Ringkasnya,
kejayaan sekolah dapat ditafsirkan berasaskan keperluan semasa iaitu: (a) dari
aspek ekonomi, sekolah yang berjaya ditakrifkan sebagai organisasi yang
berupaya untuk meningkatkan pencapaian murid bagi memenuhi keperluan pasaran
tenaga kerja, (b) dari perspektif pengurusan pula sekolah yang berjaya dinilai
dari aspek tahap hubungan sesama manusia yang tinggi, (c) dari sudut pendidikan,
sekolah yang berjaya adalah sesebuah organisasi yang berupaya untuk
meningkatkan pencapaian murid bertepatan dengan penanda aras yang piawai, dan
(d) dalam konteks di Malaysia pula sekolah yang berjaya adalah organisasi yang
berjaya meningkatkan kemajuan diri murid secara berterusan dan usaha tersebut
diberi pengiktirafan.
Bagi
saya, faktor kejayaan bagi sesebuah sekolah dilihat dari sudut pucuk pimpinan
bagi sesebuah sekolah tersebut. Disini saya akan jelaskan lebih
terperinci mengenai pemimpin demokratik. Kebiasaanya, pemimpin ini
akan menunjuk ajar dan memberi panduan kepada orang bawahannya.
Dalam
masa yang sama mereka juga akan melibatkan diri dan memberi ruang kepada
subordinat untuk menyatakan pendapat masing-masing. Namun demikian,
berbanding dengan gaya kepimpinan autokratik, kumpulan organisasi yang bekerja
di bawah kepimpinan demokratik kurang produktif tetapi sumbangan yang diberikan
oleh setiap ahli kumpulan adalah lebih baik, lebih kreatif dan lebih
berkualiti.
Antara
kebaikan yang diperolehi daripada kepimpinan demokratik adalah pekerja lebih
bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebih bertanggungjawab terhadap keputusan
yang dibuat secara bersama dengan pemimpin. Pemimpin demokratik juga
lebih bertimbangrasa dan sentiasa memberi galakan dan penerangan kepada
ahli-ahlinya mengenai kerja-kerja yang perlu dibuat. Pemimpin sentiasa
melibatkan subordinat dalam proses membuat keputusan tetapi keputusan muktamad
akan ditetapkan oleh pemimpin.
Penglibatan
pemimpin dalam proses kerja boleh dioptimumkan dengan mengambil kesempatan ini
untuk menyemai nilai-nilai murni ke dalam jiwa ahli-ahlinya. Dalam masa yang
sama ia juga boleh meningkatkan kempotensi organisasi. Kepimpinan jenis ini mengalakkan pekerja untuk
terlibat sama didalam proses membuat keputusan. Semua maklumat yang melibatkan pekerja akan disalurkan
dan melibatkan mereka ketika membuat keputusan dan menangani sesuatu masalah
secara bersama.
Seorang ketua yang demokratik akan membantu pekerja
menilai prestasi masing-masing berdasarkan pelan pembangunan yang dibangunkan
bersama. Seorang ketua juga
akan membenarkan pekerja membuat target atau sasaran masing-masing. Ianya juga mengalakkan semua pekerja untuk meningkat
dan membangunkan kebolehan diri dan kerjaya masing masing,serta turut memberi
peluang untuk kenaikkan pangkat dan tanggungjawab yang lebih berat.
Untuk lebih
jelas lagi saya akan selitkan cerita mengenai satu sekolah yang
terkenal yang terletak di pedalaman di Sarawak iaitu SK Ba Kelalan merupakan
antara salah satu sekolah yang telah berjaya melibatkan komuniti di sekitar
sekolah tersebut dengan baik dan ini pastinya disebabkan oleh kejayaan guru
besar sekolah tersebut yang telah berjaya memimpin dengan baik..
Jika
kita lihat dari segi kemudahan yang ada di sekitar sekolah tersebut, kemudahan seperti
internet tidak disediakan. Malah, untuk pergi ke perpustakaan atau
belajar di tempat tuisyen, pelajar perlu pergi ke bandar dalam lingkungan jarak
150 km dari sekolah untuk sampai ke tempat tersebut.
Penduduk
kampung disitu kebanyakkannya adalah petani yang bercucuk tanam untuk menyara
keluarga. Maka, kita boleh menjangkakan bahawa sumber pendapatan
mereka adalah sangat rendah. Kebanyakkan ibu bapa kepada murid
tersebut menerima pendidikan paling tinggi hanya semasa di tingkatan tiga.
Merujuk
kepada keputusan peperiksaan awam disekolah tersebut, sebelum tahun 2000, kadar
kelulusan pelajar untuk lulus dalam UPSR hanya dalam 25 peratus. Kemudian
peratusan kelulusan ujian tersebut telah meningkat dari tahun ke tahun sehingga
pada tahun 2009, SK Ba Kelalan telah mencapai lebih daripada 90 peratus
kelulusan ujian UPSR pada waktu tersebut.
Sebagai
hasilnya, banyak anugerah telah diterima oleh sekolah tersebut. Antaranya
ialah anugerah sekolah harapan pada tahun 2003, anugerah sekolah cemerlang pada
tahun 2007 dan paling membanggakan apabila sekolah tersebut diiktiraf sebagai
sekolah kluster kecermelangan pada tahun 2009.
Kejayaan
sekolah tersebut adalah bertitik tolak daripada kepimpinan guru besar sekolah
tersebut. Apatah lagi hubungan yang baik telah terbina yang bermula
diantara guru dengan pelajar. Hal ini seterusnya melibatkan ibu bapa
sebagai komuniti yang besar dalam kemajuan dan perkembangan sekolah tersebut.
Antara
program yang menjadi kunci utama kepada kejayaan sekolah tersebut adalah
program “MUSANG“ yang memberi maksud kebersamaan dalam bahasa kaum Lun Bawang
iaitu majoriti kaum yang terdapat disekitar sekolah tersebut.
Satu
daripada kebiasaan suku kaum Lun Bawang ialah apabila seseorang individu atau
keluarga meminta bantuan kepada masyarakat sekeliling untuk melaksanakan
tugas-tugas yang tertentu, mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan selain
daripada cukup sekadar dijamu dengan makan bersama-sama sahaja.
Program
susulan bagi meningkatkan keberkesan program MUSANG ialah program “COMIC” iaitu
daripada singkatan community in the classroom. Pelbagai aktiviti
telah dijalankan dalam program tersebut, antaranya ialah dengan menghias kelas
supaya murid lebih selesa dan bersemangat untuk belajar semasa berada di
sekolah.
Satu
lagi program khas yang menarik di SK Ba Kelalan ialah program Karyn Jim yang
dilaksanakan khas bagi memenuhi keperluan dua orang pelajar tahun 2 yang tidak
dapat membaca, menulis dan mengira. Program tersebut melibatkan
antara pelajar-pelajar dan ibu bapa pelajar berkenaan. Hasilnya,
melalui program ini, murid-murid tersebut akhirnya dapat mengikuti kelas
seperti biasa sebagaimana murid yang lain.
Jelaslah
disini bahawa kejayaan sebenar sesebuah sekolah bukanlah diukur melalui
peratusan straight A dalam peperiksaan, namun
kejayaan yang sebenar adalah bagaimana sesebuah sekolah berupaya mengubah
komuniti yang berada di sekelilingnya ke arah kecermelangan.
No comments:
Post a Comment