Penilaian terhadap hasil pembelajaran yang telah dikenal
pasti boleh dinilai dengan menggunakan kaedah:
a) Pemerhatian.
b) Lisan.
c) Penulisan.
Pemilihan kaedah
penilaian bergantung kepada:
a) Hasil pembelajaran yang
hendak dinilai.
b) Kesesuaian dengan perkara
yang hendak dinilai.
Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan
atau digabungkan untuk mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenai kebolehan, perkembangan dan kemajuan
murid. Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk :
a) Mengesan serta-merta.
b) mengesan penguasaan hasil
pembelajaran dengan serta-merta dalam pengajaran harian dan tidak memerlukan instrumen yang khusus.
c) Mengesan kemajuan.
d) mengesan kekuatan dan
kelemahan selepas beberapa pembelajaran.
e) perlu dirancang
secara individu atau kumpulan.
f) menggunakan instrumen
tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian bertulis.
g) Mengesan pencapaian.
h) mengesan pencapaian
selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir
program.
i) perlu dirancang
secara individu.
j) dijalankan dengan
menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan ujian lisan.
Penilaian Secara Pemerhatian
Penilaian secara pemerhatian digunakan untuk
menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan dan penulisan
seperti:
a) sikap.
b) perlakuan/amalan.
c) Amali.
d) kemahiran manipulatif.
e) kemahiran bersosial.
f) kemahiran belajar.
g) kemahiran kinestetik.
h) kemahiran literasi
komputer.
i) kemahiran mereka cipta.
Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan,
buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta
penguasaan sesuatu kemahiran. Maklumat daripada
pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan. Instrumen
penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar.
Penilaian
Secara Lisan
Penilaian secara lisan digunakan untuk mengumpul maklumat
semasa berlaku interaksi antara:
a)
murid dengan guru.
b)
murid dengan murid.
c)
murid dengan bahan pembelajaran.
Antara aspek yang boleh dinilai
secara lisan ialah:
a) kefahaman konsep.
b) pengetahuan fakta.
c) kecekapan mendengar.
d) penggunaan bahasa yang
tepat.
e) kefasihan menghafaz.
f) sebutan dalam berbahasa.
g) kecekapan mencongak.
h) gaya persembahan.
i) pertuturan dan sikap.
Instrumen Penilaian
Lisan
Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti
yang berikut:
a) bacaan kuat.
b) Syarahan.
c) Perbahasan.
d) Bercerita.
e) Perbincangan.
f) Hafazan.
g) temu bual.
h) soal jawab.
i) Nyanyian.
j) deklamasi sajak.
k) mendengar dan memberi
respon secara lisan
Penilaian lisan membolehkan guru :
a) Mengesan kemajuan dan
pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis.
b) mendapat maklumat
serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
c) mengesan kebolehan murid
dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
d) mengesan kelancaran dalam
sebutan.
e) mengesan amalan dan sikap
murid secara serta merta.
Instrumen
penilaian lisan boleh dipelbagaikan, ia merangkumi soalan dan aktiviti yang
memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen tersebut guru perlu
memastikan:
a) soalan, pernyataan,
ilustrasi dan bahan rangsangan perlu
jelas dan mudah difahami.
b) aktiviti/bahan boleh
merangsang murid mengeluarkan idea.
c) pelbagai bentuk soalan
seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir.
d) aras kesukaran perlu
sesuai dengan kebolehan murid.
Penilaian
Secara Penulisan
Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak
dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti yang berikut:
a) karangan.
b) laporan projek/kerja
kursus/folio.
c) latihan dan ujian bertulis.
d) huraian atau tafsiran
peta, jadual, graf atau carta.
Instrumen Penilaian Penulisan
Instrumen Penilaian Penulisan seperti set soalan
bertulis, digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek
murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut:
a) kemahiran menulis.
b) menyusun idea.
c) penggunaan tanda baca.
d) perbendaharaan kata.
e) Mengaplikasi.
f) Mentafsir.
g) Menilai.
Dalam
menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah diambil kira:
a) soalan menepati kemahiran
yang akan diuji.
b)
bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami.
c) bilangan soalan sesuai
dengan masa yang diperuntukkan.
d) aras kesukaran soalan
dipelbagaikan.
e) skema pemarkahan
disediakan.
Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang
biasa dijalankan ialah:
a) soalan subjektif.
b) soalan objektif.
Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan
kognitif peringkat rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat dapat
menilai peningkatan tahap pemikiran murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan
penguasaan pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh
merangsang murid untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami
secara kritis dan kreatif.
Contoh
Perkataan atau Frasa Untuk Membuat Penilaian
Aras Kemahiran Domain
Kognitif
|
Cadangan frasa atau
perkataan untuk objektif perlakuan yang boleh diukur
|
Pengetahuan
Menguji
kebolehan calon mengingat kembali fakta-fakta khusus, istilah, kaedah atau
prosedur, konsep asas dan prinsip
|
-
Berikan
-
Takrifkan
-
Perihalkan
-
Kenal pasti
-
Labelkan
-
Senaraikan
-
Lakarkan
-
Padankan
-
Namakan
-
Nyatakan
-
Lukiskan
-
Tuliskan
-
Lorekkan / gariskan
|
Kefahaman
Menguji
kebolehan calon untuk memahami, menterjemah dan menginterpretasi fakta,
konsep dan prinsip.
|
-
Terjemahkan bahan
atau idea daripada satu bentuk ke
bentuk lain;
-
Tafsirkan bahan atau
idea;
-
Rangkakan trend masa
depan
-
Gubahkan
-
Anggarkan
-
Terangkan
-
Berikan contoh
-
Ukur
-
Sukat
-
Tentukan
-
Tukarkan
-
Banding dan bezakan
-
menambah
-
Ramalkan
-
membuat inferens
-
Menghubungkait
-
Berikan ciri
-
Kelaskan
- Terangkan kembali
menggunakan ayat sendiri
|
Aplikasi
Menguji kebolehan
calon menggunakan konsep, prinsip, hukum atau fakta asas kepada situasi baru,
teori kepada praktikal, menyelesaikan masalah.
|
- Menggunakan bahan
atau idea dalam situasi yang baru dan konkrit:
-
Hitungkan
-
Demonstrasikan
-
mengubahsuai
-
meramalkan
-
menjana idea
-
menjelaskan dengan
contoh
|
Analisis
Menguji
kebolehan calon untuk mencerakinkan idea-idea besar kepada bahagian-bahagian
kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubungan.
|
- Mengasingkan maklumat pada komponen-komponennya untuk memahami struktur organisasinya dan perhubungan antara komponen.
-
Mencerakin gna peta
konsep
-
menjelaskan melalui
contoh
-
membuat ilustrasi
-
mengasingkan
-
membuat andaian
-
menghuraikan
-
mengawal pembolehubah
-
membuat urutan
-
menyusun mengikut
keutamaan
- menggunakan
perhubungan ruang dan masa
-
membuat kesimpulan
-
menyelesaikan masalah
|
Sintesis
Menguji
kebolehan calon untuk mengabungkan idea-idea kecil, mentafsir dan membuat
suatu rumusan.
|
-
Menggabungkankomponen-komponennya
untuk menghasilkan keseluruhan idea atau struktur yang baru dan kreatif.
-
menggabungkan
-
merancang
-
meringkaskan
-
membina
-
merangkakan
-
berkomunikasi
-
mengeksperimen
-
menganologi
-
mereka cipta
-
mengkonsepsikan
-
membuat gambaran
mental
-
mendefinisikan secara
operasi
-
membuat hipotesis
-
mereka bentuk
-
merumus
|
Penilaian
Menguji
kebolehan calon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran,
tugasan atau kaedah.
|
- Menilai idea/bahan maklumat/
kaedah berdasarkan kriteria yang spesifik untuk tujuan yang tertentu.
-
Menaksir
-
Mengkritik
-
Mentafsir
-
Mewajarkan
-
mengesan kecondongan
-
membuat keputusan
- memberi alasan menyokong
atau menolak
-
Memberi pendapat pro
dan kontra
-
Mencadangkan
|
No comments:
Post a Comment