Proses Mendengar Dalam Kalangan Murid
- Pendengaran ialah proses fisiologi - berlaku apabila gelombang bunyi masuk ke dalam saluran telinga, menggetarkan gegendang telinga dan tulang-tulang osikel di telinga tengah, memasuki telinga dalam (koklea) dan bertukar menjadi denyutan saraf (nerve impulse), dan bergerak ke otak untuk ditafsirkan.
- Mendengar pula berlaku secara psikologi – bermula apabila seseorang itu menyedari dan memberikan perhatian kepada sesuatu bunyi @ bentuk percakapan.
- Kemahiran Bahasa -Tahap perbendaharaan kata @ kemahiran bahasa yang dimiliki oleh kanak-kanak mempengaruhi keberkesanan proses mendengar.
- Kejelasan Punca Audio - Kelantangan optimum dan kejelasan punca audio membolehkan kanak-kanak mendengar dengan jelas dan memahami mesej yang hendak disampaikan.
- Nada Audio yang Tidak Sekata (Monotonous) - Intonasi suara pengulas mestilah pelbagai dan beragam.
- Kesediaan Mendengar - Kesediaan seseorang pendengar secara fizikalnya meningkatkan keupayaan mereka memahami mesej yang hendak disampaikan.
- Dua elemen penting dalam menentukan keberkesanan proses mendengar semasa sesi P&P ialah penyampai mesej (guru) dan penerima mesej (pelajar).
Penghasilan Bahan Audio Pendidikan
Langkah 1 : Tetapkan matlamat. – Apakah tujuan? Sasaran? Sesuai dengan objektif?
Langkah 2 : Penyelidikan dan mengumpulkan bahan. – Buat rujukan dan kumpul bahan.
Langkah 3 : Pemilihan bahan. – Pilih yang bersesuaian sahaja.
Langkah 4 : Menulis skrip. – Proses mengarang kandungan bahan audio.
Langkah 5 : Menyediakan peralatan. – Antaranya alat perakam, mikrofon dan kaset.
Langkah 6 : Membuat rakaman. – Memasukan kesan bunyi dan muzik latar
Langkah 7 : Prebiu. – Mendengar semula dan edit jika perlu.
Langkah 8 : Penggunaan bahan audio. – Di dalam bilik darjah
Langkah 9 : Penilaian dan penambahbaikan. – Supaya objektif penghasilan tercapai.
Format Audio
Langkah 1 : Tetapkan matlamat. – Apakah tujuan? Sasaran? Sesuai dengan objektif?
Langkah 2 : Penyelidikan dan mengumpulkan bahan. – Buat rujukan dan kumpul bahan.
Langkah 3 : Pemilihan bahan. – Pilih yang bersesuaian sahaja.
Langkah 4 : Menulis skrip. – Proses mengarang kandungan bahan audio.
Langkah 5 : Menyediakan peralatan. – Antaranya alat perakam, mikrofon dan kaset.
Langkah 6 : Membuat rakaman. – Memasukan kesan bunyi dan muzik latar
Langkah 7 : Prebiu. – Mendengar semula dan edit jika perlu.
Langkah 8 : Penggunaan bahan audio. – Di dalam bilik darjah
Langkah 9 : Penilaian dan penambahbaikan. – Supaya objektif penghasilan tercapai.
Format Audio
- ü Kaset
- ü Kaset mikro
- ü Fonograf @ piring hitam
- ü Cakera padat @ CD
Penerbitan Audio - Beberapa bahan dan peralatan asas yang perlu
digunakan ialah :
- ü Mikrofon. (Peralatan perantaraan yang menghantar gelombang bunyi kepada fail audio)
- ü Alat perakam (perakam dan pemain kaset).
- ü Pita audio @ kaset audio.
- ü Studio (tempat rakaman yang khusus)
- ü Bilik kawalan (pilihan)
- ü Kesan bunyi (untuk menghasilkan keadaan sebenar)
- ü Muzik (sebagai muzik latar)
- ü Kabel.
Pengadun Suara
- Pengadun audio ialah alat yang mempunyai banyak saluran input yang boleh dilaras bahannya dan satu output.
- Alat ini biasanya terdapat di studio-studio rakaman.
- Sebelum memulakan rakaman, skrip hendaklah disediakan dan buat latihan membaca skrip.
- Singkatan-singkatan yang perlu ketahui dan gunakan sewaktu menyediakan skrip :
1. FI (Fade In) – Muzik masuk perlahan-lahan.
2. FO (Fade Out) – Muzik hilang perlahan-lahan.
3. FUp (Fade Up) – Muzik menaik perlahan-lahan.
4. FD (Fade Down) – Muzik menurun perlahan-lahan.
5. BG (Background) – Muzik latar.
Suntingan - Melakukan penyuntingan melalui beberapa cara seperti melalui
perisian Sound Forge.
Format
Fail Audio1. Audio Interchange File Format (AIFF dan AIF) – Diguna dalam system komputer Macintosh
2. Musical Instrument Digital Interface (MID, MDI dan MFF) – Menyimpan audio jenis MIDI
3. Sound (SND) – Diperkenalkan oleh Apple bagi audio saiz 8 bit.
4. Roll (ROL) – Diperkenalkan oleh Adlib Inc digunakan bersama denagan kad audio.
5. Wave (WAV) – Disokong dengan operasi windows yang menyokong rakaman 8 bit.
6. Sun Audio (AU) – Khas untuk system computer jenis stesen kerja Sun Mirosystem.
7. Voice (VOC) – Boleh memainkan dan merakam audio 8 atau 16 bit.
8. MPEG Level 3 (MP3) – Dapat memampatkan audio bersaiz 45MB format WAV kepada 4MB.
9. Real Audio atau RealMedia (.RA dan .RAM) – Siaran radio televisyen melalui internet.
No comments:
Post a Comment