Monday, 11 November 2013

SIFAT MAHMUDAH DAN ISU BERKAITAN DENGAN AKHLAK

 SIFAT-SIFAT MAHMUDAH         
1.  Al-‘Adalah ( keadilan )

·         Meletakkan sesuatu ditemptnya yang betul.” Contonya seorang ayah membeli songkok bagi anak lelaki dan  kain tudung bagi anak perempuan.
·         “Sesunguhnya Kami telah mengutuskan rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanajan keadilan”( Surah al-Hadid ayat 25

1.    Adil dalam perkataan.
·         “Dan apabila kamu berkata, hendaklah berlaku adil sekalipun dia adalah kerabat ( mu ), dan tunaikan janji Allah, yang demikian itu diperintahkan “.( Surah al-An’am : 152 ) 
2. Adil dalam urusan peribadi
·         “ Dan jika kamu  takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak ) perempuan yang  yatim ( apabila kamu  mengawininya maka kahwinlah wanita-wanita lain yang kamu senang, dua, tiga atau empat.Kemudian jika kamu takut tidak dapat berlaku adil (maka kahwinlah ) seorang sahaja. (Surah al-Nisa: 3 )
 3.Adil dalam menyelesaikan perselisihan:
·         “Jika kamu berselisih faham pada sesuatu perkara, kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan kepada Rasul.” ( Surah an-Nisai : 59 )
4. Adil terhadap musuh.
·         “Wahai orang-orang yang beriman , hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencian terhadap suatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil.Berlaku adillah kerana adil itu dekat kepada taqwa, dan bertaqwalah kepada Allah.”. ( Surah al-Maidah : 8 ).
5.Adil dalam menghukum.
·         “Sesungauhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimannya dan ( menyuruh kamu ) apabila menetapkan hukum anatara manusia supaya kamu menghukum dengan adil.”( Surah an-Nisai : 58 ).

2). Al-Hikmah ( Bijaksana )

·         hikmat yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W semasa berdakwah ialah budipeketi yang lemah lembut, menahan kemarahan, mengawal perasaan memberi kemaafan ketika berkuasa dan meminta fikiran daripada sahabat pada beberapa perkara yang belum dijelaskan oleh wahyu.
·          “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah, kebijaksanaan “(Surah al-Nahl : 125)

3).   As-Syaja’ah ( Keberanian)

·         Sanggup menghadapi suatu cabaran, rintngan atau risiko yang munasabah tanpa rasa takut
·         Berani tidak membuta tuli : Iaitu berani melakukan sesuatu perkara secara profesional. Contoh sifat berani tersebut ialah sekiranya seseorang itu dituduh atau difitnah melakukan kesalahan maka dia tidak takut untuk membela diri dengan bukti dan alasan yang lojik lagi konkrik. Dia tidak perlu berlawan dengan mengeluarkan kata-kata kesat.
·         Berani kerana benar:         Berani kerana benar adalah nilai atau sifat berani bertanggungjawab kerana menegakkan satu-satu kebenaran berasaskan alasan yang lojik dan bukti yang nyata. Kata-kata hikmah yang berbunyi “berkata benarlah walaupun kebenaran itu menyakitkan”  harus diterima pakai  dan menjadi pegangan kita dalam menegakkan. 
·         Berani bertanggungjawab:Ialah nilai sanggup menerima atau menghadap kritikan,risiko, atau implikasi atas tindakan atau keputusan yang dibuat. Seseorang yang berani bertanggungjawab tidak akan menyalahkan orang lain atau ciba berdalih seandainya tindakan dikenakan ke atasnya. Contoh seorang berani bertanggungjawab ialah orang yang berani mengakui kesalahannya dan sedia memohon maaf atas kesalahan itu.

4) ‘Iffah (Menjaga Kehormatan Diri)
·         Contoh sifat  'iffah ditunjukkan oleh Abdurrahman bin Auf sewaktu beliau menolak dengan lembut, tawaran diberikan harta, rumah atau isteri dari orang Ansor selepas peristiwa hijrah, dan dalam proses untuk membantu ekonomi kaum Muhajirin. Dengan sangat halus dia berkata : "... terima kasih wahai saudaraku atas tawaranmu. Sesungguhnya aku ini pedagang, maka tunjukkanlah aku di mana pasar".
·         Sikap ini mencerminkan sikap yang tidak meminta-minta, tidak mahu menyusahkan orang lain, dan ingin berusaha dengan kekuatan sendiri.
·         Setiap muslim wajib sentiasa berusaha memelihara kesucian dirinya, menjaga hawa nafsu, lidah dan juga hatinya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T  Firman Allah dalam surah as-Syam ayat 9 dan 10 bermaksud ;“Berbahagialah orang yang membersihkan jiwanya, dan rugilah orang yang mengotorinya”

ISU-ISU BERKAITAN DENGAN AKHLAK 

Isu sosial


Punca

Cara Mengatasi

Penderaan Anak

·         Ibubapa yang mendera
·         Kanak-kanak : mangsa penderaan
·         Masyarakat kurang prihatin
·         Pengaruh Media Massa,elektronik.media cetak

·         Kursus Keibubapaan
·         Program kesedaran
·         Amalkan sikap berjiran
·         Menapis bahan-bahan cetak/eletronik
·         Penguatkuasa undang/peraturan sedia ada.

Penagihan Dadah

·         Kurang didikan agama
·         Pengaruh rakan sebaya
·         Perasaan ingin tahu/ keseronokan
·         Tekanan jiwa/perasaan

·         Amal ajaran agama dalam kehidupan
·         Memilih kawan yang baik
·         Mendalami hukum-hukum agama
·         Kuatkuasa undang/peraturan

Penyakit AIDS


·         Seks rambang / Zina
·         Penagihan dadah
·         Perpindahan darah
·         Pengaruh VCD
·         Homeseks

·         Kahwin
·         Amal ajaran agama
·         Pendidikan Seks mengikut hukum agama
·         Kuatkuasa undang-undang

Pengguguran/ Pembuangan bayi

·         Zina / seks bebas
·         Pergaulan bebas
·         Ingin cuba
·         Rogol
·         Kurang didikan agama

·         Amal ajaran agama
·         Bataskan pergaulan lelaki dan wanita
·         Pendidikan/ kursus rumah tangga

 Masalah Remaja

·         Rakan sebaya.
·         Budaya samseng
·         Media Massa
·         VCD lucah

·         Didikan agama sejak kecil
·         Memilih rakan .
·         Menapis bahan-bahan media massa.
·         Program

Jenayah Seks

·         Pakaian menjolok mata
·         Pertimbangan Ekonomi
·         Kebebasan dan keseronokan
·         Wanita di eksploitasi
·         Pergaulan bebas

·         Berpakaian menutup aurat
·         Bataskan kebebasan
·         Naikkan taraf wanita
·         Perlindungan undang-undang terhadap wanita

Jenayah kolar putih

·         Sistem Kapitalis
·         Tamak
·         Salah guna kuasa
·         Khianat
·         Ingin hidup mewah

·         Sistem Ekonomi Islam
·         Jujur/Amanah
·         Pekerja yang baik/akhlak tinggi
·         Undang dikuatkuasakan

Pencemaran   alam sekitar

·         Kurang didikan moral
·         Mengguna alam sekitar tanpa kawalan


·         Pendidikan alam sekitar
·         Kitaran semula
·         Program bersama masyarakat
·         Denda

Rasuah

·         Ingin hidup mewah diluar kemampuan
·         Kurang amanah
·         Pilih kasih

·         Pendidikan Tauhid/Akidah
·         Kuat kuasa undang-undang
·         Tidak pilih kasih



Sunday, 10 November 2013

PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN

1- Zaman pemerintahan Khalifah Al Makmun adalah zaman kemuncaknya kemajuan peradaban dan kebudayaan Islam.
2- Banyak ahli-ahli bijak pandai muncul dengan peranan masing-masing dalam berbagai bidang.
3- Tertubuhnya pusat-pusat pengajian dengan ulama masing-masing.
4- Baghdad dipenuhi oleh penterjemah dari berbagai bangsa. Ilmu pengetahuan diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa dengan upahan yang mahal.
4- Tertubuhnya Baitul Ulum, pusat pengkajian dan penterjemahan segala ilmu pengetahuan dari bahasa Gerik, Siriyani, Farsi dan Sansekerit.
5- Ulama-ulama telah dijemput untuk berkumpul di Baghdad. Mereka berbahas dan bermuzakarah. Langkah ini telah melahirkan ulama-ulama yang terkemuka seperti Imam Hambali, Muhammad Musa Al Kawarizmi dan lain-lain lagi.
6- Pelajar-pelajar diberi hadiah galakkan, biasiswa dan bantuan tertentu.
7- Mendirikan dua menara untuk meneropong bintang.
8- Memperluaskan dan memajukan Darul Hikmah (perpustakaan) yang telah didirikan oleh ayahandanya

Pada abad ini ahli-ahli astronomi Islam telah memiliki akar yang kuat dan kukuh dalam bidang ini. Segala ilmu pengetahuan yang ada dan ilmu yang sebelumnya mengenai astronomi digabungkan sehingga menghasilkan satu ilmu pengetahuan yang baru. Ilmu pengetahuan dan penemuan-penemuan pada abad ke 9 ini telah menjadi rujukan yang berkualiti pada dua abad selepasnya.

Contoh-contoh ilmu dalam islam

Tafsir

1. Ibnu Jarir At-Thabari

Nama lengkapnya, Abu Ja’far Muhammad bin Jarir At-Thabari. Dilahirkan di Thabrastan pada tahun 224 H/839 M, dan wafat di Bagdad tahun 310 H/932 M. seorang ahli tafsir. diantara kitab yang terkenal adalah Tafsir  Jami’ul Bayan, 

2. Al-Qurtubi

Nama lengkapnya, Abu Abdillah Muhammad bin Abu Bakar bin Faraj Al-Quttubi, seorang ahli tafsir yang terkenal yang banyak diambil pendapatnya oleh ahli-ahli tafsir generasi sesuadahnya. Lahir di Cordova (Andalusia) pada tahun 486 H/1093 M, dan wafat di Maushul pada tahun 567 H/1172 M.

As-Suyuti

Nama lengkapnya, Jalaludin Abdurrahman bin Abu Bakar bin Muhammad As-Suyuti. Lahir pada tahun 849 H/1445 M dan wafat tahun 911 H/1505 M. termasuk pakar sejarah dan ahli ilmu bahasa arab. Kitab susunannya lebih dari 500 buah.

Ibnu Katsir

Nama lengkapnya, Imaduddin Abul Fida Ismail bin Umar bin Katsir Al Qurasyi Ad Dimasqi. Lahir pada tahun 701 H/1302 M, Wafat Tahun 744 h/1373 M. seorang ahli hadis yang sangat terkemuka dalam urusan fiqh. Diantara kitab nya adalah Tafsir Al Quranul Adhim atau yang terkenal dengan sebutan Tafsir Ibnu Katsir sebanyak 4 jilid.

Hadis

IMAM BUKHARI

Nama lengkapnya adalah Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Bin Ibrahim Bin Al-Mugirah Bin Bardizbah Al-Bukhari. Selain sahih al-Bukhari juga menulis beberapa karya lain, di antaranya adalh at-Tarikh as-Sagir, at-Tarikh al-Ausat, Tafsir al-Musnad al-kabir, Kitab al-Illah, Kitab ad-Du’afa, Asami as-Sahab, dan Kitab Al-Kuna.  Kitab Sahih Al-Bukhari telah diSyarah oleh beberapa ulama hadits, contohnya Kitab Fath Al-Bari yang di tulis oleh ibnu Hajar Al-Asqalani.

IMAM MUSLIM

Nama lengkapnya adalah Abu Al-Husain Muslim Bin Al-Hajjaj Al-Qusyairi An-Nisaburi. Dalam rawi hadits, Bukhari dan muslim sering disebut Syaikhani (dua Syekh).  Karyanya adalah al-Jami’as-sahih Muslim yang lebih di kenali dengan Sahih Muslim.

IMAM ABU DAUD

Nama lengkapnya adalah Abu Daud Sulaiman Bin Al-Asy’as Bin Ishaq Bin Basyir Bin Syidad Bin Amr Bin Amran Al-Azdi As-Sijistani. Abu Dawud menulis sebuah kitab hadis, iaitu Sunan Abi Dawud.

AT-TIRMIDZI

Nama lengkapnya adalah Abu Isa Muhammad Bin Isa Bin Saurah Bin Musa Bin Dahhat As-Sulami Al-Bugi.

AN-NASA’I

Nama lengkapnya adalah Ahmad Bin Syu’aib Bin Ali Bin Bahr Bin Sinan. An-Nasa’i menulis beberapa kitab, yaitu As-Sunan Al-Kubra (sunah-sunah yang agung), As-Sunan Al-Mujtaba (sunah-sunah pilihan), Kitab At-Tamyiz (kitab pembeza), Kitab Ad-Du’afa (kitab tentang orang-orang yang kecil), Khasa’is Amirul Mu’minin Ali bin Abi Thalib (keistimewaan amirul mu’minin Ali bin Abi Thalib), Musnad’Ali (kitab dari Ali), dan Musnad Malik (kitab hadits dari Malik), dan tafsir.  Kitab As-Sunnah Al-Mujtaba merupakan kitab yang terkenal selain Snan An-Nasa’i saat ini.

IBNU MAJAH

Nama lengkapnya adalah Abu Abdillahbin Yazid Ar-Rabi’i Al-Qazwini. Majah adalah nama gelar bagi yazid.  Ibnu Majah telah menyusun kitab dalam berbagai cabang ilmu. Dalam bidang tafsir,  ia menulis tafsir Al-Qur’an Al-Karim. Dia juga menulis At-Tarikh, Karyanya dalam bidang hadis adalah Sunan Ibnu Majah,

Fiqh

IMAM HANAFI

Nama lengkapnya adalah Abu Hanafiyah Nu’man Bin Sabit. Selain mendalami ilmu fikih, Imam Hanafi juga mendalami hadis dan tafsir. Selain itu, Imam Hanafi juga meninggalkan beberapa karya iaitu al-fara;id, asy-syurt (membahas perjanjian),al-fiqih al-akbar(membahas ilmu kalam).

IMAM MALIK

Nama lengkapnya adalah Abu Abdullah Malik Bin Annas Bin Malik  Bin Abi Amir Bin Amr Bin Harist  Bin Gaiman  Bin Kutail Bin Amr Bin Harist  Bin Asbahi. Kitab yang di tulis oleh imam malik adalah Al-Muwatta’.

IMAM SYAFI’I
Nama lengkapnya adalah Abu Abdullah Muhammad Bin Idris Asyi-Syafi’i. Mazhab fiqihnya terkenal dengan nama mazhab Syafi’i. Adapun beberapa karya tulisnya adalah Ar-Risalah (membahas tentang usul fiqih), Al-Umm (membahas kitab fiqih yang menyeluruh), Al-Musnad (hadits-hadits nabi) dan Ikhtilaf Al-Hadits (kitab mengenai perbezaan-perbezaan dalam hadits).

IMAM MALIK IBNU HAMBAL

Nama lengkapnya Ahmad Bin Muhammad Bin Hambal. Kemampuannya dalam ilmu hadits terbukti dengan tersusunnya Kitab Al-Musnad. Beberapa karya tulisannya yang lain adalah Tafsir Al-Qur’an, Kitab An-Nasikh wal-Mansukh, Kitab Al-Mukaddam wa Al-Muakhkhar, Kitab Al-Munasikh al-Kabir, Kitab Al-Illah, Kitab al-Wara, dan Kitab Ta’at Ar-Rasul

Kalam (falsafah)

Imam Al Ghazali

Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali Dilahirkan di Tus, Parsi pada tahun 450 Hijrah.  Al-Ghazali telah menulis beberapa buah buku falsafah dalam bidang logik, fizik dan metafizik yang sangat berpengaruh di Eropah. Kebanyakan bukunya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, antaranya;
a)    Al Munqiz Min al Dhalal (Penyelamat Kesesatan),
b)    Tahafut al Falsafah (Penghancuran Falsafah)
c)    Mizanul Amal (Timbangan Amal)
d)    Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan)
e)    Mahkun Nazar & Mi’yarul Ilmu (Mengenai Ilmu Logik)
f)     Maqasid al Falasifa (Tujuan Falsafah).

Al Farabi

Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Di barat, beliau dikenali sebagai Alpharabius. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki.  Meskipun Al-Farabi memiliki ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, keterampilannya lebih menyerlah dalam bidang falsafah.  Falsafah Al-Farabi lebih cenderung kepada sufisme, ilmu logik dan metafizik. Ia lebih membahaskan kepada;
a)    Membuat analisis antara fakta yang benar dan yang palsu untuk tujuan mendapatkan ilmu
b)    Membuat perbezaan antara yang baik dan yang jahat bagi tujuan mendapatkan kesempurnaan
c)    Menggesa orang ramai mempelajari ilmu logik agar seseorang itu dapat membezakan antara yang betul & yang salah.
d)    Ilmu metafizik hendaklah disokong dengan dalil-dalil logik.Antara yang dibincangkan ialah tentang sifat, kewujudan, konsepsi , hal-hal yang tidak wujud, zat, benda dan lain-lain.

Tasawuf
-
Perubatan

Ibnu Sina

Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussian Ibnu Abdullah. Di  Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna.  Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.  Antara sumbangan Ibn Sina ialah menghasilkan lebih kurang 456 buah buku sepanjang hayat beliau dalam pelbagai judul, khasnya bidang perubatan.  Karya beliau yang paling berpengaruh pada abad ke 10 ialah Al-Qanun fi al-Tib yang mengandungi 5 jilid. Ia telah menjadi buku teks perubatan yang paling terkenal dan digunakan selama enam abad kemudiannya di Eropah. Antara kandungannya menceritakan gejala2 penyakit seperti diabetes, penyakit venerologi dan menjelaskan bahawa penyakit batuk kering boleh berjangkit melalui udara.  Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart Buku itu menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya.

Al Razi

Nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi. Lahir pada tahun 236H /850M di Ray, Iran.  Al-Razi merupakan antara tokoh yang produktif dalam lapangan penulisan. Beliau telah menghasilkan tidak kurang daripada 200 buah karangan termasuk buku, makalah, dan surat-surat dalam pelbagai bidang.  Karya agung beliau dalam bidang perubatan ialah Kitab al-Hawi (Liber Contines) yg merupakan sebuah ensiklopedia amalan perubatan terapeutik Ia menjadi rujukan penting di dunia Eropah. sejak abad ke-12M sehingga abad ke-17M.   Karya beliau yang lain ialah Kitab al-Mansur (Liber medicinalis). Dalam buku ini terkandung 10 penemuan berkaitan tentang sains perubatan. beliau menekankan betapa pentingnya cara pemeriksaan yang teliti sebelum membuat sesuatu kesimpulan tentang sesuatu penyakit.  Penemuan al-Razi berkenaan sakit campak cacar tulen (smallpox) dan campak biasa (measal) turut menjadi bahan rujukan perubatan di dunia Barat malah turut diulangi penerbitannya beberapa kali sehingga abad ke-18M. Antara sumbangan lain al-Razi dalam dunia perubatan ialah penemuan rawatan kepada penyakit cacar dan pengasingan alkohol dalam penghasilan antiseptik.Beliau juga dikatakan sebagai pengasas perubatan psikooptik.   Dalam kerja-kerja kedoktoran, al-Razi menekankan keseimbangan rohani dan jasmani kerana pada pendapat beliau penyakit jasmani tidak boleh dipisahkan dengan penyakit rohani. Oleh sebab itu, dalam merawatnya kedua-dua pendekatan iaitu rohani dan jasmani perlu digemblengkan.  Al-Razi turut memberi sumbangan yang besar dalam bidang kimia dengan terhasilnya Kitab al-Asrar (The Book of Secrets). Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan merupakan sumber utama maklumat bahan kimia sehingga abad ke-14M.

Perubatan

   -Berada di puncak kegemilangannya pada zaman Bani Abasiyah.
   -Berasal dari tamadun asing iaitu Rom.
   -Umat islam juga muncul sebagai tokoh-tokoh ilmu perubatan.
   -Antara pakar perubatan islam yang ulung ialah:

  • Ibnu Masiwaihi(meninggal 243 H),menghasilkan kitab perubatan.
  • Ibnu as-Sahal(meninggal 255H).
  • Ar-Razi(meninggal 320 H),ketua doktor-doktor di Baghdad.
  • Ali bin Abas(meninggal 428 H),
  •  Ibnu Sina(meninggal 428 H),dikenali sebagai ahli falsafah.

Astronomi

Al Zarqali

Al-Zarqali merupakan salah seorang tokoh dalam bidang astronomi.  Beliau telah mencipta pelbagai alat astronomi yang bermutu tinggi. Beliau juga telah membina sebuah jam air yang boleh menunjukkan masa pada waktu siang dan malam.   Beliau juga telah menyusun nama hari dalam setiap bulan. Antaranya almanak yang mengandungi pelbagai jadual untuk menentukan hari yang menjadi permulaan bagi setiap bulan lunar, koptik Romawi dan Parsi.  Astronomi bersumberkan tamadun Yunani, Hindi, Parsi dan Arab Jahiliah.  Dimanfaatkan oleh umat Islam untuk kepentingan syariah Islam dikenali dengan istilah ilmu falak.  Pada zaman Bani Abasiyah lahir ramai ulama falak,antaranya ialah:


  • Abu Mansur al-Falaki(meninggal 272 H),mengarang kitab falak antaranya ialah Ithbat al-Ulum al-Hai’ah al-Falak.
  • Jabir Batani(meninggal 319 H),mencipta teropong bintang.
  • Abu Hasan (277-352 H), pakar astronomi Islam.
  • Raihan al-Bairuni (meninggal 440 H)

Seni

Ada 3 jenis seni bina Islam;
  • 1. Bangunan sipil (imarah madaniyah) dalam perancangan bandar, bangunan & taman.
  • Dihiasi dengan corak  tumbuh2an dalam bentuk geometri yang halus & kompleks disulamidengan tulisan & ukiran Arab yang indah
  • 2. Bangunan agama (imarah diniyyah) seperti masjid.
  • Seni bina masjid adalah karya seni yang pertama sebelum berkembangnya seni-seni yang lain.
  • Dari sudut sejarah, ia bermula dengan pembinaan masjid pertama yang diasaskan oleh Rasulullah saw. di Quba’.
  • Konsep seni bina Islam dapat dilihat pada seni bina masjid yang amat dipengaruhi oleh falsafah tauhid dan pengaruh tempatan.
  • Falsafah seni masjid dapat dilihat pada ruangnya yang terbuka luas yang bermaksud terbuka kepada semua tanpa mengira pangkat dan keturunan. Ini kerana semua umat Islam sama di sisi Allah kecuali ketakwaan
  • Selain itu, ia banyak mengetengahkan bentuk-bentuk bulat yang merupakan bentuk paling sempurna yang mencerminkn kelembutan & kehalusan
  • 3. Bangunan ketenteraan (imarah harbiyyah) seperti benteng-benteng & menara pertahanan.
  •  Menara yang dibina tegak meninggi ke ruang lepas & dihiasi puncaknya dengan bulan & bintang melambangkan peningkatan jiwa pada alam syahadah ke alam ghaib yang tidak bertepi.
  • Dinding menara dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk khat. Hal ini yang ditiru oleh bangunan gereja Kristian yang menggantikannya dengan huruf Latin.
  • Antara menara yang tercantik yang pernah dibina ialah Menara Cairo & Menara al-Kutubiya di Morocco.

Seni khat

  • Seni khat lahir serentak dengan lahirnya Islam kerana ia berkait rapat dengan pengaruh al-Quran. Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah saw, terus dihafal oleh baginda & pengikutnya. Mereka yang berkebolehan telah menulis di atas tanah2 kering, batu dll.
  • Dengan kewafatan baginda pada tahun 10 Hijrah & kematian penghafal2 dalam peperangan, menyebabkan Sayyidina Umar al-Khattab mendesak Khalifah Abu Bakar agar mengumpul & menulis wahyu dalam bentuk yang lebih kekal.

    Tokoh2 penting dalam perkembangan khat & sumbangan mereka:
  • Zayd ibn Thabit - penulis wahyu Nabi Muhammad saw
  • Abu ibn al-Aswad al-Du’ali (688M) – pencipta sistem titik berwarna besar yang digunakan pada zaman awal Islam sebagai penanda vokal
  • Qutbah al-Muharrir – penulis khat Umayyah yang mencipta 4 bentuk khat utama iaitutumar, jalif, nisf & thuluth.
  • Khawaja Taj al-Salmani (abad ke-9)- mencipta tulisan ta’liq
  • Al-Ahwal al-Muharrir (abad ke-9)- mencipta sebilangan tulisan bersurih & mencipta tulisan ghubar.
Seni halus dan ukiran

a)    Kayu & logam
b)    Enamel
c)    Seramik
d)    Stopless

 Seni sastera

  • Pengaruh sastera Islam juga sangat besar di Eropah.  Antara karya bermutu yang dihasilkan oleh sasterawan Islam yang terkenal di dunia barat adalah seperti berikut:
a)    Hikayat 1001 Malam, karya Firdausi
b)    Rubaiyat Omar Khayyam oleh Firdausi.
c)    Shah Nameh oleh Firdausi
d)    Gulistam & Bustan oleh Muslehudin Al Saadi.
e)    Hayy ibn Yaqzhan, karya Ibn Tufail.

Seni muzik

  • Seni muzik telah mendapat tempat yang penting dalam tamadun Islam.
    Tokoh-tokoh yang berkaitan dengan seni muzik:
  • Ibn Misjan (705 M) telah memperkenalkan irama Misjah kepada orang2 Hijaz. Irama ini kemudiannya telah diperbaiki oleh Ishak al-Mansili, kemudiannya oleh al Isfahani yang memperkenalkan rhythm Zalzaliaz & Khurasanain.
  • Al-Farabi & Ibn Sina telah megadun nilai muzik Islam dengan nilai muzik Yunan. Buku al-Farabi yang teragung ialah ‘The Grand Book of Music.’
  • Al-Kindi (874M), Al-Farabi (985M), Al-Khawarizmi (1000M) & Ikhwan al-Safa telah mencipta pelbagai peralatan muzik seperti gitar, flut, dram, klarinet & organ.
  • Antara penulis lirik & komposer terkenal pada zaman kegemilangan Islam seperti Yunus al-Khatib (752M), Khairel ibn Ahmad (772-842M). Ibn Nadiem al-Manshiley (772-849M) menulis/meletak not-not melodi dalam lirik lagu. Hunayan ibn Haq (810-973M) merupakan penilai suara lagu.
  • Al-Khindi (809-973M) terkenal sebagai pencipta peralatan muzik & cara membunyikannya serta penulis lagu
Geografi

Ibn Batutah

Nama sebenar Ibn Batutah (1304-1377M) ialah Abu Abdullah Mohd b. Ibrahim Al Lawati iaitu ahli geografi dari Moroko. Lahir di Tanja, dan mati di Marakas, Moroko, berketurunan Libya.  Dikenali sebagai ‘Bapa Pelayaran’ kerana beliau telah mengembara selama 28 tahun , sejauh 120 675 kilometer. Pengembaraannya yang mashur ialah 1/3 terakhir iaitu ketika menjelajahi negara Afrika dan negara-negara Islam. Tempat-tempat yang telah dilawati seperti Tangiers, Algiers, Mesir Palestin, Syria, Makkah Yunan, Aden, Mombasa, Iran, Asia Tengah India, China, Ukraine Selatan, Khurassan, Bukhara, Lahore, Sukkar, Multan, Sumatera, Tanah Melayu, Sepanyol, Afrika Tengah dan lain-lain. Beliau sangat prihatin dalam pengembaraan. Apabila memasuki sesebuah negara, beliau akan bertanya segala-galanya yang menyentuh pakaian, makanan, sosial & kebudayaan sesebuah masyarakat. Beliau turut memperincikan alam fizikal yang berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain, hasil ekonom, eksport negara, bandar-bandar, pelabuhan-pelabuhan & jalan2 perhubungan. Selepas itu beliau menetap di Pas, Magribi bagi mentafsirkan hasil pengembaraannya.Salah seorang penulis di Pas iaitu Ibn Juzu telah menyunting buku beliau dan menyusunnya dengan gaya bahasa yang teratur.  Beliau telah menghasilkan buku “Tuhfat al Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa” yang menyentuh mengenai pengembaraan Ibn Batutah. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan diterbitkan di banyak tempat.

Kesusasteraan
-
Matematik

Al khawarizmi

Nama sebenar beliau ialah Abu Ja'far Muhammad ibn Musa. Dilahirkan di Khuwarizam (Rusia) sekitar tahun 780 Masihi. Beliau telah belajar di waktu mudanya ilmu-ilmu Greek, Hindi dan Parsi.  Al-Khuwarizmi merupakan seorang yang berfikiran ke hadapan di bidang matematik dan arithmetic. Beliau telah digelar sebagai ahli matematik terulung dan zaman beliau dikenali sebagai zaman Al Khuwarizmi. Sumbangan terpenting dan termasyhur al-Khuwarizmi ialah menghasilkan buku pertama dalam algebra yang dinamakan “Aljabar wa al Muqabalah”, Ia mengandungi himpunan pengetahuan yang membolehkan terbentuknya algebra. Dalam menghasilkan algebra, beliau telah menggabungkan antara matematik Hindi dan kejuruteraan Greek. Menyusun risalah kecil di bidang arithmetik yang dianggap sebagai yang pertama di bidang ini. Ilmu ini dikenali beberapa kurun selepasnya dengan nama Algorisme. Di dalam risalah tersebut, beliau telah membicarakan angka-angka Hindi, sifar dan kedudukan angka. Risalah ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh oleh Adelard of Bath. Melalui kejuruteraan, beliau telah menemui jalan bagi menyelesaikan persamaan quadratik iaitu permasalahan yang paling tinggi dicapai oleh orang Greek. Beliau juga telah menghasilkan buat julung kalinya jadual kosain. Beliau juga telah menghasilkan buku “Al Jamu' wa al Tafriq bi Hisabi al Hind" yang menyentuh tentang matematik Hindi.