Friday 13 May 2016

Pembinaan Jadual Spesifikasi (JSU) Pendidikan Islam

KONSEP JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Jadual Penentuan Ujian dikenali juga dengan nama Test Blue Print  atau  Test Specification. JPU merupakan satu matrik yang terdiri dua paksi kandungan (paksi menegak) dengan paksi aras kemahiran (paksi melintang). Dalam ruangan aras kemahiran pula dicatatkan objektif pengajaran yang biasanya disesuaikan dengan taksonomi objektif pendidikan.  Secara am objektif pengajaran dinyatakan dalam kurikulum pelajaran dan secara khusus terdapat dalam sukatan pelajaran sesuatu mata pelajaran berkenaan. Tiap-tiap pelajran mempunyai penekanan aras kemahiran yang berbeza sesuai dengan objektif mata pelajaran berkenaan.

Senarai semak penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) berikut akan dapat menentukan penyediaan ujian untuk semua objektif pengajaran yang telah ditetapkan telah diliputi. Beberapa soalan yang perlu dipertimbangkan adalah:

  1. Adakah JSU mengandungi tajuk diajar?
  2. Adakah JSU mengandungi aras pengetahuan dan kemahiran sebagaimana objektif sukatan pelajaran?
  3. Adakah pemberatan markah mengikut nisbah kandungan dan masa yang diperuntukkan bagi pengajaran sesuatu tajuk?
  4. Adakah tajuk yang digunakan bagi pengajaran seterusnya diberi pemberatan yang lebih?
  5. Adakah tajuk berkaitan dengan aktiviti atau amali diberi lebih pemberatan?
  6. Adakah aras kemahiran asas pengetahuan, kefahaman dan penggunaan diambilkira?
  7. Adakah aras kemahiran yang lebih tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian diambilkira?
  8. Adakah semua markah dan bilangan soalan digenapkan agar memudahkan pembinaan ujian?
  9. Adakah JSU mengandungi soalan pelbagai bentuk ujian objektif dan subjektif?
  10. Adakah JSU menunjukkan bilangan soalan jawapan dibina dan jawapan dipilih?

Dengan membina JSU dapat membantu guru menyatakan topik-topik dalam isi pelajaran atau kandungan kursus dan objektif tingkahlaku atau kemahiran yang guru inginkan murid-muridnya itu belajar. Jadual Spesifikasi dapat menentukan penegasan isi, taburan bilangan item (soalan) ujian/peperiksaan mengikut pemberatan.

6.4       KEPENTINGAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

i.      Mengelakkan ujian dibina secara sembarangan.
ii.     Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
iii.   Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras kemahiran kepada guru yang mengajar dan menggubal ujian.
iv.   Memastikan terdapat perseimbangan antara topk-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji (terdapat sebaran aras kemahiran yang sesuai).
v.    Menjadi panduan membentuk format ujian.
vi.   Menjadi panduan membentuk soalan.
vii.  Menstabilkan taraf ujian yang sama pada masa hadapan.
viii. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh kumpulan lain.
ix.   Membolehkan perbandingan dengan ujin yang lain.
x.    Menstabilkan taraf dan aras kepayahan ujian dari semasa ke semasa.

KOMPONEN UTAMA DALAM JSU

i.              Paksi Kandungan: Dalam paksi kandungan dicatatkan bahan yang diajar. Bahan-bahan itu boleh dicatatkan secara ringkas atau secara topic demi topic seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Boleh juga dibuat secara ringkas dan am yang mana sukatan dibahagigkan kepada skop-skop yang luas seperti dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dibahagikan kepada Tilawah Al-Quran, Aqidah, Ibadah, Sirah dan Akhlak. Pembahagian begini hanya sesuai untuk menghasilkan rumusan dan kurang memberi faedah kepada guru dan penggubal soalan.

ii.             Paksi Aras Kemahiran: Dalam paksi ini mengandungi objektif pengajaran yang merupakan perubahan tingkah laku dan kemahiran-kemahiran yang diharapkan pada tiap-tiap topic dalam paksi kandungan. Model yang digunkan ialah taksonomi pendidikan iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.

iii.            Paksi Pemberatan: Pemberatan adalah penekanan yang patut diberikan kepada tiap-tiap topic dan kemahiran. Untuk ujian bilik darjah pemberatan bolehlah didasarkan kepada rasa penting terhadap sesuatu topic atau tajuk yang diajar pada sesuatu ketika. Untuk sesuatu ujian yang lebih luas penggunaannya, pemberatan tentulah berdasarkan kepada keluasan isi pelajaran dan panjang waktu yang diperuntukkan kepadanya. Proses pemberatan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:

·      Menukarkan pemberatan waktu kepada peratus dan dicatatkan di hujung paksi tersebut.
·         Membahagikan peratus itu kepada bentuk soalan yang sesuai objektif atau esei.
·         Menyelaraskan bentuk soalan, bilangan soalan dengan aras kemahiran.

iv.                Kepayahan soalan: Secara kuantitatif kepayahan soalan adalah dimaksudkan peratus calon yang boleh menjawab dengan betul pada sesuatu soalan. Semakin besar peratus semakin mudahlah sesuatu soalan itu. Untuk ujian pencapaian bersifat rujukan norma, min kepayahan ujian sebaik-baiknya ialah 50%. Walaupun begitu soalan yang mudah dan sukar harus juga dimasukkan ke dalam ujian. Soalan mudah iaitu lebih kurang 70% daripada calon boleh menjawabnya, boleh menjadi motivasi kepada calon-calon  yang lemah. Soalan yang sukar pula lebih kurang 30% daripada calon dapat menjawabnya, boleh menjadi pencabar kepada calon-calon yang bijak. Perbanyakkan soalan beraras kepayahan sederhana antara 40% hingga 60%. Terdapat kajian menunjukkan soalan-soalan beraras  kepayahan  sederhana boleh menambah sisihan lazim dan memberi kesan kepada kebolehpercayaan ujian.

LANGKAH MENYEDIAKAN JSU

Langkah 1: Kaji objektif ujian dan sukatan pelajaran berkenaan. Fahamkan falsafah, objektif, topik-topik dan cadangan penilaian yang juga menyebutkan kerja kursus serta kerja amali. Sebaik-baiknya kerja kursus dan amali tidak berulang secara tepat dalam ujian/peperiksaan.

Langkah 2: Tentukan format ujian/peperiksaan iaitu dari segi tempoh ujian, jenis soalan, bahagian, bilangan soalan, peruntukan masa bagi setiap bahagian, pemberatan markah.
Buat rumusan format seperti contoh berikut:

Rumusan Format

Mata Pelajaran            :           Pendidikan Islam
Panjang Masa             :           2 jam
Bentuk                         :           Objektif dan esei
Markah                        :           100

Perkara
Objektif
Esei
Masa
1 jam
1 jam
Markah
40
60
Bilangan soalan
40
3
Markah 1 soalan
1
20
Masa bagi setiap soalan
1.5 minit
20 minit

Langkah 3: Senaraikan tajuk/topik yang hendak diuji dan masa kuliah yang diperuntukkan bagi setiap tajuk.

Contoh JSU Mata Pelajaran: Pendidikan Islam
Tajuk: Solat Lima Waktu

Kandungan
@
Tajuk
Domain Kognitif (Objektif Intelektual)
Jumlah
%
Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian







Pengertian
1





1
Bilangan Waktu
1





1
Rukun

1
1

1
1
4
Hikmah



1


1
Jumlah
2
1
1
1
1
1
7
Peratus
28.5
14.3
14.3
14.3
14.3
14.3
100

Nota:        Ratio untuk mudah: sederhana: sukar = 1:3:1

Tidak semua peringkat hasil pembelajaran dan aras kemahiran mesti diuji dalam sesuatu penilaian/ujian.  Aras kemahiran boleh diubahsuai kepada mudah dan sukar.

Untuk pengujian domain kognitif, Taksonomi Bloom digunakan untuk menggubal item-item  yang berbeza.


 

                                                                                           Penilaian : beri pendapat,
                                                                                                   kritik, interpretasi, menilai
                                                                             Sintesis: kategorikan, organisasi,
                                                                             ulangkaji, merencana
                                                             Analisis:  mengasingkan, sediakan,
                                                              illustrasi, tugaskan
                                             Aplikasi: Tunjukkan, ramal,
                                              selesai, ubahsuai
                           Kefahaman:  rumuskan, huraikan,
                            Bandingbeza, berikan contoh
           Pengetahuan:  senarai, definisi,nyata,
           label, pilih


Secara umumnya,  enam aras ini boleh  digunakan untuk membina dua set item ujian: item aras rendah ( menguji pengetahuan, kefahaman dan aplikasi) dan item beraras tinggi (menguji analisis, sintesis dan penilaian).  Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa  item beraras tinggi  bukanlah  item yang sukar. Sebenarnya, item beraras tinggi berkehendakkan calon untuk menggunakan kemahiran berfikir yang lebih kompleks  atau  beraras tinggi berbanding dengan item beraras rendah.  Aras item atau kemahiran yang dipilih dan diuji harus padan dengan objektif  ujian dan perkembangan kognitif pelajar.  Walau bagaimana pun, item-item yang menggunakan  kemahiran berfikir  aras tinggi digalakkan.


No comments:

Post a Comment