• Penglibatan Ramai Pelajar
Sebaik-baiknya guru perlu melibatkan seberapa ramai pelajar yang boleh. Dalam aktiviti forum misalnya, pelajar yang menjadi diberi peluang untuk menyatakan pendapat mereka. Penglibatan pelajar yang ramai akan menjadikan pengajaran guru lebih berkesan.

• Aktiviti Susulan
Aktiviti perbincangan perlu disusuli dengan aktiviti lain. Dalam pengajaran akhlak misalnya, tajuk forum boleh dijadikan tajuk karangan atau esei. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan kepada perbincangan tersebut.

• Ulasan Guru
Setelah tamat perbincangan guru, perlu memberi komen atau pendapat. Isi perbincangan perlu ditambah dan beberapa perkara yang dibincangkan hendaklah diulas semula oleh guru.

b) Perbincangan Tidak Formal

Bagi perbincangan tidak formal pula biasanya dijalankan tanpa memerlukan persiapan rapi seperti perbincangan formal. Antara ciri-ciri perbincangan tidak formal ialah:


• Guru Menjadi Pengerusi
Dalam perbincangan tidak formal guru bertindak sebagai pengerusi. Perbincangan dibuka kepada semua pelajar. Guru perlu memberi peluang kepada seberapa ramai pelajar untuk memberikan pendapat mereka. Guru juga perlu menggalakkan pelajar yang pasif supaya mengambil bahagian.

• Kawalan Kelas
Kawalan kelas adalah penting untuk mengelakkan pelajar daripada berebut-rebut untuk bercakap. Ketegasan guru perlu untuk menjadikan perbincangan lebih teratur. Guru juga perlu menentukan agar perbincangan tidak dimonopoli oleh pelajar tertentu sahaja.

• Pembahagian Kumpulan
Pelajar boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Mereka diberi masa yang yang mencukupi untuk membincangkan tajuk-tajuk yang telah ditentukan. Setiap kumpulan perlu melaporkan hasil perbincangan dalam kumpulan mereka.

Kaedah ini  berkesan untuk dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran  sirah kerana kerana perbincangan melibatkan pelajar secara langsung dalam pembelajaran. Malah mereka dilatih untuk memberi pendapat dan menghormati pendapat orang lain. Mereka juga turut bekerjasama dan merancang sesuatu sebelum membuat keputusan.

C.  Kaedah Lakonan

Kaedah lakonan iaah satu kaedah pengajaran yang berbentuk drama pendek atau sketsa yang melibatkan lebih daripada dua orang pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak dan peranan yang diperlukan mengikut skrip atau isi pengajaran. Misalnya, dalam pengajaran sirah, pelajar dikehendaki melakonkan babak yang berkaitan dengan perjanjian Hudaibiah. Pelajar-pelajar yang terpilih melakonkan babak tersebut dan pelajar-pelajar lain memerhatikannya.

Dalam kaedah ini, pelajar-pelajar menjalankan aktiviti lakonan dan berpeluang mengalami sendiri situasi dan masalah. Pelajar-pelajar juga digalakkan membuat berdasarkan maklumat-maklumat yang dikumpulkan ketika menyaksikan lakonan tersebut di samping itu pelajar juga boleh mendapatkan maklumat melalui temuramah dengan individu-individu tertentu yang terlibat dengan lakonan tersebut. Pada akhir lakonan guru dan pelajar akan membincangkan peristiwa tersebut dan memberi ulasan dan pendapat masing-masing. Melalui kaedah ini, pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan seperti kemahiran lisan, mengambil nota dan catatan, kemahiran menulis dan mengarang serta kemahiran membuat keputusan.

Untuk menjalankan kaedah lakonan, beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya:

• Peristiwa Yang Sesuai
Tidak semua peristiwa atau episod sesuai dilakonkan. Pilih peristiwa yang agak relevan dengan isi pengajaran. Episod yang dipilih itu sebaik-baiknya tidak memerlukan begitu ramai pelakon.

• Pelakon Memahami Situasi
Pelajar yang dipilih hendaklah benar-benar memahami peristiwa tersebut. Guru perlu menjelaskan terlebih dahulu situasi yang hendak dilakonkan seperti punca dan akibat peristiwa itu berlaku. Setiap pelajar perlu memahami dan menghayati watak masing-masing.

• Penjelasan Kepada Penonton
Guru perlu menjelaskan kepada pelajar-pelajar mengenai apa yang mereka tonton.Dengan penjelasan ini, pelajar-pelajar lain akan dapat atau cuba memahami apa yang cuba dilakonkan oleh rakan mereka.

• Pelakon Yang Sesuai
Sebaik-baiknya pelakon dipilih secar sukarela. Pemilihan secara sukarela ini dijangkakan memberikan hasil yang lebih berkesan. Lakonan boleh diulang. Guru juga boleh menggunakan pelajar-pelajar lain untuk mengulangi lakonan tersebut.


• Lakonan Secara Bebas
Biarkan pelajar memainkan peranan dn watak mereka secara bebas. Pelakon tidak perlu terlalu terikat dengan skrip. Walaubagaimanapun guru perlu mengawasi pelajar agar mereka tidak menyeleweng dari situasi yang sepatutnya mereka lakonkan.

• Perbincangan selepas Lakonan
Setelah selesai lakonan, guru dan pelajar hendaklah berbincang tentang babak yang telah mereka saksikan. Hasil perbincangan ini dapat membantu pelajar lebih memahami peristiwa yang mereka pelajari.

Langkah-langkah Kaedah Lakonan Dalam Pengajaran Sirah

Bil
Kaedah
Huraian
1
Perbincangan
  • Melatih murid-murid memberikan pendapat atau idea-idea mengenai sesuatu topik yang ditetapkan.
  • Guru dalam hal ini bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara.
  • Kaedah ini sering bergandingan dengan kaedah sumbang saran iaitu murid memberi idea atau pandangan dalam bentuk perbincangan.
  • Faedah menggunakan teknik ini ialah murid-murid dapat bebas bersuara menyatakan pandangan dan menggalakkan pertukaran idea antara beberapa orang murid. Maka secara tidak langsung membimbing mereka memperolehi pengetahuan baru.
2
Kuiz
  • Ia merupakan bentuk pertandingan menjawab soalan.
  •  Faedah atau rasionalnya menggunakan kaedah ini ialah merangsang dan menguji pemikiran murid untuk mengingat kembali dan memahami semula fakta dari topik yang dipelajari secara berperingkat-peringkat.
  • Prinsip penyoalan ialah dari mudah kepada yang susah, dari jauh kepada dekat atau sebaliknya, dari yang umum kepada spesifik atau sebaliknya.
  • Aktiviti akan menjadi sangat menarik sekiranya diselit dengan unsur-unsur hadiah yang mudah kepada murid-murid yang berjaya menjawab soalan-soalan tersebut dengan baik.
 
3
Soal Jawab
  • Guru mengemukakan soalan dan murid menjawab dengan jawapan yang sewajarnya.
  • Faedah dan kebaikan melaksanakan kaedah ini ialah guru dapat menggalakkan murid berfikir dan memberi tumpuan terhadap pelajaran sekali gus mengelakkan mereka memikirkan perkara lain.
  • Kaedah ini juga memudahkan murid memahami dengan lebih cepat kerana mereka berpeluang menyoal guru untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan tajuk pelajaran.
4
Dialog
  •  Teknik perbualan mengenai sesuatu tajuk.
  • Faedah dan praktikalnya menggunakan kaedah ini dalam P&P Asas Ulum Syariah (Sirah) ini ialah dengan berdialog sesama murid kita dapat menyampaikan banyak maklumat dan secara tidak langsung penerapan nilai-nilai murni dapat disemat di dalam jiwa mereka.
5
Cerita
  • Iaitu anda menyampaikan isi pelajaran dengan menggunakan kaedah bercerita.
  • Faedah menggunakan kaedah ini ialah P&P anda akan lebih menarik dan berkesan kerana kebiasaannya murid-murid gemar mendengar gurunya bercerita. Kaedah ini dapat membangkitkan perasaan ingin tahu di kalangan murid-murid.
  • Mereka juga akan lebih memberikan tumpuan lebih-lebih lagi anda menyelitkan unsur-unsur humor atau percintaan, intonasi suara yang pelbagai dan sekali gus anda dapat mengawal kelas dengan baik.
6
Lawatan
  • Ia merupakan aktiviti susulan selepas mengajar sesuatu topik atau pun mengajar kemahiran baru yang memerlukan kepada lawatan.
  • Faedah melaksanakannya ialah murid-murid dapat menghayati topik yang dipelajari dengan lebih mendalam dan memperolehi pengalaman dan pengetahuan baru semasa sesi lawatan.

Aplikasi Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sirah Sekolah Rendah

Mata pelajaran
Pendidikan Islam
Bidang
Sirah
Masa
30 minit
Tajuk
Dakwah Rasulullah di Makkah:
Dakwah kepada keluarga secara sulit.
Kaedah
Cerita, dialog dan kuiz.
Gabung jalin
Membaca dan memahami
Penyerapan ilmu
Geografi, Sejarah dan Akhlak.
Penerapan nilai
Mencontohi kepimpinan dan keperibadian Rasulullah s.a.w. dan penguasaan ilmu pengetahuan.
Kemahiran berfikir
Mengenal pasti dan memberi refleksi mengenai peristiwaperistiwa yang berlaku semasa Rasulullah s.a.w. menyampaikan dakwahnya.
Sumber/Media
Pengajaran
Petikan cerita, skrip dialog dan soalan kuiz
Hasil Pembelajaran
Aras 1: Murid dapat menyebut dan membaca topik dakwah Rasulullah  s.a.w. di Makkah secara sulit dengan betul.
Aras 2: Murid dapat menganalisis perkara-perkara penting dari dakwah Rasulullah s.a.w. secara sulit di Makkah dengan tersusun.
Aras 3: Murid dapat menyenaraikan beberapa pengajaran dari dakwah Rasulullah s.a.w. secara sulit di Makkah dengan baik.

Cadangan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran adalah seperti berikut;

 1. Kaedah Bercerita                                    

Ø  Petikan cerita Rasulullah s.a.w menyampaikan dakwah kepada keluarga terdekat secara sulit.
Ø  Setiap pelajar mendapat salinan cerita tersebut.
Ø  Pelajar-pelajar membaca cerita tersebut secara individu – bacaan senyap.
Ø  Beberapa orang pelajar menceritakan semula kepada rakan-rakan dalam kelas.
Ø  Guru memerhati dan meneliti aktiviti tersebut sambil membetulkan kesilapan.

2. Kaedah dialog

Ø  Dialog Rasulullah semasa berdakwah kepada keluarganya.
Ø  Pelajar-pelajar membaca dialoq tersebut dengan teliti secara bacaan senyap.
Ø  eberapa orang pelajar membaca dialog tersebut di hadapan kelas  -bacaan kuat.

3. Kaedah Kuiz

Ø  Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan.
Ø  Guru mengemukakan soalan kuiz berhubung dengan pelajaran Sirah : Rasulullah berdakwah kepada keluarga.
Ø  Setelah tamat aktiviti tersebut pelajar dan guru membuat rumusan .
Ø  Di samping itu pelajar membuat inferen dan refleksi.

Cadangan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Sirah Tahun 1

i.              Tajuk : Tanda-tanda Kenabian Nabi Muhammad s.a.w

(a) Mengadakan perbincangan dengan murid tentang peristiwa tentera bergajah menyerang kota Mekah. Saya ingin mencadangkan supaya perbincangan dibuat dengan bantuan cerita bergambar, anda perlu menyediakan gambar-gambar yang boleh menunjukkan rentetan peristiwa tersebut seperti gambar tentera bergajah, ka’bah, sekawan burung dan peta kedudukan Mekah dan Yaman (tempat asal Abrahah). Dengan menggunakan gambar-gambar tersebut, anda menggunakan teknik bercerita, kerana teknik bercerita adalah satu teknik yang sangat berkesan kepada murid-murid tahun satu.

(b) Mengadakan perbincangan tentang kejadian-kejadian luar biasa sebelum, semasa dan selepas kelahiran Muhammad s.a.w. Anda boleh membahagikan murid-murid kepada enam kumpulan, kemudian anda edarkan untuk satu kumpulan satu peristiwa luar biasa itu dan meminta setiap kumpulan memahaminya. Setelah itu, setiap kumpulan diminta untuk membentangkan iktibar dan pengajaran dari peristiwa yang berlaku.

(c) Sumbangsaran tentang keperibadian Nabi s.a.w yang mulia sejak kecil hingga dewasa. Semasa anda menjalankan aktiviti sumbangsaran ini, anda perlulah mengaitkan dengan kehidupan seharian murid, supaya mereka dapat membuat satu perbandingan berkaitan dengan akhlak Nabi dan akhlak mereka. Selepas mereka mengeluarkan berbagai pendapat dan membuat banding beza, anda perlu membuat proses dan kesimpulan daripada perbincangan tersebut.

ii. Tajuk  : Silsilah Keturunan Nabi Muhammad s.a.w

(a) Menggunakan Carta Salasilah Nabi Muhammad s.a.w.
Anda tampal satu carta salsilah Nabi s.a.w dari sebelah bapa dan sebelah ibu, sambil memberi penerangan tentang salasilah Nabi s.a.w yang sampai kepada Nabi Ismail a.s, kemudian anda nyatakan bagaimana dan di mana nasab sebelah bapadan sebelah ibunya bertemu. Saya ingin menarik perhatian anda, ibrah dari kisah ini yang paling penting iaitu anda hendaklah memberi penekanan kepada bagaimana salsilah Nabi s.a.w itu suci dari kekufuran atau jahiliyyah.

(b) Membuat Gerak Kerja Secara Berkumpulan

Berbagai gerak kerja secara berkumpulan boleh dilakukan. Di sini saya ingin mencadangkan beberapa contoh gerak kerja yang boleh membantu anda semasa menjalankan aktiviti:

i. Anda edarkan kepada setiap kumpulan satu kertas mahjong dan minta mereka melakarkan grafik yang mudah untuk menunjukkan salsilah Nabi Muhammad s.a.w. Mereka boleh menggunakan kretiviti mereka dalam membuat grafik tersebut.

ii. Membuat teka silangkata berkaitan dengan salsilah Nabi s.a.w, sebagai contoh saya lakarkan di bawah ini:
Melintang:
a. Nasab sebelah bapa dan sebelah ibu Nabi Muhammad s.a.w bertemu.
b. Beliau adalah datuk kepada Nabi Muhammad s.a.w sebelah ibu.
Menegak:
c. Nasab Nabi s.a.w dikatakan sampai kepada Nabi ____________ a.s.
d. Salah seorang anak Nabi Ismail a.s.

iii. Mengadakan pertandingan bercerita. Anda dikehendaki menyediakan beberapa cerita pendek berkenaan dengan salsilah Nabi s.a.w, kemudian anda mengadakan pertandingan bercerita diantara kumpulan. Kaedah ini dapat mencungkil bakat muriddan melatih murid berani bercakap di hadapan orang ramai.

iii. Tajuk : Penyusuan Nabi Muhammad s.a.w

(a) Membuat perbincangan dengan murid tentang kisah penyusuan Rasulullah s.a.w dengan menyatakan siapa yang menyusu baginda dan tempoh penyusuan. Sering kali diingatkan, agar anda mengaitkan dengan keadaan semasa, sebagai contohnya, penggunaan susu lembu yang menggantikan susu ibu.

(b) Menceritakan kepada murid anda tentang pentingnya penyusuan susu ibu kerana ia adalah fitrah yang Allah buat untuk manusia. Kaedah sumbang saran adalah kaedah terbaik untuk melihat tahap kefahaman murid dalam topik di atas.

iv. Cadangan aktiviti penilaian bagi tajuk Tanda-tanda Kenabian Nabi Muhammad s.a.w.

Aktiviti penilaian penting dijalankan untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran telah mencapai hasil yang ditentukan dalam huraian sukatan. Berdasarkan kepada topik di atas anda perlu pastikan murid telah dapat menguasai perkara berikut:
    • 1.    Menyatakan kisah tentera bergajah
    • 2.    Menyebut satu persatu perkara luar biasa yang berlaku terhadap Nabi s.a.w
    • 3.    Menghuraikan Salsilah keturunan Rasulullah hingga ke Nabi Ismail a.s
    • 4.    Menyatakan Kepentingan penyusuan Nabi s.a.w di kampung
    • 5.  Menyebut satu persatu rukun Islam
B.  Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Sirah Tahun 2

i. Tajuk : Nabi dididik dalam masyarakat  desa.

  1. Set Induksi: Guru menayangkan gambar suasana kampung menggunakan media elektronik. Guru meminta pelajar bersoal jawab berkaitan dengan tayangan. Perbincangan pelajar dikaitkan dengan bagaimana Nabi dididik dalam masyarakat desa.
  1. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah:
(i)            Bercerita
(ii)           Sumbangsaran
(iii)          Bersoal jawab
(iv)         Kajian teks

  1. Guru bercerita suasana masyarakat desa ketika Nabi dibesarkan.
  2. Guru meminta sumbangsaran daripada pelajar dengan mengaitkan nilai-nilai murni masyarakat desa.
  3. Guru bersoal jawab dengan pelajar empat kesan pembentukkan diri Nabi dibesarkan di desa.
  4. Guru meminta pelajar membuat kajian kes tentang kemahiran dan pengalaman yang diperolehi Baginda semasa kecil.
  5. Guru membuat rumusan terhadap semua isi pembelajaran.
(a)  Bincangkan nilai-nilai murni masyarakat desa.
(b)  Menulis kemahiran dan pengalaman yang diperolehi oleh Nabi semasa di desa.
Aktiviti 7.1
ii. Tajuk  : Kewafatan Bapa dan Ibu

  1. Set Induksi:
(i)      Guru memperdengarkan nasyid “selimut putih”/tolong kami bantu
      kami.
(ii)     Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan nasyid tersebut.
(iii)    Guru mengaitkan nasyid dengan isi pelajaran.
(a)  Bincangkan bagaimana cara menghargai jasa ibu dan bapa.
(b)  .Lakonan berkaitan keperihatinan terhadap anak yatim.ktiviti 7
  1. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah kaedah:
(i)            Nasyid
(ii)           Bercerita
(iii)          Soal jawab
(iv)         Lakonan
(v)          Perbincangan
  1. Guru menayangkan gambar berkaitan kematian manusia.
  2. Guru bercerita mengenai peristiwa kematian bapa dan ibu Nabi.
  3. Bersoal jawab berkaitan peristiwa kematian bapa dan ibu Nabi.
  4. Bernasyid tolong kami bantu kami
  5. Lakonan berkaitan keperihatinan terhadap anak yatim.
  6. Guru membuat rumusan terhadap semua isi pembelajaran.

iii. Tajuk : Kematian Datuk Nabi

  1. Set Induksi
(i)            Mempamerkan gambar solat jenazah.
(ii)           Bersoal jawab berkaitan dengan gambar solat jenazah.
(iii)          Mengaitkan dengan tajuk pelajaran.
  1. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah kaedah:
(i)            Bercerita
(ii)           Perbincangan
(iii)          Soal jawab
(iv)         Sumbangsaran
(v)          Penerangan
  1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang nama datuk Nabi.
  2. Guru memberi penerangan mengenai pengalaman Nabi bersama datuknya.
  3. Guru bercerita peristiwa kematian datuk Nabi.
  4. Guru meminta murid membuat pantun tentang peristiwa kematian datuk Nabi.
  5. Guru meminta sumbangsaran daripada murid kesan kematian datuk Nabi kepada Nabi.
  6. Guru membuat rumusan hasil sumbangsaran kesan kematian datuk Nabi.
  7. Guru membincangkan tentang pengajaran dari peristiwa yang mendukacitakan Nabi.
  8. Guru membuat rumusan hasil perbincangan.
  9. Guru membuat rumusan terhadap semua isi pembelajaran.

iv.  Tajuk : Pemeliharaan Nabi Oleh Bapa Saudara

  1. Set Induksi
(i)      Guru mempamerkan gambar bapa saudara dengan anak saudara
       lelaki.
(ii)     Guru bersoal jawab dan mengaitkan dengan tajuk pelajaran.
a)   Jelaskan keadaan Nabi ketika dipelihara oleh bapa saudara   
      Baginda.
b)   Sebutkan pengalaman Nabi ketika bersama bapa saudaranyai 7.9
  1. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah kaedah:
(i)            Bercerita
(ii)           Sumbangsaran
(iii)          Penerangan
(iv)         Kajian Teks
  1. Guru bercerita dan memperdengarkan rakaman kepada pelajar tentang:
(i)            Nama bapa saudara Nabi dan peribadinya.
(ii)           Umur Nabi dan keadaan Baginda.
(iii)          Pengalaman yang diperolehi Nabi semasa dipelihara oleh Abu Talib.
  1. Guru menerangkan iktibar atau pengajaran daripada akhlak Nabi.
  2. Guru meminta pelajar membaca tiga teks berkaitan kesan pengalaman Nabi bersama bapa saudaranya (buku teks).
  3. Guru membincangkan kepentingan hidup berdikari.
  4. Sumbangsaran berkaitan pengorbanan Abu Talib terhadap Nabi
  5. Guru membuat rumusan terhadap semua isi pembelajaran.
Teknik Efektif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sirah

Huda ‘Ali dan Sa’dun Mahmud (2005) menjelaskan bahawa teknik-teknik pengajaran mata pelajaran Sirah Rasul adalah bergantung kepada tajuk-tajuk yang diutarakan, jenisnya dan kepanjangan atau kependekannya. Oleh itu, seseorang guru yang ingin menjalankan pengajaran Sirah Rasul setelah memulakannya dengan sedikit pengenalan, maka ia boleh menggunakan kesemua atau salah satu daripada tiga teknik berikut :

(a) Teknik Pertama: Mengajukan Soalan-soalan Berserta Ulasan

Teknik ini dapat dilaksanakan dengan seseorang guru itu mengajukan soalan-soalan berkaitan tajuk-tajuk dalam mata pelajaran Sirah Rasul. Ianya berkesan untuk menarik perhatian murid-murid dengan mata pelajaran yang disampaikan. Dalam teknik ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu:

  1. Soalan-soalan yang akan diajukan kepada murid-murid perlulah mengikut aliran tahap-tahap tertentu seperti berikut: bermula dengan soalan-soalan bersifat mudah, sederhana dan berpindah kepada soalan-soalan yang agak sukar bagi melihat tahap pemahaman muridmurid dan kepintaran mereka.
  2. Jawapan-jawapan yang diberikan oleh murid-murid sebaik-baiknya diberikan ulasan yang ringkas bagi memperjelaskan sebarang jawapan yang kurang tepat dan sempurna. Guru juga boleh menambah ulasannya berpandukan kepada kisah-kisah dalam Sirah Rasul yang menyokong huraian tersebut.
  3. Ulasan yang diberikan pula sebaik-baiknya dilakarkan dalam bentuk gambar rajah atau senarai tajuk-tajuk utama yang meliputi namanama dan peristiwa-peristiwa atau kisah-kisah tertentu.

(b) Teknik Kedua: Pembahagian Subjek Kepada Tajuk-tajuk Kecil

Teknik ini adalah teknik membahagikan Sirah Rasul kepada tajuk-tajuk yang lebih kecil dan terperinci. Dalam teknik ini terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu:

  1. Isi kandungan Sirah Rasul itu dibahagikan kepada unit-unit atau tajuk-tajuk yang kecil di mana guru tersebut akan menghuraikan unit-unit tersebut. Di samping itu, ia perlu juga mendengar reaksi atau respon murid-murid dan soalan-soalan yang dikemukakan.
  2. Memastikan tajuk-tajuk bagi setiap unit itu ditulis dengan rapi di atas papan hitam/putih dan menghuraikannya satu persatu berdasarkan turutan unit-unit tajuk itu di samping mengambil perhatian kepada tarikh-tarikh penting bagi setiap peristiwa Sirah Rasul yang dinyatakan itu.
  3. Membuat kesimpulan setelah selesai menghuraikan tentang unit-unit tajuk dalam Sirah Rasul itu.

(c) Teknik Ketiga: Penghuraian dalam Bentuk Cerita

Teknik ini adalah teknik menghuraikan Sirah Rasul dalam bentuk penceritaan yang berobjektifkan pendidikan dan mengambil pengajaran daripadanya. Dalam teknik ini terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu:
  1. Mengambil kira kronologi Sirah Rasul dari segi tarikh dan tahun peristiwa itu berlaku dengan penghuraian berbentuk mudah dan jelas.
  2. Menyampaikan pelajaran tersebut dengan cara yang menarik perhatian murid-murid agar respon yang baik diperolehi dan keberkesanannya tercapai di dalam kelas.
  3. Sebaiknya watak-watak dan lokasi-lokasi Sirah dirujuk terlebih dahulu sebelum mengajar, agar pengajaran lebih menarik.
  4. Menjelaskan peristiwa-peristiwa dalam Sirah Rasul dengan menyatakan sebab-sebab ia terjadi dengan mengaitkan pelajaran-pelajaran Sirah Rasul dengan isu-isu semasa.
  5. Menggunakan teknik surprise atau kejutan yang mampu menarik perhatian murid-murid untuk mengetahui cerita selanjutnya.
  6. Menggunakan media pengajaran untuk menjelaskan peristiwa-peristiwa dalam Sirah Rasul dalam bentuk yang menarik dan memberangsangkan. Sekurang-kurangnya papan hitam/putih adalah medium pengajaran yang baik untuk memudahkan kefahaman murid-murid terhadap sesuatu mata pelajaran khususnya Sirah Rasul.