CONTOH
PERANCANGAN PENGAJARAN MIKRO.
Persediaan Mengajar Mikro
Set Induksi
Nama :
Kemahiran : Set Induksi
Mata pelajaran :
Pendidikan Islam - Hadis
Tajuk :
Iman yang sempurna
Hasil
pembelajaran :
I. Murid dapat membaca petikan
hadis dengan betul
II. Murid dapat menjelaskan
siapakah mukmin yang sebenar
III. Murid dapat menerangkan
sekurang-kurangnya tiga peranan mukmin kepada saudaranya
BBM : Lukisan gambar seorang budak jatuh basikal
Isi
pelajaran :
I. Konsep iman: Satu kepercayaan
teguh yang terjalin di dalam hati,
seperti percaya adanya Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
II.
Persaudaraan Islam
AKTIVITI GURU
|
AKTIVITI MURID
|
SET INDUKSI
|
2.
Murid menjawab
4.
Murid menjawab
|
Pengajaran
Di peringkat ini anda dikehendaki melaksanakan pengajaran mengikut perancangan. Semua
prinsip dan garis panduan sesuatu kemahiran yang difokuskan perlu dikuasai dan
diaplikasi. Contohnya kemahiran
menyoal. Rakaman video perlu dibuat
semasa pengajaran.
Penilaian
Selepas rakaman pengajaran, video tersebut
dipertontonkan semula . Anda perlu
membuat penilaian kendiri ke atas pengajaran.
Rakan penilai akan membuat penilaian ke atas pengajaran tersebut dengan
mengisi borang-borang penilaian
kemahiran yang
telah diedarkan sebelum pengajaran. Borang-borang tersebut diedar sebelum sesi praktik
bermula.
Contoh Borang
Bimbingan Penilaian untuk kemahiran Set Induksi.
Komponen Kemahiran Set
Induksi Dan Cara Melaksanakannya
|
Ada
(Sesuai)
|
Ada
(Tidak Sesuai)
|
Tidak Kelihatan
|
Menarik Perhatian:
§
Menggunakan nada suara
§
Menggunakan alat Bantu mengajar
§
Menggunakan gerakan, isyarat, Kontak
mata
§
Menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa
|
|
|
|
Mewujudkan motivasi
§
Membangkitkan rasa ingin tahu
§
Menggunakan teknik bercerita
§
Menunjukkan suatu aktiviti yang berguna
§
Menggunakan soalan yang mencabar
|
|
|
|
Membuat perkaitan
§
Pengetahuan lepas murid
§
Isi pelaajran baru
§
Peristiwa semasa
§
Minat dan pengalaman murid
|
|
|
|
Menstruktur
§
Menyatakan had tugas yang akan dijalankan
§
Menggunakan satu siri soalan yang berkaitan
§
Menyatakan cara-cara melaksanakan tugas
§
Menyatakan aktiviti, tugas atau projek
|
|
|
|
Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan
|
|
|
|
Persediaan Mengajar Mikro
Penutup
Nama :
Kemahiran : Penutup
Mata pelajaran :
Pendidikan Islam - Hadis
Tajuk :
Iman yang sempurna
Hasil
pembelajaran :
I. Murid dapat membaca petikan
hadis dengan betul
II. Murid dapat menjelaskan
siapakah mukmin yang sebenar
III. Murid dapat menerangkan sekurang-kurangnya
tiga peranan mukmin kepada saudaranya
BBM : Lukisan gambar seorang budak jatuh basikal
Isi
pelajaran :
I. Konsep iman: Satu kepercayaan
teguh yang terjalin di dalam hati,
seperti percaya adanya Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
II. Persaudaraan Islam
AKTIVITI GURU
|
AKTIVITI MURID
|
PENUTUP
1.
Membuat rumusan kognitif tentang pelajaran
yang telah diajar.
2.
Menggalakkan pelajar agar sentiasa membantu
satu sama lain untuk mengukuhkan persaudaraan sebagai penutup sosial.
3.
Guru memberi kerja lanjutan sebagai pengayaan.
|
|
Contoh Borang
Bimbingan Penilaian untuk kemahiran
Penutup
Komponen Kemahiran Penutup
|
Ada
(Sesuai)
|
Ada
(Tidak Sesuai)
|
Tidak Kelihatan
|
Perkaitan kognitif
|
|
|
|
Perkaitan sosial
|
|
|
|
Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan
|
|
|
|
Perancangan Dan Bidang Pengajaran Makro Pendidikan Islam
Konsep Pengajaran Makro Pendidikan Islam
Proses pengajaran makro yang lengkap boleh
disimpulkan dalam carta alir berikut :
Aspek yang penting dalam persediaan mengajar :
Perancangan Pendahuluan
- Penentuan topik
- Kebolehan sedia ada murid-murid
- Ojektif/ hasil pembelajaran
Perancangan
penyampaian
- Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran
- Penentuan masa
- Pemeringkatan isi
- Pemilihan sumber
Perancangan
Penilaian
- Pencapaian
- Penganalisisan maklumbalas
- Pengubahsuaian
Perancangan Pengajaran Makro Pendidikan Islam
Dalam melaksanakan pengajaran makro, anda perlulah
merancang set induksi pengajaran yang baik dan menarik perhatian serta minat
murid kepada pengajaran yang hendak disampaikan dan dapat menggalakkan
pembelajaran. Set induksi juga digunakan bagi mengaitkan pelajaran yang lepas
atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Jangka masa yang baik bagi set induksi
adalah antara tiga hingga lima minit.
Perkembangan
pengajaran merujuk kepada langkah-langkah mengajar yang disusun
berperingkat-peringkat berdasarkan
prinsip-prinsip pengajaran. Anda juga perlu merancang langkah-langkah
pengajaran yang berurutan, disusun
dengan baik dan mencatat anggaran masa yang sesuai. Langkah-langkah yang
dirancang ada kaitannya dengan objektif khusus yang sudah dicatatkan.
Anda juga perlu memilih dan menyusun isi
pelajaran yang hendak disampaikan.
Ia perlulah sesuai dengan kebolehan
serta minat murid. Isi pelajaran perlu
dipertingkatkan dan diperkembangkan dengan teliti supaya situasi pembelajaran yang unggul dapat diwujudkan. Ketika melakukan pemeringkatan
isi, anda hendaklah menyenaraikan semua
topik yang hendak diajar,
kemudian fikirkan sub- topik atau isi yang manakah yang perlu diawalkan dan yang boleh diajar
kemudiannya. Untuk ini anda perlulah melihat
prinsip-prinsip berikut:
- dari yang sudah diketahui kepada
belum diketahui
- dari mudah kepada
kompleks
- dari konkrit kepada abstrak
- dari dekat kepada jauh
- dari yang dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman
Bagi menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan
berkesan, anda patutlah memikirkan tentang strategi yang akan digunakan.
Pemilihan strategi yang bijaksana akan menjamin kelicinan serta
keberkesanan penyampaian sesuatu
pelajaran, strategi pengajaran yang sesuai
bukan sahaja dapat meningkatkan mutu penyampaian malahan ia akan menjadikan
satu-satu pelajaran itu lebih bermakna serta menyeronokkan murid-murid.
Guru juga harus
menjalankan aktiviti untuk
mengukur sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai. Aktiviti penilaian boleh
dijalankan secara pemerhatian terhadap
aktiviti susulan, pemeriksaan kerja
murid atau melalui ujian lisan atau tulisan. Maklumat-maklumat yang didapati dari pentafsiran penilaian ini akan menjadi asas untuk membuat
pengubahsuaian terhadap pengajaran
seterusnya.
Penutup merupakan bahagian terakhir satu-satu pengajaran dan pembelajaran
Dalam bahagian penutup, guru membantu murid
menyimpul dan membuat rumusan yang berkaitan isi-isi penting serta memberi
latihan atau aktiviti pengukuhan kepada pelajar. Guru juga perlu memberi rasa kepuasan belajar dan menggerakkan murid-murid supaya bersedia untuk pelajaran akan datang.
Penilaian kendiri dibuat selepas guru selesai
melaksanakan pengajaran sebagai refleksi atau muhasabah berkenaan pengajaran
guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam
pelajaran akan datang. Antara perkara yang boleh dibuat refleksi ialah
pencapaian objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid serta keazaman guru
bagi membaiki pengajarannya.
FORMAT UMUM RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran :
Kelas/ tingkatan :
Tarikh :
Masa :
Bilangan Pelajar :
Bidang :
Tajuk :
Pengetahuan Sedia Ada :
Hasil pembelajaran :
Aras 1:
Aras 2:
Aras 3:
Kemahiran berfikir :
Penerapan Nilai :
Penggabungjalinan :
Penerapan/ Rentasan/ PAS/ KMD :
Bahan Bantu Mengajar :
Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti P&P
|
Catatan
|
Muqaddimah
(1 minit)
|
Doa
Syahadatain
|
Murid
Guru
|
|
Set Induksi
(3-5 minit)
|
Isi
Soalan
Tajuk
|
Guru
Murid
Guru
|
|
Langkah 1
(5-7 minit)
|
Isi
Soalan
|
Guru
|
GJ
P
|
Langkah 2
(10 -15 minit)
|
Isi
Gabungjalin
Penyerapan
Soalan
|
Guru
Murid
|
GJ
P
KMD
|
Langkah 3
(12-15 minit)
|
Soalan
|
Murid
Guru
|
KMD / PAS
PN
|
Penutup
(5 minit)
|
Isi
Kerja lanjutan
|
Guru
Murid
|
|
Catatan refleksi:
Catatan bimbingan:
No comments:
Post a Comment