Rekod rasmi China yang menyatakan bahawa
Kedah pernah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China melalui
kedatangan China ke Kedah yang bertarikh 638 M menunjukkan interaksi di antara
Tamadun Melayu dan Tamadun China. Kesan daripada interaksi ini, penyebaran
agama Islam di Tanah Melayu di peringkat awal telah dikatakan datang dari
Tanah Besar China ekoran daripada hubungan perdagangan kedua-dua belah pihak.
Hal ini terbukti dengan penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di
Brunei (1048) dan di Laren, Jawa (1082) yang mengatakan Islam datang dari
Canton dan Hainan pada kurun ke-9.
Selain itu, hasil interaksi ini
menyebabkan Tamadun Melayu juga mewarisi Cina Peranakan yang dikenali
sebagai Baba dan Nyonya. Kebudayaan Baba dan Nyonya pula mempunyai
unsur-unsur kebudayaan Melayu. Bahasa Melayu Baba pula banyak
dipengaruhi oleh perkataan Hokkien iaitu salah satu cabang dalam bahasa Cina.
Cina Peranakan juga turut dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan
mereka juga biasa makan menggunakan tangan. Malahan, golongan ini menggunakan
kebaya dan kain sarong sebagai pakaian mereka seharian. Disebabkan
oleh pertukaran barang yang dijadikan sebagai hadiah, Tamadun Melayu telah
diperkenalkan dengan pelbagai jenis tekstil seperti kain sutera dan kain
kapas, barangan porselin, tembikar dan logam serta makanan seperti kicap,
taugeh dan tauhu. Malahan, adat memberi ang pau yang bermaksud sampul
merah ketika perayaan Tahun Baru Cina juga diperkenalkan.
Hasil daripada tempias interaksi
tamadun China dalam tamadun melayu telah menyebabkan Tamadun Melayu turut
memperoleh keuntungan terutamanya dari aspek perubatan dan teknologi
yang dibawa oleh Tamadun China. Seperti
yang kita ketahui, rawatan akupuntur dan herba adalah sangat mujarab dan
bertujuan bagi menyeimbangkan Yin dan Yang mengikut kepercayaan masyarakat
Cina. Perubatan herba Cina yang menggunakan lebih daripada seribu jenis herba
juga dapat mengubati penyakit seperti asma, anemia dan kanser. Dalam bidang teknologi, hasil
interaksi dengan tamadun melayu menyebabkan Tamadun China telah membawa
teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu seperti di Jawa selain
daripada penghasilan barangan lain seperti kertas, kain, bahan letupan,lilin
dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment