Tuesday, 8 November 2016

Guru Pendidikan Islam dalam Perkhidmatan Awam Malaysia


Konsep Etika

Perkataan etika berasal dari perkataan „ethos‟ (Greek) yang membawa maksud perangai atau keperibadian. Etika sering juga diterjemahkan sebagai moral. Moral berasal dari perkataan Latin „moralis‟ yang bermaksud adat atau budi pekerti atau adab. Dalam Islam, perkataan sinonim dengan etika ialah akhlak. Akhlak ialah suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh sesetengah manusia kepada yang lainnya, menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat.

Etika pentadbiran Islam ialah sikap yang menentukan tingkahlaku pentadbiran mengikut etika yang ditentukan oleh Islam. Ia lebih menyeluruh, mempunyai ciri-ciri dinamik dan profesionalisme yang sempurna. Hal ini kerana kesempurnaan asas dan sumbernya. Asasnya ialah akidah, syariah dan akhlak. Manakala sumbernya ialah al-Quran dan as-Sunnah.

Dalil Berkaitan dengan Etika

 Wahai orang orang yang beriman, taat kepada kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah, dan kepada Ulul Amri (golongan Pemerintah ) dari kalangan kamu” (an-Nisa‟ : 59)

“Taatilah kepada pemerintah kamu bagaimanapun keadaannya, jika mereka memerintah kamu dengan perintah yang sesuai dengan ajaranku, maka mereka akan diberi pahala dan kamu akan diberi pahala kerana mentaati mereka.Dan jika mereka memerintah kamu dengan pemerintah yang tidak sesuai dengan ajaranku, maka dosanya ditanggung oleh mereka, manakala kamu terselamat dari dosa berkenaan.”

Etika Kerja Perkhidmatan Awam

Etika kerja dalam Perkhidmatan Awam bermaksud :

  • Prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi bagi mengawal tingkahlaku pekerja.
  • Satu bentuk kawalan bagi memastikan perlakuan pekerja sentiasa selaras dengan sistem nilai organisasi berkenaan.


Justeru, Etika Perkhidmatan Awam dilaksanakan bagi menjamin mutu kerja dan keperibadian para pegawai perkhidmatan awam dalam melaksanakan tugas serta amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka.

Kepentingan Etika ;
  • Menentukan arah kepada pemikiran, tindakan dan tingkahlaku anggota perkhidmatan awam bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah mereka sebagai pekerja
  • Mewujudkan penyatuan dan penyelarasan diantara anggota perkhidmatan awam sebagai institusi utama kepada pembangunan negara

·         Standard mutlak mendorong bekerja dengan ikhlas dan berkesan

Objektif Etika dalam Perkhidmatan Awam

1. Meninggikan mutu perkhidmatan
2. Mengekalkan kepercayaan dalam menjalankan tugas
3. Memupuk tanggungjawab bersama
4. Mengeratkan hubungan sesama kakitangan

Nilai-Nilai Utama dalam Perkhidmatan Awam

  1. Taat setia - raja, negara dan kerajaan
  2.  Amanah, bersih dan jujur
  3. Bertanggungjawab - tidak boleh membenarkan kepentingan diri bercanggah dengan tanggungjawab awam
  4. Berkecuali - tanpa membawa apa-apa bentuk pengaruh atu tekanan luar
  5. Adil dan saksama
  6. Prestasi yang cemerlang dan berkualiti - tidak boleh cuai dan kurang usaha
  7. Ketepatan masa
  8. Perkhidmatan yang ramah dan mesra
  9. Sikap berjimat cermat
  10. Bersikap positif, responsif, berdayacipta dan enterprising


Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Malaysia tercetus daripada hasil Laporan Kabinet 1979 yang berteraskan kepada pembangunan kemanusiaan sehingga akhirnya membawa kepada penggubalan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) pada 1988.

Falsafah Pendidikan Negara kemudiannya telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah merupakan asas ideologi pendidikan yang meliputi dasar, amalan, strategi, visi, misi dan aspirasi pendidikan negara. Menurut Hassan Langgulung (1995), falsafah pendidikan di Malaysia telah lama wujud secara tersirat dalam dokumen-dokumen rasmi negara
seperli perlembagaan, ucapan pemimpin dan sebagainya sebelum disuratkan secara rasmi mulai 1987.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Justeru, FPK merupakan aspirasi dan matlamat pendidikan negara ke arah negara maju menjelang tahun 2020. FPK melalui “kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan” dijadikan teras kepada dasar pendidikan FPN (Ahmad Mohd Salleh : 2000). Berteraskan identiti kebangsaan, FPK meliputi prinsip-prinsip pembangunan kemanusiaan yang bersatu padu di bawah kemenjadian penghayatan perpaduan Rukun Negara sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Justeru generasi muda perlu dididik dan dibimbing agar menghayati intipati falsafah yang terkandung di dalam FPK.

Menurut Hassan Langgulung (1995), FPK merupakan satu proses mendidik generasi muda sebagaimana berikut ;

  1. Generasi muda harus dididik menyembah Allah.
  2. Generasi muda harus dididik dalam masyarakat yang sihat untuk menegakkan sistem jaminan sosial (takaful ijtima‟i) yang diakui oleh Islam.
  3. Generasi muda harus dididik menggunakan akal dengan berpandukan syariat.
  4. Generasi muda harus dididik bersifat terbuka dengan orang lain.
  5. Generasi muda harus dididik menggunakan pemikiran ilmiah dan melakukan penyelidikan.
Falsafah Pendidikan Islam

Menurut Abd. Halim Hj. Mat Diah (1989), pendidikan Islam merupakan suatu proses bimbingan yang diperolehi secara langsung oleh anak didik bersama pendidik dengan bermatlamatkan ke arah pembentukan insan yang berteraskan ajaran Islam.

Faisal Othman (1992) Hubungan pendidikan Islam dengan wahyu yang diucapkan (virbatim revelation) melahirkan teori ilmu (theory of knowledge). Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan pengetahuan Islam berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah bag membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai
hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat.

Intipati Falsafah Pendidikan Islam (FPI) tersebut menekankan 
  1. “Satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan pengetahuan Islam berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah”. Menjadikan al-Qur‟an dan as-Sunnah sebagai teras pembangunan pendidikan sepanjang hayat. Al-Qur‟an dan as-Sunnah dijadikan sumber utama di dalam menyampaikan dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan.
  2. “Membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah”. Mendidik dan mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan berkemahiran yang tinggi serta berwawasan di dalam membentuk sikap dan keperibadian mulia sebagai seorang hamba Allah.
  3. “Hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara”. Menerapkan konsep kejadian manusia sebagai khalifah Allah di bumi ini yang bergelar hamba dan duta kepada Allah Taala. Sebagai hamba kepada Yang Maha Pencipta, manusia bertanggungjawab menjaga maruah dan kehormatan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara.
  4. “Mencapai kebaikan di dunia dan akhirat”. Bermatlamatkan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Hassan Langgulung (1986) menyatakan tujuan khusus pendidikan Islam ialah :

1)      Memperkenalkan dasar akidah dan ibadat yang betul kepada generasi muda.
2)      Memberi kesedaran akhlak kepada pelajar.
3)      Menanamkan keimanan kepada Allah
4)      Menarik minat generasi muda untuk menambah ilmu pengetahuan.
5)      Menanamkan rasa cinta terhadap al-Qur‟an
6)      Merasakan bangga terhadap sejarah, bdaya dan tamadun Islam
7)      Menanamkan semangat patriotik dan cintakan negara
8)      Bertakwa kepada Allah
9)      Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah.

Mohd Ghazali Abd. Wahid (1992) menjelaskan tujuan dan maksud pendidikan Islam :
  1. Melahirkan ahli bijak pandai yang dapat memahami dan mendalami pengetahuan dan ajaran-ajaran Islam.
  2. Memupuk semangat mereka supaya bertanggungjawab menninggikan syiar Islam.
  3. Berusaha menyiarkan ilmu pengetahuan dan ajaran Islam sebagai pendakwah yang berkaliber.
  4. Melayakkan diri mereka menjadi pemimpin masyarakat ke arah kebahagian dunia dan akhirat
  5. Membentuk keperibadian Islam yang luhur.
Falsafah Etika Islam dalam Perkhidmatan

Falsafah etika Islam dalam perkhidmatan adalah berasaskan wahyu yang tidak didasarkan kepada spekulasi falsafah ataupun tafsiran terhadap sesuatu kejadian. Di Malaysia, etika perkhidmatan ditegakkan di atas tonggak tonggak tertentu sebagaimana berikut :

Tonggak Penentuan Etika Islam
  1. Konsep Al-Amal (Kerja)
  2.  Konsep Al-Adl wa Al-Ihsan
  3. Konsep Al-Amr bi Al-Ma‟ruf
  4. Konsep al-Amal (Kerja)
Kerja sebagai tanggungjawab agama. Setiap manusia perlu melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya.

Tonggak Dua Belas
  • Menghargai masa
  • Ketekunan membawa kejayaan
  • Keseronokan bekerja
  • Kemuliaan kesederhanaan
  • Ketinggian peribadi
  • Kekuatan sifat baik hati
  • Pengaruh teladan
  • Kewajipan menjalankan tugas
  • Kebijaksanaan berhemat
  • Keutamaan kesabaran
  • Peningkatan bakat
  • Nikmat mencipta

2. Konsep al-„Adl dan al-Ihsan. Penerapan konsep ini dapat dilihat dalam bentuk berikut :

  • Adil dalam membuat keputusan

Maksudnya : “…...sekiranya kamu mengadili sesama manusia hendaklah lakukan  dengan adil.....
  • Adil dalam perkataan

 “…..apabila kamu bercakap hendaklah bercakap dengan adil..”

  • Adil dalam membuat kebaikan

 “..Allah menyeru kamu melakukan keadilan dan ihsan (kebaikan)...”

  • Keadilan dalam konteks meletakkan kesamarataan.
  • Adil dalam menuju ke akhirat
3. Konsep al-„Amr bi al-Ma‟ruf

Menyeru kepada kebaikan dan tidak terhad kepada ibadah yang khusus semata-mata, bahkan ianya merangkumi semua aspek kebaikan sejagat dalam kehidupan.

Implikasi Etika Kerja Islam
üMendapat keredaan Allah Taala seperti kebahagiaan di dunia dan diakhirat
ü  Membersihkan jiwa, perwatakan dan personaliti.
ü  Mendisiplinkan diri serta tekun mencapai kejayaan (al-falah).
ü  Sentiasa memikirkan kehadiran Allah dan amanah dalam kerja
ü  Sabar dalam segala tindakan
ü  Tidak terlalu cintakan dunia sehingga melupai akhirat
ü  Menjadi contoh dalam setiap tindakan.
ü  Bertindak dengan adil tanpa diskriminasi

PEKELILING DAN AKTA

Pekeliling

Pekeliling mengandungi perintah-perintah am kerjaan yang perlu dipatuhi oleh setiap pegawai perkhidmatan kerajaan. Pekeliling-pekeliling ini tertakluk kepada perubahan semasa. Secara umumnya perintah am ini dapat dirumuskan sebagai berikut :

Perintah Am Kerajaan

1. Bab A Lantikan dan kenaikan pangkat
2. Bab B Elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan
3. Bab C Cuti
4. Bab D Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib)
5. Bab E Rumah dan bangunan pejabat kerajaan
6. Bab F Perubatan
7. Bab G Waktu bekerja dan lebih masa

Akta

Sebagai seorang warga pendidikan di institusi pendidikan awam, seorang guru perlu mengenali dan menghayati Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang membicarakan persoalan pendidikan secara khusus.

Di dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menjelaskan “guru” dengan ertinya seseorang yang :

a. mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan; atau
b. menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh,

Manakala dalam Bab 10, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menjelaskan bahawa :

50. Pengajaran agama Islam

(1) Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
(2) Pengajaran yang dikehendaki di sesuatu institusi pendidikan di bawah subseksyen (1) hendaklah selama tempoh sekurang-kurangnya dua jam seminggu dalam waktu pengajaran biasa institusi pendidikan itu atau dalam apa-apa waktu lain yang ditetapkan oleh Menteri dalam hal manamana institusi pendidikan yang tertentu.
(3) Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan yang dikehendaki menyediakan pengajaran di bawah seksyen ini hendaklah membuat apa-apa perkiraan yang perlu bagi maksud itu.
(4) Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan dua institusi pendidikan atau lebih boleh, dengan kelulusan Pendaftar, membuat perkiraan supaya pengajaran di bawah seksyen ini diberikan secara bergabung di institusi-institusi pendidikan itu kepada murid yang menganut agama Islam.

51. Pengajaran pengetahuan agama selain daripada agama Islam.
Pengelola institusi pendidikan bantuan kerajaan boleh mengadakan pengajaran bagi agama selain daripada agama Islam untuk murid institusi pendidikan itu atau mana-mana daripada mereka tetapi :

a. pengadaan sedemikian tidak boleh dibiayai dengan wang yang diperuntukkan oleh Parlimen; dan
b. tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapanya.

52. Bantuan kewangan kepada institusi pendidikan IsIam yang tidak ditubuhkan atau disenggarakan oleh Menteri atau Kerajaan Negeri.

Tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan, bantuan kewangan secara sumbangan boleh diberikan daripada wang yang diperuntukkan oleh Parlimen kepada sesuatu institusi pendidikan Islam, yang tidak disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini atau oleh Kerajaan sesuatu Negeri dan sama ada yang merupakan suatu institusi pendidikan mengikut pengertian Akta ini atau bukan institusi pendidikan sedemikian, hanya kerana pengajaran di institusi itu adalah terbatas kepada pengajaran agama Islam semata-mata. Manakala dalam Seksyen 134, Akta Pendidikan 1996 pula menyebut :

a. ..
b. enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran, rekod, buku, bahan, dokumen atau barang, atau memberi maklumat, dengan melanggar subperenggan (b)(ii) atau

c. Adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali

No comments:

Post a Comment