Thursday 6 February 2014

Perbezaan Antara Hibah, Hadiah, Sedekah, Wakaf, Wasiat, Zakat Dan Jual Beli.


1.3 Perbezaan Antara Hibah, Hadiah, Sedekah, Wakaf, Wasiat, Zakat Dan Jual Beli.
Hibah : ‘Akad yang memberi faedah pemilikan ‘ain/ benda tanpa gantian, semasa hidup, secara sukarela. Bebas diberikan kepada siapa saja, termasuklah kepada orang bukan Islam.
Hadiah : Memberi milik kepada orang yang diingini mendekatkan diri dan berkasih sayang, dan lazimnya barangan dibawa datang kepada penerima.
Sedekah : Memberi milik barangan kepada orang yang berhajat/ memerlukan dengan niat taqarrub kepada Allah dan ganjaran di akhirat. Tidak perlu ada pihak yang qabul/ menerima, dan haram mengambil balik selepas diserahkan barangan itu.
Wakaf : Menahan harta pokok yang bermanfaat daripada pemilikan seseorang dan pengendaliannya menjadi milik Allah secara berkekalan dengan niat bertaqarrub kepada Allah. Adakalanya memerlukan penerima dan adakalanya tidak memerlukan penerima.
Wasiat : Pemberian seseorang kepada orang lain, baik ia berupa barangan atau manfaat untuk dimiliki oleh orang lain, selepas pewasiat itu meninggal dunia. Pengertian lain, wasiat ialah perjanjian khusus yang disandarkan kepada kejadian selepas mati, dan kekadangnya disertai kebajikan.
Zakat : Pemberian wajib ke atas mereka yang berharta mengikut syarat tertentu kepada asnaf yang tertentu.
Jual beli : Memberi sesuatu dengan gantian yang dipersetujui.




No comments:

Post a Comment