BIDANG PENGUASAAN
ILMU (KOGNITIF)
Objektif pengajaran dan pembelajaran domain kognitif
merujuk kepada penguasaan daya intelek dan pemikiran. Objektif bidang ini memberi penekanan kepada
pengembangan minda seseorang pelajar dalam pembelajaran di dalam kelas dari
aras rendah ke aras tinggi. Menurut Bloom, Englehart, Hill, Furst dan Krathwohl
(1956), taksonomi bidang kognitif boleh dikelaskan kepada enam aras iaitu aras
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian
Penilaian
Sintesis
Analisis
Aplikasi
Kefahaman
Pengetahuan
Aras Domain Kognitif
Aras Pengetahuan
Objektif pembelajaran aras pengetahuan menekankan kepada kebolehan minda
mengingat sesuatu perkara yang diajar di dalam kelas. Soalan ujian bagi aras
pengetahuan menghendaki pelajar
mengingat, mengenal pasti fakta, istilah, prinsip, prosedur dan konsep. Di
antara kata tugas soalan ujian yang sesuai untuk objektif aras pengetahuan yang
dapat diukur dan dilihat ialah:
§ Takrifkan
§ Kenal pasti
§ Senaraikan
§ Berikan
§ Pilih
§ Labelkan
§ Padankan
§ Nyatakan
§ Namakan
§ Gariskan
§ Lorekkan
Contoh soalan untuk aras pengetahuan:
a) Hijrah menurut istilah bermaksud
A. Berpindahnya
Nabi dan umat Islam dari kampung ke kota
B. Perjalanan
Nabi dan umat umat Islam menuju ke kota Madinah
C. Perpindahan
Nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah
D. Meninggalkan
perbuatan maksiat dan dosa kepada perbuatan makruf
b) Padankan ibu susuan Nabi (A) dengan tempoh
penyusuan baginda (B) di bawah:
(A)
|
Ibu susuan Nab:i
|
(B)
|
Tempoh penyusuan:
|
|
Aminah binti Wahhab
|
|
3 tahun
|
|
Halimah As-Saadiah
|
|
3 bulan
|
|
Thuwaibah al-Aslamiyyah
|
|
beberapa hari
|
Aras
Kefahaman
Objektif pembelajaran aras kefahaman memberi penekanan kepada kebolehan
pelajar memahami sesuatu fakta yang diajar, menginterpretasi data atau graf, atau
menjelaskan maksud yang tersirat dalam
sesuatu ayat.
Antara kata tugas yang sesuai untuk menunjukkan hasil pembelajaran yang
dapat diukur dan dilihat ialah:
- Terangkan
- Bezakan
- Ringkaskan
- Terangkan
- Berikan contoh
- Tulis semula
Contoh soalan aras kefahaman:
a) Berikan 3 contoh perbuatan beradab dengan ibu bapa:
I.
_______________________________________________
II.
_______________________________________________
III.
_______________________________________________
b) Baca ayat berikut dan jawab soalan di
bawah.
Tuliskan
lima contoh hukum alif lam qamariah dalam ayat di atas:
I.
______________________
II.
______________________
III.
______________________
IV.
______________________
V.
______________________
Aras
Aplikasi
Objektif pembelajaran aras aplikasi memerlukan pelajar menggunakan maklumat
yang telah diperolehi pada situasi yang berlainan dari situasi asal maklumat
itu dipelajari. Masalah biasanya dalam
bentuk gunaan. Oleh itu pelajar boleh
menggunakan maklumat pembelajaran bagi menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
Di antara kata tugas yang sesuai untuk menguji pengetahuan dan kefahaman ialah:
§ Tunjukkan cara
§ Kaitkan
§ Sediakan
§ Selesaikan
§ Gunakan
§ Kirakan
§ Rancangkan
Contoh soalan aras aplikasi:
a) Anda ingin
menunaikan solat zohor berjamaah di masjid. Sewaktu tiba di pintu masjid,
tiba-tiba anda terpijak tahi kucing dan sedikit najis tersebut telah terkena
pada kaki seluar anda. Apakah yang patut anda lakukan?
b) Tulis semula ayat di bawah dengan
menggunakan tulisan khat nasakh.
رضى الله ترلتق فد رضى
ايبو باف
Aras
Analisis
Soalan ujian aras analisis
menghendaki pelajar melakarkan hubungan antaran idea-idea atau membandingkan
dan membezakan idea-idea. Di antara kata tugas soalan ujian bagi mengukur
objektif analisis ialah:
·
Mengesan
·
Mengenal
pasti
·
Membezakan
·
Membandingkan
·
Mengkategorikan
·
Menganalisis
Contoh soalan aras analisis:
a) Manakah antara berikut perkataan yang dieja
berdasarkan kaedah Mekayu?
A سرتا -
باثق - بارغ
- فيهق
B بهو -
تربت - تولس
- سلتان
C ورقه -
راج - نضري
- صحبة
D كيراث -
درفد - ياءيت - اخلاص
Aras Sintesis
Soalan ujian aras sintesis
memerlukan pelajar menyelesaikan masalah yang terasing secara unit atau
bahagian-bahagian untuk membentuk hasil unit yang sempurna atau sesuatu yang
unik atau asli. Di antara kata tugas soalan ujian untuk mengukur objektif aras
sintesis ialah:
§ Menyusun
§ Mengelas
§ Menyatukan
§ Membentuk
§ Membandingkan
§ Merancang
§ Merumus
Contoh soalan aras sintesis:
a) Terangkan 5 perbezaan antara kelas Pemulihan
Jawi dengan kelas biasa.
Aras Penilaian
Soalan ujian aras
penilaian menghendaki pelajar menyatakan asas bagi membuat pertimbangan
terhadap sesuatu isu, nilai, kaedah, idea atau hasil yang mempunyai matlamat
tertentu. Pelajar perlu menjelaskan apakah kriteria luaran atau prinsip yang
digunakan bagi mencapai kesimpulan mengenai sesuatu isu yang dikemukakan.
Antara kata tugas yang sesuai untuk menguji pencapaian objektif penilaian
ialah:
§ Menerangkan
§ Mengaitkan
§ Mengkritik
§ Mentafsirkan
§ Memberikan pandangan atau hujjah
Contoh soalan aras penilaian ialah:
a) Umar telah bertayammum untuk menunaikan
solat Asar sebelum masuk waktu Asar kerana ketiadaan air. Sesudah selesai solat
tiba-tiba ada air.
Apakah hukum solat Asar yang dilakukan oleh Umar dan terangkan
anda berpendapat sedemikian?
b) ”Anak zina tidak akan masuk syurga sehingga
tujuh keturunan”.
Beri pandangan anda terhadap mafhum dalil (hadis maudhuk)
serta hujjah yang jelas.
BIDANG PENGUASAAN KEMAHIRAN (INTELEKTUAL
DAN PSIKOMOTOR)
Objektif
bidang psikomotor memberi penekanan kepada perkembangan pergerakan anggota
seseorang pelajar secara sistematik. Dalam pengajaran, guru berusaha untuk
memastikan pelajar melakukan sesuatu aktiviti atau tindakan yang melibatkan
anggota zahir secara teratur dan betul.
Dalam pendidikan Islam,
penilaian yang boleh dilakukan dalam bidang penguasaan kemahiran ini dapat
ditunjukkan secara khusus melalui pemerhatian terhadap tingkah laku pelajar
semasa melaksanakan amali seperti wuduk, solat, tilawah dan hafazan al-Qur’an,
tayammum, menyuci najis dan lain-lain. Penguasaan pelajar terhadap kemahiran
tersebut biasanya menggunakan alat ukur seperti senarai semak dan borang
pemerhatian.
Objektif bidang kemahiran
intelektual pula melibatkan kemampuan pelajar, pertama: menggunakan alat-alat berfikir (KBKK) bagi
memahami, mengaplikasi, membuat analisis, mensintesis, menyelesaikan masalah
serta menilai, dan kedua: mengaplikasikan kemahiran-kemahiran belajar seperti
mencatat nota, mengingat, menghafaz dan lain-lain.
BIDANG PENGHAYATAN DAN AMALAN (AFEKTIF)
Objektif
bidang penghayatan dan amalan memberi penekanan kepada perkembangan perasaan,
emosi, sikap dan nilai seseorang pelajar. Guru atau pensyarah akan berusaha
menerapkan dan mengembangkan perasaan, emosi,sikap dan nilai positif dalam
kalangan pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Satu cara
pengelasan objektif aras taksonomi afektif adalah berdasarkan kategori yang
dibina oleh Krathwohl.et.al (1964) seperti rajah di bawah:
Taksonomi afektif
Krathwohl,et.al (1964) ini menjelaskan satu proses di mana proses penerimaan
bermula dengan kesedaran dan keprihatinan seseorang terhadap wujudnya sesuatu
rangsangan. Sebagai contoh: Pada akhir pengajaran, pelajar sedar tentang
kewujudan malaikat dan tugas-tugasnya dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t.
terhadap makhlukNya. Kata tugas yang sesuai untuk aras penerimaan ini ialah:
- Menamakan
- Memberitahu
- Mengenal
- Memilih
- menerangkan
Gerakbalas
Proses penerimaan
berbentuk pasif ini diikuti dengan kesanggupan untuk mendengar dan
bertindakbalas dengan rangsangan tersebut. Sebagai contoh: Pelajar dapat
membezakan antara akhlak yang baik dengan akhlak yang buruk. Kata tugas yang
sesuai yang sesuai untuk aras gerak balas antaranya ialah:
- menerangkan
- membezakan
- menyelesaikan
- mencadangkan
- melaporkan
Menilai
Aras afektif menilai
menekankan penilaian dan penghargaan pelajar terhadap sesuatu
rangsangan. Pada aras ini pelajar berupaya membuat pertimbangan terhadap
sesuatu aktiviti berasaskan nilai kepada diri sendiri. Sebagai contoh: Pelajar
dapat menunjukkan tingkah laku yang baik sebagaimana yang dituntut oleh agama
Islam. Kata tugas yang sesuai untuk soalan aras penilaian ialah:
- menunjukkan
- membezakan
- mencadangkan
- mengamalkan
- menyelesaikan
- menggunakan
Penyusunan
Aras
objektif afektif penyusunan menekankan proses penyusunan semula idea, sikap dan
kepercayaan seseorang terhadap suatu rangsangan dengan sistem nilai yang sedia
ada pada dirinya. Sebagai contoh: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat
menyatakan nilai-nilai murni yang perlu diterapkan bagi membentuk masyarakat
madani. Pada peringkat penyusunan ini idea-idea yang bernilai disusun bagi
memastikan ketekalan dan kesesuaiannya antara satu nilai dengan nilai yang
lain. Di antara soalan ujian yang sesuai dengan aras penyusunan ialah:
- mengenalpasti
- mengaitkan
- membandingkan
- menjelaskan
- menusun
- mengubah
- menyatukan
- menyediakan
Perwatakan
Aras tertinggi domain
afektif perwatakan menekankan ketekalan tingkah laku dengan sistem nilai yang
dianuti oleh seseorang. Sebagai contoh: Pada akhir pelajaran ini pelajar dapat
mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat madani. Individu yang berada pada
peringkat perwatakan mengotakan apa yang dikata. Kita tidak mengharapkan
pendidik merubah tingkah laku pelajar melalui pengajaran yang diajar di dalam
kelas dalam tempoh kurang setahun. Namun, taksonomi afektif memberi implikasi
yang penting bagi merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidik. Antara kata tugas yang sesuai digunakan bagi soalan
ujian yang mengukur aras perwatakan ialah;
- membezakan
- mencadangkan
- menunjukkan
- menggunakan
- menyelesaikan
- mengamalkan
Cara-cara Mengukur Sikap
a) Pemerhatian
Pemerhatian
boleh dibuat dalam dua cara iaitu secara berstruktur atau tidak berstruktur.
Pemerhatian berstruktur memerlukan perancangan rapi terlebih dahulu sebelum
melaksanakan pemerhatian. Perancangan biasanya tertumpu kepada tujuan membuat
pemerhatian, pola perlakuan yang hendak dilihat atau diukur (kerap dilakukan
atau tidak kerap dilakukan), tingkah laku yang telah dikenal pasti dan
bagaimana catatan akan dilakukan sama ada secara membilang kekerapan atau
menyatakan kekerapan secara pangkatan (”sangat kerap”, ”kerap”, ”sekali
sekala”, ”tiada langsung”).
Pemerhatian tidak
berstruktur pula tidak memerlukan sebarang perancangan sebaliknya hanya perlu
menetapkan masa, tempat dan tempoh pemerhatian yang akan dibuat. Walau
bagaimanapun masa yang panjang diperlukan bagi menghurai dan mentafsir maklumat
yang telah dikumpul. Daripada maklumat yang diperolehi, guru akan
mengkategorikan perlakuan (aspek sikap - tingkah laku), perbualan dan
pergerakan (sikap - afektif), dan merekod prestasi (kognitif). Seterusnya
maklumat itu akan ditafsir bagi menerangkan sikap terhadap sesuatu konsep itu.
b) Skala Likert
Cara yang paling popular untuk mengukur sikap adalah
menggunakan kaedah Skala Likert yang telah dikemukakan oleh Rensis Likert pada
tahun 1932. Skala Likert mengandungi
berbilang pernyataan berhubung dengan sikap tentang sesuatu isu, kumpulan atau
individu. Bagi setiap pernyataan, responden perlu menyatakan darjah persetujuan
kepada pernyataan tersebut yang terdiri daripada pilihan ”sangat setuju”,
”setuju”, ’kurang setuju”, ”tidak setuju”,
dan ”sangat tidak setuju”. Bagi setiap respons, pemberat ditetapkan sama
ada skala 1 (sangat setuju) hingga 5 (sangat tidak setuju) atau sebaliknya dari
skala 5 (sangat setuju) hingga 1 (sangat tidak setuju).
4.5.2 Panduan Membina Pernyataan Mengukur Sikap
1. Nyatakan dengan jelas menggunakan bahasa yang mudah
difahami.
2. Tuliskan
pernyataan secara ringkas.
3. Elakkan menggunakan pernyataan
berbentuk fakta kerana anda menguji sikap bukannya pengetahuan.
4. Gunakan pernyataan yang merujuk kepada
perkara yang sedang atau baru berlaku. Elakkan merujuk kepada perkara yang
telah lama berlalu.
5. Bina pernyataan yang membaa maksud
perlakuan (akan melakukan) iaitu sama ada melakukannya atau tidak melakukannya.
6. Bina juga pernyataan yang membawa
maksud persetujuan kepada sesuatu isu.
7. Sebaik-baiknya, setiap pernyataan tidak
mengandungi lebih 20 perkataan.
8. Elak menggunakan pernyataan yang
mempunyai pe;bagai makna atau tafsiran.
9. Setiap pernyataan seharusnya ”unidimensional”
iaitu berkait dengan hanya satu konsep atau perkara.
10. Elakkan pernyataan yang dikatakan ”double-barreled”. Contohnya: Saya bosan dan selalu mengantuk
semasa dalam kelas. Bosan dan selalu mengantuk dikatakan
”double barreled” apabila dibentukkan dalam satu pernyataan.
11. Elakkan pernyataan di mana respons yang dijangkakan adalah
sama bagi setiap responden.
12. Sebaik-baiknya, bilangan pernyataan positif adalah sama banyak
dengan bilangan pernyataan negatif.
13. Aturkan pernyataan-pernyataan supaya anda tidak meletakkan
lebih daripada empat atau lima pernyataan yang positif / negatif
berturut-turut.
14. Rancangkan sebanyak-banyak pernyataan yang boleh, kemudian
pilih yang relevan.
Soal selidik yang dibina
perlu disemak dan disahkan oleh panel pengesah yang berautoriti.
No comments:
Post a Comment