BAHAN 2 DIMENSI (2D)
- Bahan 2D ialah bahan yang mempunyai dua dimensi, iaitu lebar dan panjang.
- Antaranya ialah bahan bercetak, carta, graf, poster dan gambar.
- Bahan Bercetak
·
Buku teks – Asas pengajaran dalam bilik darjah dan tiada gantinya.
·
Bahan bacaan percuma – Brosur, risalah dll.
Kelebihan :
- Amat mudah diperoleh dalam pelbagai topik dan bentuk.
- Mudah digunakan dan tidak perlu banyak penerangan.
- Boleh dialih.
- Murah dari segi penghasilan / percuma.
Kelemahan:
- Ditulis dengan sasaran pembaca tertentu.
- Dianggap sebagai bahan hafalan (fakta dan definisi).
- Banyak perbendaharaan kata (beban kognitif terhadap pelajar).
- Tidak bersifat interaktif / persembahan satu hala.

- Carta - Perwakilan visual yang menggambarkan suatu konsep yang sukar difahami secara lisan / bertulis.
Jenis-jenis Carta :
·
Carta organisasi – Menunjukkan struktur sesuatu organisasi dari segi
pemeringkatan.
·
Carta klasifikasi – Menggambarkan kategori benda, peristiwa, haiwan dan
sebagainya.
·
Carta tabular /
jadual – Mengandungi data dalam bentuk nombor
dan peratus dalam bentuk jadual.
·
Carta aliran – Carta proses menunjukkan sekuen, prosedur, atau aliran
sesuatu aktiviti.
- Graf - Perwakilan visual data numerikal.
Jenis-jenis Graf :
·
Graf bar – Menggambarkan graf satu skala di mana ketinggian bar
mengukur kuantiti yang ingin diwakili.
·
Graf garisan – Graf skala dua yang menggambarkan variasi nilai pada dua
dimensi.
·
Graf pai – Satu bulatan yang dibahagikan kepada segmen dan setiap
segmen mewakili sebahagian peratus daripada keseluruhan.
Gambar - Bahan visual 2D mengenai manusia, tempat @ benda-benda dan
digunakan untuk memudahkan pemahaman pelajar.
Kelebihan :
- Murah dan mudah diperoleh.
- Perincian visualnya memudahkan pemahaman.
- Mengelakkan salah tanggapan dan berupaya membetulkannya.
- Memberikan rangsangan sebagai bukti visual.
- Memfokuskan tumpuan pelajar dan memperkembang penghakiman kritis.
Kekurangan :
- Saiz dan jarak dalam gambar mungkin mengubah rupa bentuknya.
- Kurangnya warna boleh mengehadkan ketepatan tafsiran.
- Ada kala pelajar mengalami masalah menafsir dan memahami.
- Kurang berkesan jika tidak diberikan kepada setiap pelajar.

- Peta - Perwakilan abstrak tempat sebenar dalam bentuk simbol visual, garisan, dan warna.
BAHAN 3 DIMENSI (3D)
- ü Bahan 3D ialah bahan visual yang mempunyai lebar, panjang dan ketinggian.
- ü Antaranya ialah realia, model, dan ciptaan objek tiruan (diorama, binaan pasir dan model-model).
- Realia - Merupakan objek sebenar yang di bawa ke dalam bilik darjah. Contohnya majalah, kad ucapan, duit, artifak, tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
- Model - Perwakilan bahan 3D bahan sebenar dalam bentuk saiz sebenar @ lebih kecil. Mempunyai input maklumat, pemprosesan maklumat dan output keputusan.
- Ciptaan Objek Tiruan - Dicipta oleh guru @ pelajar yang tidak dapat diperoleh di pasaran. Contohnya diorama dan binaan meja pasir.
- ü Diorama - Dihasilkan mengikut skala ukuran sebenar. Saiz yang berbeza mengikut skala supaya sesuai dengan ruang. Tujuan – Mengimbas kembali suasana @ peristiwa lepas @ menggambarkan masa depan. Contohnya diorama dibentuk didalam kotak dimana dinding kotak dijadikan latar.
- ü Meja Pasir - Menggambarkan situasi sebenar melalui satu replika. Contohnya replica menara Kuala Lumpur.
Kelebihan Penggunaan Bahan 3D Dalam P&P
1. Menimba ilmu pengetahuan tentang kebudayaan lain.
2. Melibatkan diri dalam pengalaman konkrit.
3. Mengembangkan kemahiran dan konsep.
Kelemahan Penggunaan Bahan 3D Dalam P&P
1. Ada bahan 3D tidak mudah diperoleh di pasaran.
2. Kekangan masa untuk membina bahan 3D.
3. Perlu ada ruang yg luas untuk menyimpan bahan 3D.
No comments:
Post a Comment