Sememangnya interaksi antara tamadun melayu
dalam tamadun melayu itu sendiri memang jelas terserlah terutamanya dalam bidang
persuratan. Suatu ketika dahulu,
bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa Lingua Franca bagi wilayah
Kepulauan Melayu. Perkembangan bidang
persuratan Melayu boleh kita dapati dalam beberapa bahagian seperti sastera
rakyat, sastera pengaruh Hindu dan juga sastera pengaruh Islam.
Dalam bidang kesenian pula, interaksi
tamadun Melayu dapat dilihat melalui kesenian orang Melayu seperti
keseniaan halus yang dihasilkan oleh orang Melayu yang dipengaruhi oleh
kesenian yang bersumberkan daripada alam semulajadi, kepercayaan dan agama
mereka. Oleh sebab itu, tamadun Melayu sangat kaya dengan hasil seni yang
dibina dan merangkumi pelbagai bentuk kesenian seperti seni tari, seni muzik,
seni ukir dan khat, seni bela diri, seni pertukangan, seni tenun dan sulam dan
sebagainya.
Selain itu juga, dalam bidang
sains dan teknologi, kegemilangan sains dan teknologi yang dicapai oleh
orang Melayu sangat unik kerana ia mencerminkan keperluan serta nilai-nilai
kebudayaan yang ada pada orang-orang Melayu.
Di antara contoh kemajuan sains dan teknologi yang diwarisi dari orang
Melayu dahulu ialah dalam bidang pertanian seperti teknologi pembajakan
dan juga sistem saliran air yang digunakan dalam proses pengairan pertanian
seperti penanaman padi dan sebagainya.
Dalam bidang teknologi alam bina
juga, orang-orang Melayu tidak ketinggalan, di mana kemahiran ini dapat dilihat
dalam pembinaan rumah dan masjid. Contohnya rumah kutai, rumah panjang, kubah,
masjid dan kampung laut yang mempunyai keunikan yang tersendiri.
Akhir sekali dalam bidang pendidikan
kita boleh lihat diawal perkembangan tamadun, masyarakat Melayu hanya menerima
pendidikan tradisional sahaja seperti kelas mengaji Al-Quran dan bahasa
Arab. Perkembangan pendidikan ini sangat
perlahan yang mana ia diusahakan oleh guru-guru agama. Bagi memudahkan aktiviti pembelajaran ini,
banyak pondok-pondok telah didirikan disekitar sekolah tersebut.
No comments:
Post a Comment