1-
Zaman pemerintahan Khalifah Al Makmun adalah zaman kemuncaknya kemajuan
peradaban dan kebudayaan Islam.
2-
Banyak ahli-ahli bijak pandai muncul dengan peranan masing-masing dalam
berbagai bidang.
3-
Tertubuhnya pusat-pusat pengajian dengan ulama masing-masing.
4-
Baghdad dipenuhi oleh penterjemah dari berbagai bangsa. Ilmu pengetahuan
diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa dengan upahan yang mahal.
4-
Tertubuhnya Baitul Ulum, pusat pengkajian dan penterjemahan segala ilmu
pengetahuan dari bahasa Gerik, Siriyani, Farsi dan Sansekerit.
5-
Ulama-ulama telah dijemput untuk berkumpul di Baghdad. Mereka berbahas dan
bermuzakarah. Langkah ini telah melahirkan ulama-ulama yang terkemuka seperti
Imam Hambali, Muhammad Musa Al Kawarizmi dan lain-lain lagi.
6-
Pelajar-pelajar diberi hadiah galakkan, biasiswa dan bantuan tertentu.
7-
Mendirikan dua menara untuk meneropong bintang.
8-
Memperluaskan dan memajukan Darul Hikmah (perpustakaan) yang telah didirikan
oleh ayahandanya
Pada
abad ini ahli-ahli astronomi Islam telah memiliki akar yang kuat dan kukuh
dalam bidang ini. Segala ilmu pengetahuan yang ada dan ilmu yang sebelumnya
mengenai astronomi digabungkan sehingga menghasilkan satu ilmu pengetahuan yang
baru. Ilmu pengetahuan dan penemuan-penemuan pada abad ke 9 ini telah menjadi
rujukan yang berkualiti pada dua abad selepasnya.
Contoh-contoh
ilmu dalam islam
Tafsir
1. Ibnu
Jarir At-Thabari
Nama
lengkapnya, Abu Ja’far Muhammad bin Jarir At-Thabari. Dilahirkan di Thabrastan
pada tahun 224 H/839 M, dan wafat di Bagdad tahun 310 H/932 M. seorang ahli
tafsir. diantara kitab yang terkenal adalah Tafsir Jami’ul Bayan,
2. Al-Qurtubi
Nama
lengkapnya, Abu Abdillah Muhammad bin Abu Bakar bin Faraj Al-Quttubi, seorang
ahli tafsir yang terkenal yang banyak diambil pendapatnya oleh ahli-ahli
tafsir generasi sesuadahnya. Lahir di Cordova (Andalusia) pada tahun 486
H/1093 M, dan wafat di Maushul pada tahun 567 H/1172 M.
As-Suyuti
Nama
lengkapnya, Jalaludin Abdurrahman bin Abu Bakar bin Muhammad As-Suyuti. Lahir
pada tahun 849 H/1445 M dan wafat tahun 911 H/1505 M. termasuk pakar sejarah
dan ahli ilmu bahasa arab. Kitab susunannya lebih dari 500 buah.
Ibnu
Katsir
Nama
lengkapnya, Imaduddin Abul Fida Ismail bin Umar bin Katsir Al Qurasyi Ad
Dimasqi. Lahir pada tahun 701 H/1302 M, Wafat Tahun 744 h/1373 M. seorang ahli
hadis yang sangat terkemuka dalam urusan fiqh. Diantara kitab nya adalah Tafsir
Al Quranul Adhim atau yang terkenal dengan sebutan Tafsir Ibnu Katsir sebanyak
4 jilid.
Hadis
IMAM BUKHARI
Nama
lengkapnya adalah Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Bin Ibrahim Bin Al-Mugirah
Bin Bardizbah Al-Bukhari. Selain sahih al-Bukhari juga menulis beberapa karya
lain, di antaranya adalh at-Tarikh as-Sagir, at-Tarikh al-Ausat, Tafsir
al-Musnad al-kabir, Kitab al-Illah, Kitab ad-Du’afa, Asami as-Sahab, dan Kitab
Al-Kuna. Kitab Sahih
Al-Bukhari telah diSyarah oleh beberapa ulama hadits, contohnya Kitab Fath
Al-Bari yang di tulis oleh ibnu Hajar Al-Asqalani.
IMAM
MUSLIM
Nama
lengkapnya adalah Abu Al-Husain Muslim Bin Al-Hajjaj Al-Qusyairi An-Nisaburi.
Dalam rawi hadits, Bukhari dan muslim sering disebut Syaikhani (dua Syekh). Karyanya adalah al-Jami’as-sahih Muslim yang
lebih di kenali dengan Sahih Muslim.
IMAM
ABU DAUD
Nama
lengkapnya adalah Abu Daud Sulaiman Bin Al-Asy’as Bin Ishaq Bin Basyir Bin
Syidad Bin Amr Bin Amran Al-Azdi As-Sijistani. Abu Dawud menulis sebuah kitab
hadis, iaitu Sunan Abi Dawud.
AT-TIRMIDZI
Nama
lengkapnya adalah Abu Isa Muhammad Bin Isa Bin Saurah Bin Musa Bin Dahhat
As-Sulami Al-Bugi.
AN-NASA’I
Nama
lengkapnya adalah Ahmad Bin Syu’aib Bin Ali Bin Bahr Bin Sinan. An-Nasa’i
menulis beberapa kitab, yaitu As-Sunan Al-Kubra (sunah-sunah yang agung),
As-Sunan Al-Mujtaba (sunah-sunah pilihan), Kitab At-Tamyiz (kitab pembeza),
Kitab Ad-Du’afa (kitab tentang orang-orang yang kecil), Khasa’is Amirul
Mu’minin Ali bin Abi Thalib (keistimewaan amirul mu’minin Ali bin Abi Thalib),
Musnad’Ali (kitab dari Ali), dan Musnad Malik (kitab hadits dari Malik), dan
tafsir. Kitab As-Sunnah
Al-Mujtaba merupakan kitab yang terkenal selain Snan An-Nasa’i saat ini.
IBNU MAJAH
Nama
lengkapnya adalah Abu Abdillahbin Yazid Ar-Rabi’i Al-Qazwini. Majah adalah nama
gelar bagi yazid. Ibnu Majah telah
menyusun kitab dalam berbagai cabang ilmu. Dalam bidang tafsir, ia menulis tafsir Al-Qur’an Al-Karim.
Dia juga menulis At-Tarikh, Karyanya dalam bidang hadis adalah Sunan Ibnu
Majah,
Fiqh
IMAM HANAFI
Nama
lengkapnya adalah Abu Hanafiyah Nu’man Bin Sabit. Selain mendalami ilmu fikih,
Imam Hanafi juga mendalami hadis dan tafsir. Selain itu, Imam Hanafi juga
meninggalkan beberapa karya iaitu al-fara;id, asy-syurt (membahas
perjanjian),al-fiqih al-akbar(membahas ilmu kalam).
IMAM MALIK
Nama
lengkapnya adalah Abu Abdullah Malik Bin Annas Bin Malik Bin Abi Amir Bin Amr Bin Harist Bin Gaiman Bin Kutail Bin Amr Bin Harist Bin Asbahi. Kitab yang di tulis oleh
imam malik adalah Al-Muwatta’.
IMAM SYAFI’I
Nama lengkapnya adalah Abu Abdullah Muhammad Bin Idris
Asyi-Syafi’i. Mazhab fiqihnya terkenal dengan nama mazhab Syafi’i. Adapun
beberapa karya tulisnya adalah Ar-Risalah (membahas tentang usul fiqih), Al-Umm
(membahas kitab fiqih yang menyeluruh), Al-Musnad (hadits-hadits nabi) dan
Ikhtilaf Al-Hadits (kitab mengenai perbezaan-perbezaan dalam hadits).
IMAM MALIK IBNU HAMBAL
Nama
lengkapnya Ahmad Bin Muhammad Bin Hambal. Kemampuannya dalam ilmu hadits
terbukti dengan tersusunnya Kitab Al-Musnad. Beberapa karya tulisannya yang
lain adalah Tafsir Al-Qur’an, Kitab An-Nasikh wal-Mansukh, Kitab Al-Mukaddam wa
Al-Muakhkhar, Kitab Al-Munasikh al-Kabir, Kitab Al-Illah, Kitab al-Wara, dan
Kitab Ta’at Ar-Rasul
Kalam
(falsafah)
Imam
Al Ghazali
Nama
sebenar beliau ialah Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali Dilahirkan di
Tus, Parsi pada tahun 450 Hijrah.
Al-Ghazali telah menulis beberapa buah buku falsafah dalam bidang logik,
fizik dan metafizik yang sangat berpengaruh di Eropah. Kebanyakan bukunya telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, antaranya;
a) Al
Munqiz Min al Dhalal (Penyelamat
Kesesatan),
b) Tahafut
al Falsafah (Penghancuran
Falsafah)
c) Mizanul
Amal (Timbangan Amal)
d) Ihya
Ulumuddin (Penghidupan
Pengetahuan)
e) Mahkun
Nazar & Mi’yarul Ilmu (Mengenai
Ilmu Logik)
f) Maqasid al Falasifa (Tujuan Falsafah).
Al
Farabi
Nama
sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi.
Di barat, beliau dikenali sebagai Alpharabius. Beliau lahir pada tahun 874M
(260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Meskipun Al-Farabi memiliki ilmu pengetahuan
dalam pelbagai bidang, keterampilannya lebih menyerlah dalam bidang falsafah. Falsafah Al-Farabi lebih cenderung kepada
sufisme, ilmu logik dan metafizik. Ia lebih membahaskan kepada;
a) Membuat
analisis antara fakta yang benar dan yang palsu untuk tujuan mendapatkan ilmu
b) Membuat
perbezaan antara yang baik dan yang jahat bagi tujuan mendapatkan kesempurnaan
c) Menggesa
orang ramai mempelajari ilmu logik agar seseorang itu dapat membezakan antara
yang betul & yang salah.
d) Ilmu
metafizik hendaklah disokong dengan dalil-dalil logik.Antara yang dibincangkan
ialah tentang sifat, kewujudan, konsepsi , hal-hal yang tidak wujud, zat, benda
dan lain-lain.
Tasawuf
-
Perubatan
Ibnu
Sina
Nama
sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussian Ibnu Abdullah. Di Barat,
beliau lebih dikenali sebagai Avicenna. Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu
pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang
perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut. Antara sumbangan Ibn Sina ialah menghasilkan
lebih kurang 456 buah buku sepanjang hayat beliau dalam pelbagai judul, khasnya
bidang perubatan. Karya
beliau yang paling berpengaruh pada abad ke 10 ialah Al-Qanun fi al-Tib yang
mengandungi 5 jilid. Ia telah menjadi buku teks perubatan yang paling terkenal
dan digunakan selama enam abad kemudiannya di Eropah. Antara kandungannya
menceritakan gejala2 penyakit seperti diabetes, penyakit venerologi dan
menjelaskan bahawa penyakit batuk kering boleh berjangkit melalui udara. Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku
yang diberi judul Remedies for The Heart Buku itu menghuraikan 760 jenis
penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya.
Al
Razi
Nama
sebenarnya Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi. Lahir pada tahun 236H /850M
di Ray, Iran. Al-Razi
merupakan antara tokoh yang produktif dalam lapangan penulisan. Beliau telah
menghasilkan tidak kurang daripada 200 buah karangan termasuk buku, makalah,
dan surat-surat dalam pelbagai bidang. Karya agung beliau dalam bidang perubatan
ialah Kitab al-Hawi (Liber Contines) yg merupakan sebuah ensiklopedia amalan
perubatan terapeutik Ia menjadi rujukan penting di dunia Eropah. sejak abad
ke-12M sehingga abad ke-17M.
Karya beliau yang lain
ialah Kitab al-Mansur (Liber medicinalis). Dalam buku ini terkandung 10
penemuan berkaitan tentang sains perubatan. beliau menekankan betapa pentingnya
cara pemeriksaan yang teliti sebelum membuat sesuatu kesimpulan tentang sesuatu
penyakit. Penemuan al-Razi
berkenaan sakit campak cacar tulen (smallpox) dan campak biasa (measal) turut
menjadi bahan rujukan perubatan di dunia Barat malah turut
diulangi penerbitannya beberapa kali sehingga abad ke-18M. Antara
sumbangan lain al-Razi dalam dunia perubatan ialah penemuan rawatan kepada
penyakit cacar dan pengasingan alkohol dalam penghasilan antiseptik.Beliau juga
dikatakan sebagai pengasas perubatan psikooptik. Dalam
kerja-kerja kedoktoran, al-Razi menekankan keseimbangan rohani dan jasmani
kerana pada pendapat beliau penyakit jasmani tidak boleh dipisahkan dengan
penyakit rohani. Oleh sebab itu, dalam merawatnya kedua-dua pendekatan iaitu
rohani dan jasmani perlu digemblengkan. Al-Razi turut memberi sumbangan yang besar
dalam bidang kimia dengan terhasilnya Kitab al-Asrar (The Book of Secrets).
Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan merupakan sumber utama
maklumat bahan kimia sehingga abad ke-14M.
Perubatan
-Berada di puncak kegemilangannya pada zaman Bani Abasiyah.
-Berasal dari tamadun asing iaitu Rom.
-Umat islam juga muncul sebagai tokoh-tokoh ilmu perubatan.
-Antara pakar perubatan islam yang ulung ialah:
- Ibnu
Masiwaihi(meninggal 243 H),menghasilkan kitab perubatan.
- Ibnu
as-Sahal(meninggal 255H).
- Ar-Razi(meninggal
320 H),ketua doktor-doktor di Baghdad.
- Ali bin
Abas(meninggal 428 H),
- Ibnu
Sina(meninggal 428 H),dikenali sebagai ahli falsafah.
Astronomi
Al
Zarqali
Al-Zarqali
merupakan salah seorang tokoh dalam bidang astronomi. Beliau telah mencipta pelbagai alat astronomi
yang bermutu tinggi. Beliau juga telah membina sebuah jam air yang boleh
menunjukkan masa pada waktu siang dan malam. Beliau
juga telah menyusun nama hari dalam setiap bulan. Antaranya almanak yang
mengandungi pelbagai jadual untuk menentukan hari yang menjadi permulaan bagi
setiap bulan lunar, koptik Romawi dan Parsi. Astronomi bersumberkan tamadun Yunani, Hindi,
Parsi dan Arab Jahiliah. Dimanfaatkan
oleh umat Islam untuk kepentingan syariah Islam dikenali dengan istilah ilmu
falak. Pada zaman Bani
Abasiyah lahir ramai ulama falak,antaranya ialah:
- Abu Mansur
al-Falaki(meninggal 272 H),mengarang kitab falak antaranya ialah Ithbat al-Ulum
al-Hai’ah al-Falak.
- Jabir
Batani(meninggal 319 H),mencipta teropong bintang.
- Abu
Hasan (277-352 H), pakar astronomi Islam.
- Raihan
al-Bairuni (meninggal 440 H)
Seni
Ada
3 jenis seni bina Islam;
- 1. Bangunan
sipil (imarah madaniyah) dalam perancangan bandar, bangunan & taman.
- Dihiasi
dengan corak tumbuh2an dalam bentuk geometri yang halus & kompleks disulamidengan tulisan & ukiran Arab yang indah
- 2. Bangunan agama (imarah diniyyah) seperti masjid.
- Seni
bina masjid adalah karya seni yang pertama sebelum berkembangnya seni-seni yang
lain.
- Dari
sudut sejarah, ia bermula dengan pembinaan masjid pertama yang diasaskan oleh
Rasulullah saw. di Quba’.
- Konsep
seni bina Islam dapat dilihat pada seni bina masjid yang amat dipengaruhi oleh
falsafah tauhid dan pengaruh tempatan.
- Falsafah
seni masjid dapat dilihat pada ruangnya yang terbuka luas yang bermaksud
terbuka kepada semua tanpa mengira pangkat dan keturunan. Ini kerana semua umat
Islam sama di sisi Allah kecuali ketakwaan
- Selain
itu, ia banyak mengetengahkan bentuk-bentuk bulat yang merupakan bentuk paling
sempurna yang mencerminkn kelembutan & kehalusan
- 3. Bangunan ketenteraan (imarah harbiyyah) seperti benteng-benteng &
menara pertahanan.
- Menara
yang dibina tegak meninggi ke ruang lepas & dihiasi puncaknya dengan bulan
& bintang melambangkan peningkatan jiwa pada alam syahadah ke alam ghaib
yang tidak bertepi.
- Dinding
menara dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk khat. Hal ini yang ditiru
oleh bangunan gereja Kristian yang menggantikannya dengan huruf Latin.
- Antara
menara yang tercantik yang pernah dibina ialah Menara Cairo & Menara
al-Kutubiya di Morocco.
Seni
khat
- Seni
khat lahir serentak dengan lahirnya Islam kerana ia berkait rapat dengan
pengaruh al-Quran. Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah saw, terus dihafal
oleh baginda & pengikutnya. Mereka yang berkebolehan telah menulis di atas
tanah2 kering, batu dll.
- Dengan
kewafatan baginda pada tahun 10 Hijrah & kematian penghafal2 dalam
peperangan, menyebabkan Sayyidina Umar al-Khattab mendesak Khalifah Abu
Bakar agar mengumpul & menulis wahyu dalam bentuk yang lebih kekal.
Tokoh2 penting dalam perkembangan khat & sumbangan mereka:
- Zayd
ibn Thabit - penulis wahyu Nabi Muhammad saw
- Abu
ibn al-Aswad al-Du’ali (688M) – pencipta sistem titik berwarna besar yang
digunakan pada zaman awal Islam sebagai penanda vokal
- Qutbah
al-Muharrir – penulis khat Umayyah yang mencipta 4 bentuk khat utama iaitutumar,
jalif, nisf & thuluth.
- Khawaja
Taj al-Salmani (abad ke-9)- mencipta tulisan ta’liq
- Al-Ahwal
al-Muharrir (abad ke-9)- mencipta sebilangan tulisan bersurih &
mencipta tulisan ghubar.
Seni
halus dan ukiran
a) Kayu
& logam
b) Enamel
c) Seramik
d) Stopless
Seni
sastera
- Pengaruh sastera Islam juga sangat besar di Eropah. Antara
karya bermutu yang dihasilkan oleh sasterawan Islam yang terkenal di dunia
barat adalah seperti berikut:
a) Hikayat
1001 Malam, karya Firdausi
b) Rubaiyat
Omar Khayyam oleh Firdausi.
c) Shah
Nameh oleh Firdausi
d) Gulistam
& Bustan oleh Muslehudin
Al Saadi.
e) Hayy
ibn Yaqzhan, karya Ibn Tufail.
Seni
muzik
- Seni muzik telah mendapat tempat yang
penting dalam tamadun Islam.
Tokoh-tokoh
yang berkaitan dengan seni muzik:
- Ibn
Misjan (705 M) telah memperkenalkan irama Misjah kepada orang2 Hijaz. Irama ini
kemudiannya telah diperbaiki oleh Ishak al-Mansili, kemudiannya oleh al
Isfahani yang memperkenalkan rhythm Zalzaliaz
& Khurasanain.
- Al-Farabi
& Ibn Sina telah megadun nilai muzik Islam dengan nilai muzik Yunan. Buku
al-Farabi yang teragung ialah ‘The Grand Book of Music.’
- Al-Kindi
(874M), Al-Farabi (985M), Al-Khawarizmi (1000M) & Ikhwan al-Safa telah
mencipta pelbagai peralatan muzik seperti gitar, flut, dram, klarinet &
organ.
- Antara
penulis lirik & komposer terkenal pada zaman kegemilangan Islam seperti
Yunus al-Khatib (752M), Khairel ibn Ahmad (772-842M). Ibn Nadiem al-Manshiley
(772-849M) menulis/meletak not-not melodi dalam lirik lagu. Hunayan ibn Haq
(810-973M) merupakan penilai suara lagu.
- Al-Khindi
(809-973M) terkenal sebagai pencipta peralatan muzik & cara membunyikannya
serta penulis lagu
Geografi
Ibn
Batutah
Nama
sebenar Ibn Batutah (1304-1377M) ialah Abu Abdullah Mohd b. Ibrahim Al Lawati
iaitu ahli geografi dari Moroko. Lahir di Tanja, dan mati di Marakas, Moroko,
berketurunan Libya. Dikenali
sebagai ‘Bapa Pelayaran’ kerana beliau telah mengembara selama 28 tahun ,
sejauh 120 675 kilometer. Pengembaraannya yang mashur ialah 1/3
terakhir iaitu ketika menjelajahi negara Afrika dan negara-negara Islam.
Tempat-tempat yang telah dilawati seperti Tangiers, Algiers, Mesir Palestin,
Syria, Makkah Yunan, Aden, Mombasa, Iran, Asia Tengah India, China, Ukraine
Selatan, Khurassan, Bukhara, Lahore, Sukkar, Multan, Sumatera,
Tanah Melayu, Sepanyol, Afrika Tengah dan lain-lain. Beliau sangat
prihatin dalam pengembaraan. Apabila memasuki sesebuah negara, beliau akan
bertanya segala-galanya yang menyentuh pakaian, makanan, sosial &
kebudayaan sesebuah masyarakat. Beliau turut memperincikan alam fizikal yang
berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain, hasil ekonom, eksport negara,
bandar-bandar, pelabuhan-pelabuhan & jalan2 perhubungan. Selepas
itu beliau menetap di Pas, Magribi bagi mentafsirkan hasil pengembaraannya.Salah
seorang penulis di Pas iaitu Ibn Juzu telah menyunting buku beliau dan
menyusunnya dengan gaya bahasa yang teratur. Beliau telah menghasilkan
buku “Tuhfat al Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa” yang menyentuh
mengenai pengembaraan Ibn Batutah. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam
pelbagai bahasa dan diterbitkan di banyak tempat.
Kesusasteraan
-
Matematik
Al
khawarizmi
Nama
sebenar beliau ialah Abu Ja'far Muhammad ibn Musa. Dilahirkan di Khuwarizam
(Rusia) sekitar tahun 780 Masihi. Beliau telah belajar di waktu mudanya
ilmu-ilmu Greek, Hindi dan Parsi.
Al-Khuwarizmi merupakan seorang yang berfikiran ke hadapan di bidang
matematik dan arithmetic. Beliau telah digelar sebagai ahli matematik terulung
dan zaman beliau dikenali sebagai zaman Al Khuwarizmi. Sumbangan terpenting dan termasyhur
al-Khuwarizmi ialah menghasilkan buku pertama dalam algebra yang dinamakan “Aljabar wa al Muqabalah”, Ia
mengandungi himpunan pengetahuan yang membolehkan terbentuknya algebra. Dalam
menghasilkan algebra, beliau telah menggabungkan antara matematik Hindi dan
kejuruteraan Greek. Menyusun risalah kecil di bidang arithmetik
yang dianggap sebagai yang pertama di bidang ini. Ilmu ini dikenali beberapa
kurun selepasnya dengan nama Algorisme. Di dalam risalah tersebut, beliau telah
membicarakan angka-angka Hindi, sifar dan kedudukan angka. Risalah ini telah
diterjemahkan ke bahasa Latin oleh oleh Adelard of Bath. Melalui
kejuruteraan, beliau telah menemui jalan bagi menyelesaikan persamaan quadratik
iaitu permasalahan yang paling tinggi dicapai oleh orang Greek. Beliau juga
telah menghasilkan buat julung kalinya jadual kosain. Beliau juga
telah menghasilkan buku “Al Jamu' wa al Tafriq bi Hisabi al Hind" yang menyentuh tentang matematik Hindi.